Anda di halaman 1dari 35

METODOLOGI TAZKIYAH AL NAFS

DALAM PEMBENTUKAN
PERSONALITI MAHASISWA BERKUALITI

NURAIN NADIA BINTI MOHD LOKMAN (2019208178)


SITI NUR AZWANI BINTI FAUDZI (2019476018)
SITI NUR UMAIRAH BINTI NORHISHAM (2019294338)

Kertas kerja ini disediakan untuk


DR HAJAR BIN OPIR

ISC402/ PEMBANGUNAN PERSONALITI DALAM ISLAM

Januari 2019
DEKLARASI PENULIS

Kami mengakui bahawa penghasilan kertas kerja ini dilakukan mengikut peraturan Universiti
Teknologi MARA. Ia adalah asli dan dapatan hasil usaha saya sendiri, melainkan dinyatakan
sebaliknya atau diberikan penghargaan sebagai hasil rujukan. Kertas kerja ini tidak pernah
diserahkan kepada mana-mana institusi akademik atau bukan akademik untuk apa-apa ijazah atau
kelayakan.

Kami, dengan ini, menyatakan bahawa kami telah mengikuti Kaedah dan Peraturan Akademik bagi
Siswazah, Universiti Teknologi MARA, sepanjang melakukan pengajian dan penyelidikan saya.

Nama Ketua

Kumpulan : Siti Nur Azwani binti Faudzi

No. Pelajar : 2019476018

Program : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Halal

- IC220

Fakulti : Akademi Pengajian Islam Kontemporari

Tajuk Tesis : Metodologi Tazkiyah Al Nafs Dalam Pembentukan

Personaliti Mahasiswa Berkualiti.

Tandatangan : .………………………………………………………….

Tarikh : 3 Disember 2019


1.0 ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat

1.0 Isi Kandungan

2.0 Pendahuluan

3.0 Objektif

4.0

5.0 Kesimpulan

6.0 Rujukan

7.0 Lampiran
2.0 PENDAHULUAN

Kertas kerja ini membincangkan tentang metodologi tazkiyah al nafs dalam pembentukan
personaliti mahasiswa berkualiti. Mahasiswa pada masa kini bakal menjadi pemimpin negara pada
masa akan datang. Bagi merealisasikan pertanggungjawaban tersebut, setiap mahasiswa perlulah
memiliki personaliti dan keunggulan peribadi. Encyclopedia of Applied Psychology
mendefiniikan personaliti sebagai pegangan kepercayaan seseorang tentang kualiti dirinya dan
bagaimana dia meniliai kualiti tersebut. Ia juga didefinisikan sebagai ciri-ciri tingkah laku yang
sememangnya ada dalam diri manusia. Manakala tazkiyah al-nafs menurut pandangan Said
Hawwa adalah suatu proses peralihan daripada jiwa yang tidak suci, ternoda dan tercemar dengan
segala dosa- dosa.

Dalam perspektif tarbiah Islam, pembentukan nilai dan kecemerlangan individu


berteraskan aspek kesucian hati merupakan asas terpenting yang menentukan keberhasilan dan
kejayaan dalam proses pembangunan manusia. Hal ini kerana, aspek kerohanian merupakan
intisari manusia yang sebenar dan ciri-ciri peribadinya, bahkan kebaikan ruh adalah punca
kebaikan seseorang dan masyarakat seluruhnya (Muhammad Qutb,1993).

Justeru dalam usaha mencapai sebuah personaliti yang baik menurut perspektif Islam,
metode yang dilihat sangat penting metode yang dilihat amat penting sebagaimana yang disarankan
oleh para sufi ialah penyucian jiwa (tazkiyah al-nafs) kerana akhlak dan personaliti yang baik akan
lahir dari hati yang bersih dan baik. Dalam erti kata lain, proses tazkiyah alnafs adalah melibatkan
dua proses yang utama iaitu al-takhalli dan al- tahalli. Daripada Numan bin Basyir berkata, aku
mendengar Nabi S.A.W bersabda:

ُ‫ِي ْالقَ ْلب‬ َ ‫س َد ْال َج‬


َ ‫ أ َ ََل َوه‬،ُ‫س ُد ُكلُّه‬ َ ‫صلَ َح ْال َج‬
َ َ‫ َوإِذَا ف‬،ُ‫س ُد ُكلُّه‬
َ َ‫ ف‬، ْ‫س َدت‬ َ ‫ إِذَا‬،ً‫ضغَة‬
َ ، ْ‫صلَ َحت‬ َ ‫أ َ ََل َوإِ َّن فِي ْال َج‬
ْ ‫س ِد ُم‬

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka
baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia
adalah hati (jantung).” [Riwayat al-Bukhari (52) dan Muslim (1599)]
Maka dapatlah disimpulkan, bagi seseorang mahasiswa yang ingin memiliki personaliti
yang berkualiti berlandaskan Al- Quran dan As- Sunnah, perlulah menjalani proses tazkiyah al-
nafs berulang kali bagi memastikan hati dan jiwa bersih daripada sebarang sifat-sifat mazmumah.
Untuk membincangkan perkara ini, pembentangan kertas kerja ini akan dibahagikan kepada
konsep pembangunan personaliti menurut perspektif Islam dan barat, konsep tazkiyatun nafs dan
hubungkait dengan masalah hati serta metode tazkiyah al- nafs dalam membentuk personaliti
seseorang individu.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Mengenal pasti konsep pembangunan personaliti menurut perspektif Islam.


3.2 Mengkaji konsep tazkiyatun nafs dan hubungannya dengan masalah hati
3.3 Menganalisis metode tazkiyatun nafs dalam membentuk personaliti seseorang individu
KONSEP PEMBANGUNAN PERSONALITI

Setiap manusia di dunia ini memiliki sifat, ciri-ciri, perangai dan tabiat yang berbeza-beza.Satu
istilah yang lebih sesuai untuk merangkumi semua perkataan tersebut adalah personaliti.
Personaliti melambangkan ciri atau sifat keperibadian yang membezakan di antara seseorang
manusia dengan manusia yang lain. Kepelbagaian personaliti manusia ini menjadikan manusia
sebagai makhluk yang sangat unik.

Definisi personaliti

Perkataan personaliti berasal daripada perkataan Inggeris iaitu “personalite” dan perkataan
latin “personalis” yang membawa maksud peribadi atau sifat peribadi serta pemikiran seseorang
individu. “Persona” membawa maksud seseorang individu, insan dan manusia. Persona juga
bermaksud topeng muka yang digunakan oleh pelakon-pelakon Yunani di atas pentas untuk
berlakon. Dalam erti kata lain personaliti merujuk kepada satu set karakter tertentu yang ada dalam
diri manusia atau diistilahkan juga sebagai pola-pola tingkah laku manusia.

Menurut Alport (1937), personaliti adalah satu organisai dinamik yang berkaitan dengan
sistem psikofizikal dalam diri individu yang akan menetukan penyesuaian tertentu ke atas
persekitaran. Beliau berpendapat personaliti mempunyai tiga bahagian iaitu kesan luaran, struktur
dalaman dan pandangan positif. Bagi pendekatan kesan luaran, definisi personaliti sama
maksudnya dengan topeng, iaitu merujuk kepada ciri-ciri tertentu yang ada pada diri seseorang.

Konsep personaliti boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, konsep personaliti
menurut perspektif Islam. Kedua, konsep personaliti menurut perspektif barat. Walaupun konsep
personaliti tidak dibincangkan secara khusus, namun terdapat beberapa perbincangan mengenainya
antara tentang pendapat-pendapat maksud personaliti menurut sarjana Islam. Pandangan barat
terhadap personaliti lebih menekankan kepada hubungan sosial dan tingkah laku tetapi mereka
tidak menekan unsur-unsur spritual. Manakala personaliti menurut perspektif Islam lebih menekan
kan konsep spritual dan hubungan dengan tuhan serta interaksi sosial antara manusia. Personali
akan berubah mengikut persekitaran dan pembelajaran seseorang dan mempunyai hubung kait
dengan jiwa dan spritual. Setiap insan di muka bumi Allah S.W.T mempunyai ciri-ciri dan
personaliti yang tersendiri.
KONSEP PERSONALITI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Dari perspektif Islam, personali didefinisikan sebagai sahsiah ataupun secara umumnya
disebut sebagai akhlak. Perkataan akhlak berasal daripada perkataan bahasa arab iaitu khuluq yang
bermaksud tingkah laku seseorang itu terhadap Allah, diri sendiri, ahli keluarga, rakan-rakan dan
masyarakat di sekelilingnya. Ia juga boleh dirujuk kepada keimanan seseorang individu.
Pernyataan ini selaras dengan sabda nabi bahawa keimanan seorang manusia berkait rapat dengan
akhlaknya. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “ Orang yang paling
sempurna keimanannya ialah orang yang paling baik akhlaknya”.( Riwayat Abu Dawud, Ahmad
dan Tirmizi). Akhlak terbahagi kepada dua jenis iaitu akhlak yang terpuji dan akhlak yang tercela.
Kedua-dua jenis akhlak ini sama ada yang terpuji atau yang tercela merangkumi dua dimensi iaitu
zahir dan batin.

Menurut Imam Al- Ghazali personaliti menerangkan tentang keadaan jiwa. Semua
perbuatan sama ada mudah atau susah terbit melalui jiwa tanpa memerlukan kepada pemikiran dan
penelitian. Sekiranya dari jiwa terbit niat ingin melakukan perbuatan yang baik dan terpuji
mengikut syariat Islam, personaliti itu dinamakan sebagai personaliti yang baik. Sebaliknya,
sekiranya terbit dalam jiwa ingin melakukan perbuatan buruk, maka itu adalah personaliti yang
buruk.

Menurut Dr. Haron Din, akhlak Islam adalah akhlak yang bersumberkan kepada daya
usaha kemampuan pemikiran akal manusia. Akhlak Islam bersumberkan kepada kekudusan yang
mutlak manakala akhlak falsafah bersumberkan kepada yang tidak kudus, tidak mutlak dan tidak
tetap.

Personaliti menurut perspektif Islam turut dibicarakan oleh Imam Al-Ghazali di mana
beliau telah membahagikan personaliti kepada dua konsep iaitu perkembangan personaliti dan juga
iman. Menurut Imam Al- Ghazali perkembangan personaliti individu terbahagi kepada dua tahap
iaitu zaman kanak-kanak dan zaman dewasa.

Pada zaman kanak-kanak, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam
mendidik dan mengasuh . Menurut pandangan Islam, anak-anak adalah satu amanah dan
tanggungjawab yang dikurniakan oleh Allah kepada insan yang bergelar ibu bapa. Oleh itu,
peranan dan tanggungjawab paling penting bagi ibu bapa adalah memberi pendidikan yang
secukupnya kepada anak-anak. Menurut Imam Al-Ghazali juga , melalui proses tarbiyyah
seseorang kanak-kanak itu akan mencapai tahap tamyiz. Seterusnya peringkat kedua berkaitan
dengan perkembangan personaliti bagi peringkat dewasa. Peringkat ini merupakan suatu peringkat
yang merujuk kepada tanggungjawab telah terletak dia atas bahu mereka. Setiap individu akan
bertanggungjawab terhadap setiap perbuatan yang mereka lakukan yang dikenali sebagai peringkat
“taklif”.

Imam Al-Ghazali juga membincangkan mengenai konsep iman. Tahap iman seseorang
individu dipengaruhi oleh personaliti yang dimiliki olehnya. Iman manusia boleh bertambah dan
berkurang berdasarkan jenis-jenis nafsu yang ada padanya.Dalam Islam, nafsu dibahagikan
kepada 4 jenis iaitu nafsu ammarah, nafsu mulhamah, nafsu lawwamah dan nafsu mutmainnah.

Nafsu Ammarah adalah nafsu yang sangat jahat. Nafsu jenis ini lah yang mendorong
manusia untuk sering melakukan. Bagi sesorang manusia yang mempunyai nafsu ini akan berasa
bangga apabila melakukan dosa. Malah, akan berlumba-lumba dengan orang lain untuk
menunjukkan siapa yang paling banyak buat maksiat. Allah telah menyatakan sifat nafsu ammarah
itu kepada kita dalam firmannya yang bermaksud: “Sesungguhnya hawa nafsu sangat
mengajakkepada kejahatan” (Yusuf 12:53). Ini adalah nafsu di tahap yang paling rendah. Diri di
tahap ini disifatkan al- Quran sebagai yang menyuruh kepada keburukan dan kejahatan. Jika
melakukan kebaikan sekalipun hanya sebagai topeng untuk kejahatan.

Apabila nafsu Ammarah telah berjaya dikalahkan , ia akan berubah kepada nafsu
lawwamah. Manusia di peringkat ini sudah ada kesedaran, keinsafan, dia sedar kejahatan itu
berdosa dan kebaikan itu pahala, dia ingin melakukan amal kebaikan tetapi ia tidak bertahan lama,
semasa dia jatuh dalam kejahatan dia akan resah walaupun dia puas dengan kejahatan yang
dilakukan namun hatinya menderita dengan kejahatan. Ketika ini timbul perebutan antara nafsu
dan akal. Nafsu mengajak kepada perkara kejahatan manakala akal mengajak kepada perkara
kebaikan. Bagi sesorang individu yang memiliki nafsu lawwamah belum dapat membuat
keputusan untuk berbuat baik. I a digambarkan seperti daun lalang, ikut kemana angin bertiup.

Nafsu mulhamah adalah nafsu yang mengandungi kebaikan dan kejahatan.


Walaubagaimanapun nafsu yang jahat lebih banyak daripada nafsu yang baik. Nafsu ini adalah
nafsu yang sudah menerima proses penyucian hati. Dalam keadaan bermujahadah berbuat
kebaikan, hatinya masih rindu untuk melakukan kemaksiatan, tetapi hatinya dapat melawan
dengan mengenangkan nikmat di syurga Allah. Antara sifat-sifat yang terhasil seperti tidak
sayangkan harta, bersyukur, berilmu, merendah diri, penyabar dan redha dengan segala ketentuan.

Nafsu mutmainnah adalah nafsu yang memiliki kebaikan sahaja. Individu yang memiliki
nafsu ini adalah golongan yang akan masuk syurga tanpa melalui sebarang penyiksaan. Nafsu ini
adalah nafsu yang sangat bersih dan suci daripada segala perkara mazmumah. Apabila nafsu sudah
mencapai tahap ini, maka terbinalah sifat-sifat terpuji dan terhakislah sifat-sifat tercela. Hati
mereka akan sentiasa rindukan Allah, bila dia baca ayat Allah yang ada kitan dengan neraka serta
seksaa Allah, hatinya akan rasa takut dan cemas.
ASAS PERSONALITI DALAM ISLAM

Terdapat empat aspek yang digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah dalam memahami konsep
akhlak iaitu iman, Islam, ihsan dan takwa serta hubungkaitnya dengan personaliti dalam Islam
menurut Ataullah Siddiqui.

IHSAN IMAN

ASAS PERSONALITI
DALAM ISLAM

TAQWA ISLAM

IMAN
Iman berasal daripada perkataan bahasa arab (‫ )أمن‬yang bermaksud berada dalam iman atau berada
dalam keaddan selamat. Manakal iman pula membawa maksud kepercayaan, tunduk serta patuh,
pengakuan hati dan lidah beserta dengan amalan yang dilakukan oleh anggota badan. Sebagai
contoh, apabila seseorang individeu mengaku beriman dan percaya dengan kewujudan Allah
S.W.T. dia akan tunduk dan patuh pada segala suruhan-Nya sama ada melalui hati, perbuatan atau
ucapannya.

Dalam Islam, terdapat enam perkara yang wajib dipercayai oleh umat Islam yang dikenali
sebagai Rukun Iman. Rukun Iman adalah percaya kepada Allah S.W.T. melalui dalil kewujudan
dan kebesaranNya. Kedua, percaya kepada malaikat bahawa malaikat adalah makhluk ciptaan
Allah yang ghaib. Kertika, beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah kepada para
nabi dan Rasul. Kitab–kitab tersebut adalah Zabur (Nabi Daud), Taurat (Nabi Musa), Injil (Nabi
Isa) dan Al-Quran Nabi Muhammad S.A.W. Di dalam kitab tersebut , mengandung pelbagai
perkara yang menyuruh untuk melakukan amal kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.
Keempat, percaya kepadfa nabi dan Rasul. Allah S.W.T mengutuskan para nabi dan rasul untuk
menyampaikan risalah-Nya kepada seluruh umat Islam. Mereka juga diutuskan untuk memimpin
manusia ke arah kebaikan dan mengeluarkan mereka daripada zaman kegelapan. Kelima, percaya
kepada hari kiamat yakni semua manusia akan dibangkitkan pada hari kiamat untuk dihisab amalan
masing-masing. Akhir sekali, semua umat Islam wajib beriman kepada qada’dan qadar Allah
S.W.T. Ini bermaksud segala ketentuan yang Allah telah tetapkan untuk hambanya perlu diterima
dengan rela hati.

Apabila manusia menumpukan seluruh keimanannya kepada Sang Pencipta, seseorang


individu akan terdorong untuk melahirkan amaln dan personaliti yang baik bersesuaian dengan
keimanan tersebut.

ISLAM

Perkataan Islam berasal daripada bahasa Arab iaitu ‫ أَ ْسلَ ََم‬yang bermaksud selamat daripada sebarang
kecelakaan, aman dan sejahtera, taat dan menyerah. Dari istilah, Islam didefinisikan sebagai Islam
ialah tunduk, taat dan patuh pada perintah Allah S.W.T. seperti yang disampaikan oleh Nabi
Muhammad S.A.W. Sebagaimana Allah S.W.T telah berfirman di dalam Al Quran:

َ ١٩َ........َ‫َٱۡل إس َٰلَم‬
ِ ‫َٱَّللِ إ‬ َِ َ َ‫إِ َّنَٱلدِين‬
َّ َ‫عند‬

19. Dan sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam ( Surah Ali Imran 3:19)

Islam bukan agama yang hanya menyentuh tentang perkara-perkara ibadat semata-mata
malah Islam bersifat syumul iaitu menyeluruh dan ia merangkumi semua aspek kehidupan
manusia. Malah. Dalam setiap aspek kehidupan, soal akhlak sangat ditekankan. Tiada ada satu pun
di dalam aspek kehidupan manusia yang tidak disentuh dalam Islam.

IHSAN

Ihsan adalah kata lawan bagi perkataan isa’ah (berbuat jahat). Ihsan bermaksid berbuat
baik kepada manusia dan menghindari diri daripada melakukan perbuatan jahat dan terkutuk.
Menurut Imam Nawawi ihsan akan mendorong seseorang agar sentiasa ikhlas dalm beribadat dan
mengerjakan segala ibadat dengan niat kerana Allah S.W.T. Konsep ihsan adalah kemuncak akhlak
dalam Islam.

Apabila seseorang individu mempunyai sifat ihsan atau atau kecintaan yang ikhlas kepada
Allah S.W.T., dia akan cenderung untuk melakukan perkara yang diperintah dan perkara yang
dilarang oleh Allah S.W.T. Ihsan juga dapat memberi kesedaran dan keinsafan kepada manusia
bahawa setiap perbuatan dan tingkah laku yang mereka lakukan di atas muka bumi ini akan sentiasa
diperhatikan oleh Allah S.W.T. Secara ringkasnya, sifat ihsan dapat mengawal akhlak dan
membentuk personaliti yang baik dalam diri setiap individu.

TAQWA

Taqwa dari segi bahasa ialah memelihara atau melindungi. Menurut istilah syarak, takwa adalah
memelihara diri daripada bahaya atau keburukan serta menjauhkan diri daripada melakukan
perkara yang dilarang dalam Islam. Seseorang individu yang bertaqwa adalah manusia yang
sentiasa berusaha untuk memperbaiki dirinya dan memelihara dirinya daripada melakukan
kejahatan dan ketaatan ini akan dibalas dengan pahal.

Perkara yang menjadi ukuran kemuliaan kemuliaan seseorang individu ialah sifat
takwanya. Tidak hanya dinilai berdasarkan berdasarkan rupa, kekayaan, pangkat mahupun darjat.
Kesemua sifat-sifat mahmudah di dalam diri seseorang manusia akan membentuk personaliti
berdasarkan ketakwaan yang dimilikinya.

KESIMPULAN
Personaliti adalah sebahagian daripada akhlak kerana akhlak yang baik akan melahirkan
personaliti yang baik dan sebaliknya akan menjadi personaliti yang tidak elok pada seseorang
individu. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud “ Mukmin yang terbaik adalah mukmin yang
baik pekertinya”. Secara ringkasnya, bagaimana Islam membentuk personaliti adalah bermula
dengan persoalan bagaimana Islam membentuk perlakuan penganutnya. Ini dapat dilihat semasa
di awal Nabi Muhammad S.A.W. hendak menyampaikan dakwah, baginda menumpukan perhatian
untuk memperbaiki akhlak manusia terlebih dahulu.
Segala perbuatan yang ingin dilakukan oleh manusia mestilah mempunyai niat. Tempat
asal lahirnya niat itu adalah dari hati. Apabila hati bersih, maka akan lahirlah perbuatan yang baik
, sekiranya hati kotor, akan terzahirlah perbuatan yang tidak elok. Setiap manusia di atas muka
bumi ini tiada yang sempurna melainkan Nabi Muhammad S.A.W. Oleh sebab itu, tiada manusia
di atas muka bumi ini akan terlepas daripada melakukan perbuatan yang tidak baik dan tercela.
Setiap perbuatan buruk akan menambahkan noda-noda hitam di dalam hati. Maka, para ulama telah
menganjurkan tazkiyah nafs untuk membersihkan hati dan jiwa daripada sifat mazmumah.
Terdapat pelbagai cara tazkiyah tazkiyah nafs yang dianjurkan oleh Imam Al-Ghazali dan Sheikh
Abdul Qadir Al- Mandili. Walaupun mereka mempunya pandangan dan cara-cara yang tidak sama,
tetapi tujuan akhirnya tetap sama untuk membersih serta menyucikan hati dan jiwa.

Tugasan ini menumpukan perhatian kepada bagaimana proses tazkiyah nafs boleh
membentuk personaliti pelajar. Sebagaiman yang kita maklum, zaman belajar adalah suatu zaman
yang sangat sukar kerana mereka perlu bermujahadah untuk mencari ilmu. Dalam usaha mereka
untuk mencari ilmu, pasti akan wujudnya beberapa sifat yang tidak sihat di dalam hati mereka.
Justeru, para pelajar mempunyai alternatif yang tersendiri untuk membersihkan hati mereka dan
terus fokus untuk menuntut ilmu. Maka tidak dinafikan penyucian hati memainkan peranan yang
sangat penting bagi seorang pelajar kerana Ilmu akan mudah masuk pada hati yang bersih. Imam
As Syafie pernah berkata “ Ilmu adalah cahaya, nur. Dan nur Allah tidak akan ditembusi jika hati
dan perbuatan masih melakukan perbuatan maksiat.”
2.0 KONSEP TAZKIYATUN NAFS
2.1 DEFINISI TAZKIYATUN NAFS DARI SUDUT BAHASA DAN ISTILAH
Penyucian (al-tazkiyah) dalam Bahasa arab berasal daripada perkataan zaka’ (‫زكاء‬-‫يركو‬-‫)ذكا‬
yang bererti suci. Al-tazkiyah (‫ )التزكية‬bermakna tumbuh, suci dan berkat. Zaka’ (‫ )ذكا‬dimaksudkan
dengan deua pengertian iaitu menyucikan harta dan menyucikan jiwa. Lawan perkataan ini ialah
pengotoran jiwa (‫)التدسية‬.
Manakalah al-nafs dapat ditonjolkan dengan dua makna utama iaitu jiwa bermakna roh dan
keduanya ialah jiwa bermakna sesuatu hakikatnya. Menurut Anas Ahmad Karton, makna al-nafs
dikumpulkan dengan lima kelompok berdasarkan al-quran iaitu roh, diri manusia yang terdiri
daripada roh dan jasad, jiwa yang membawa maksud potensi pemikiran manusia, jiwa yang
membawa maksud hati dan jiwa yang membawa potensi kebaikan dan keburukan.
Menurut Imam Ghazali membawa dua pengertian iaitu pengertian yang meliputi sifat
marah dan hawa nafsu yang ada dalam diri manusia,menjadi punca timbulnya segala sifat
kecelakaan dalam diri manusia dan keduanya membaawa maksud hakikat diri serta zat sebenar diri
manusia itu sendiri.
Tazkiyah bermaksud pembersihan atau penyuburan. Dalam konteks ahli tasawuf, tazkiyah
merujuk kepada bersih daripada sifat keji dalam diri dan kezaliman lahiriyah. (Ibnu Arabi, 389)
Dalam erti yang lain tazkiyah al-nafs adalah melibatkan dan proses utama iaitu al-takhalli
dan al-tahalli.
Tazkiyah juga dimaksudkan sebagai cara memperbaiki seseorang dari tingkat yang rendah
ke tingkat yang lebih tinggi dalam hal sikap, sifat, keperibadian dan karakter. Semakin seseorang
itu melakukan tazkiyah pada karakter keperibadiannya, semakin Allah membawanya ke tingkat
keimanan yang lebih tinggi.
Takziyatun nafs menurut para cendekiawan antaranya, al-Ghazali ialah satu usaha
membersihkan hati, jiwa dan diri manusia daripada kekotoran sifat-sifat keji melalui konsep
mujahadah al-nafs (al-takhalli) dan kemudian menghiasinya dengan sifat-sifat murni melaui proses
riyadah al-nafs (al-tahalli) yang memerlukan kesabaran dan proses ini memerlukan usaha gigih
serta mengambil masa yang lama. Selain itu, tazkiyatun nafs menurut Ibnu Qayyim ialah bertujuan
untuk mengubati hati dari nafsu dan godaan syaitan. Segala penyakit hati berpunca daripada
kerosakan jiwa. Apabila jiwa rosak, ia merebak keseluruh anggota badan. Kemudian, ia
mempengaruhi hati sekaligus mencemarkan pemikiran individu.
2.1.1 MAKNA AL-TAKHALLI, AL-TAHALLI DAN TAJALLI
Al-takhalli ialah membersihkan diri daripada sifat-sifat yan tercela kerana ianya adalah
najis maknawi yang menghalang untuk sampai kepada hadrat Allah SWT yang Quddus
sebagaimana najis yang zahir kepada Allah. (al-Qurdi,1995: 457)
Selain itu, takhalli juga bermaksud menyucikan dan membersihkan hati daripada sifat-sifat
yang keji. Di peringkat takhalli, kita mesti melawan dan membuang dengan memaksa terus-
menerus semua kehendak-kehendak nafsu yang rendah (jahat) dan dilarang oleh Allah.
Manakala al-tahalli ialah menghias jiwa dengan sifat-sifat yang mulia sebagaimana yang
dituntut oleh islam.
Makna yang lain, tahalli dan menghiasi dan mengisi hati dengan sifat-sifat terpuji. Sesudah
kita mujahadah yakni mengosongkan hati dari sifat-sifat mazmumah, segera kita menghiasi hati
dengan sifat-sifat terpuji atau mahmudah.
Tajalli bermaksud sentiasa merasakan kebesaran dan kehebatan Allah SWT. Ia sejenis
perasaan yang datang sendiri tanpa memerlukan usaha lagi. Harapan dan pergantungan hanyalah
kepada Allah SWT dan dirasakan oleh hatinya bawaha seluruh amal bakti yang dilakukan hanyalah
kepada Allah.
Hal ini dapat kita simpulkan bahawa, hubungan takhalli, tahalli dan tajalli sangat rapat
dalam melakukan tazkiyatun nafs.
2.2 KAEDAH TAZKIYATUN NAFS OLEH SYEIKH ABDUL QADIR AL-MANDILI

1) PERINGKAT PERTAMA: KAWALAN ANATOMI JASMANI MANUSIA


Hal ini kerana menurut Syeikh Abdul Kadir ialah dengan kaedah kawalan anatomi
jasmani manusia iaitu mempunyai asas yang kukuh apabila manusia meletakkan anggota
zahir manusia sebagai satu elemen penting dalam pendidikan jiwa. Oleh itu, insan yang
hendak mencapai jiwa yang diredhai dan suci perlu mengenal struktur badannya untuk
melihat kebesaran Allah SWT melalui kejadianNya.
Oleh itu untuk menjadi manusia yang baik mestilah menjaga anggota badannya
dengan melakukan perkara yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan perkara yang
dilarangnya seperti memelihara mata daripada perkara-perkara yang diharamkan oleh
Allah, menjaga kaki dan tangan daripada melakukan perkara yang salah, menjaga lidah
daripada mencaci, menjaga perut daripada memakan makanan yang haram, menjaga telinga
daripada mendengar mengumpat dan menjaga faraj daripada melakukan maksiat.
2) PERINGKAT KEDUA: PENYINGKIRAN ELEMEN NEGATIF
Asal fitrah manusia itu suci namun manusia tidak boleh mengelak daripada
melakukan kesilapan. Manusia juga mudah mengikut perkara positif dan negatif. Namun
yang kerap berlaku ialah penyelewengan fitrah berpunca daripada agen-agen pengaruh
negative dan godaan yang hebat memesongkan akidah manusia daripada jalan yang benar.
Oleh itu, penyingkiran elemen negative ini selaru dengan penilai deskriptif iaitu
input kerosakan perlu melalui proses pemurnian untuk menghasilkan output kebaikan.
Manusia yang ingin mendapatkan tazkiyatun nafs mestilah membuang sikap yang negatif
dalam diri seperti melakukan maksiat dan berubah kepada positif dengan melakukan
bertaubat di jalan Allah SWT.
3) PERINGKAT KETIGA: PEMANTAPAN SIFAT POSITIF
Jiwa manusia perlu diadun untuk menjana sahsiah yang sempurna dan membina
prosedur ketulenan iaitu istilah yang digunakan dalam psikoterapi sebagai kebolehan untuk
menjadi sejati dan benar untuk orang lain. Pada peringkat ini, manusia memerlukan usaha
peneguhan, pemantapan dan melazimkan kelakuan-kelakuan yang terpuji berlandaskan
syariat. Selain itu, manusia yang ingin mendapatkan tazkiyatun nafs juga mestilah
menerapkan nilai positif dan nilai-nilai murni dalam jiwa bagi membentuk ummat yang
mempunyai kepribadian yang soleh dan solehah. Sebagai contoh, manusia menerapkan
nilai-nilai murni diamalkan dalam kehidupan seharian. Secara tidak langsung, sifat
negative dapat dikikis dalam diri seseorang itu.
4) PERINGKAT KEEMPAT: PENSTABILAN DAN PENYERAHAN DIRI

Peringkat ini merupakan peringkat yang terakhir untuk mencapai kemuncak


pencapaian spiritual insan iaitu tazkiyatun nafs disebut al-mandili disempurnakan melalui
empat sifat mahmudah iaitu kasih sayang Allah SWT, reda dengan qada’ Allah SWT, ingat
kepada kematian dan landasan utama pada peringkat ini adalah sifat syukur.

Peringkat ini setelah manusia mendapatkan taziyatun nafs menjadikan manusia


memperolehi ketenangan dan kebahagiaan didunia dan diakhirat kelak. Manusia yang
telah memperolehi tazkiyatun nafs akan berusaha menambahkan kebaikan kepada Allah
SWT.
2.3 HAKIKAT TAZKIYATUN NAFS

Secara umum tujuan tazkiyatun nafs mengarahkan pada dua kecenderungan iaitu:

1) Membersihkan jiwa dari sifat-sifat tercela, membuang seluruh penyakit hati.


2) Menghiasi jiwa dengan sifat-sifat terpuji.

Menurut perkara diatas, perkara tersebut mestilah berjalan secara seiring. Hal ini
kerana, sekiranya dikerjakan satu bahagian sahaja kemudian meninggalkan bahagian yang
lain menyebabkan penyucian jiwa itu tidak lengkap atau sempurna. Sebagai contoh, jiwa
yang hanya dibersihkan dari sifat tercela sahaja tanpa menghiasi dengan sifat- sifat
kebaikan menyebabkan seseorang itu lebih cenderung untuk kembali melakukan perkara
yang dilarang oleh Allah.

2.4 IMPAK TAZKIYAH AL-NAFS

1) PENINGKATAN TAHAP PENGABDIAN DIRI KEPADA ALLAH


Melalui tazkiyatun al-nafs ini akan membentuk seseorang itu ringan melakukan
ibadat dalam bentuk ritual. Ibadah yang dilaksanakan mencapai tahap ikhlas seperti yang
dituntut oleh Allah SWT. Namun, ibadah tersebut mestilah tidak bercampur dengan perkara
yang sia-sia seperti melakukan ibadah dengan riya’.

2) PENINGKATAN KUALITI PERIBADI

Individu yang mempunyai tazkiyatun al-nafs yang berjaya diterapkan dalam diri
akan lebih berkeyakinan yang tinggi. Hal ini kerana, ketenangan dalam menghadapi
tekanan dan stress. Berlapang dada, mengasihi semua orang dan istiqamah dalam semua
pekerjaan.

3) PENINGKATAN KUALITI HUBUNGAN SOSIAL


Orang yang bersih hatinya sudah tentu mempunyai hubungan yang baik dengan
manusia lain. Individu ini akan menjaga hubungan baik sesama manusia dan akan
mengelakkan berlakunya persengketaan.
3.0 HUBUNGAN TAZKIYATUN NAFS DENGAN HATI

Menurut Sa’id Hawwa di dalam buku “Mensucikan Jiwa, Tazkiyatun Nafs” mengatakan
bahwa hubungan dengan hati iaitu cinta, keuntungan dan curahan perhatian kepadanya, sehingga
hatinya menjadi seperti budak atau pencinta yang mabuk dengan dunia. Termasuk ke dalam
hubungan ini adalah semua sifat hati yang terikat dengan dunia seperti sombong, dengki, riya’,
buruk sangka, cinta bermegah-megah dan sebagainya. Ini merupakan dunia batin.
Berbagai halangan dalam mendapatkan tazkiyatun nafs, demikian kuatnya
sehingga menghalangi terjadinya tazkiyah sekiranya tidak ada kurniaan dari Allah SWT. Hal ini
menuntut dua hal iaitu memberikan usaha yang maksimum dalam tazkiyah dan memohon tazkiyah
kepada Allah dan bersandar kepadaNya. Berdasarkan hadis:
‫اللهمَاتَنفسىَتقواهاَوزكهاَأنتَخيرَمنَزكاهاَأنتَوليهاَوموالها‬
Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah sifat taqwa dalam jiwaku, suciknlah jiwaku, Engkaulah yang
terbaik dalam mensucikan jiwa manusia, kerana engkaulah penguasa jiwa kami.”
Seterusnya, tazkiyatun nafs adalah memaafkan dan berlapang dada kepada orang-orang
yang berbuat jahat kepada kita. Hal ini dapat mendidik diri kita untuk tidak berdendam dengan
orang lain.
Selain itu, tidak mengikuti langkah-langkah syaitan kerana ia memerintahkan untuk
melakukan perbuatan keji dan mungkar. Dengan demikian tazkiyah berarti menjauhi perbuatan
keji dan mungkar dan menjauhi langkah-langkah syaitan. Langkah-langkah syaitan ialah
kedengkian dan kesombongan.
Tidak mencintai penyebaran perbuatan keji di kalangan orang-orang yang beriman dan
tidak melakukan perkara tersebut baik secara langsung atau tidak. Dan yang terakhir ialah menahan
lisan dari menodai kehormatan dan meninggalkan terlibat dalam setiap hal yang dapat
menyakitinya kecuali jika dipenuhi dengan syarat kesaksian dan menjadi keharusan.

Menurut al Hakim al-Tirmidzi dalam buku “Saku Olah Jiwa Allah” iaitu memerintahkan
hamba-Nya untuk mengesakan-Nya baik melalui perkataan, perasaan, dan perbuatan. Oleh itu,
sesiapa yang benar-benar menyedari bahawa Dia Maha Esa maka hatinya tenteram, perkataannya
mencerminkan kebenaran dalam hatinya serta ia menggalakkan berbuat kebaikan.Allah
menjadikan syahwat dan hawa nafsu sebagai sebahagian dalam diri manusia dan syaitan juga selalu
memujuk manusia supaya tertarik dengan godaan. Oleh itu, manusia yang mempunyai hati
mukmin tetap tenang dengan imannya dan kalimah tauhid selalu mengisi lidahnya.
Apabila seseorang itu mempunyai iman yang lemah, apabila hawa nafsu datang menggoda
dan syaitan pun melancarkan bisikan menyebabkan jiwanya cenderung untuk melakukan
perbuatan orang yang tidak beriman. Oleh itu, perbuatan tersebut berjaya mengalahkan hati
walaupun sebenarnya hatinya cenderung kepada keimanan.
Apabila jiwa tenang, nescaya hati menjadi lapang untuk beribadah kepada-Nya memelihara
segala ketentuanNya dan melaksanakan semua perintahNya dan hati bersih dari kekeliruan jiwa.
Selain itu menurut Al-Hakim Al-Tirmizi di dalam buku “7 Langkah Rahmad Dan Rida
Allah” bahawa memerangi lawan yang tersembunyi bererti mengendalikan hawa nafsu dengan
cara riyadhah dan menghentikan segalabentuk keinginan yang menipu. Sekiranya seseorang
mempunyai keimanan yang teguh didalam hati membolehkan dia mengendalikan hawa nafsunya
dan tidak tertipu dengan hawa nafsu tersebut.
Seterusnya, orang yang telah keluar dari hasutan hawa nafsu dengan cara meninggalkannya
hatinya akan bersinar sehingga mampu melihat kebaikan semua ciptaan Allah SWT. Selain itu,
mereka juga akan selalu mencintai Allah dalam apa keadaan sekalipun.

Maksudnya: (mereka itu ialah) orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah
yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan islam), yang rukuk, yang sujud,
yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga
batas-batas hokum Allah. Dan bergembiralah orang -orang yang beriman (yang bersifat
demikian).

(Surah Al-Taubah Ayat 9:112)


Berdasarkan ayat diatas menerangkan bahwa orang-orang yang hatinya telah terbuka, mereka
akan dapat melihat keagungan Allah SWT. Mereka senang dan tenteram berada didekatNya.
METODE TAZKIYATUN NAFS DALAM MEMBENTUK PERSONALITI INDIVIDU

Penyakit hati merupakan salah satu penyakit rohani dan amat berbahaya jika dibandingkan dengan
penyakit fizikal yang dihadapi oleh manusia. Allah S.W.T telah menurunkan Al-Quran sebagai
sebuah kitab yang mempunyai kandungan pelbagai penawar penyakit untuk manusia secara
umumnya dan penyakit hati. Di dalam kitab suci Al-Quran juga telah mendedahkan pelbagai
kaedah dan isi untuk megelak manusia daripada manusia daripada penyakit hati dan juga untuk
menyembuhkannya.

“Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika baik segumpal
daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah jasad
keseluruhannya. Ketahuilah! Segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati.”

- Riwayat Imam al-Bukhari

Pemarah

Hasad
Riak
dengki

MASALAH
HATI
Cintakan
dunia, Tamak
bencikan
kematian

Ego

Pemarah

Antara penyakit hati yang menjadi penyebab jiwa tidak bahagia ialah pemarah. Sifat pemarah ini
paling mudah untuk kita lihat kerana sifat ini hampir ada dimana-mana sahaja. Marah merupakan
sifat semulajadi yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dalam diri setiap manusia demi keperluan
hidup dan tamadunnya. Sifat marah yang membara mampu menghilangkan kewarasan akal
sehingga dapat merugikan Kebiasaannya, orang yang mempunyai sifat pemarahd ini hatinya
sentiasa dalam keadaan resah gelisah dan tidak tenang kerana tiada makanan rohani dalam dirinya.

“Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan
sebenarnyaialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.”

- Riwayat al-Tirmizi

Riak

Riak merupakan salah satu penyakit hati dimana ianya bermaksud melakukan ibadah dengan niat
untuk dipuji oleh manusia dan tidak berniat beribadah kepada Allah S.W.T. Menurut Al-Hafidz
Ibnu Hajar al-Asqolani dalam kitabnya Fathul Baari, riak adalah menampakkan ibadah dengan
tujuan dilihat manusia, lalu mereka memuji pelaku amalan itu. Manakala menurut Imam al-
Ghazali, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada hal-
hal kebaikan. Riak menurut Imam Habib Abdullah Haddad ialah menuntut kedudukan atau
meminta dihormati daripada orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.

Terdapat dua jenis riak:

1. Riak Kholish: Riak kholish ialah melakukan ibadah semata-mata hanya untuk
mendapatkan pujian dari manusia.
2. Riak Syirik: Riak syirik ialah melakukan perbuatan kerana niat menjalankan perintah
Allah dan juga untuk mendapatkan pujian dari manusia atau kedua-duanya sekali.

Imam al-Ghazali telah membahagikan riak dari aspek amali kepada 5 kategori:

a) Riak dalam masalah agama melalui penampilan jasmani. Sebagai contoh,


memperlihatkan badan yang kurus dan pucat agar disangka banyak melakukan ibadah
puasa dan ibadah solat tahajud.
b) Riak dari segi penampilan tubuh dan pakaian. Contohnya, memakai jubah supaya
disangka soleh atau memperlihatkan tanda hitam di kawasan dahi agar disangka rajin
melakukan ibadah.
c) Riak dalam perkataan. Khususnya kepada orang yang sering bercakap tentang agama
supaya dianggap pakar dalam ilmu agama.
d) Riak dalam perbuatan. Sebagai contoh, orang yang sengaja melakukan ibadah di
khalayak ramai supaya dianggap orang yang soleh.
e) Riak dalam persahabatan. Contohnya, orang yang sering mengikut para alim ulama
mahupun ustaz-ustaz kemana saja mereka pergi supaya dianggap dalam golongan orang
alim.

“Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil. Lalu ditanya oleh sahabat, apakah syirik
kecil itu ya Rasulullah? Kemudian baginda bersabda, iaitu riak.”

- Riwayat Ahmad dan Baihaqi

Tamak

Tamak adalah cinta kepada dunia iaitu harta dengan terlalu keterlaluan tanpa merujuk kepada
hukum hakam yang membawa kepada dosa besar. Manusia yang tamak seringkali mengharapkan
pemberian orang lain akan tetapi diri sendiri kedekut dan bakhil kepada orang lain kerana lebih
mementingkan diri sendiri. Allah S.W.T melarang hambanya untuk bersikap tamak kerana
merupakan salah satu akhlak buruk terhadap-Nya. Hal ini kerana perbuatan ini dapat menyebabkan
seseorang itu lupa untuk melakukan ibadat dan menyembah kepada tuhan yang Esa.

Antara ciri-ciri Tamak ialah:

1. Seseorang itu sangat mencintai harta yang telah dimilikinya itu.


2. Seseorang itu terlalu bersemangat dalam mencari harta sehingga tidak mengendahkan
waktu dan alam sekeliling.
3. Seseorang itu terlalu hemat dalam melakukan perbelanjaan.
4. Seseorang itu berasa berat untuk mengeluarkan harta kegunaan untuk kepentingan agama
mahupun manusia.
5. Seseorang itu tidak memikirkan kehidupan di akhirat.
6. Seseorang itu amat mencintai dunia tanpa memikirkan hal lain.
7. Tidak beriman kepada qada’ dan qadar Allah atas nasib yang menimpa dirinya.
8. Tidak merasa puas dengan apa yang dicapainya kerana selalu menginginkan seperti apa
yang orang lain dapat kecapi malah berangan-angan tidak sesuai dengan kemampuannya.
Ego

Apabila ego mulai menguasai diri, seseorang itu sukar untuk menerima pendapat orang lain. Malah
jika ego tidak dapat dibendung dengan sebaiknya, ianya akan mengundang kemurkaan daripada
Allah S.W.T dan akan memakan diri seseorang tersebut. Hal ini kerana, sifat ini seolah-olah
membuktikan dirinya sentiasa betul dan menganggap yang lain salah.

Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan seseorang itu mempunyai sifat ego:

1. Tidak boleh menerima teguran. Seseorang yang mempunyai sifat ego ini agak sukar
untuk menerima teguran apabila seseorang itu melakukan dosa. Hal ini kerana, seseorang
itu tidak akan rasa bersalah dan akan menganggap orang yang menegur itu yang salah serta
seseorang itu akan sedaya upaya mempertahankan kesalahannya yang dilakukan.
2. Ikut kepala sendiri. Seseorang yang berilmu tidak menentukan setiap tindakan yang
dilakukan. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mempunyai perbincangan bersama
kawan-kawannya, dia akan mengaku hanya idea dan kaedahnya sahaja yang betul dan
menidakkan sekeras-kerasnya pandangan orang lain.
3. Perasan bagus. Hal ini dapat dikesan apabila berlaku di persekitaran berkelompokdimana
seseorang itu akan memuji dirinya sendiri dari sudut fizikal dan penampilan kerana ingin
membandingkan diri sendiri dan orang sekeliling.
4. Taasub dengan impian. Seseorang itu merupakan seorang yang kerap berfikir dan
dikatakan mempunyai impian dan matlamatnya yang tersendiri pada masa hadapan. Akan
tetapi, disebabkan terlalu berpegang teguh dengan prinsip sendiri, seseorang itu lebih
gemar untuk melakukan semua perkara dengan kudrat diri sendiri kerana tidak mahu
dipandang lemah.
5. Bangga diri. Salah satu tanda lain bahawa seseorang itu ego adalah melalui sikapnya yang
suka menceritakan hal yang tidak benar. Akan tetapi, seseorang itu perlu sedar bahawa apa
sahaja jalan hidup yang dipilih, jalan ceritanya tidak semestinya ditokok tambah kerana
ingin menampakkan sebenarnya mampu berjaya.

Cintakan dunia, bencikan kematian

Dalam bahasa Arab cintakan dunia lebih dikenali sebagai al-wahn yang merupakan satu penyakit
hati yang memiliki nafsu yang menggunung dalam kehidupan di dunia sehingga seseorang itu yang
memiliki penyakit hati ini lupa kepada kehidupan di akhirat kelak. Seseorang yang memiliki sifat
ini adalah mereka yang alpa dan lalai dalam melakukan suruhan dan perintah Alllah malah leka
dengan urusan mencari harta kekayaan dunia tanpa mengira halal atau haram.

“Hampir tiba dimana umat saling memanggil untuk melawan kalian sebagaimana orang-orang
saling memanggil untuk menyantap hidangannya

Salah seorang bertanya: Apakah kerana sedikitnya kami ketika itu?

Rasulullah menjawab: Bahkan kalian pada hari itu banyak akan tetapi kalian laksana buih di lautan
dan sungguh Allah mencabut ketakutan dan kegentaran terhadap kalian dari dada musuh kalian
dan Allah tanamkan di hati kalian al-wahn

Salah seorang bertanya: Apakah al-wahn itu ya Rasulullah?

Baginda menjawab: Cinta dunia dan membenci kebencian.”

Hasad dengki

Sifat hasad dengki merupakan antara sifat yang sangat berbahaya kerana mampu membuatkan
amalan seseorang itu hancur sama sekali. Seseorang yang mempunyai sifat hasad dengki dalam
dirinya akan sentiasa berdukacita dan iri hati kepada orang lain dan mampu menimbulkan fitnah
dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.

“Jauhilah kamu sekalian daripada sikap hasad (dengki), kerana sesungguhnya sikap hasad itu
memakan (menghabiskan) kebaikan-kebaikan sebagaimana api memakan (menghabiskan) kayu
bakar.’’

- Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah dari Abu


Hurairah
Kesan personaliti pelajar sekiranya mempunyai jiwa yang bersih

Personaliti positif yang ditunjukkan secara konsisten mampu menentukan persekitaran dan
aktiviti pembelajaran secara kondusif, memberi impak yang positif melalui pencapaian akademik
dengan sebaik mungkin dan juga mampu berdaya saing secara sihat antara pelajar.

Tingkah laku seseorang yang mempunyai jiwa yang bersih dapat membentuk keperibadian
yang mulia di mana pelajar tersebut dapat mengikut apa yang telah digariskan oleh Al-Quran dan
As-Sunnah. Seperti yang sedia maklum, Islam bermatlamatkan memiliki keperibadian akhlak yang
mulia dan terpuji maka Allah S.W.T telah mengutuskan Rasulullah S.A.W bagi menyempurnakan
akhlak yang terpuji iaitu akhlak yang berlandaskan Al-Quran untuk dihebahkan kepada umatnya.
Antara contoh yang boleh diambil sekiranya seseorang pelajar itu mempunyai keperibadian yang
mulia adalah dengan menghormati guru atau pensyarah melalui bertegur sapa dan menghadiahkan
senyuman kepada pendidik.

Kesan lain terhadap pelajar yang mempunyai personaliti jiwa yang bersih mampu
mempunyai matlamat hidup yang jelas dan terancang. Matlamat merupakan sesuatu hasil yang
hendak dicapai dalam satu tempoh masa yang disertai dengan perancangan yang rapi. Matlamat
juga secara tidak langsung mampu meningkatkan komitmen diri. Pelajar yang berjaya merupakan
pelajar yang mempunyai komitmen yang tinggi sama ada dari sudut senarai tugas ataupun
perancangan hariannya. Dengan adanya matlamat dalam kehidupan seharian dapat membantu
pelajar dalam membuat keputusan dan juga pengukur kejayaan seseorang.

Disenangi oleh orang ramai. Kesan ini akan memberi impak yang mendalam kepada
seseorang pelajar tersebut kerana seseorang itu dapat mempengaruhi orang lain untuk melakukan
perkara-perkara yang bersifat mahmudah. Tidak semua masyarakat akan memandang mulia
kepada seseorang individu yang tidak mempunyai jiwa yang bersih

Kedamaian, kesejahteraan dan kebaikan jiwa seseorang mukmin itu terletak kepada
kesucian hatinya dan Allah S.W.T mengurniakan kebaikan dan kejayaan kepada hati yang taat
kepada perintahNya dan takut akan azab Allah S.W.T. Akan tetapi, hati yang kotor dan mati akan
menjadi akan terus lalai dan alpa dengan kebendaan di dunia tanpa memikirkan hari akhirat kelak
selagi mana dirinya itu tidak bertaubat kepada yang Maha Esa.
Menerusi temu bual bersama salah seorang mahasiswa semester 1 Akademi Islam
Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM), Muhammad Arif bin Adzri,
masalah hati yang beliau hadapi sepanjang menjadi mahasiswa ialah iri hati terhadap seseorang
individu yang mempunyai kelebihan dalam menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Muhammad Arif
bin Adzri berpendapat berzikir merupakan salah satu cara untuk sucikan hati dari masalah hati.
Selain itu, beliau juga berpendapat seseorang pelajar itu tidak perlu rasa rendah diri dan buang sifat
tidak bersyukur dalam mempersoalkan rezeki masing-masing.

Begitu juga dengan ‘Umar bin Mohd Rofidzan, mahasiswa semester 1 Akademi Islam
Kontemporari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM) yang mana beliau sendiri
mempunyai masalah dengki terhadap sahabatnya di mana sahabatnya merupakan pelajar
cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). ‘Umar bagaimanapun menerangkan bahawa
untuk menghilangkan masalah hati dalam diri, beliau berpendapat jika mahukan sesuatu kita
seharusnya berusaha untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. Hal ini kerana, manusia hidup di
atas muka bumi ini sekali seumur hidup sahaja.
Imam al-Ghazali telah meletakkan ilmu sebagai halangan pertama yang perlu ditempuh oleh orang
yang ingin kembali ke pangkal jalan Allah dan berusaha unuk memperbaiki taqwa serta
mendekatkan diri kepadaNya.

Menurut Imam al-Ghazali langkah pertama yang perlu diambil untuk mendapatkan
tazkiyyah al-nafs ialah dengan mendapatkan ilmu. Mendapatkan ilmu merupakan satu kewajipan
untuk setiap umat muslim. Antara ilmu yang patut dipelajari oleh umat Islam ialah ilmu yang
menjelaskan tentang persoalan mengenal tuhan (tauhid/usuluddin), ilmu yang menerangkan
tentang peraturan-peraturan atau 29ensi-hukum mu’amalah (fiqh) dan ilmu yang membicarakan
tentang masalah kerohanian. Kesemua elemen ilmu ini seharusnya dipelajari sekadar yang
dituntut.

Seseorang itu hendaklah berusaha untuk mengamalkan ilmunya setelah seseorang itu
memperoleh ilmu mengikut kadar kemampuannya. Kesungguhan dalam melaksanakan amal
amatlah penting kerana kesungguhan inilah yang disebut dalam ilmu tasawwuf. Perbuatan yang
berasaskan kesungguhan inilah yang akan membawa kepada pembukaan pintu rohani dan
meningkatkan kedudukan seseorang itu. Akan tetapi kesemua amalan ini bergantung kepada
kurniaan Allah S.W.T kepada seseorang itu.

Tazkiyyah al-nafs melalui dua proses utama iaitu al-takhalli dan al-tahalli.

Tazkiyyah al-nafs

Al-Takhalli Al-Tahalli
Maksud al-takhalli ialah menyuci dan membersihkan hati daripada sifat-sifat yang keji.
Pada peringkat ini, umat manusia seharusnya melawan dan membuang dengan memaksa terus
segala kehendak mafsu yang jahat dan dilarang oleh Allah S.W.T. Nafsu jahat akan sentiasa
menguasai dan memperhambakan kita selagi mana kita tidak memaksa diri untuk memusuhi,
membenci dan membuangnya jauh-jauh secara terus.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda kepada para sahabat ketika baginda pulang dari satu medan
perang:

“Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang besar”

Lalu para sahabat bertanya: “Apakah peperangan itu?”

Baginda menjawab:

“Peperangan melawan nafsu”

(Riwayat Al Baihaqi)

Proses yang kedua adalah tahalli yang membawa maksud menghias. Seseorang muslim
seharusnya segera menghiasi hati dengan sifat-sifat terpuji ataupun lebih dikenali sebagai
mahmudah setelah kita bermujahadah iaitu mengosongkan hati dari sifat-sifat negatif atau
mazmumah. Hati yang telah dibersihkan seharusnya diisi dengan sifat-sifat terpuji. Pada peringkat
awal untuk bermujahadah semestinya berasa berat dan tidak semangat akan tetapi lawan dengan
sekeras-kerasnya adalah penyelesaian yang cukup baik. Sebagai contoh, jika seseorang itu mahu
menghiasi hati dengan sifat pemurah maka seseorang itu seharusnya bermujahadah dengan
mengeluarkan barang atau harta terutamanya harta kesayangan untuk diberi kepada insan yang
memerlukan.

Sebagaimana Sayidatina Aisyah ra, dikala waktu tiada apa yang boleh dimakan, beliau cuba
untuk mendapatkan walau sebelah kurma untuk disedekahkan kepada yang memerlukan. Kisah ini
dapat disimpulkan, begitu kuat keinginan mereka untuk mendapat pahala dan rindunya mereka
kepada Syurga. Mereka juga berebut-rebut untuk menjawab pertanyaan daripada Allah S.W.T:

“Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah S.W.T
akan melipatgandakan balasan pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperolehi pahala yang
banyak.” (Al-Hadid:11)
Sekiranya seseorang itu rasa sayang akan hartanya, maka digalakkan untuk
menyedekahkan kepada golongan yang memerlukan

Kesan Apabila Hati Tidak Bersih dan Kotor

Hati ibarat raja bagi anggota tubuh badan dan ketua dalam segala bentuk kehidupan manusia.
Jikalau baik hati itu maka baiklah seseorang itu akan tetapi jikalau seseorang itu mempunyai hati
yang tidak baik maka musnahlah seluruh anggota tubuh dan kehidupan seseorang itu. Seseorang
yang mempunyai hati yang tidak bersih dan kotor, tidak akan memberi kebaikan kepada dirinya
sendiri dan orang disekeliling.

Tidak dapat dinafikan sekiranya seseorang itu mempunyai jiwa yang tidak bersih akan
memberikan kesan yang mendalam ke atas diri seseorang itu. Hati dan jiwa manusia seharusnya
lebih sensitif dan peka dengan apa sahaja yang dilakukan. Apabila hati dan jiwa tidak bersih,
mampu melemahkan perjalanan jiwa menuju pada Allah dan hari akhirat maka hilanglah kekuatan
perjuangan mujahadah serta sukar perjalanan untuk membaiki diri seseorang.

Menurut Ibnu al-Qayyim di dalam karayanya yang bertajuk Ad-Da’ wa Ad-Dawa’ terdapat
pelbagai kesan buruk sekiranya seseorang itu mempunyai hati yang kotor. Antaranya ialah:

Terhalang untuk menerima ilmu pengetahuan

Terhalang untuk melakukan ibadah kepada Allah S.W.T

Pendosa akan tergolong dalam kategori hina

Hilangnya sifat malu dalam diri.

Mendapat seksaan di dunia.


1. Terhalang untuk menerima ilmu pengetahuan. Seseorang yang banyak
melakukan perbuatan dosa, ilmu pengetahuan yang dipelajari olehnya sukar untuk
melekat di dalam hati dan di dalam fikirannya. Hal ini kerana, ilmu merupakan
cahaya (nur) yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T ke dalam hati hati manusia
manakala dosa merupakan titik gelap yang menghalangi dan menutupi
(memadamkan) cahaya.
2. Terhalang untuk melakukan ibadah kepada Allah S.W.T. Jikalau seseorang itu
melakukan dosa secara berlangsungan maka akan menghalanganya untuk
melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T
3. Pendosa akan tergolong dalam kategori hina. Seseorang yang melakukan
perbuatan dosa akan terhanyut dalam lembah kehinaan di mana akan dipandang
hina oleh masyarakat khususnya.
4. Hilangnya sifat malu dalam diri. Sifat malu merupakan sumber kehidupan bagi
hati dan punca untuk segala kebaikan. Rasulullah S.A.W pernah menyatakan
bahawa malu itu sebahagian daripada iman. Apabila sifat malu itu sudah tiada
dalam diri seseorang, hilanglah segala kebaikannya kerana kebiasaannya seseorang
yang tidak mempunyai sifat malu ini bebas melakukan apa sahaja tanpa mengira
sesuatu itu baik mahupun buruk.
5. Mendapat seksaaan di dunia. Seseorang yang mempunyai hati dan jiwa kotor
akan seringkali melakukan perbuatan yang mendatangkan dosa. Perbuatan tersebut
bukan sahaja dapat menghilangkan keberkatan dalam kehidupan malah
mendatangkan murka Allah S.W.T dalam kehidupan dan di akhirat kelak. Ali bin
Abi Talib pernah berkata, “Suatu bencana tidak diturunkan kecuali kerana dosa, dan
ia tidak dapat dihilangkan kecuali dengan bertaubat.”
LAMPIRAN

Temubual bersama responden, iaitu ‘Umar Bin Mohd Rofizan


Temubual bersama responden, Muhammad Arif bin Adzri,
RUJUKAN
Siti, Yosmini dan Rozmi (2017). Pembinaan Konsep Kendiri dari Perspektif Barat dan Islam.
Jurnal Usuluddin 45 (1) 2017: 1-26
Che Zarrina & Nor Azlinah (2016). Terapi Spritual Melalui Kaedah Tazkiyatun Al- Nafs oleh
Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili. Afkar Vol. 18: 35-72
Rukiah Muhammad. (2008). Asas-asas pembinaan Insan. Selangor: Hazrah Enterprise
Al- Hakim Al- Tirmidzi. (2007). 7 Langkah Meraih Rahmad dan Rida Allah: Pt Serambi Ilmu
Serambi Ilmu Semesta
Ibn Hamzah Al- Yamani. (2012). Pelatihan Lengkap Tazkiyatun Nafs. Jakarta: Penerbit Zaman
Dr. Mohd Farid. (2018). Nafsu Mesti Dikawal Bukan Turuti. Dimuat turun daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/05/419263/nafsu-mesti-dikawal-bukan-
dituruti
Mohd Murtadza (2010). Tazkiyah Al-Nafs Dalam Ilmu Tasawuf. Dimuat turun daripada
http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf/162-koleksi-kertas-kerja/634-
tazkiyah
Nik Hasnah Ismail (2018). Hati Bersih Penentu Akhlak Mulia. Dimuat turun daripada
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/02/388410/hati-bersih-penentu-akhlak-mulia
Said Hawwa (1998). Mensucikan Jiwa, Tazkiyatun Nafs Terpadu Intisari Ihya’, Ulumuddin Al-
Ghazali, Robbani Press
Nurul & Baharudin (2016). Personaliti: Konsep, Kunci Dan Sumber Menurut Perspektif Islam.
International Journal of Islamic Civilizational Studies vol. 3: 15-24

Anda mungkin juga menyukai