Anda di halaman 1dari 2

Nur Asmah Hussin

JL Auto Servis Kg. Jelor,


16800 Pasir Puteh,
Kelantan Darul Naim.
013-3657043

____________________________________________________________________

Unit Kemudahan Kolej 18 September 2022


Aras 3, Kompleks Budisiswa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor

Tuan / Puan ,
Permohonan Rayuan Penempatan Kolej Semester 1 Sesi 2022/2023

Berhubung perkara di atas, saya Nur Asmah Hussin No. KP 920321-03-6234. No. Matrik
IET 120007 ingin membuat rayuan untuk tinggal di asrama Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin
Shah (KK12) bagi kemasukan Semester 1 Sesi 2022/2023 setelah gagal mendapat kelayakan
menduduki kolej yang dipohon iaitu Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12) melalui
online dan juga kolej-kolej lain.

2. Kegagalan permohonan ini telah menyukarkan saya bagi mendapatkan penempatan di


luar kerana ia memerlukan kos yang tinggi dan kenderaan sendiri, di mana ia berada di luar
kemampuan saya dan keluarga.

3. Untuk makluman tuan, permohonan ini saya ajukan kerana saya merupakan pelajar
tahun akhir Sarjana Muda Usuluddin (Sejarah dan Tamadun Islam) yang mana hanya berbaki
satu semester pengajian sahaja. Tambahan pula, sebagai pelajar tahun akhir sarjana muda
saya sangat memerlukan penempatan di asrama Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah
(KK12) dalam menyiapkan ‘final year paper project’ dan memenuhi kuliah yang berbaki 21
Jam Kredit lagi.

4. Oleh yang demikian, saya memohon jasa baik pihak Tuan untuk memudahkan saya
bertemu pensyarah-pensyarah bagi membantu saya dalam pembelajaran juga dalam mencari
bahan menyiapkan ‘final year paper project’ yang memerlukan banyak masa di perpustakaan
dan di fakulti. Ini kerana, kemudahan yang terdapat di dalam asrama seperti ruang belajar dan
internet juga amat diperlukan dan membantu saya dalam pembelajaran. Selain itu,
kemudahan kenderaan iaitu bas juga diperlukan untuk berulang-alik ke kuliah.

5. Untuk pengetahuan pihak Pengurusan Kolej, saya telah membuat carian rumah sewa
tetapi semuanya penuh. Saya hanya menjumpai rumah yang masih kosong terletak agak jauh.
Setelah membuat tinjauan, pergerakan dari lokasi tersebut menggunakan kemudahan awam
‘LRT’ yang memakan masa selama 45 minit dan perlu menukar bas untuk sampai ke fakulti.
Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan rayuan saya dengan sebaik mungkin
tanpa sebarang keraguan. Saya berjanji akan mematuhi peraturan kolej sewajarnya. Respon
positif daripada pihak tuan amatlah saya harapkan dan saya dahulukan dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Terima Kasih.

Yang Benar,
(NUR ASMAH HUSSIN)

Anda mungkin juga menyukai