Anda di halaman 1dari 2

Norzaim Binti Omar

No 4 , Jalan SG 8/4 ,
Taman Seri Gombak
68100 , Batu Caves
Selangor Darul Ehsan

11 Mei 2011

Seksyen Sektoral
Unit Perancangan Ekonomi
Tingkat 5, Bangunan SSAAS
40503 Shah Alam

Yang Berhormat,

PERMOHONAN UNTUK BANTUAN PERNIAGAAN.

Perkara diatas adalah dirujuk.

Saya seperti nama diatas, ingin membuat permohonan bantuan perniagaan.

Saya adalah seorang ibu tunggal, yang telah kematian suami pada 22 September 2010. Saya
mempunyai 4 orang anak yang kini dibawah jagaan saya. Anak sulung saya bekerja sebagai
seorang kerani, anak kedua saya baru sahaja menerima tawaran melanjutkan pelajaran di
Institut Profesional Baitulmal. Anak ketiga saya berada di dalam tingkatan 5 dan anak ke
empat saya berada di dalam tingkatan 3.

Bagi menampung perbelanjaan seharian saya, saya berniaga ice-blended secara kecil-kecilan
di kawasan persekolahan Taman Seri Gombak. Pendapatan saya sehari adalah dalam
anggaran RM30.00 sehari , itu pun tidak menentu. Pendapatan ini adalah tidak cukup untuk
menampung perbelanjaan saya sekeluarga memandangkan tanggungan saya adalah berat.
Buat masa sekarang anak sulung hanya dapat membantu saya sekadar yang termampu. Pada
tahun hadapan beliau akan mendirikan rumah tangga dan pada masa itu beliau tidak mungkin
dapat membantu saya seperti sekarang .Selain daripada pembelajaran anak-anak saya, saya
terpaksa menanggung kos perubatan anak ketiga saya yang menghidap penyakit Asthma dan
Athritis. Kos perubatan sebulan anak saya adalah sebanyak RM250.00 bersama ini saya
lampirkan surat dari pihak hospital untuk rujukan tuan.

Untuk menambah pendapatan bulanan saya, saya bercadang untuk menjalankan perniagaan
Soft Ice-Cream. Anggaran modal yang diperlukan untuk membeli barangan tersebut adalah
agak tinggi. Saya tidak mampu untuk membeli peralatan tersebut sendiri. Oleh kerana itu,
saya lampirkan sebut harga barangan yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan Soft
Ice-Cream tersebut.
Sekiranya pihak tuan ingin keterangan lanjut, saya boleh dihubungi di talian 012-6555780.

Saya berharap agar permohonan saya ini mendapat perhatian dan pertimbangan pihak tuan.

Anda mungkin juga menyukai