Anda di halaman 1dari 3

KARANGAN MENGENAI PERIHAL DIRI, PERANCANGAN PENGAJIAN DAN

KERJAYA

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji hanya bagiNYA. Di

sini saya mulakan karangan mengenai pengenalan dan perihal diri, nama saya Muhamad Fitri bin

Abas, berumur 21 tahun dan lahir pada 28 Januari 1996 di Hospital Sungai Petani, Kedah Darul

Aman. Saya merupakan anak pertama daripada enam orang adik-beradik. Saya menetap di

kediaman ibu bapa saya yang beralamat 922, Lorong Angsana 13/2, Taman Angsana, 09000

Kulim, Kedah. Mendapat pengajian awal di Sekolah Kebangsaan Taman Selasih, Kulim, Kedah

dari darjah satu hingga ke darjah enam. Disebabkan saya mendapat keputusan yang cemerlang

dalam UPSR, Kemudiannya saya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan

Sultan Badlishah, Kulim, Kedah, salah sebuah sekolah yang terkemuka di negeri Kedah dari

Tingkatan Satu sehingga ke Tingkatan Lima. Semasa di peringkat Menengah Rendah, saya

mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Semasa di peringkat Menengah Tinggi,

prestasi pelajaran saya biasa sahaja dan Alhamdulillah, keputusan peperiksaan SPM saya

setimpal dengan apa yang saya telah usahakan. Seterusnya saya telah melanjutkan pengajian di

peringkat matrikulasi di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Pongsu Seribu, Kepala Batas, Pulau

Pinang. Prestasi pelajaran saya di peringkat matrikulasi juga biasa sahaja namun sudah cukup

untuk melayakkan saya memohon program pengajian yang saya ingini.

Sekarang saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di UniKL Business School di Jalan Raja

Muda Abdul Aziz, Kampung Baru, Kuala Lumpur dalam program Ijazah Sarjana Muda Bisnes
Antarabangsa. Mungkin peluang yang datang ini adalah satu rezeki buat saya memandangkan

ramai lagi di antara golongan sebaya saya yang tidak mendapat peluang untuk melanjutkan

pelajaran walaupun mereka telh mencuba sehabis baik. Saya juga mengambil peluang untuk

menuntut ilmu kerana ini adalah selari dengan sabdaan Rasulullah saw yang mengatakan

menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap muslim. Saya selalu mengingatkan diri bahawa

mencari ilmu ini juga ibadah dan ilmu bukanlah hanya di atas kertas peperiksaan semata-mata

kerana jika saya melakukan begitu, maka ilmu itu mungkin hilang, lupa dan seumpamanya.

Sekiranya itu yang berlaku, maka tiadalah ilmu itu dikira sebagai bermanfaat. Justeru itu, saya

memohon jasa baik dari pihak MARA unuk meluluskan permohonan pinjaman saya. Oleh itu,

dengan mempelajari program Ijazah Sarjana Muda Bisnes Antarabangsa ini, saya mungkin dapat

menambah lagi ilmu saya mengenai perniagaan, hal ehwal sumber manusia, ekonomi dan

seumpamanya.Dengan adanya ilmu seperti ini, ingin sekali saya membalas semula jasa ibu bapa

saya yang telah bersusah payah membesarkan saya dan semestinya, saya ingin menjadi insan

yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara.

Sekiranya saya berjaya menamatkan program di UniKL Business School dengan baik, saya

kemudiannya merancang untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi kerana

saya ingin mempunyai kelulusan untuk menjadi seorang pensyarah. Setelah sekian lamanya

minat saya memang ingin masuk ke dalam bidang pendidikan kerana di sinilah saya boleh

mencurahkan bakti saya kepada masyarakat, bangsa dan negara dengan menabur ilmu kepada

golongan-golongan muda yang akan datang dan saya juga ingin melihat bangsa saya sebagai

bangsa yang berjaya, tidak dipandang rendah di mata masyarakat dunia dan mampu menaikkan

nama Malaysia di persada antarabangsa.


Sekian sahaja serba sedikit perihal mengenai diri saya dan juga perancangan pengajian

serta kerjaya yang saya ingin lakukan di masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai