Anda di halaman 1dari 1

SITI NUR AZWANI BINTI FAUDZI

2019476018

991217-02-5648

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM

CTU 551 – FALSAFAH DAN ISU-ISU SEMASA

(ISLAM ASAS PEMBENTUKAN JATI DIRI BANGSA MELAYU-MUSLIM)

Jati dan diri apabila digabungkan akan membawa maksud sifat atau ciri yang unik dan istimewa
sama ada dari segi adat, bahasa, budaya dan agama yang boleh manjadi teras dan lambang keperibadian
seseorang individu atau sesuatu bangsa. Faktor yang paling utama dalam pembentukan sifat-sifat serta
watak seseorang individu atau sesuatu bangsa ialah faktor kepercayaan atau agama. Terdapat beberapa
ciri jati diri iaitu mempunyai leluhur yang sama, menuturkan bahasa yang sama, mengamalkan
kebudayaan yang sama, menetap di daerah geografi yang sama dan berpegang kepada agama yang
sama. Konsep jati diri Melayu adalah berpandukan kepada beberapa prinsip iaitu Islam sebagai agama
dan sistem kepercayaan yang menjadi sumber kepada jati diri Melayu, perwatakan, adab dan kesusilaan
orang Melayu adalah berasaskan prinsip tauhid dan hukum syarak dan akhir sekali penghayatan nilai
tauhid dalam sistem kehidupan sama ada dalam entiti keluarga, masyarakat atau negara.

Agama Islam telah menjadi asas kepada kebangkitan masyarakat Melayu dari setiap sudut aspek
kehidupan seperti sosial, ekonomi dan politik. Islam juga telah mengubah dan merevolusi diri dan jiwa
orang Melayu dan juga menemukan orang Melayu dengan identiti dan jati diri yang amat serasi, bernilai
dan yang paling hakiki. Agama Islam di Malaysia amat sinonim dengan bangsa Melayu malah Islam telah
mempengaruhi adat dan kebudayaan tamadun Melayu yang diwarisi zaman ke zaman. Terdapat empat
teras pembinaan jati diri bangsa Melayu iaitu teras ketaqwaan kepada Allah, teras akhlak, teras ilmu
pengetahuan dan teras muamalah. Budaya masyarakat Melayu juga menggabungkan dua unsur utama
agama Islam dan adat.

Anda mungkin juga menyukai