Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum. Saya Nurul Najua Binti Mohd Zamri berumur 19 tahun.

Dilahirkan pada
……………………. Di hospital kuala pilah negeri Sembilan. Saya merupakan anak kedua dari 6 orang adik
beradik. Ayah saya bekerja sendiri manakala ibu saya seorang suri rumah sepnuh masa.Saya bersekolah
rendah di Sk Serting Ulu, Batu Kikir,Negeri Sembilan dari darjah 1 hingga 6. Saya menyambung pelajaran
ke Sekolah Menengah Dato’ Undang Musa Al Haj, Kuala Klawang Jelebu, Negeri Sembilan sehingga tamat
tingkat 5. Saya bercita – cita untuk menjadi seorang pendidik. Selepas tamat SPM, saya ditawarkan
melanjutkan pengajian diperingkat diploma selama 3 tahun dalam bidang pendidikan awal kanak – kanak
di Poly Tech Mara Kampus Kota Bahru, Kelantan. Saya menerima tawaran tersebut dan kini pengajian
saya berada di semester yang kedua.

Perancangan pengajian, saya ingin meneruskan pengajian saya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda
dalam bidang yang sama. Saya memilih untuk meneruskan pengajian dalam bidang ini kerana saya
seorang suka dan minat dengan kanak – kanak, oleh sebab itu saya menceburi bidang pengajian ini
walaupun saya tahu bidang ini sangat mencabar. Saya akan cuba untuk mendalamai bidang ini agar saya
dapat menerokai dunia kanak – kanak yang pelbagai. Saya memilih bidang kerjaya ini kerana saya
melihat bidang ini mempunyai potensi yang besar dan sangat luas dari segi peluang kerja.

Selepas tamat pengajian kelak, saya akan mencari kerjaya berdasarkan kelayakan dan
pengalaman saya dalam bidang ini agar dapat membantu meningkatkan taraf ekonomi Negara serta
mengukuhkan industry tenaga kerja mahir.

Saya berharap dan berdoa agar saya dapat merealisasikan impian saya untuk berkhidmat pada
anak anak bangsa kelak. Saya berjanji dan berusaha untuk belajar bersungguh – sungguh bagi mencapai
hasrat saya. Disamping itu, saya ingin membalas pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit kedua ibu
bapa saya yang sanggup membesarkan saya dan menyekolahkan saya agar saya menjadi insan yang
berguna tanpa meminta sebarang balasan.

Besar harapan saya sekiranya permohonan saya ini dipertimbangkan dan diluluskan oleh pihak MARA.
Sekian, teima kasih

Anda mungkin juga menyukai