Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

Al- Quran adalah kitabu hidayati wa I’jazin , kitab petunjuk dan mukjizat yakni ia
merupakan sesuatu yang sangat berharga di dalam kehidupan umat manusia. Al- Quran adalah
suatu bukti yang nyata yang diturunkan sebagai mukjizat kepada junjungan besar Rasulullah
S.A.W dan mukjizat ini kekal sehingga kini yang mengandungi kehebatan dan segala ilmu bagi
mengelakkan segala prasangka buruk manusia terhadap kedudukannya sebagai wahyu Allah dan
bukti kerasulan baginda.
Semasa Nabi Muhammad S.A.W, segala persoalan hukum yang timbul dalam kalangan
umat Islam akan dijawab secara langsung oleh Rasulullah S.A.W. Baginda memberikan jawapan
hukum dengan menyebutkan dalil-dalil yang di ambil dari Al- Quran. Manakala bagi soalan yang
tidak ditemukan jawapan di dalam Al- Quran, baginda Rasulullah S.A.W memberi jawapan
melalui penetapan beliau dengan wahyu yang diberi oleh Allah S.W.T yang dipanggil hadis atau
sunnah . Syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W berupa Al- Quran dan Sunnah
diturunkan dan disampaikan di dalam bahasa Arab. Para sahabat nabi mempunyai pengetahuan
luas dalam bahasa Arab memandangkan bahasa Arab adalah bahasa ibunda mereka. Justeru,
mereka tidak memiliki sebarang masalah untuk memahami ayat Al- Quran ataupun hadis yang
disampaikan oleh baginda Rasulullah S.A.W. Para sahabat hidup sezaman dengan nabi dan
pengetahuan mereka tentang sebab serta latar belakang turunnya ayat-ayat hukum membolehkan
mereka untuk mengetahui rahsia dari setiap hukum yang ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W., agama Islam semakin tersebar secara meluas
dan datanglah suatu masa di mana umat Islam sudah bercampur baur antara orang-orang yang
berbahasa Arab atau tidak memahaminya dengan baik. Dan pada ketika itu, bahasa Arab adalah
suatu bahasa yang perlu dipelajari untuk memahami hukum- hukum yang ditetapkan oleh Allah
S.W.T. Oleh sebab itu munculnya para ahli yang berusaha menyusun kaedah – kaedah untuk
menjaga seseorang dari kesalahan dalam memahami atau mentafsir ayat Al- Quran dan hadis yang
merupakan sumber utama rujukan agama Islam. Kemudian para ulama mujtahid telah berusaha
dan bertungkus lumus dalam menetapkan dan menyusun kaedah untuk dijadikan panduan umat
Islam dalam memahami hukum dari sumber-sumbernya dengan memerhatikan asas dan kaedah
yang ditetapkan oleh ahli bahasa yang memahami dan menggunakan bahasa Arab dengan baik.
Kaedah dalam memahami hukum Allah itulah disebut sebagai usul fiqh yang telah disusun oleh
usaha-usaha ulama hebat yang terdahulu dan seterusnya diguna pakai sehingga kini.
Tujuan perbahasan ini adalah untuk memahami cara penetapan hukum Allah yang terdapat
di dalam nas-nas Al- Quran dan sunnah sesuai dengan cara yang ditetapkan oleh ulama usul dan
ulama fiqh. Adapun kegunaannya adalah dengan memahami dan menumpukan kepada kedah-
kaedah yang berkaitan dengan al-amr dan an-nahy. Secara umumnya, al-amr adalah bentuk
perintah yang yang mengandungi suatu tuntutan untuk melaksanakan suatu perbuatan atau
perlakuan. Tetapi, perlu difahami sekiranya al-amr tidak diikuti oleh bukti yang lain di mana bukti
tersebut boleh mengubah hukumnya, maka ia bersifat wajib mutlak. Tetapi jika ada bukti lain,
maka hukumnya akan berubah menjadi lain. Manakala an-nahy adalah bentuk perintah yang
mengandungi suatu tuntutan untuk meninggalkan sesuatu perbuatan yang dilarang oleh Allah
S.W.T.
PERBAHASAN AL-AMR DAN AN-NAHYU

A. AL-AMR

1. Pengertian Al- Amr


Al- Amr adalah kata lawan bagi an- nahy (‫) األمر ضد النهي‬. Maksud Al- Amr dari segi bahasa
membawa maksud tuntutan (‫)طلب‬,suruhan atau perintah.
Asy- Sheikh al- ‘Allamah Muhammad bin Soleh al- Utsaimin mendefinisikan al- amr sebagai:
‫قول يتضمن طلب الفعل على وجه اإلستعالء‬
“ Perkataan yang mengandungi permintaan atau tuntutan untuk melakukan sesuatu perbuatan,
di dalam bentuk al- isti’la ( dari yang lebih kepada yang lebih rendah, seperti Allah S.W.T.
memerintahkan sesuatu kepada hambaNya)”. Istilah ini juga menyerupai dengan istilah menurut
qawaid tafsir iaitu tuntutan dari orang yang lebih tinggi kepada yang lebih rendah kedudukannya.
Menurut Sayyid Ahmad Al- Hasyimi definisi al-amr adalah mengharapkan tercapainya sesuatu
perbuatan dari yang dilakukan oleh mukhattab ( pihak kedua ) di mana arahan tersebut datangnya
dari orang atasan ( pihak pertama).
Manakala, Khalid Abdurrahman mendefinisikan amar ialah kata yang menunjukkan
permintaan untuk melakukan perkara apa yang diperintahkan, dari kedudukan yang lebih tinggi
kepada yang lebih rendah. Maka, yang dimaksudkan dengan kedudukan yang lebih tinggi
kedudukannya yakni Allah S.W.T. sebagai pemberi arahan atau perintah sedangkan yang lebih
rendah tidak lain tidak bukan adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W.T untuk
melaksanakan segala perintahNya.
Dalam rumusan yang ringkas, al- amr didefinisikan sebagai: “ menuntut perbuatan dari atas ke
bawah”.
2. USLUB – USLUB LAFAZ AMR

a) Menggunakan fi’il amar (‫)فعل األمر‬

Kata kerja berbentuk perintah. Sebagaimana firman Allah S.W.T :

َ ‫ب ِبقُ َّو ٖۖة َو َءات َۡي َٰنَهُ ۡٱل ُح ۡك َم‬


١٢ ‫صبِ ّٗيا‬ َ َ ‫َٰيَيَ ۡحيَ َٰى ُخ ِذ ۡٱل ِك َٰت‬
12. Hai Yahya, ambillah Al Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh. Dan kami berikan
kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak ( QS , Maryam , 16:12 )
Lafaz ‫( خ ْذ‬ambillah) di dalam ayat tersebut menunjukkan kata kerja yang berbentuk
perintah (fi’il amar) yang diambil dari perkataan asalnya iaitu َ‫ ( أ َ َخذ‬ambil).

b) Al- Mudhari’ al- maqrun billam ( ‫)المضارع المقرون بالالم‬

Menggunakan fi’il mudhari dengan didahului lam al- amr (‫ )الم األمر‬sebagaimana firman
Allah S.W.T. :

َٰٓ
١٠٤ َ‫ع ِن ۡٱل ُمن َك ِۚ ِر َوأ ُ ْو َٰلَئِكَ ُه ُم ۡٱل ُم ۡف ِل ُحون‬ ِ ‫ة يَ ۡدعُونَ إِلَى ۡٱلخ َۡي ِر َويَ ۡأ ُم ُرونَ بِ ۡٱل َمعۡ ُر‬ٞ ‫َو ۡلت َ ُكن ِمن ُك ۡم أ ُ َّم‬
َ َ‫وف َويَ ۡن َه ۡون‬
104. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan,
menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang
beruntung. ( QS, Al- Imran :104)

Lafaz ‫َو ۡلتَكن‬ ( dan hendaklah) adalah fi”il mudhari’ yang sudah ditambah dengan waw
athaf dan lam al- amr. Sebelum ditambah dengan waw athaf dan lam al-amr fi’il mudhari itu
akan dibaca dengan ُ‫تكون‬, tetapi oleh sebab lam al-amr itu telah menjazamkan fi’il mudhari,
maka ia telah dijazamkan. Dan tanda bagi jazam adalah sukun.

c) Isim fi’il amr (‫)اإلسم فعل األمر‬


Isim yang berfungsi sebagai kata kerja berbentuk perintah. Sebagaimana perintah Allah
S.W.T. :

‫يعا فَيُنَبِئ ُ ُكم ِب َما ُكنت ُ ۡم‬ َّ ‫ٱهتَدَ ۡيت ُ ِۡۚم ِإلَى‬
ّٗ ‫ٱَّللِ َم ۡر ِجعُ ُك ۡم َج ِم‬ ۡ ‫ض َّل ِإذَا‬ ُ َ‫س ُك ٖۡۖم َال ي‬
َ ‫ض ُّر ُكم َّمن‬ َ ْ‫َٰ َيَٰٓأَيُّ َها ٱلَّذِينَ َءا َمنُوا‬
َ ُ‫علَ ۡي ُك ۡم أَنف‬
١٠٥ َ‫ت َعۡ َملُون‬
105. Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi
mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali
semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
(QS, Al- Maidah: 105)

d) Al- Masdaru an- naibu ‘an fi’li amr ( ‫)المصدر النائب عن فعل األمر‬

Masdar adalah isim dan berkedudukan sebagai maf’ul mutlak yang dapat dihilangkan fi’ilnya
sehingga ia boleh berdiri dengan sendiri. Keadaan tersebut dipanggil sebagai masdar yang
menggantikan fi’il amar.

Contohnya dalam firman Allah S.W.T :

ْ‫ين َوقُولُوا‬ َ َٰ ‫س ّٗانا َوذِي ۡٱلقُ ۡربَ َٰى َو ۡٱليَ َٰت َ َم َٰى َو ۡٱل َم‬
ِ ‫س ِك‬ َّ ‫َوإِ ۡذ أَخ َۡذنَا ِمي َٰث َقَ بَنِ َٰٓي إِ ۡس َٰ ََٰٓر ِءي َل َال ت َعۡ بُدُونَ إِ َّال‬
َ ‫ٱَّللَ َوبِ ۡٱل َٰ َو ِلدَ ۡي ِن إِ ۡح‬
٨٣ َ‫ٱلز َك َٰوة َ ث ُ َّم ت ََولَّ ۡيت ُ ۡم إِ َّال قَ ِل ّٗيال ِمن ُك ۡم َوأَنتُم ُّمعۡ ِرضُون‬ َّ ْ‫صلَ َٰوة َ َو َءاتُوا‬ َّ ‫اس ُح ۡس ّٗنا َوأَقِي ُمواْ ٱل‬ ِ َّ‫ِللن‬
83. Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil (yaitu): Janganlah kamu menyembah
selain Allah, dan berbuat kebaikanlah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-
orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah shalat dan tunaikanlah
zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu
selalu berpaling.

Lafaz ‫س ّٗانا‬ َ ْ‫ أَح‬, dan merupakan pengganti dari fi’il amr ‫أَحْ سِن‬.
َ ‫ إِ ۡح‬adalah masdar dari lafaz َ‫سن‬

e) Kalimah yang mengandungi erti perintah atau permintaan.

Sebagaimana firman Allah S.W.T:


‫طلَّ َٰقَتُ يَت ََربَّصۡ نَ بِأَنفُ ِس ِه َّن ث َ َٰلَثَةَ قُ ُر َٰٓو ِۚء‬
َ ‫َو ۡٱل ُم‬

228. Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru'. (QS, Al-
Baqarah: 228).

Anda mungkin juga menyukai