Anda di halaman 1dari 2

Nur Khaliesha Auni Binti Mazlan

No 1, Jln Satria 7/1 Taman Titiwangsa,

86000 Kluang,

Johor Darul Takzim.

h/p: 010-4414019

__________________________________________________________________________________

Kolej Awang Had Salleh,

Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City,

Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjung Malim

0154-879 7899 7 NOVEMBER 2019

__________________________________________________________________________________

Tuan/Puan

Permohonan Rayuan Penempatan Kolej Semester 2 Sesi 2019/2020

Berhubung perkara di atas, saya Nur Khaliesha Auni Binti Mazlan, No. KP 010716011768. No. Matrik
E20191024445 ingin membuat rayuan untuk tinggal di asrama Kolej Kediaman Awang Had Salleh
bagi kemasukan Semester 2 Sesi 2019/2020 setelah gagal mendapat kelayakan menduduki kolej
yang dipohon iaitu Kolej Kediaman Awang Had Salleh melalui online. Kegagalan permohonan ini
telah menyukarkan saya bagi mendapatkan penempatan di luar kerana ia memerlukan kos yang
tinggi dan kenderaan sendiri.

2.Rayuan yang saya kemukakan ini adalah atas sebab yang relevan, kerana sebagai seorang pelajar
saya teramat memerlukan kemudahan asrama bagi memudahkan saya menjalani kehidupan sebagai
seorang pelajar .

3.Bersama permohonan ini, ingin saya nyatakan juga beberapa faktor dan sebab rayuan seperti
berikut:-

a) Dengan adanya kemudahan hostel yang disediakan seperti WIFI percuma memudahkan untuk
menyiapkan tugasan. Saya akan sentiasa berusaha mempertingkatkan daya usaha untuk mencapai
keputusan yang lebih baik.

b) Saya memerlukan asrama ini untuk memudahkan pergerakan saya ke kuliah. Keadaan ini
memudahkan saya bertemu pensyarah-pensyarah dalam membantu saya dalam pelajaran.

c) Faktor keselamatan juga turut membimbangkan saya memandangkan cuaca dan keadaan
sekeliling yang tidak menentu. Dengan menghuni asrama, keselamatan saya lebih terjamin.

d) Saya akan mengalami kesukaran sekiranya terpaksa menyewa di luar kerana masalah dari segi
kewangan untuk menyewa rumah di luar kampus dan pengangkutan untuk ke fakulti
4. Dengan ini saya amat berharap pihak tuan dan puan mempertimbangkan rayuan saya ini. Segala
kerjasama pihak tuan/puan amatlah saya hargai. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar

Nur Khaliesha Auni binti Mazlan

Anda mungkin juga menyukai