Anda di halaman 1dari 1

Soalan 1

  APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ETIKA?

Etika didefinisikan sebagai satu ukuran dan piawaian yang digunakan untuk membezakan
kelakuan seseorang sama ada baik atau buruk, menyenangkan atau tidak menyenangkan.
Perkataan etika berasal daripada perkataan Greek, iaitu ethos yang membawa maksud perangai.
Dalam perkataan latin, etika dikenali sebagai mores yang bermaksud moral atau perangai. Etika
juga didefinisikan sebagai adat atau kebiasaan. Perkataan moral lebih sesuai dengan idea-idea
yang umum untuk diterima pakai dalam tindakan manusia.

Menurut perspektif ilmu falsafah, etika dikategorikan sebagai satu falsafah moral iaitu
suatu cabang ilmu falsafah yang sceara khusus membincangkan tentang apa yang dikatakan
tingkah laku yang baik dan tingkah laku yang buruk serta membincangkan hal-hal moral, adab
dan nilai dalam tingkah laku manusia. Manakala istilah etiket (etiquette) bermaksud tingkah laku
atau tatacara yang dianggap baik dalam sesuatu keadaan.

Anda mungkin juga menyukai