Anda di halaman 1dari 12

PENGHARGAAN

Segala pujian dan dipanjat penuh kesyukuran saya kepada Allah s.w.t
diatas segala kurnian dan keizinanya sehinggalah saya berjaya
melaksanakan satu tugasan bagi sabjek Kemahiran Al-Quran dan Taranum.
Tajuk tugasan saya ialah Hukum Nun Sakinah dan Tanwin, Nun
Musyaddadah dan Mim Musyaddadah satu Pencerahan. Tajuk ini
bertepatan sekali, betapa perlunya bagi kita mengamalkan Ilmu Tajwid
dan membaca al-Quran dengan betul adalah satu kewajipan demi
menyempurnakan tuntutan Allah Taala. Dengan ini maka sedikit sebanyak
dapatlah saya mengetahui dan menambah ilmu tentang Ilmu Tajwid.
Sebagai seorang pelajar, banyak perkara yang masih perlu diketahui dan
dipelajari, Saya amat memerlukan bimbingan dan sokongan untuk
menyiapkan tugasan ini
Akhir kata, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih sekali lagi
kepada Pensyarah saya al Fadhil Ustaz Haji Mohd Sood Bin Chik diatas
dorongan dan tunjuk ajar yang diberikan selama ini yang tidak ternilainya,
Segala sumbangan yang diberikan amat saya hargai.

PENGENALAN ILMU TAJWID


Maksud Ilmu Tajwd ().
Dari segi bahasa bermaksud melakukan sesuatu dengan elok iaitu
yang berasal dari perkataan Jawwada.
Pada istilah syarak, tajwid adalah ilmu yang boleh mengenalkan
tempat bagi tiap-tiap huruf dengan memberi apa yang patut baginya
dari

segi

sifat-sifat

huruf

itu

seperti

menyatakan

dan

menyembunyikan atau apa yang dimestikan bagi huruf-huruf itu dari


sifat-sifat luar dari segi panjang, pendek, tebal, tipis dan sebagainya.
Hukum

mempelajari

Ilmu

Tajwid

adalah

fardhu

Kifayah

dan

mengamalkanya adalah Fardhu Ain bagi setiap muslimin dan


muslimat yang mukallaf.
Sebagaiman Firman Allah s.w.t ;


()







ayat 4.

Maksudnya : Bacalah Al-Quran itu dengan secara Tartil .


Matlamatnya ialah memelihara lidah daripada kesalahan membaca
ayat-ayat suci pada ketika membacanya. Membaca sejajar dengan
penurunannya yang sebenar dari Allah ( s.w.t).
Sebagaimana Hadis Rasulullah s.a.w :












Maksudnya : Daripada Uthman bin Affan ( r.a ) : Rasulullah s.a.w
Bersabda: Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari AlQuran dan mengajarkanya.
( Riwayat Imam Al-Bukhari )
Oleh itu faedah daripada mempelajarinya akan mencapai kejayaan
dan kebahagian serta mendapat rahmat dan keredhaan
Allah ( s.w.t ) Di dunia dan di akhirat.

Maksud Nun Sakinah Dan Tanwin.


Nun Sukun: Huruf Nun yang bertanda sukun di atasnya, ia kekal
dari segi bacaan dan tulisan. Demikian juga,ia tetap wujud pada
ketika menyambung atau berhenti bacaan padanya. Ia terdapat
pada pertengahan hujung isim ( kata nama), fiil (kata kerja), dan
harf (kata penyeru).
Tanwin: Huruf Nun tambahan yang bertanda sukun hanya terdapat
di akhir kata nama am yang bertanwin sahaja. Ia wujud dari segi
bacaan tetapi ia tidak wujud dari segi tulisan dan pada ketika
berhenti bacaan padanya.Tandanya baris dua di atas
di bawah

, baris dua

dan baris dua hadapan

Nun Sakinah (
) dan Tanwim ( ) , terdapat 5 jenis hukum iaitu :
1. Izhar Halqi
2. Ikhfa Hakiki
3. Idgham Maal Ghunnah (Bighunnah)
4. Idgham Bila Ghunnah
5. Iqlab

1. Al Izhar
Bahasa : Nyata dan Jelas
Istilah : Mengeluarkan tiap-tiap huruf dari tempat hurufnya tanpa
didengungkan dan saktah.

Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf Izhar,
maka wajib diizharkan bacaan tanpa dengung. Dengan erti kata lain
bacaan Izhar ialah mengekalkan zat huruf dengan bacaan menyatakan
makhraj dan sifatnya, tidak terpengaruh oleh huruf yang mengikutnya dan
tidak memasukkan kedalamnya.
Cara mengizharkan nun sakinah atau tanwin, Menyatakan bacaan tanda
sukunya dengan hujung lidah diangkat menekan pada gusi depan sebelah
atas makhraj huruf nun.
Maksud tanpa dengung iaitu sifat dengun nun sakinah atau tanwin tidak
disempurnakan ( tidak diperpanjangkan sampai dua harakat )
Huruf Izhar ada 6 iaitu :

,,,,,
Hukum Izhar ini dinamakan Izhar Halqi kerana tiap-tiap huruf tersebut
keluar daripada halkum. Contoh :





2. Al Idgham

Bahasa : Memasukkan atau mencampurkan

Istilah : Pertemuan huruf pertama yang bertanda sukun ke dalam


huruf kedua yang berbaris dan menjadi kedua-duanya satu huruf
yang bersabdu dari huruf yang ke dua.

Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf Idgham, maka
bacaan

wajib

diidghamkan.

Idgham

ini

berlaku

kerana

terdapat

persamaan makhrajnya dan sifat pada huruf tersebut.


Syarat Idgham ialah hendaklah terdiri daripada 2 kalimah dimana
kalimah pertama Nun Sakinah atau Tanwin pada akhir kalimah dan huruf
Idgham pada awal kalimah kedua tersebut. Apabila Nun Sakinah dan
huruf Idgham berada dalam satu kalimah, maka tidak dibaca dengan
hukum Idgham.

Hukum Idgham boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu :


a) Idgham Maa Al Ghunnah
b) Idgham Bila Al Ghunnah
a ) Idgham Ma'a Al Ghunnah ( ) iaitu yang kekal dengungnya
dengan kadar 2 harakat.
Huruf-hurufnya ada 4 iaitu , , , . Idgham ini mempunyai
2 tingkatan iaitu :
1. Naqis : Huruf Idgham ini tiada tanda Shaddah (Sabdu)
2. Kamil : Huruf Idgham ini mempunyai tanda Shaddah (Sabdu)
Contohnya :




,





,




b) Idgham Bila Al Ghunnah ( ) iaitu yang tidak ada
langsung dengung padanya. Hurufnya ada 2 iaitu

Contohnya :

3. Al Iqlab
Bahasa : Menukarkan sesuatu kepada sesuatu.
Istilah : Menukarkan tiap-tiap huruf Nun Sakinah dan Tanwin kepada Mim
yang ringan serta dikekalkan dengungnya.
Dalam Kitab Fathul Murid halaman 40 ada menyebutkan bahawa :
"Apabila bertemu Nun Sakinah dan Tanwin dengan Ba' ditukarkan Nun
Sakinah atau Tanwin kepada Mim dan dikekalkan dengung dan Ikhfa
dengan erti tidak menukarkannya menjadi Mim yang sempurna bahkan
tidak boleh tidak bahkan kamu hendaklah mengurangi kesannya pada
5

pertuturan iaitu kamu membuka sedikit dua bibir dalam keadaan yang
ringan ketika melafazkan hukum tersebut."
Huruf Iqlab ada 1 sahaja iaitu :
Hukum Iqlab ini boleh berlaku pada Nun Sakinah samada pada 1 kalimah
ataupun pada 2 kalimah.

Walaubagaimanapun, pada Tanwin hanya

berlaku pada 2 kalimah sahaja.


Contohnya :

4. Al Ikhfa
Bahasa : Tersembunyi.
Istilah : Menuturkan Nun Sakinah dan Tanwin diantara Izhar dan Idgham
tanpa bertasydid serta kekal dengungnya. Manakala lidah tidak terangkat
daripada Makhrajnya dan tidak pula melekat pada pangkal gigi hadapan.
Apabila nun sukun atau tanwin bertemu dengan salah satu huruf ikhfa
lima belas, maka iawajib diikhfakan ( disembunyikan ) di sisi huruf ikhfa
dengan sifat bacaan antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu, serta
mengekalkan sifat dengungnya pada huruf ikhfa dengan sempurna dua
harakat.
Apabila nun sukun atau tanwin bertemu dengan lima huruf bersifat istila
berbaris di atas atau hadapan daripada huruf ikhfa lima belas (

) ,(

), (

), (

) , maka hendaklah sifat dengungnya

ditafkhimkan ( ditebalkan), jika ia bertemu huruf Ikhfa bersifat istila


berbaris di bawah, maka sifat dengungnya ditarqiqkan ( dinipiskan),
kerana sifat istila telah dilemahkan oleh baris di bawah,

Hukum Ikhfa ada 15 iaitu :

,,,,,,,,,,,,,,
Contohnya :

NUN MUSYADDADAH DAN MIM MUSYADDADAH


Maksud Nun Musyaddadah dan Mim Musyaddadah.
Menurut Bahasa ialah : Mengeluarkan bunyi melalui hidung atau suara
lembut yang keluar dari rongga hidung ( khaisyum ) berikutan
denganmenurunkan anak lidah dan terbukanya langit-langit lembut.
Menurut Istilah Ilmu Tajwid ialah Suara lembut dan sedap yang hanya
berada pada huruf nun (
) dan mim (
) .
Bagi huruf nun dan mim bersabdu hukumnya satu sahaja iaitu wajib
menyatakan sifat dengungnya dengan sempurna dua harakat. Ia ( nun dan
mim bersabdu) berada dipertengahan atau hujung fiil ( kata kerja ),isim
( kata nama ) dan harf ( kata penyerta).
Di antara kesilapan yang kerap dilakukan oleh pembaca Al-Quran ialah
membaca huruf Mim Musyaddadah dan Nun Musyaddadah (yang bersabdu
) sama ada tiada dengung langsung atau kurang panjang dengungnya.
Bahkan

ada

pembaca

yang

melebihkan

kadar

dengungnya

untuk

disesuaikan dengan tarannum. Ini semua adalah melanggar hukum


bacaan Al-Quran dari sudut Tajwid.
Justeru, Nun Musyaddadah ialah huruf Nun yang bersyaddah (
) dan Mim
Musyaddadah ialah huruf Mim yang bersyaddah (
) . Setiap huruf Mim
dan Nun yang bersyaddah wajib dinyatakan ghunnah 2 harakat sebab ia
mengandungi hukum Idgham yang terdiri daripada dua huruf yang sama
dari sudut makhraj dan sifat.
7

(
=

( )

)
=

HUKUM BACAAN GHUNNAH MUSYADDADAH



Ghunnah Musyaddadah (
) adalah hukum tajwid yang berlaku

apabila huruf Mim dan Nun dalam keadaan bertasydid (
) .
/

Ghunnah artinya dengung; suara yang terdengar jelas dan nyaring


yang keluar dari pangkal hidung (khaisyum)

Musyaddadah artinya bertasydid

Tasydid yang ada di dalam Ghunnah Musyaddadah adalah Tasydid Ashli ,


bukan Tasydid Hukum sebagaimana yang ada di dalam Hukum Idgham
Bighunnah atau Bilaghunnah.
Cara membaca Ghunnah Musyaddadah adalah membaca terlebih dahulu
huruf sebelum MIM/NUN bertasydid (
) , kemudian huruf tersebut
/
masuk ke tanda tasydid (
)
/

lalu huruf

langsung

didengungkan secara jelas ke pangkal hidung (khaisyum), sekitar 1 1/2 Alif


atau sekitar 2 3 harakat.
sehingga ada alunan innn.. / unnn / annn
atau immm.. / ummm.. / ammm..
Di dalam Al-Quran, Ghunnah Musyaddadah dapat berada di awal ayat, di
tengah ayat, maupun di ujung ayat.
Contoh:

Contoh Ghunnah Musyaddadah di awal ayat di dalam Al-Quran :

Ghunnah Musyaddadah di Samping Tanda Wakaf / di hujung Ayat


Ghunnah Musyaddadah juga dapat terjadi di ujung ayat atau di tengah
ayat yang letaknya berada disamping tanda Wakaf.
Cara mengunci bacaan ketika huruf terakhirnya mengandungi Hukum
Ghunnah Musyaddadah adalah tetap didengungkan, kerana jika dikunci
maka Tanda Tasydid dari huruf tersebut akan hilang.
Jadi, cara mengunci bacaannya adalah cukup didengungkan = nnn
atau mmm 1 1/2 Alif atau sekitar 2 3 harakat.
Di tengah ayat terdapat Ghunnah Musyaddadah, yaitu huruf Mim
Bertasydid disamping tanda Wakaf Tho ( ) .
Wakaf Tho adalah Wakaf Mutlaq, yaitu wajib berhenti.
Contoh Bacaan :

Kesimpulan
Ilmu tajwid adalah ilmu yang berhubung dengan seagung-agung kitab iaitu
al-Quran. Maka tidak dapat dinafikan lagi tentang kepentingan serta
faedah mempelajari ilmu tajwid ini dapat memelihara daripada kesalahankesalahan dalam membaca al-Quran. Dengan mempraktikkan ilmu Tajwid
dalam pembacaan al-Quran, seseorang itu akan terhindar daripada
melakukan

kesalahan-kesalahan

yang

merosakkan

bacaan

atau

mencacatkanya. Sekiranya membaca al-Quran dengan tajwid yang betul


merupakan satu kewajipan bagi setiap muslim, maka membacanya
dengan tajwid yang salah merupakan suatu dosa. membaca al-Quran akan
menjadi dasar dalam kehidupan manusia dan menjadi insan
9

yang

bertaqwa kepada Allah. Seterusnya Allah akan memberikan darjat yang


tinggi di akhirat kelak.
KELEMAHAN
1. Dalam hukum Nun Sakinah, terdapat dikalangan pelajar tidak dapat
menguasai hukum idgham iaitu dari sudut kadar dengung idgham
maal-ghunnah dan idgham Bila ghunnah.
2. Terdapat di kalangan pelajar kurang memahami dan mengenalpasti
cara bacaan hukum Al-Izhar dan Al-Ikhfa, iaitu membezakan hukum
bacaanya.
3. Kebanyakkan pelajar tidak dapat mengenalpasti mentasydidkan
dengan cara yang betul dalam hukum Mim Musyaddadah dan Nun
Musyaddadah
KEKUATAN
1. Kebanyakkan dikalangan pelajar dapat menguasai hukum Nun
Sakinah dan Tanwin tetapi masih lemah atau berlaku kesalahan
dari sudut cara bacaannya.
2. Pelajar berjaya menghafal segala hukum yang terkandung dalam
Nun Sakinah dengan baik dan sempurna.
3. Pelajar menunjukkan minat untuk mendalami ilmu tajwid dan
berusaha untuk membaiki mutu bacaan Al-Quran.

PELUANG
Dengan adanya tunjuk ajar daripada seorang guru yang pakar dalam
bidang ilmu Tajwid, satu peluang yang sangat baik untuk pelajar
menguasai dari sudut bacaan, hafalan dan mengenalpasti hukum, Pelajar
juga dapat memperbaiki kesalahan dalam bacaan. Dengan ini pelajar
dapat membacaan al-Quran dengan baik dan sempurna.

10

REFLEKSI :
Sepanjang

menyiapkan tugasan ini,

banyak memberi faedah yang

berguna untuk diri saya sendiri, dimana ianya dapat menambahkan ilmu
pengetahuan tentang pentingnya mempelajari ilmu tajwid, disamping itu
dapatlah sedikit sebanyak saya memperbaiki

cara bacaan atau hukum

bacaan al-Quran. Secara tidak langsungnya saya juga dapat jadikan bahan
dalam Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah nanti.

RUJUKAN
1. Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani, Haji Abdul Qadir Leong ( Al-Azhar ).
2 Al- Burhan Fi Tajwid Al-Quran ,Muhammad As-Sadiq Qamhawi.
3

.Qawaid Wa Ahkam Tajwid Al-Quran Ala Riwayat Hafs Ibn Sulaiman

Muhammad Said
Muhammad Ali Malhas.
4.

At-Tamhid FiIlmi At-Tajwid Lil-Iman Muhammad Ibn Muhammad Ibn Al-

Jazari.
5. Mushaf Al-Madinah An-Nabawiyah, Kompleks Percetakan Al-Quran Raja
Fahd.

11

12

Anda mungkin juga menyukai