Anda di halaman 1dari 1

Bincangkan apakah yang dimaksudkan dengan Peradaban Menurut Acuan Malaysia.

Malaysia telah mengalami pelbagai perubahan dan kemajuan bermula daripada awal
kemunculan kesultanan Melayu Melaka, campur tangan negara luar sehingga lah ke hari ini dan
terbentuknya Malaysia di dalam peta dunia. Untuk mencapai keharmonian yang kita kecapi pada
hari ini bukan lah suatu perkara yang mudah kerana terdapat pelbagai cabaran dan rintangan
yang perlu dihadapa seperti masalah perkauman, persengketaan antara politik dan sepertinya.
Malaysia dahulunya memiliki peradaban yang mundur kerana asalnya manusia di tanah Melayu
hanyalah seorang masyarakat tempatan yang bercucuk tanam, berniaga, menangkap ikan dan
sebagainya. Hasil usaha tokoh-tokoh dan pejuang terdahulu, rakyat pada masa kini dapat merasai
keamanan dan keharmonian yang diperjuangkan.

Peradaban menurut acuan Malaysia adalah sebuah kemajuan yang semakin moden tanpa
meninggalkan adat-adat dan warisan dahulu yang juga merupakan identiti bagi setiap kaum.
Walaupun pelbagai pembaharuan telah dilakukan bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi
tidak luput dek ditelan zaman. Malah peradaban di Malaysia juga tidak meninggalkan nilai-nilai
Islam sebaliknya menyelitkan nilai Islam di dalam setiap kemajuan. Sebagai contoh, pelbagai
bangunan yang dibina telah direka dengan ciri-ciri Islam, bentuk-bentuk kubah dan sebagainya.

Malah, kemajuan yang terdapat di Malaysia, tidak sedikitpun meninggalkan adab dan
tatasusila manusia. Malah, adab dan tatasusila manusia perlulah bergerak seiringan dgan
peradaban manusia bagi memastikan manusis hidup dalam keadaan bertamadun. Masyarakat
yang bertamadun bukan hanya masyarakat yang maju dari segib teknologi tetapi juga masyarakat
yang hebat akhlaknya.

Anda mungkin juga menyukai