Anda di halaman 1dari 2

KELAB PENGGUNA SEKOLAH

LATAR BELAKANG

Golongan pelajar merupakan kumpulan pengguna generasi baru (New Consumer Group)
yang bakal mempunyai kuasa beli sendiri dan berupaya mempengaruhi permintaan serta
penawaran barang dan perkhidmatan suatu hari nanti.

Sehubungan dengan itu, salah satu inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan Kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM), telah menubuhkan Kelab Pengguna Sekolah (KPS) sejak tahun 1992 yang
berfungsi sebagai nadi penggerak pendidikan kepenggunaan di peringkat sekolah.

Tujuan Utama Penubuhan KPS

Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran di kalangan generasi muda mengenai hak dan
tanggungjawab mereka sebagai pengguna seterusnya mempengaruhi corak penggunaan,
pemikiran, gaya hidup dan tindakan mereka berkaitan aspek-aspek kepenggunaan.

OBJEKTIF

 Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepenggunaan di kalangan pelajar.


 Menggalakkan pelaksanaan program/aktiviti kepenggunaan di peringkat sekolah
 Mengukuhkan jaringan kerjasama di kalangan pelajar.
 Membentuk generasi muda yang rasional dalam membuat keputusan pembelian
barangan/perkhidmatan dengan mengambil kira faktor harga, kualiti,
keselamatan, penggunaan sumber, ekologi dan keadaan ekonomi semasa
 Mewujudkan kumpulan pengguna generasi baru yang bermaklumat, bijak dan
bertanggungjawab

KEAHLIAN

 Terbuka kepada semua pelajar-pelajar sekolah yang berminat menyertainya.


 Ahli wajib menghormati, mendukung dan mematuhi perlembagaan dan peraturan
kelab disepanjang masa dalam semua keadaan.
 Ahli wajib menjaga dan mempertahankan nama baik, maruah dan identiti kelab
dan sekolah.
 KPS mestilah dibimbing oleh Guru Penasihat KPS

1
LOGO

IKRAR

Bahawasanya kami Ahli Kelab Pengguna Sekolah______________________________

Dengan ini berikrar dan berjanji akan menjadi pengguna muda yang bijak,
bertanggungjawab dan perkasa dalam setiap tindakan

Kami akan :-

 Berazam meningkatkan ilmu dan kesedaran kepenggunaan


 Bekerja kearah menjayakan program Kelab Pengguna Sekolah
 Berusaha menyebarluaskan dan berkongsi maklumat kepenggunaan
 Mempertahankan hak-hak pengguna agar dihormati
 Menjadi pengguna kini yang bertanggungjawab terhadap pengguna masa hadapan
 Tekad membudayakan perlindungan kendiri ; dan
 Berpegang teguh kepada ajaran agama, amalan-amalan murni dan patriotisme

Anda mungkin juga menyukai