Anda di halaman 1dari 23

Aktiviti: MANJA MANJA!

Masa: 10 minit

Alatan: Tiada

Objektif: 1. Menghilangkan perasaan bosan dan mengantuk.

2. Peserta lebih bersedia untuk mengikuti arahan.

3. Peserta dapat bekerjasama dengan memberi respon


kepada arahan fasilitator.

Langkah-langkah:

1. Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan besar.

2. Peserta dibimbing senikata dan aksi (mengikut kreativiti fasilitator):

Manja, manja, cha, cha,


Jem, jem, cha, cha,
Tore, tore, cha, cha,
Manja cha, Jem cha, Tore cha,
Manja, jem, tore, cha cha cha.

3. Rentak aktiviti berubah dari perlahan ke pantas.

Falsafah/Pengajaran:

1. Peserta bersedia fizikal dan mental untuk mengikut arahan.


2. Kordinasi antara verbal dengan aksi.
3. Mengelakkan sikap ‘cakap tak serupa bikin’.
Aktiviti: Tandatangan

Masa: 20 minit

Alatan: ‘Flipchart’/papan putih/smart board

Objektif: 1. Memberi peluang kepada peserta untuk memperkenalkan


diri kepada peserta-peserta lain
2. Meningkatkan harga diri peserta.

Langkah-langkah:

1. Peserta dikehendaki menandatangani papan putih/flipchart/smart


board mengikut giliran.
2. Setelah menandatangani papan putih/flipchart/smart board, peserta
perlu memperkenalkan diri kepada kumpulan lalu serahkan pen marker
kepada peserta berikutnya.
3. Jika smart board digunakan, semua peserta boleh mendapat salinan
tandatangan memento program ini.

Falsafah/Pengajaran:

4. Peserta berasa bangga untuk menurunkan tandatangan mereka di


papan putih. Lebih-lebih lagi jika tandatangan mereka dijadikan
autograph.
5. Dapat menghilangkan perasaan gementar semasa berhadapan
dengan kumpulan besar.
Aktiviti: Tapak tangan

Masa: 20 minit

Alatan: Kertas A4
Pensel

Objektif: 1. Mengenali peserta dalam kumpulan dengan lebih dekat.

4. Mengelakkan perasaan malu dan ketidakyakinan semas


membuat pendedahan diri.

Langkah-langkah:

3. Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan besar melibatkan semua peserta.


4. Peserta diminta membuat satu bulatan besar.
5. Fasilitator mengedarkan sehelai kertas A4 dan sebatang pensel
kepada setiap peserta.
6. Peserta diberi masa 10 minit untuk mendapatkan lakaran tapak tangan
4 orang peserta yang lain serta maklumat yang dikehendaki yang
tersenarai di setiap jari seperti berikut:
Ibu jari: Sekolah/tingkatan
Jari telunjuk: Kawasan kediaman
Jari hantu: Hobi
Jari manis: Cita-cita
Jari kelingking: Artis yang diminati
5. Setelah tamatnya masa yang diperuntukkan, peserta dikumpulkan
semula dalam kumpulan yang besar.
6. Fasilitator memilih beberapa peserta untuk mengenalpasti tuan punya
lakaran tapak tangan sambil membentangkan butiran diri peserta
tersebut.

Falsafah/Pengajaran:

6. Fasilitator dapat mengenalpasti peserta yang mempunyai inisiatif untuk


berkenalan dengan peserta yang lain.
7. Peserta dapat mengenali rakan-rakan dengan lebih mendalam.
8. Fasilitator dapat mengenalpasti sifat peserta yang cuba menipu
dengan melakar tapak tangan sendiri.
TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Acuan Ajaib


MASA : 30minit
PERALATAN: Tali nilon (6meter)

OBJEKTIF : 1. Melahirkan semangat berkumpulan


2. Melahirkan bakat kepimpinan dalam kumpulan

LANGKAH-LANGKAH

1. Kumpulan diberikan tali nilon yang diletakkan di atas lantai.


2. Arahan diberi kepada ahli kumpulan untuk membawa tali dari satu
hujung ke hujung yang lain mengikut bentuk yang diarahkan oleh
fasilitator.
3. Jenis-jenis bentuk yang dicadangkan ialah :
bulatan,segiempatsama,segi tiga,trapezium, layang-layang dsb.
4. Kumpulan perlu mengulang bentuk yang sama jika fasilitator tidak
berpuashati dengan bentuk yang diarahkan.
5. Jika pertandingan antara kumpulan, kumpulan yang dapat
menyiapkan bentuk mengikut arahan dalam masa yang paling singkat
akan menang.

FALSAFAH :
• Kerjasama dalam kumpulan adalah penting untuk menjayakan sesuatu
tugasan
• Tanpa pemimpin, kejayaan sesuatu tugasan adalah rumit bagi sesuatu
kumpulan.
• Walaupun ada matlamat dalam sesuatu kumpulan,rintangan dan
halangan perlu ditempuhi dengan sabar dan cekal.
TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Surat Layang


MASA : 30minit
PERALATAN: Kertas kosong,tali rafia

OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan


2. Memahami arahan dengan baik.
3. Berfikir sebelum bertindak

LANGKAH-LANGKAH:
1. Tiap-tiap peserta dalam kumpulan menulis nama pada sehelai kertas
kosong dan melipatnya.
2. Fasilitator mengumpul dan meletakkan kertas secara berselerak.
3. Semua ahli kumpulan diikat kaki antara satu sama lain dan bergerak
serentak untuk mencari nama-nama ahli kumpulan sehingga lengkap.
4. Kumpulan yang paling cepat dapat mengumpul nama-nama ahlinya
dikira sebagai pemenang.

PENYELESAIAN:
• Setiap kumpulan perlu mengutip kertas yang berdekatan dan
meletakkannya di tengah-tengah dan kemudian barulah memilih nama-
nama ahli kumpulan.

FALSAFAH :
• Sifat mementingkan diri akan merosakkan semangat kumpulan.
• Perkara yang dilakukan bersama akan memudahkan sesuatu tugasan.

• Walaupun ada matlamat dalam sesuatu kumpulan,rintangan dan


halangan perlu ditempuhi dengan sabar dan cekal.
TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Kerusi Manusia


MASA : 30minit
PERALATAN: Tiada
OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan
2. Memahami arahan dengan baik.
3. Mewujudkan kesepaduan dan keserangaman
dalam melakukan sesuatu pergerakan.

LANGKAH-LANGKAH

1. Setiap kumpulan dikehendaki membentuk satu bulatan dengan


kedudukan rapat antara satu sama lain(lelaki dan perempuan
berasingan)
2. Setiap ahli diminta memusingkan badan kea rah kiri /kanan.
3. Setiap ahli dikehendaki membengkokkan lutut dan duduk di atas peha
rakan di belakangnya dengan serentak.
4. Setiap ahli diminta melakukan pergerakan ke hadapan dan ke belakang
beberapa tapak secara serentak.

FALSAFAH :
• Perkara yang sukar akan menjadi mudah jika dilakukan secara
berkerjasama.
• Toleransi dan kesabaran penting dalam menjalankan sesuatu tugasan.
TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Lubang tikus


MASA : 45 minit
PERALATAN: Kertas mahjung

OBJEKTIF : 1 Berfikir dan merancang sebelum bertindak


2. Membina semangat kerjasama di kalangan ahli
kumpulan.
3. Membina kemahiran menyelesaikan masalah dalam
kumpulan.

LANGKAH-LANGKAH:

1. Kertas mahjung yang dilubangkan (diameter 50sm) di tengah


dilekatkan di antara dua tiang/pintu. Ketinggian lubang adalah pada
paras dada.
2. Fasilitator menceritakan situasi yang memerlukan penyelesaian
masalah. Contohnya: ahli kumpulan terperangkap dalam guaketika
menjalankan satu ekspedisi yang penting. Hanya ada satu lubung yang
kecil untuk mereka keluar dari gua ini. Mereka perlu bertindak
bagaimana melepaskan diri dari gua ini.
3. Fasilitator memberi arahan bahawa dalam proses ini, lubang kertas
mahjung tidak boleh dikoyakkan.
4. Setiap ahli kumpulan perlu diselamatkan melalui lubang itu.

FALSAFAH :
• Sifat mementingkan diri akan merosakkan semangat kumpulan.
• Perkara yang dilakukan bersama akan memudahkan sesuatu tugasan.
• Walaupun ada matlamat dalam sesuatu kumpulan,rintangan dan
halangan perlu ditempuhi dengan sabar dan cekal.
TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Dodoi Bayi


MASA : 30minit
BILANGAN
PESERTA : 10 orang
PERALATAN: Buluh yang panjangnya 1.5-2meter

OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan


2. Memahami arahan dengan baik.
3. Berfikir sebelum bertindak

LANGKAH-LANGKAH:
1. Ahli kumpulan berdiri dalam dua barisan berselang- seli menghadap
antara satu sama lain. Ahli kumpulan meletakkan kedua tapak tangan ke
atas.
2. Genggam ke dua belah tangan.
3. Hulurkan ibujari dan jari telunjuk ke luar.
4. Pusingkan ke dua-dua belah tangan ke arah dalam seperti mengacu
pistol.
5. Buluh diletakkan ditengah-tengah di atas jari kesemua ahli kumpulan.
6. Dengan kedudukan tangan seperti tadi,ahli kumpulan dikehendaki
menurunkan buluh ke bawah kemudian ke atas dengan mengimbangkan
buluh itu.
7. Jika buluh jatuh, ahli kumpulan perlu mengulang aktiviti.
8. Jika pertandingan antara kumpulan, kumpulan yang dapat
mengimbangkan buluh ke bawah dan ke atas paling cepat akan menang.

FALSAFAH :
• Bekerjasama penting untuk mencapai sesuatu matlamat.
• Keseimbangan hidup pentingt untuk mewujudkan kesejahteraan dan
keharmonian.
TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Ikatan Muhibbah


MASA : 20 minit
BILANGAN
PESERTA : 8-10 orang
PERALATAN: Tiada

OBJEKTIF : 1. Memupuk semangat kerjasama


2. Melahirkan individu yang komited terhadap
tanggungjawab dan peranan masing-masing.

LANGKAH-LANGKAH:
1. Setiap ahli dikehendaki duduk dalam bentuk bulatan dengan keadaan ke
dua-dua lutut dirapatkan ke dada masing-masing.Setiap ahli
dikehendaki duduk serapat mungkin (asingkan lelaki dengan perempuan)
2. Kumpulan dikehendaki memikirkan satu cara bagaimana semua ahli
dapat bangun serentak dengan berpegangan tangan.
3. Jika langkah di atas berjaya dilakukan, kumpulan dikehendaki
melakukan pergerakan bangun dan duduk secara serentak beberapa
kali.

PENYELESAIAN:
• Setiap ahli dalam kumpulan mesti memegang tangan ahli yang berlainan
yang berada bertentangan dengan mereka dengan kemas dan kuat dan
bangun serentak.

FALSAFAH :
• Kejayaan sesuatu kumpulan akan dapat dicapai jika setiap ahli
memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan penuh
komitmen.
TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Jentera Manusia


MASA : 45 minit
PERALATAN: Tiada

OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan.


2. Setiap ahli memainkan peranan masing-masing dengan
berkesan.

LANGKAH-LANGKAH

1. Setiap kumpulan diberi masa 10-15 minit untuk berlatih melakukan satu
pergerkan mesin,objek atau jentera.
2. Setiap ahli dikehendaki memainkan peranan masing-masing.
3. Setiap kumpulan, secara bergilir-gilir akan membuat demonstrasi
pergerakan mesin,objek,jentera yang berkenaan.

FALSAFAH :
• Sesuatu perkara dapat dilakukan dengan baik dan sempurna jika ada
semangat berkumpulan dan kesepaduan antara ahli.
TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Sungai Beracun


MASA : 30 minit
PERALATAN: Dua keping papan
BILANGAN
PESERTA : 10 orang

OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan


2. Memahami arahan dengan baik.
3. Berfikir sebelum bertindak

LANGKAH-LANGKAH:

1. Dua keping papan disusun rapat hujung ke hujung.


2. Semua ahli kumpulan diarahkan berdiri di atas papan pertama
3. Peserta dimaklumkan bahawa tugas mereka ialah bergerak merentasi
sungai beracun( trek) menggunakan dua papan tadi tanpa ada kaki ahli
yang menyentuh sungai sehingga ke penghujung.

FALSAFAH :
• Kejayaan sesebuah pasukan bergantung kepada semangat kerjasama.
• Dalam mencapai matlamat kitaharus sedar bahawa kita akan
berhadapan dengan pelbagai rintangan.
TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Bom Sandwich


MASA : 30 minit
PERALATAN: Belon (5 untuk setiap kumpulan)
BILANGAN
PESERTA : 10 orang

OBJEKTIF : 1. Mewujudkan kerjasama antara ahli kumpulan


2. Mewujudkan kesepaduan dan keseragaman
dalam melakukan sesuatu pergerakan.

LANGKAH-LANGKAH:

1. Peserta berdiri belakang ke belakang dalam satu bulatan kecil.


2. Peserta membawa belon tanpa jatuh dibelakang badan dari garis
permulaan kegaris penghabisan.

FALSAFAH :
• Perkara yang sukar akan menjadi mudah jika dilakukan secara
berkerjasama.
• Toleransi dan kesabaran penting dalam menjalankan sesuatu tugasan.
TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Broken Square


MASA : 20 minit
PERALATAN: Kepingan empat persegi yang telah dipotong mengikut
berbagai bentuk dicampur dan dimasukkankedalam8”-10”
sampulsurat.

OBJEKTIF : 1. Untuk memperlihatkan bahawa tiap-tiap individu


mempunyai kemampuan dan kebolehan yang terhaddan
perlu bekerjasama
2. Konsep kerjasama atau kemenangan bersama
3. Konsep memberi dengan jujur tanpa mengharapkan
orang lain akan membalas jasa baik itu.
4. Untuk menguji dan memperlihatkan bahawa sifat tamak
dan mementingkan diri akan akhirnya merugikan semua
orang.

LANGKAH-LANGKAH:

1. Setiap ahli kumpulan diberi beberapa kepingan kad manila.


2. Mereka dikehendaki menyediakan satu bentuk empat segi sama dan
diletakkan dihadapan mereka.
3. Tugasan hanya dikira selesai apabila setiap individu dalam kumpulan ada
di hadapan mereka satu bentuk empat segi sama dan ianya mestilah
sama besar sama tepat dan sama padat dengan individu-individu yang
lain di dalam kumpulan anda.
4. Ahli tidak dibenarkan bercakap.
5. Ahli tidak dibenarkan menggunakan sebarang bentuk isyarat
komunikasi dengan ahli-ahli lain dalam kumpulan anda.
6. Ahli tidak dibenarkan meminta atau mengambil kepingan-kepingan kad
dari ahli-ahli lain dalam kumpulan itu.
7. Anda tidak dibenarkan melipat,mengoyak atau merosakkan kepingan-
kepingan kad yangtelah disediakan.
8. Amalkan etika kerja.
FALSAFAH :
• Bekerjasama
• Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang
menerima.Cubaan menipu/melanggararahan atau peraturan yang
ditetapkan. Berfikiran terbuka danpengalaman yang teliti terhadap
sesuatu arahan.
• Hidup adalah bermasalah danperlukan kerjasama
• Perkhidmatan tanpa mengharapkan balasan (tangan yang menghulur di
atas lebih baik dari yang menadah di bawah)
• Cari kelemahan diri sebelum menyalahkan orang lain (jangan mudah)
membuat kesimpulan dan tuduhan atas masalah atau kegagalan sendiri)
• Tidak putus asa.
• Apa yang ada pada kita belum pastihak kita.
TAJUK : TEAM BUILDING
AKTIVITI : Mencari barang tersembunyi
MASA : 1 jam

PERALATAN : Senarai tugasan

OBJEKTIF : 1. Menggalakkan interaksi di antara peserta


2. Mewujudkan kerjasama kumpulan
3. Menambahkan kemesraan

LANGKAH-LANGKAH:

1. Peserta dibahagi-bahagikan kepada kumpulan kecil yang mengandungi


5-10 orang.
2. Peserta dikehendaki mengikut arahan yang diberikan dan cuba
memperolehi seberapa banyak markah yang boleh.
3. Fasilitator akanmemberi satu tugas yang sama untuk semua kumpulan.
4. Kumpulan pertama yang dapat menghabiskan tugasnya dengan lengkap
dan cepat akan diberikan 5 markah, kumpulan kedua 3 markah dan
kumpulan ketiga 1 markah.
5. Tugasan untuk setiap pusingan ialah mendapatkan barang-barang
tersembunyi yang ada pada peserta.

Contoh barang ialah:


(a) Sepasang kasut hitam dan dua pasang kasut coklat
(b) 5 keping “nama tag”
(c) 5 batang sikat
(d) Sebatang pen merah,sebatang pen biru dan sebatang pen
hitam
(e) Sebuah buku harian
(f) 7 helai sapu tangan
(g) 4 keping duit syiling 50 sen
(h) Sekeping “pocket calendar”
(i) Dan lain-lain.

FALSAFAH:
• Jika kita mengkehendaki sesuatu kita mestilah berusaha
• Semasa meminta sesuatu dengan orang lain,kita hendaklah bersikap
hormat serta bersopan santun
• Dalam keadaan harian, seseorang itu hanya mendampingi orang lain
apabila ada kepentingan. Adakah ini satu amalan yang baik.
TAJUK : TEAM BUILDING

AKTIVITI : Hot Air Express


MASA : 20 minit
PERALATAN: Belon satu warna setiap kumpulan seorang satu.

OBJEKTIF : 1. Pembinaan kumpulan.

LANGKAH-LANGKAH:
1. Tandakan lokasi di dalam bilik untuk tempat mula bergerak dengan
belon. Ianya mungkin satu sudut, sebuah kotak atau bulatan.
2. Bentuk peserta mencari satu kumpulan terdiri daripada 8-16 orang.
3. Beri setiap orang sebiji belon tiup dan ikat.
4. Beri penerangan tentang aktiviti:
• Objektif kumpulan ialah memastikan semua belon kumpulan ada.
di tempat yang ditentukan dan kumpulan dan terdahulu dianggap
pemenang
• Setiap ahli kumpulan mesti meletakkan tangan mereka ke
belakang dan tidak dibenarkan menggunakan tangan untuk
menggerakkan belon.
• Ahli kumpulan diberi masa 1 minit untuk memilih cara
menggerakkan belon asalkan tangan setiasa di belakang.
• Diakhir masa 1minit beri arahan untuk mula.
• Biarkan semua kumpulan menghabiskan aktiviti.

FALSAFAH:
• Merancang dahulu dalam kumpulan sebelum menjalankan tugasan
supaya dapat menyelesaikanya dengan berkesan.
• Jangan buat kerja dengan tergesa-gesa dan berseorangan dan
menyesal kemudian.
Aktiviti: Raja minuman

Masa: 15 minit

Alatan: Tiada

Objektif: 1. Kemahiran mengingat dan memberikan tumpuan dalam


menjalankan aktiviti.
5. Menyediakan peserta agar mereka dapat memberi
perhatian dalam menjalankan aktiviti seterusnya.
6. Berhati-hati dalam mengingat arahan
7. Supaya ahli kumpulan dapat saling mengenali dengan
lebih akrab.

Langkah-langkah:

1. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil (10 orang).


Kumpulan kecil diminta duduk dalam bulatan kecil.
2. Fasilitator menerangkan cara aktiviti dijalankan. Contohnya:
Peserta diminta menyebut nombor secara bergilir-gilir. Apabila sampai
ke giliran peserta bernombor gandaan 3, peserta tersebut dikehendaki
menyebut “PEPSI’. 1, 2, PEPSI, 4, 5, PEPSI, 7, 8, PEPSI
3. Aktiviti ini diulangi dengan memilih gandaan nombor lain, misalnya bila
sampai ke gandaan 4, peserta dikehendaki menyebut ‘COKE’. 1,2,3,
COKE, 5, 6. 7. COKE, 9,10,11, COKE.
3. Aktiviti ini diulangi dengan menggabungkan langkah 3 dan 4. Misalnya
apabila sampai ke gandaan 3, peserta dikehendaki menyebut PEPSI
dan apabila sampai ke gandaan 4, peserta dikehendaki menyebut
COKE. Apabila sampai ke nombor yang merupakan gandaan 3 dan 4,
peserta dikehendaki menyebut PEPSI-COKE.
4. Peserta disingkir apabila membuat kesilapan. Aktiviti ini diteruskan
sehingga seorang pemenang yang digelar “Raja minuman’
dikenalpasti

Falsafah/Pengajaran:

9. Fasilitator dapat menyegarkan keadaan peserta yang agak pasif.


10. Pesera bersedia untuk mengikuti program yang dirancang.
11. Mengasah kemahiran memberi tumpuan.
Aktiviti: COMBAT!

Masa: 10 minit

Alatan: Tiada

Objektif: 1. Menghilangkan perasaan bosan dan mengantuk.

8. Peserta lebih bersedia untuk mengikuti arahan.

9. Peserta dapat bekerjasama dengan memberi respon


kepada arahan fasilitator.

Langkah-langkah:

7. Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan besar.

8. Peserta ditunjukkan aksi arahan komander (fasilitator) seperti berikut:


Fire – Gaya memegang senapang berbunyi ‘bang’
Hands up – Gaya ‘serender ‘ (Angkat kedua-dua tangan)
Take cover – Meniarap
3. Apabila fasilitator memberi arahan komander, semua peserta
dikehendaki memberi respon dengan menunjukkan aksi tersebut
serentak.
4. Rentak aktiviti berubah dari perlahan ke pantas.

Falsafah/Pengajaran:

12. Peserta bersedia fizikal dan mental untuk mengikut arahan.


13. Menggalakkan peserta menggunakan kemahiran mendengar.
Aktiviti: Inilah saya!

Masa: 20 minit

Alatan: Tiada

Objektif: 1. Mengingat nama peserta dalam kumpulan.


10. Berkenalan dan menyesuaikan diri dalam kelompok.

Langkah-langkah:

9. Fasilitator menerangkan bahawa mengingat nama adalah penting


sebagai satu proses awal pendedahan kendiri.
10. Peserta diminta menyebut namanya dengan kuat dan jelas serta
menunjukkan satu aksi/gaya tersendiri.

Falsafah/Pengajaran:

14. Lebih senang mengingati nama seseorang sekiranya dikaitkan dengan


aksinya.
15. Kita akan merasa lebih selesa jika orang lain kenal dan memanggil kita
dengan sebutan nama.
16. Mengetahui nama adalah langkah pertama mewujudkan kemesraan.
Aktiviti: Jualan Lambak

Masa: 30 minit

Alatan: Meja dengan barang-barang terletak di atasnya (bilangan


barang hendaklah melebihi bilangan peserta)

Objektif: 1. Pendedahan kendiri.


11. Mengenali rakan-rakan dengan lebih mendalam.

Langkah-langkah:

1. Letakkan barang-barang di atas meja dan tutup dengan sehelai kain


sebelum peserta masuk.
2. Bila kain diselak, peserta diminta memilih satu item yang digemari.
3. Setelah setiap peserta telah memilih item masing-masing, peserta
dikehendaki memperkenalkan diri kepada kumpulannya dan terangkan
sebab-sebab item itu menjadi pilihannya.

Falsafah/Pengajaran:

17. Peserta memilih item yang bersesuaian dengan personalitinya.


18. Peserta yang mempunyai personaliti yang sama akan memilih item
yang sama.
Aktiviti: Tapak tangan

Masa: 20 minit

Alatan: Kertas A4
Pensel

Objektif: 1. Mengenali peserta dalam kumpulan dengan lebih dekat.

12. Mengelakkan perasaan malu dan ketidakyakinan semas


membuat pendedahan diri.

Langkah-langkah:

11. Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan besar melibatkan semua peserta.
12. Peserta diminta membuat satu bulatan besar.
13. Fasilitator mengedarkan sehelai kertas A4 dan sebatang pensel
kepada setiap peserta.
14. Peserta diberi masa 10 minit untuk mendapatkan lakaran tapak tangan
4 orang peserta yang lain serta maklumat yang dikehendaki yang
tersenarai di setiap jari seperti berikut:
Ibu jari: Sekolah/tingkatan
Jari telunjuk: Kawasan kediaman
Jari hantu: Hobi
Jari manis: Cita-cita
Jari kelingking: Artis yang diminati
5. Setelah tamatnya masa yang diperuntukkan, peserta dikumpulkan
semula dalam kumpulan yang besar.
6. Fasilitator memilih beberapa peserta untuk mengenalpasti tuan punya
lakaran tapak tangan sambil membentangkan butiran diri peserta
tersebut.

Falsafah/Pengajaran:

19. Fasilitator dapat mengenalpasti peserta yang mempunyai inisiatif untuk


berkenalan dengan peserta yang lain.
20. Peserta dapat mengenali rakan-rakan dengan lebih mendalam.
21. Fasilitator dapat mengenalpasti sifat peserta yang cuba menipu
dengan melakar tapak tangan sendiri.

Anda mungkin juga menyukai