Anda di halaman 1dari 15

TAJWID

Pengenalan
Tajwid merupakan perkara asas yang sangat penting dalam pembacaaan kitab suci Al-Quran. Tajwid yang
salah akan menyebabkan perubahan maksud dan sekaligus membahayakan kesahihan solat jika bacaan
dalam solat mempunyai kesalahan tajwid. Justeru itu, setiap muslim yang tidak fasih berbahasa Arab
seharusnya mempelajari tajwid bagi memastikan setiap ayat yang dibaca diterima oleh Allah SWT.
Hukum dan Pengertian Tajwid
Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah. Namun begitu, mengamalkannya iaitu membaca
Al-Quran dengan tajwid yang betul adalah fardhu ain bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf.
Mukallaf adalah orang yang baligh dan berakal yang telah sampai dakwah Islam kepadanya. Dalil
kewajipan membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul adalah seperti berikut. Firman Allah SWT

yang bermaksud Dan bacalah Al-Quran dengan tartil (Al-Muzammil:4) (Al-Quran). Tartil bermaksud
bacaan yang perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat
mengikut hukum-hukum bacaan tajwid dengan sempurna, merenung makna, hukum dan pengajaran ayat
(Leong, 2012). Ini adalah sifat kalamullah, maka adalah wajib membaca Al-Quran dengan apa yang
diturunkan oleh Allah SWT. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tajwid bermaksud ilmu (hukum)
yang berkaitan dengan lafaz atau sebutan yang betul dan tepat dalam bacaan Al-Quran. Perkataan tajwid
adalah dari Bahasa Arab dan berasal dari perkataan Jawwada. Dari segi bahasa, tajwid bermaksud
melakukan sesuatu dengan elok. Ilmu tajwid dari segi istilah membawa maksud melafazkan setiap huruf
dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf yakni sifat aslinya, dan mustahaknya
yakni sifat mendatangnya (Leong, 2012). Maksud sifat asli adalah sifat-sifat yang lazim ada pada huruf
dan tidak dapat dipisahkan, seperti sifat Ghunnah. Maksud sifat mendatang adalah sifat-sifat yang timbul
dari sifat asli, seperti sifat Tarqiq yang timbul dari sifat Istifal.
Tingkatan Bacaan Al-Quran
Terdapat 4 tingkatan atau martabat bacaan Al-Quran iaitu dari segi cepat atau perlahannya bacaan itu.
1. At-Tartil
Bacaan ini adalah bacaan yang perlahan-lahan, tenang dan melafazkan setiap huruf daripada
makhrajnya yang tepat serta menurut hukum-hukum bacaan tajwid dengan sempurna, dan
1

merenung makna, hukum dan pengajaran ayat. At-tartil biasanya adalah bagi orang yang sudah
mengenal makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan hukum-hukum tajwid. Tingkatan bacaan
ini adalah yang paling baik dan lebih diutamakan berdasarkan dalil berikut. Firman Allah SWT

Yang bermaksud Dan al-Quran itu telah Kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu
membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bagian demi
bagian.(Al-Isra:106)
2. At-Tahqiq
Bacaan ini adalah seperti bacaan Tartil cuma ianya lebih lambat dan perlahan, seperti
membetulkan bacaan huruf daripada makhrajnya, menCepatkan kadar bacaan mad dan dengung.
Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang baru belajar bacaan al-Quran supaya dapat
melatih lidah menyebut huruf dan sifat huruf dengan tepat dan betul.
3. Al-Hadar
Bacaan jenis ini ialah bacaan yang cepat serta memelihara hukum-hukum bacaan tajwid.
Tingkatan bacaan ini kebiasaannya adalah untuk mereka yang telah menghafal al-Quran. Ini
supaya mereka dapat mengulangi hafalan bacaan al-Quran dalam masa yang singkat. Bacaan
Hadar adalah membaca Mad Munfasil dengan 2 harakat seperti mazhab Ibnu Kathir, Abu Amr,
Yaqub, Abu Jafar, Qalun dan Asbahani.
4. At-tadwir
Tingkatan yang terakhir ini adalah bacaan yang pertengahan iaitu antara tingkatan bacaan Tartil
dan Hadar namun tetap memelihara hukum-hukum bacaan tajwid. Bacaan Tadwr adalah
membaca Mad Munfasil tidak lebih dari 6 harakat seperti mazhab Ibnu Amir.
Faedah dan Matlamat Membaca Al-Quran Dengan Tajwid yang Betul
Pembacaan Al-Quran dengan tajwid yang betul dan sempurna akan membolehkan kita lebih mudah untuk
memahami Al-Quran dan mempelajari Bahasa Arab iaitu bahasa Al-Quran. Kejayaan dan kebahagiaan di
dunia dan akhirat akan dapat dicapai. Hidup juga akan diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT. Antara
matlamat utama membaca Al-Quran dengan bertajwid yang betul adalah supaya dapat memelihara lidah
daripada kesalahan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan juga supaya dapat membaca sejajar dengan
penurunannya daripada Allah SWT.
Kesalahan-kesalahan Dalam Bacaan Al-Quran
Kesalahan dalam pembacaan Al-Quran terbahagi kepada dua.
1.

Kesalahan Nyata
2

Al-Lahn al-Jali ( ) ditakrifkan oleh Ibn al-Jazari sebagai kesalahan yang berlaku pada
lafaz yang membawa kepada kerosakan makna dan uruf bacaan. Sebagai contoh, menukarkan
bacaan huruf ta` ( ) kepada dal ( ) atau ta` ( ) , dengan meninggalkan sifat istila` yang ada
pada huruf ta` ( ) . Kesalahan nyata bermaksud kesalahan yang dilakukan pada struktur
perkataan sama ada kesalahan itu mencacatkan makna perkataan atau tidak. Perkataan Jali ( )
di sini bermaksud sesuatu kesalahan yang dapat disedari dengan jelas dan terang-terangan.
Seorang ulama Mutaakhirin, Dr. Abdul Aziz Abdul Fattah al-Qari talah mengemukakan takrifan
dengan berkata Kesalahan yang berlaku pada lafaz-lafaz dan menyebabkan kerosakan makna
kalimah secara jelas dan perkara tersebut diketahui oleh ulama dan juga orang awam.
Hukum melakukan kesalahan nyata ini adalah haram secara Ijmak Ulama tidak kira kesalahan itu
2.

dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja atau tidak diendahkan.


Kesalahan Tersembunyi
Al-Lahn al-Khafi ( ) ditakrifkan sebagai kesalahan yang dilakukan pada sebutan, di
mana kesalahan itu menyalahi cara sebutan yang telah ditetapkan bagi sesuatu perkataan atau ayat
al-Quran tanpa merosakkan makna. Kesalahan ini tidak membawa kepada perubahan makna
seperti meninggalkan dengung atau tidak dapat membaca sifat huruf itu dengan sempurna.
Kesalahan tersembunyi ini hanya dapat disedari oleh mereka yang mahir dalam tajwid dan ia
tidak disedari oleh orang awam. Hukum melakukan kesalahan tersembunyi dalam bacaan adalah
haram jika dilakukan dengan sengaja atau mempermudahkannya dan sebahagian ulama
menghukumkannya sebagai makruh. Oleh itu haram bagi orang yang telah mempelajari dan
mengetahui ilmu tajwid tetapi tidak mengamalkannya dalam bacaan. Bagi orang yang tidak
mempelajari ilmu tajwid maka wajiblah mereka belajar untuk menghindarkan dirinya daripada
berterusan melakukan kesalahan tersebut.

Alat-alat Ucapan
Bahasa Arab merupakan bahasa yang indah dan memerlukan penyebutan yang jelas dan terang. Oleh itu,
setiap huruf atau perkataan haruslah dikeluarkan dari tempat yang betul bagi mengelakkan sebutan yang
salah. Organ-organ atau alat ucapan yang terlibat adalah seperti berikut :

1. Bibir mulut

10. Epiglotis

2. Gigi

11. Saluran makan

3. Gusi

12. Rongga Mulut

4. Lelangit Keras

13. Rongga Hidung (dengung)

5. Lelangit Lembut
6. Anak lidah/Anak tekak

14. Rongga Kerongkong

7. Hujung Lidah

15. Bijik Halkum/Buku Lihir

8. Tengah Lidah

16. Pita Suara

9. Pangkal Lidah

17. Saluran Nafas

Makhraj-makhraj Huruf
Makhraj dari segi bahasa bermaksud tempat keluar huruf (Dahlan, 1999). Manakala dari segi istilah
ilmu tajwid pula, makhraj ialah tempat keluar huruf-huruf hijaiyah daripada alif ( ) hingga y ( ) .
Menurut (Dahlan) makhraj ialah tempat menahan/menyekat udara ketika bunyi huruf dilafazkan. Huruf
yang dimaksudkan ialah huruf hijaiyah bahasa Arab yang mengandungi 28 huruf. Menurut pendapat
imam Al-Khalil bin Ahmad dan kebanyakan Ahli Qiraat dan ulamak nahu antaranya imam Ibn Al-Jazari,
jumlah bilangan makhraj yang umum atau utama terbahagi kepada 5 bahagian.
1.
2.
3.
4.
5.

Bahagian rongga mulut dan rongga kerongkong ( )


Bahagian kerongkong ( )
Bahagian lidah ( )
Bahagian bibir mulut ( )
Bahagian hidung (Khaisyum) ( )

Makhraj huruf terbahagi kepada 17 makhraj yang diklasifikasikan ke dalam 5 tempat (maudli). Lima
tempat inilah yang merupakan kedudukan letaknya makhraj dari setiap huruf. Lima kedudukan tersebut
ialah :
1.

Al-Jauf ( ) yang bermaksud rongga mulut. Dari rongga kerongkong hingga rongga mulut

muncul satu makhraj yang keluar tiga huruf mad, iaitu: alif ( ) , wau ( ) , dan ya ( ) yang bersukun.
2. Al-Halq ( ) yang bererti kerongkong. 3 makhraj yang keluar dari kerongkong adalah :
a. Aqshal Halq (
) adalah pangkal kerongkong. Dari makhraj ini keluar huruf hamzah
( ) dan ha ( ) .
b. Wasthul Halq ( ) adalah tengah kerongkong. Dari makhraj ini keluar huruf ain ( )
dan ha ( ) .
c. Adnal Halq ( ) (adalah hujung kerongkong. Dari makhraj ini keluar huruf kha ( )
dan ghain ( ) .
3.

Al-Lisan ( ) yang bermaksud lidah. Jumlah huruf hijaiyyah yang keluar dari makhraj ini adalah

18 huruf dan terbahagi kepada 10 makhraj. Makhraj-makhraj tersebut ialah:


a. Ashal Lisan Fauqa ( (
) , yang bermaksud pangkal lidah sebelah atas. Pangkal
lidah diangkat ke lelangit lembut dan ditekankan pada anak lidah. Dari makhraj ini keluar huruf qaf ( ) .

b. Aqshal Lisan Asfal (


) yang bermaksud pangkal lidah sebelah bawah. Pangkal
daun lidah terkeluar sedikit daripada makhraj huruf qaf. Dari makhraj ini keluar huruf kaf ( ) .
c. Wasthul Lisan ( ) yang bermaksud pertengahan lidah. Pertengahan daun lidah
diangkat dan menekan lelangit keras, kemudian tekanan udara keluar daripadanya. Dari makhraj ini
keluar huruf jim ( ) , syin ( ) , dan ya ( ) .
d. Sepanjang tepi lidah yang ditekankan pada geraham atas, sebelah kiri atau sebelah kanan. Dari
makhraj ini keluar huruf dlad ( ) .
e. Tepi hujung lidah diangkat ke lelangit keras dan menekan pada gusi gigi depan sebelah atas
yang menjadi tempat sekatan udara, dan kemudian menekan udara yang berada dalam rongga mulut
keluar daripada sekatan. Dari makhraj ini keluar huruf lam ( ) .
f. Tepi hujung lidah diangkat ke lelangit keras dan menekan pada gusi gigi depan sebelah atas
ayng menjadi tempat sekatan udara, dan lelangit lembut diturunkan kemudian menekan udara yang
berada dalam rongga mulut dan keluar melalui mulut dan hidung. Dari makhraj ini keluar huruf nun ( )
yang berdengung.
g. Tepi hujung lidah berdekatan dengan makhraj huruf nun serta melencong ke belakang tepi
hujung lidah. Dari makhraj ini keluar huruf ra ( ) .
h. Hujung lidah yang diangkat menekan pada gusi gigi gunting atas. Dari makhraj ini keluar tiga
huruf hijaiyyah, iaitu ta ( ) , tha ( ) , dan dal ( ) . Cuma tekanan udara pada makhrajnya yang
berlainan menyebabkan sebutan huruf itu kuat atau lemah. Sebagai contoh, tekanan yang paling kuat
adalah huruf tha ( ) .
i. Hujung lidah yang dikeluarkan terletak di antara hujung gigi gunting atas dan hujung gigi
gunting bawah, di mana tekanan hujung lidah pada hujung gigi gunting atas. Dari makhraj ini keluar tiga
huruf hijaiyyah, iaitu dzal ( ) , zha ( ) , dan tsa ( ) . Cuma tekanan udara pada makhrajnya yang
berlainan menyebabkan sebutan huruf itu kuat atau lemah. Sebagai contoh, tekanan yang paling kuat
adalah huruf zha ( ) .
j. Hujung lidah yang ditekankan pada belakang gigi gunting bawah, di antara bahagian depan
lidah dan lelangit keras. Dari makhraj ini keluar tiga huruf hijaiyyah, iaitu shad ( ) , zai ( ) , dan sin (

) . Cuma tekanan udara pada makhrajnya yang berlainan menyebabkan sebutan huruf itu kuat atau
lemah. Sebagai contoh, tekanan yang paling kuat adalah huruf shad ( ) .

4.

Asy-Syafatain ( ) yang bererti dua bibir, tempat keluarnya huruf yang terletak pada bibir atas

dan bibir bawah. Huruf yang keluar dari makhraj ini ada 4 huruf, iaitu: fa ( ) , mim ( ) , ba ( ) , dan
wau ( ) . Makhraj Asy-Syafatain terbahagi kepada 2 makhraj:
a. Bahagian tengah dari bibir bawah tersebut dirapatkan dengan hujung gigi atas. Dari makhraj
ini keluar huruf fa ( ) .
b. Paduan bibir atas dan bibir bawah. Jika kedua bibir tersebut tertutup atau terkatup, keluarlah
huruf mim ( ) dan ba ( ) , dan jika terbuka keluarlah huruf wau ( ) .
5.

Al-Khaisyum ( ) yang bermaksud aqshal anfi atau pangkal

Dari makhraj ini keluar satu makhraj, iaitu al-ghunnah (sengau atau

hidung.
dengung).

Terdapat 4 tempat yang padanya terjadi bunyi dengung, iaitu pada bacaan ghunnah musyaddad, yakni
bacaan sengau pada huruf mim dan nun yang bertasydid: ( ; ) pada bacaan Idham bi Ghunnah; pada
bacaan Ikhfa; dan pada bacaan Iqlab.

Cara Mengenal Makhraj Huruf


Untuk mengetahui makhraj sesuatu huruf, hendaklah huruf tersebut disukunkan atau ditasydidkan,
kemudian tambahkan satu huruf hidup di belakangnya, kemudian dibaca. Semasa suara tertahan, makhraj
huruf akan terserlah dari huruf yang bersangkutan. Contoh:

( huruf ba) menjadi ( dibaca: ab) atau ( dibaca: abb)


( huruf sin) menjadi ( dibaca: as) atau
( dibaca: ass)
( huruf qaf) menjadi ( dibaca: aq) atau ( dibaca: aqq)

Hukum Nun Mati dan Mim Mati


Nun mati dan tanwin
Nun mati adalah huruf nun ( ) yang bertanda
sukun.

Tanwin adalah baris dua sama ada di atas, di bawah atau di hadapan. Tanwin menghasikan suara nun
sakinah walaupun nun tersebut tidak kelihatan pada tulisan.
Perbezaan utama nun mati dan tanwin ialah nun bersukun tetap nyata dalam penulisan dan
pengucapannya, baik ketika bersambung atau ketika waqaf (berhenti) tetapi tanwin jelas terdengar dalam
pengucapan dan ketika bersambung, tetapi tidak dalam penulisan dan waqaf.
Hukum nun mati dan tanwin
Nun mati dan tanwin ketika bertemu huruf hijaiyyah mempunyai 4 hukum iaitu :
izhar ( ) , idgham ( ) , iqlab ( ) dan ikhfa ( ) .
1.

Izhar ( )
Maksud izhar dari segi bahasa adalah jelas ( ) . Dari segi istilah pula adalah mengeluarkan setiap

huruf dari makhrajnya dengan tidak memakai ghunnah atau dengung (


). Terdapat 6 huruf izhar iaitu :
Huruf-huruf ini disebut huruf halqi atau kerongkong. Hukum izhar disini disebut : ( izhar
halqi).
Cara bacaan adalah jelas.
Contoh :

2.

Idgham ( )
Idgham dari segi bahasa bermaksud memasukkan sesuatu di dalam sesuatu ( (

). Pengertian idgham menurut istilah adalah bertemunya huruf sukun dengan huruf yang berharkat,
sehingga dua huruf tersebut menjadi satu huruf yang bertasydid, selanjutnya lidah mengucapkan dua
huruf tersebut dengan satu kali ucapan. Terdapat 6 huruf idgham iaitu : ( )
Idgham dalam hukum nun mati dan tanwin terbahagi kepada 2 bahagian iaitu idgham bighunnah
( ) dan idgham bilaghunnah ( ) .
Idgham bighunnah ( ) adalah idgham yang harus didengungkan dan keluar dari lubang hidung.
Cara bacaan adalah menggabungkan bacaan nun mati atau tanwin ke dalam huruf selepasnya dengan

didengungkan. Kadar dengung adalah dua harakat. Terdapat 4 huruf idgham bighunnah iaitu : ( )

Contoh :
Nun mati haruslah bertemu dengan huruf idgham bighunnah di dalam 2 kalimah, iaitu nun mati dalam
satu kalimah dan huruf idgham berada dalam kalimah yang lain. Jika nun mati bertemu dengan huruf
idgham bighunnah di dalam satu kalimah maka nun mati tersebut tidak boleh di baca dengan dengung
tapi harus di baca jelas seperti hukum izhar halqi.

Contoh :

Idgham bilaghunnah (

) bermaksud idgham tanpa ghunnah atau dengung. Idgham tanpa

dengung ini memasukkan huruf pertama yang bertanda mati ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan
menjadikan huruf berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya tanpa dengung. Cara
bacaan adalah dibaca dengan jelas. Terdapat 4 huruf idgham bilaghunnah iaitu dan .

Contoh :
Pengecualian

Jika nun mati atau tanwin bertemu dengan keenam huruf Idgham(bighunnah dan bila

ghunnah) diatas tetapi ditemukan dalam satu kata, seperti potongan ayat dibawah ini, maka huruf nun
mati atau tanwin tidak dileburkan dan harus dibaca dengan jelas.

Contoh :
3.

Iqlab

dibaca Bun-ya, QS. 61:4

( )

Maksud iqlab dari segi bahasa adalah memindahkan sesuatu dari perjalanannya (menukar atau
mengganti) ( ) . Dari segi istilah pula adalah menukar sebutan nun sakinah atau
tanwin kepada sebutan mim berserta dengung. Huruf iqlab hanya ada 1 iaitu :
Tanda-tanda iqlab adalah kalimah yang mempunyai tanda kecil di atas nun sakinah dan huruf kecil
mengganti baris kedua tanwin. Cara bacaan adalah mendengungkan sebanyak 2 harakat dengan
merapatkan kedua bibir.

Contoh :

4.

Ikhfa Haqiqi ( )
Dari segi bahasa, ikhfa' bermaksud disembunyikan atau disamarkan. Dari segi istilah pula, ikhfa'

bermaksud jika terdapat nun mati atau tanwin bertemu dengan salah satu huruf ikhfa' haqiqi maka huruf
nun mati atau tanwin dibaca di antara izhar dan idgham. Ikhfa haqiqi dibaca dengan samar-samar antara
dengung dan jelas. Cara bacaan adalah hujung lidah tidak menyentuh gusi hadapan dan diletakkan
berhampiran dengan makhraj huruf yang berikutnya. Hendaklah dipastikan tiada sebarang unsur idgham
pada sebutan dan jangan dipanjangkan sebutan nun sakinah tersebut. Kadar dengung adalah 2 harakat
dan hendaklah ditebalkan apabila bertemu huruf-huruf isti'la. Terdapat 15 huruf ikhfa haqiqi iaitu :

Contoh :
Mim Mati
Hukum ini disebut hukum mim mati jika huruf mim mati ( )bertemu dengan huruf-huruf hijaiyyah
bahasa Arab yang mengandungi 28 huruf. Hukum mim mati memiliki 3 jenis hukum bacaan iaitu:
1.

Ikhfa Syafawi ( ) iaitu apabila mim mati bertemu dengan huruf . Ikhfa' bermakna
samar manakala syafawi bermakna bibir. Cara bacaan adalah dengan membaca huruf yang
sifatnya antara izhar dan idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf
pertama. Apabila mim mati ( ) bertemu dengan huruf dalam kalimah yang berlainan, huruf
mim mati ( ) dibunyikan antara bunyi Izhar dan Idgham dan dibaca dengan dengung pada kadar
2 harakat.

Contoh :
2.

Idgham Mitslain ( ) atau idgham mimi ( ) ( adalah apabila mim mati bertemu
dengan huruf . Idgham mitslain bermaksud memasukkan huruf pertama yang bertanda mati ke
dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf berikutnya bersabdu serta terangkat
lidah ketika menyebutnya. Cara bacaannya mim pertama yang mati dimasukkan kepada mim
yang kedua disertai dengan dengung pada kadar 2 harakat.

Contoh :
3.

Izhar Syafawi ( ) bermaksud mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya


tanpa dengung. Hukum izhar syafawi adalah apabila mim mati bertemu dengan huruf hijaiyah
selain huruf dan . Mim mati haruslah bertemu dengan huruf tersebut dalam 2 kalimah. Cara
bacaannya adalah sebutan mim mati ( ) dijelaskan dan dibaca secara jelas dan nyata tanpa
dengung.

Contoh :
Hukum Qalqalah
Qalqalah adalah bacaan yang dibunyikan secara melantun balik apabila huruf qalqalah disukunkan, iaitu
sama ada sukun secara asli atau mendatang. Terdapat 5 huruf qalqalah iaitu

.Untuk

memudahkan mengingati huruf-huruf qalqalah tersebut, ia telah disusun di dalam rangkaikata berikut

. Qalqalah terbahagi kepada 3, iaitu Qalqalah Sughra, Qalqalah Kubra dan Qalqalah Akbar.
1) Qalqalah Sughra adalah lantunan yang paling rendah. Hukum ini terjadi apabila huruf qalqalah
terletak di pertengahan kalimah iaitu ketika huruf qalqalah sukun berada di pertengahan kalimah
atau ayat. Cara bacaan adalah dengan dibunyikan dentuman yang rendah sedikit pada huruf
qalqalah bertanda sukun yang asal.

Contoh :
2) Qalqalah kubra adalah lantunan yang sederhana iaitu pertengahan. Hukum ini adalah apabila
memberhentikan bacaan pada huruf qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut
tidak bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf qalqalah di sini adalah 'aridh yang disebabkan
wakaf (berhenti) padanya. Tanda qalqalah kubra adalah wakaf pada huruf qalqalah yang tidak
bersabdu. Cara bacaannya adalah dengan dibunyikan dentuman yang besar sedikit pada huruf
qalqalah yang diwakafkan.

Contoh :
3) Qalqalah akbar adalah lantunan yang paling kuat. Hukum ini adalah apabila memberhentikan
bacaan pada huruf qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut bersabdu

(bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini merupakan sukun yang 'aridh (mendatang)
disebabkan wakaf (berhenti) padanya. Tanda qalqalah akbar adalah wakaf pada huruf qalqalah
yang bertasydid atau bersabdu.

Contoh :
Mad
Mad dari segi bahasa bererti pertambahan. Manakala dari segi istilah pula, mad bermaksud memanjang
suara pada kadar 2 hingga 6 harakat pada salah satu huruf mad atau huruf-huruf lin. Mad terbahagi
kepada 2 iaitu mad asli dan mad farie.
Mad Asli
Mad asli adalah memanjangkan bacaan kerana ada huruf mad ( ) dan tidak ada sebab yang mengubah
keasliannya (tiada huruf hamzah atau huruf yang bertanda sukun selepasnya). Mad asli terjadi apabila :

Huruf Alif yang didahului dengan huruf yang berbaris atas.


Huruf Wau sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris hadapan.
Huruf Ya' sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris bawah.

Kadar bacaannya adalah 2 harakat. Nama lain bagi mad asli adalah mad tabie (semulajadi).

Contoh :

Mad Farie
Mad farie pula terhasil daripada sebab kewujudan hamzah atau sukun yang mengiringi huruf-huruf mad
atau lin. Ia juga dikenali dengan nama mad mazidi. Terdapat 3 jenis mad farie yang berlaku sebab
kewujudan hamzah. Mad-mad itu ialah mad wajib muttasil, mad jaiz munfasil dan mad badal. Mad arid
lissukun, mad lin dan mad lazim pula terhasil daripada kewujudan sukun.
1) Mad wajib muttasil terhasil apabila mana-mana huruf mad bertemu hamzah dalam satu
kalimah sama ada ketika bacaan wasal atau ketika waqaf. Muttasil bermaksud sambung
apabila huruf mad bertemu hamzah dalam 1 kalimah. Terdapat 2 kadar bacaan iaitu
ketika wasal berada pada hamzah, kadarnya adalah 4 atau 5 harakat diseragamkan. Jika
waqaf adalah pada hamzah, kadarnya adalah mengikut panjang harakat ketika wasal atau
6 harakat.

Contoh :
2) Mad jaiz munfasil adalah mad yang berlaku apabila huruf mad bertemu dengan huruf
hamzah dalam dua perkataan yang berlainan. Munfasil bererti bercerai. Hukum ini dapat
dikenali dengan adanya tanda panjang di atas huruf mad. Kadar bacaannya adalah
diseragamkan dengan panjang harakat mad wajib mutassil ketika wasal iaitu 4 atau 5
harakat.

Contoh :
3) Mad aridh lissukun ialah mad yang disebabkan sukun yang mendatang pada huruf akhir
perkataan kerana mewaqafkan bacaan dan sebelumnya terdapat salah satu huruf mad
(Dahlan, Belajar Tajwid Al-Qur'anul Karim Cara Mudah dan Lengkap, 2001).Aridh
bererti mendatang dan lissukun bererti disebabkan sukun. Kadar bacaannya adalah 2, 4
atau 6 harakat diseragamkan. Sekiranya tidak diwaqafkan, hendaklah dibaca mengikut
hukum mad asli.

Contoh :
4) Mad silah ialah mad yang terdapat pada ha' dhomir . Terdapat 2 jenis mad silah iaitu :
a) Mad silah qasirah adalah mad asli yang berlaku pada huruf ha dhomir yang ada di
antara dua huruf yang berbaris dan tiada huruf hamzah selepasnya ketika wasal dan
disukunkan ketika waqaf. Mad ini dapat dikenali dengan adanya tanda wau kecil
atau ya kecil selepas huruf ha dhomir. Kadar bacaannya adalah 2 harakat.

Contoh :
b) Mad silah towilah adalah mad yang berlaku pada huruf ha dhomir yang terletak di
antara dua huruf yang berbaris dan bertemu dengan huruf hamzah selepasnya ketika
wasal. Ketika waqaf, ia disukunkan. Cara mengenalnya ialah apabila terdapat ha'
dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya
juga terdapat huruf yang berbaris. Mad ini juga dapat dikenali dengan adanya tanda
panjang di atas wau kecil atau ya kecil selepas huruf ha dhomir. Kadar bacaannya
adalah diselaraskan dengan kadar bacaan mad wajib mutassil iaitu 4 atau 5 harakat.

Contoh :
Penutup
Kesimpulannya, tajwid atau bacaan Al-Quran yang betul haruslah dipelajari dengan guru yang mahir

selaras dengan cara Rasulullah yang menerima Al-Quran daripada malaikat Jibril. Walaupun zaman
moden masa kini menyediakan pelbagai platform dalam bentuk teknologi untuk mempelajari ilmu tajwid,

alat-alat bantuan tersebut seharusnya digunakan sebagai latihan dan bukannya sebagai pengganti guru.
Bagi muslimin dan muslimat di Malaysia yang tidak mahir berbahasa Arab, pembelajaran tajwid
seharusnya diberikan penekanan yang lebih kuat tidak kiralah semasa di bangku sekolah rendah atau
menengah. Oleh itu, setiap anggota masyarakat muslim haruslah lebih memberi perhatian tentang hal ini.

Rujukan
Al-Quran. (n.d.).
Dahlan, U. M. (1999). Tajwid Ilmi dan Amali. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.
Dahlan, U. M. (2001). Belajar Tajwid Al-Qur'anul Karim Cara Mudah dan Lengkap.
Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.
Leong, H. '. (2012). Tajwid Al-Quran Rasm 'Uthmani. Selangor: Abdul Kadir bin
Abdullah.

Anda mungkin juga menyukai