Anda di halaman 1dari 2

Soalan 5

BINCANGKAN KONSEP NILAI, BUDAYA DAN AGAMA

a) Konsep Nilai
Nilai adalah suatu konsep yang kompleks disebabkan berbentuk abstrak dan tidak dapat
dilihat atau disentuh. Melalui ciri-ciri am seperti perlakuan seseorang atau penonjolan secara
lisan, nilai boleh diterangkan dan dikenalpasti. Nilai juga merupakan konsepsi manusia tentang
apa yang dianggapnya berharga, penting dan ingin dimiliki mereka dalam kehidupan. Kenyataan
ini bertepatan dengan maksud nilai berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka yang memiliki
beberapa pengertian iaitu taksiran harga, kadar dan nisbah, darjat, kualiti, mutu dan taraf serta
sifat ketinggian.
Nilai bertujuan untuk memberi rangsangan terhadap sesuatu isu atau situasi. Di samping itu,
nilai boleh mengehadkan seseorang. Oleh itu, seseorang yang menghayati nilai akan melakukan
sesuatu yang ada katan dengan nilai yang dihayatinya dan tidak akan melakukan nilai yang
bercanggah.

b) Konsep budaya
Dari segi bahasa budaya berasal daripada bahasa Sanskrit buddhayah (kata dasarnya budhi
yang bermaksud budi atau akal). Perkataan budaya di dalam bahasa Inggeris ditakrifkan sebagai
culture yang berasal daripada perkataan latin, colere yang bermaksud mengolah atau
mengerjakan. Menurut Kamus Dewan, budaya didefinisikan sebgai tamadun, peradaban atau
kemajuan fikiran dan akal budi termasuklah cara berfikir dan berkelakuan). Budaya dikaitkan
dengan kebolehan seseorang individu menggunakan kekuatan, tenaga dan akal fikiran kearah
meningkatkan akal fikiran bagi enangani sesuatu permasalahan dan seterusnya
menyelesaikannya.
Menurut Koentjaraningrat, budaya mengandungi 7 unsur utama iaitum agama dan upacara
keagamaan, sistem dan organisasi kemasyarakatan, sistem pengetahuan, bahasa, kesenian, sistem
ekonomi dan sistem teknologi dan peralatan. Budaya boleh dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan.
Budaya kebendaan adalah peralatan dan kelengkapan hidup deperti rumah, kereta, perahu
dan sebagainya yang sememangnya menjadi keperluan dalam kehidupan manusia. Budaya bukan
kebendaan ialah kepercayaan, adat iastiadat dan undang-undang. Setiap masyarakat dan
kelompok etnik mempunya adat tersendiri yang menjadi identiti bagi sesuatu kumpulan.

c) Konsep agama
Agama didefinisikan sebagai hubungan antara manusia dengan sesuatu kekuasaan luar biaa
yang dianggap dapat memberikan perlindungan. Prof Dr. Bouquet mendefinisikan agama sebagai
hubungan yang tetap antara diri manusia dengan yang bukan manusia yang bersufat suci dan
bersifat supernatural dan yang bersifat berada dengan sendirinya dan mempunyai kekuasaan
yang teguh yang disebutkan Tuhan. Justeru, hakikat agama adalah hubungan manusia dengan
yang Mah Kuasa.
Secara fitrahnya, manusia beragama kerana pemikiran mengenai agama tekah wujud dalam
diri manusia semenjak mereka lahir. Selain itu, agama merupakan ciri yang membezakan
kelompok manusia. Malah Durkheim (1915), kepercayaan dan amalan yang sama dalam
sesebuah agama akan menyatukan semua anggota yang menganutinya dalam satu komuniti
bermoral.
Agama dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu agama samawi dan agama ciptaan
manusia. Agama samawi adalah agama yang bersumberkan wahyu tuhan seperti agama Islam,
Kristian, Yahudi. Manakala, agama ciptaan manusia Manusia atau agama alam adalah agama
yang lahir dalam kebudayaan, dibentuk falsafah masyarakat dan dirumuskan oleh ahli fikir
masyarakat seperti agama Primitif, Anamisme, Buddha, Hindu, Sikh, Conficous dan Mesir
Kuno. Di Malaysia, agama yang menjadi majoriti adalah agama Islam yang dianuti lebih dari
60% penduduk Malaysia. Selain itu, agama yang terdapat di Malaysia ialah Sikh, Kristian dan
Hindu. Walaupun berbeza agama dan kepercayaan, secara amnya semua agama yang ada di
dunia ini menggalakkan penganutnya untuk melakukan perbuatan yang baik dan mulia.

Anda mungkin juga menyukai