Anda di halaman 1dari 26

Ikuti   Wikipedia Bahasa Melayu di   Facebook Group  ·   Facebook Page  ·   Instagram  ·   

Twitter  · Discord  ·   Telegram
Ikuti   Wikimedia Malaysia di   Facebook Page  ·   Instagram

Nujum Pa' Blalang


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search

Nujum Pa' Blalang

Poster asal "Nujum Pa' Blalang"

Pengarah P. Ramlee
S. Sudarmaji (pembantu pengarah)

Penulis P. Ramlee (cerita dan lakor layar)


S. Sudarmaji (skrip)

Dibintangi oleh P. Ramlee

Muzik oleh P. Ramlee

Sinematografi A. Bakar Ali

Pengedar Shaw Brothers Ltd.

Mula ditayangkan 1959

Negara Singapura
Bahasa Bahasa Melayu

Rujukan Filemkita

Nujum Pa' Blalang (kini dieja sebagai Nujum Pak Belalang) merupakan sebuah filem bahasa
Melayu yang berunsur komedi pada tahun 1959 serta diarahkan dan dilakonkan oleh P. Ramlee.
Filem ini berbaur cerita dongeng epik yang berlatar belakangkan budaya masyarakat Melayu
lama. Filem ini turut memenangi "Filem Komedi Terbaik" di Festival Filem Asia ke-7
di Tokyo, Jepun.

Isi kandungan

 1Plot
o 1.1Bermulanya seorang nujum
o 1.2Pak Belalang Ahli Nujum Negara
o 1.3Cabaran Ahli Nujum Negara
o 1.4Pertaruhan Dua Sultan
 2Tuah Pak Belalang
 3Pelakon
 4Lagu
 5Rujukan
 6Pautan luar

Plot[sunting | sunting sumber]
Bermulanya seorang nujum[sunting | sunting sumber]
Filem dimulakan dengan diperkenalkan watak Belalang (Bad Latiff), seorang budak yang sangat
rajin dan melakukan kerja ladang serta mengambil upah untuk menyara hidup keluarganya.
Beliau mempunyai seorang bapa yang dipanggil Pak Belalang (P.Ramlee), yang merupakan
seorang yang sangat malas dan kerjanya hanya tidur siang malam. Apabila orang bertandang ke
rumah iaitu Cik Kadok (M. Zain) dan Cik Kacong (M. Rafiee), di dapurnya tiada apa
walaupun kopi. Akhirnya, tetamu dijemput minum minuman campuran arang bontot kuali.
Pada suatu hari, Belalang terserempak dengan dua orang pencuri, Badan (Aziz Sattar) dan
Nyawa (S. Shamsuddin), yang mencuri kambing dan lembu orang kampung. Belalang menakut-
nakutkan pencuri tersebut dengan menyamar menjadi "anak jin yang mahu makan darah" untuk
mendapatkan balik lembu dan kambing sebaik pencuri tersebut melarikan diri. Di rumah
penghulu, Buntal (H.M. Busra) dan Jambul (Ali Fiji), dua orang pengembala yang kehilangan
lembu dan kambing dan orang kampung mencari penghulu untuk melaporkan hal tersebut.
Dalam keriuhan, Belalang muncul dan mengatakan bapanya seorang ahli nujum yang mampu
mengetahui kedudukan lembu dan kambing tersebut. Dalam perasaan tidak percaya, penghulu
dan orang kampung yang lain turut ke rumah Pak Belalang.
Pak Belalang yang telah berpakat dengan anaknya, Belalang (Bad Latif) lalu mengambil "geluk
jampi" yang berisi air dan dijampi (walaupun tidak tahu apa jampinya). Air itu kemudiannya
ditunjukkan kepada penghulu dan dua pengembala dan jika mereka tidak nampak, diugutnya
bahawa mereka adalah anak diluar nikah. Pak Belalang berpura-pura nampak bayangan di
dalam air tersebut tetapi tidak tahu dimana kedudukan lembu & kambing itu. Mujurlah Belalang
yang mengetahui kedudukan lembu dan kambing itu dapat memberitahu mereka lalu
meyakinkan orang kampung akan kebolehan Pak Belalang.
Pak Belalang Ahli Nujum Negara[sunting | sunting sumber]
Pada suatu malam, Badan dan Nyawa telah menggunakan ilmu pukau untuk menidurkan
seluruh warga Istana Negeri Beringin Rendang lalu mencuri harta istana termasuk satu
peti syiling emas, rantai kepunyaan Puteri Si Bujur Sirih (Hashimah Yon) dan Mahkota milik
Sultan Shahrul Nizam ibni Sultan Malik Shah (Ahmad Nisfu). Selepas seluruh isi istana sedar,
Sultan telah murka dan kemudian Penghulu (Malek Sutan Muda) menyatakan tentang kebolehan
Pak Belalang sebagai nujum. Pak Belalang telah dibawa ke istana dan diperintahkan untuk
mencari tempat harta tersebut disembunyikan. Seperti biasa, Pak Belalang tidak dapat
melakukan apa-apa dan meminta untuk meminta masa itu. Sebagai balasan sekiranya Pak
Belalang tidak menemui harta tersebut, baginda Sultan akan memancung Pak Belalang dan
memenjarakan Penghulu.
Pak Belalang pulang dan melarikan diri dan atas cadangan Belalang bersembunyi di dalam
sebuah gua di Bukit Tunggal. Secara kebetulan, beliau terdengar Badan dan Nyawa mengira-
gira harta istana. Pak Belalang mengugut mereka sebagai "penunggu gua" dan menyuruh
mereka meninggalkan harta tersebut supaya tidak mati. Sementara itu, Belalang telah dibawa
menghadap Sultan untuk menggantikan Pak Belalang yang tiada di rumah. Sultan bertanyakan
khabar tentang harta istana kepada Belalang. Belalang membuat helah bahawa bapanya telah
ke "Gunung Cinerama" yang terletak di negara Jepun. Sultan terlihat bekalan yang dipegang
Belalang dan menuduh Belalang menipu, sama seperti ayahnya. Belalang membuat dalih
bahawa bekalan itu adalah untuk 'jin lapar'. Disebabkan Sultan tahu bahawa semuanya hanya
temberang, Sultan mahu menghukum Belalang. Mujur Pak Belalang muncul dan memberitahu
kedudukan harta istana itu yang disembunyikan oleh 'jin miskin' (helahnya). Pak Belalang
memberitahu, untuk memasuki gua tersebut, hanya empat orang sahaja yang dibenarkan untuk
memasuki gua iaitu Sultan, Permaisuri (Sa'amah), Perdana Menteri (Kemat Hassan) dan Puteri.
Mereka juga perlu masuk ke dalam dengan cara merangkak dan tidak dibenarkan berdiri.
Mereka dibawa ke sana dan memasuki gua tersebut (sambil mengikut syarat Pak Belalang).
Sultan sangat gembira dengan 'kebolehan dan hasil tilikan' Pak Belalang dan melantik beliau
sebagai Ahli Nujum Negara.
Cabaran Ahli Nujum Negara[sunting | sunting sumber]
Ketika Sultan dan para penghulu Beringin Rendang sedang membincangkan masalah kerajaan
dan rakyat, Inang (Habsah Buang) telah meluru masuk ke balai penghadapan dalam keadaan
menangis teresak-esak dan mengatakan Puteri Si Bujur Sirih (Hashimah Yon) telah rebah tidak
sedarkan diri. Baginda Sultan Shahrul Nizam memerintahkan agar Nujum Pak Belalang dipanggil
untuk memeriksa keadaan tuan puteri yang jatuh gering. Ketika Pak Belalang tiba di kamar
peraduan puteri, beliau mendapati bahawa tuan puteri berpura-pura pengsan. Sebagai helah
untuk mengetahui hal sebenar daripada tuan puteri itu, Pak Belalang mengatakan bahawa puteri
telah dijangkiti penyakit "angau" dan pemeriksaan harus dilakukan oleh Pak Belalang seorang
diri bersama puteri di dalam bilik tanpa orang lain.

Pak Belalang (P. Ramlee) bersama Puteri Si Bujur Sirih (Hashimah Yon).
Setelah semua orang keluar, Puteri Si Bujur Sirih bangun dan mengatakan dia ingin berjumpa
dengan Pak Belalang di Taman Istana pada jam 11 malam. Memandangkan perkara tersebut
berbahaya untuk dilakukan Pak Belalang, beliau mencari akal dan memberitahu Sultan bahawa
cara untuk puteri berubat adalah dengan membiarkan puteri keluar ke taman pada malam itu
berseorangan tanpa dikawal oleh pengawal juga. Maka, itulah peluang Pak Belalang untuk
berjumpa puteri tanpa diketahui sesiapa (walaupun semua ini adalah rancangan Inang pada
asalnya). Keesokan harinya, puteri berkata bahawa dia sudah sembuh setelah "berubat" pada
malam itu.
Setelah lega dengan keadaan tuan puteri, Sultan kembali ke Istana Besar untuk
menyambungkan perbincangan dengan penghulu yang tergendala hari sebelumnya. Ketika
dalam perbincangan, mereka terdengar berdas-das tembakan meriam. Kemudian dikhabarkan
bahawa kapal dari Masai telah tiba. Sultan ragu-ragu dengan kedatangan mereka dan
mengatakan sediakan bala tentera. Sekiranya rombongan dari Masai ingin berperang, mereka
akan diserang oleh tentera Beringin Rendang. Sekiranya mereka datang dengan aman,
kedatangan mereka akan dialu-alukan.
Pertaruhan Dua Sultan[sunting | sunting sumber]
Mereka melihat rombangan Sultan Masai (Shariff Dol) adalah untuk jalan damai iaitu tiada satu
bala tentera pun yang dibawanya. Hal itu disebabkan mereka tahu mereka tidak mempunyai
kekuatan tentera untuk menentang Beringin Rendang, maka mereka datang ke sana untuk
bertanding kepintaran. Di istana, kedua-dua orang sultan pun bertemu.
Sultan Masai pun mengutarakan pandangannya untuk beradu akal antara kedua-dua ahli nujum
negara dan untuk itu, baginda sedia mempertaruhkan negaranya. Sultan Shahrul Nizam berfikir
sejenak sebelum meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada Pak Belalang yang sebenarnya
tiada kepintaran akal. Setelah menanda tangani perjanjian antara dua negara, ahli nujum Masai
pun mengajukan soalan:

 "Terdapat sebatang kayu yang diraut cantik. Yang manakah


hujung dan yang manakah pangkalnya?"
 "Ada dua ekor itik yang baru menetas. Bagaimana hendak
mengetahui yang mana jantan dan yang mana betina?"
 "Terdapat sebuah masalah. Satu, banyak. Dua, sikit-sikit. Tiga,
jarang-jarang. Empat, kadang-kadang. Apakah ia?"
 "Di manakah terletaknya kekuatan Datuk Laksamana Hang
Tuah. Di kerisnya kah? Atau di tenaganya kah?"
Setelah mendengar dan melihat sendiri keadaan di istana, Pak Belalang gerun kerana sultan
sanggup mempertaruhkan negara kerana meletakkan kepercayaan penuh kepada beliau yang
sebenarnya tidak mengetahui apa-apa. Dia pulang dan menyuruh Belalang mencari perahu
untuk melarikan diri sementara dia mengemas barang keperluan. Di kuala, Belalang cuba
mengambil perahu Sultan Masai tetapi ketika ingin menolak perahu itu, rombongan Sultan Masai
tiba. Belalang memasuki perahu itu dan bersemunyi di bawah tempat duduk dan belayar
bersama rombongan itu untuk pulang ke kapal baginda Masai. Dalam perjalanan, Sultan Masai
memujuk ahli nujumnya untuk memberitahu jawapan teka-teki dan walaupun baginda melarang
semua anak kapal yang mendengarnya dari turun ke darat, semua jawapan itu telah didengar
oleh Belalang. Belalang berenang pulang dan memberitahu bapanya semua jawapan yang
didengarnya.
Pada hari yang ditetapkan, Pak Belalang sudah bersedia dengan jawapan yang diberikan
Belalang dengan yakin. Berikut merupakan penyelesaiannya:

 "Terdapat sebatang kayu yang diraut cantik. Yang manakah


hujung dan yang manakah pangkalnya?"
Pak Belalang mengambil sebatang kayu yang diraut cantik
dan meletakkannya ke dalam air dan dilihat kayu terdapat
hujung yang timbul dan yang satu lagi tenggelam. Pak
Belalang mengatakan bahawa yang hujung itu timbul dan
yang pangkal itu tenggelam disebabkan "tiap-tiap yang
hujung lebih ringan daripada yang pangkal".

 Ada dua ekor itik yang baru menetas. Bagaimana hendak


mengetahui yang mana jantan dan yang mana betina?
Pak Belalang membawa dua ekor anak itik jantan dan betina
yang baru menetas dan dibiarkan kedua-duanya berenang
di permukaan air. Didapati seekor itik berenang di hadapan
dan seekor lagi mengikut di belakang. Pak Belalang
mengatakan yang di hadapan itik betina dan yang di
belakang itulah itik jantan. Alasan yang diberikan adalah
"lumrah dunia" kerana si jantan akan mengekori yang betina.

 Terdapat sebuah masalah. Satu, banyak. Dua, sikit-


sikit. Tiga, jarang-jarang. Empat, kadang-kadang.
Apakah ia?
Pak Belalang menjawab "kahwin" kerana "Satu, banyak,
ertinya, orang yang kahwin satu, banyak di dalam dunia ini.
Dua, sikit-sikit, ertinya, orang yang kahwin dua lebih sikit
bilangannya dari orang yang kahwin satu. Tiga, jarang-
jarang, ertinya, orang yang kahwin tiga 'jarang yang kita
dengar. Empat, kadang-kadang, ertinya, orang yang kahwin
empat kadang-kadang baru kita dengar sekali.

 Di manakah terletaknya kekuatan Datuk


Laksamana Hang Tuah. Di kerisnya kah? Atau di
tenaganya kah?
Pak Belalang menjawab "kekuatan Datuk Laksamana Hang
Tuah bukan terletak di keris atau di tenaganya tetapi terletak
pada huruf Ta kerana huruf Ta yang menguatkan nama
Tuah, Ta - Wau - Alif - Ha : Tuah, ‫ﺗﻮﺍﻩ‬." Jika ditukar Ta itu
kepada Ba, bunyinya akan jadi 'Buah'.

Tuah Pak Belalang[sunting | sunting


sumber]
Dengan negara Beringin Rendang beroleh
kemenangan, Sultan Masai tidak berpuas hati
kerana mengesyaki ahli nujumnya (Udo Omar)
berpakat dengan pihak Beringin Rendang untuk
menjatuhkan baginda. Baginda lalu mengajukan
satu lagi persoalan. Pak Belalang tidak bersetuju
tetapi Sultan Shahrul Nizam memujuk untuk
menyahut cabaran baginda Masai. Sultan Masai
mengeluarkan sesuatu dari uncang ke dalam
genggamannya dan menyuruh Pak Belalang
meneka apakah itu. Pak Belalang mengetahuui
bahawa dia tidak dapat menjawabnya lalu merintih
dan merungut sambil memanggil nama "Belalang"
dan menyalahkan anaknya yang berdegil untuk
berlawan. Sultan Masai yang mendengarnya
terduduk. Sultan Shahrul Nizam bertanya sebab
dan baginda menjawab bahawa jawapan Pak
Belalang itu betul kerana yang digenggamnya
adalah seekor belalang. Maka, dengan itu, Beringin
Rendang beroleh kemenangan mutlak dan negara
Masai jatuh ke tangan Beringin Rendang.
Disebabkan tiada negara, Sultan Masai menetap di
atas kapalnya. Suatu hari, Badan dan Nyawa
datang mengadap Sultan (kononnya mereka abang
ipar Sultan) dan mengutarakan cadangan untuk
memperoleh semula negara baginda. Mereka
berdua akan menculik Tuan Puteri Si Bujur Sirih
dan menyembunyikannya. Kemudian dicadangkan
apabila Sultan mengumumkan baginda akan
memperkenankan apa sahaja permintaan sesiapa
yang memulangkan tuan puteri itu, Sultan Masai
akan muncul dan memulangkan puteri lalu miminta
untuk dikembalikan negara serta mengahwini puteri
itu.
Mereka kemudian bersembunyi di Gua Bukit
Tunggal sementara Badan dan Nyawa menculik
puteri. Setelah itu, seperti yang dijangka, Sultan
Shahrul Nizam mengumumkan yang baginda
memperkenankan apa sahaja permintaan sesiapa
yang memulangkan tuan puteri itu. Mujur, Perdana
Menteri sempat mengingatkan Sultan bahawa
mereka sudah mempunyai Ahli Nujum Negara.
Lalu, Pak Belalang dipanggil mengadap Sultan dan
dipaksa untuk 'meramalkan' sehingga jumpa tempat
puteri disembunyikan atau dia akan dihukum
pancung. Semangkuk air disediakan dan seperti
biasa, Pak Belalang tidak tahu apa hendak buat
dan berlakon seolah-olah berjampi. Tiba-tiba,
secara ajaib, muncul dari dalam air bayangan puteri
yang diikat oleh Sultan Masai, penculik Badan dan
Nyawa serta pengikut baginda. Ketika Sultan
menanyakan tempat persembunyian itu, Pak
Belalang telah hilang.
Mereka semua menuju ke Gua Bukit Tunggal dan
menumpaskan kumpulan itu. Penculik Badan dan
Nyawa dijatuhkan hukuman pancung manakala
Sultan dan pengikutnya dihukum penjara seumur
hidup. Pak Belalang yang berpelukan dengan Puteri
Si Bujur Sirih dilihat oleh Sultan lalu baginda
'menghukum' mereka untuk berkahwin. Sebelum
tamat, muncul Belalang mengatakan dia akan tidur
situ kerana dirungutnya bapanya tak mahu
memperbesarkan rumah dan dia tiada tempat tidur
(mengetahui dia akan mendapat 'ibu baru').

Pelakon[sunting | sunting sumber]
 P. Ramlee sebagai Pak Belalang
 Bad Latiff sebagai Belalang
 Hashimah Yon sebagai Tuan Puteri Si Bujur
Sireh
 Ahmad Nisfu sebagai Sultan Shahrul Nizam
 Aziz Sattar sebagai Badan
 S. Shamsuddin sebagai Nyawa
 Sa'amah sebagai Permaisuri
 Shariff Dol sebagai Sultan Negeri Masai
 Kemat Hassan sebagai Perdana Menteri Negeri
Beringin Rendang
 Udo Omar sebagai Ahli Nujum Negeri Masai
 M. Babjan sebagai Perdana Menteri Negeri
Masai
 Malek Sutan Muda sebagai Penghulu
 Habsah Buang sebagai Inang
 M. Rafiee sebagai Cik Kacong
 M. Zain sebagai Cik Kadok
 H. M. Busra sebagai Buntal
 Ali Fiji sebagai Jambul
 Rahmah Rahmat sebagai Ketua Penari
Ketipang Payung

Lagu[sunting | sunting sumber]
 Nujum Pa' Blalang - P. Ramlee

 Kami Penyamun - Aziz Sattar & S. Shamsuddin

 Ketipang Payung - Nyanyian oleh Saloma

 Kalau Kaca Menjadi Intan - Nyanyian oleh P.


Ramlee & Hashimah Yon

Rujukan[sunting | sunting sumber]
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
 Nujum Pak Belalang at FilemKita.com

[sorok]

Filemografi P. Ramlee

948)

ara (1949)

49)

49)

unia (1950)

50)

hi (1950)
50)

pan (1951)

51)

951)

nyum dan Tangis (1952)

Nasib (1952)

i (1952)

1952)

952)

apan (1953)

nas (1953)

ah? (1953)

n Pulau (1954)

an (1954)

1954)

an Penchuri (1955)

Becha (1955)

h (1956)

Padi (1956)

azali (1956)

elima (1957)

apok (1957)

Orang Minyak (1958)

ssan (1958)

Bujang Lapok (1959)

erjanggut (1959)

' Blalang (1959)

ua Darjat (1960)

Bujang Lapok (1961)

Bujang Lapok (1961)

a-ku (1962)

Labi (1962)

ade (1963)

Labu Labi (1963)

a (1964)

ul (1964)
ng Ka Tokyo (1964)

rimau Jadian (1964)

Ramlee (1965)

hi (1965)

asam Manis (1965)

n Tukang Kasut (1966)

(1966)

Re Mi (1966)

uboh (1967)

69 (1967)

ak (1968)

1968)

bab (1968)

Tirana (1969)

ah Ibu Mengandong (1969)

m (1969)

ng Tabir (1970)

i (1970)

970)

ah Kaseh Sayang (1971)

nggal Daku (1971)

Do Re Mi (1972)
Kategori: 
 Filem Malaysia tahun 1959
 Filem arahan P. Ramlee
Menu pandu arah
 Belum log masuk
 Perbincangan
 Sumbangan
 Buka akaun
 Log masuk
 Kotak pasir
 Rencana
 Perbincangan
 Baca
 Sunting
 Sunting sumber
 Lihat sejarah
Cari
Cari Pergi

 Laman Utama
 Tinjau
 Hal semasa
 Rencana rawak
Perhubungan
 Tentang Wikipedia
 Portal masyarakat
 Perubahan terkini
 Hubungi kami
 Menderma
 Bantuan
 Kedai Kopi
Cetak/eksport
 Cipta buku
 Muat turun sebagai PDF
 Versi boleh cetak
Peralatan
 Pautan ke laman ini
 Perubahan berkaitan
 Muat naik fail
 Laman khas
 Pautan kekal
 Maklumat laman
 Item Wikidata
 Petik laman ini
Dalam bahasa lain
 Bahasa Indonesia
 English
 Français
Sunting pautan
 Laman ini kali terakhir disunting pada 04:24, 23 Februari 2020.
 Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons
Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma tambahan mungkin
digunakan. Lihat Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.
 Dasar privasi

 Perihal Wikipedia

 Penafian

 Pembangun

 Statistics

 Cookie statement

 Paparan mudah alih


 3 PENGAJARAN DARI FILEM NUJUM PAK BELALANG
 Berikut adalah pengajaran-pengajaran yang ada dalam filem lagenda P.
Ramlee Nujum Pak Belalang.
 1. Taat kepada pemimpin
 Pak Belalang amat taat kepada pemimpinnya. Beliau akan menurut apa
sahaja perintah Sultan. Selagi pemimpin tidak melanggar Quran dan
panduan Hadith maka wajib kita mentaatinya.
 2. Berfikiran positif
 Filem ini memberi gambaran bahawa masyarakat Melayu dahulu juga
mengamalkan fikiran positif. Kedua-dua pihak amat positif dan yakin
akan menang walaupun mereka sebenarnya tidak bijak menaruh negara
untuk tujuan kebanggaan.
 3. Meletakkan masa depan di tangan orang lain
 Di dalam kehidupan, kita perlu mengambil sepenuh tanggungjawab ke
atas apa yang kita lakukan. Namun dalam filem ini, nasib dan masa
depan diletakkan kepada orang lain. Perbualan seperti ”Apa pendapat
tuan hamba, adakah kita boleh menang dengan 3 soalan tersebut. Maka
dijawab oleh Penasihat Sultan ”Tidak perlu risau ”Ahli Nujum Negara
pasti tahu jawapannya.”
 Filem klasik Melayu ini memberi pelbagai pengajaran kepada kita.
Ambillah perkara yang baik dan perbaikilah mana yang kurang agar ia
dapat mematangkan kita di dalam perjalanan menuju Ilahi dan membina
bangsa Muslim.
 NUJUM PAK BELALANG

 Tajuk: Nujum Pak Belalang

 ASPEK KAJIAN: Unsur Penipuan sebagai Lambang Kritikan dalam Nujum Pak

Belalang

 Bahan: Buku  Cerita Nujum Pak Belalang Arahan Allahyarham Tan Sri

P.Ramlee

 Nujum Pak Belalang merupakan cerita rakyat Melayu yang penuh dengan unsur

kritikan terhadap masyarakat. Sastera sebagai bahan hiburan bukan sahaja

mengetengahkan nilai-nilai hiburan tetapi juga nilai pengajaran dalam bentuk

hiburan. Nujum Pak Belalang sebuah cerita lucu tetapi mempunyai banyak

pengajaran yang boleh dijadikan nasihat buat masyarakat daripada cerita Nujum
Pak Belalang. Aspek penipuan dalam Nujum pak Belalang antaranya ialah dia

menipu pandai berubat lalu menjadi ahli nujum di dalam kampungnya.

 Kritikan:

 Berdasarkan filem Nujum Pak Belalang, dapat dilihat dengan jelas tentang

wujudnya unsur penipuan sebagai suatu perlambangan dalam masyarakat.

Kritikan yang dapat dilihat di dalam cerita Nujum Pak Belalang ini ialah

ketaksuban atau kepercayaan terhadap ahli nujum. Pak Belalang yang pada

asalnya merupakan seorang rakyat biasa dengan mudah ditabalkan sebagai ahli

nujum Kerajaan Beringin Rindang hanya kerana dia bernasib baik. Setiap

penipuannya tidak dapat dikesan oleh sesiapa kecuali anaknya Belalang yang

bersekongkol dengannya. Kepercayaan dan ketaksuban rakyat terhadap ahli

nujum juga membantu mengangkatnya menjadi seorang ahli nujum yang

terkemuka. Perasaan taksub rakyat ini juga mewujudkan rasa kepercayaan

sepenuhnya terhadap ilmu perbomohan yang sesungguhnya tidak wujud dalam

filem ini.

 Kritikan kedua ialah Pak Belalang menipu bahawa dia mengetahui di mana

keberadaan binatang-binatang yang hilang dicuri oleh perompak sedangkan

anaknya Belalang telah menjumpai terlebih dahulu binatang-binatang yang dicuri

itu. Dengan kebijaksanaan yang anaknya Belalang, dia telah berpura-pura

menjadi ahli nujum dan memberitahu keberadaan binatang yang telah dicuri itu.

Lalu, rancangan mereka berdua telah berjaya menutup mata rakyat dengan

penipuan Pak Belalang. Hal ini menunjukkan Pak Belalang menipu menjadi ahli
nujum sedangkan dia mengetahui keberadaan bintang itu melalui anaknya

Belalang.

 Kritikan ketiga ialah Pak Belalang telah didatangi oleh Raja dan Menteri tentang

kehilangan harta benda mereka. Mereka menyuruh Pak Belalang mencari harta-

harta mereka yang telah dicuri. Pak Belalang merasa takut kerana jika dia tidak

berjaya menemui harta tersebut dia akan dibunuh, lalu dia melarikan diri ke

dalam gua. Di gua tersebut dia melihat pencuri yang mencuri harta Raja dan

Permaisuri sedang menghitung pembahagian harta kecurian itu. Lalu dia

menakut-nakutkan pencuri-pencuri itu dan mereka berlari ketakutan. Maka

terselamatlah Pak Belalang daripada hukuman Raja kerana telah berjaya

menemui harta yang dicuri. Pak Belalang telah menipu Raja dan rakyat kampung

sekali lagi dengan menjadi ahli nujum sedangkan dia bernasib baik kerana

pencuri itu berada di tempat yang sama dia melarikan diri. Di sini kita melihat Pak

Belalang bijak bertindak untuk menakutkan pencuri itu sehingga menyebabkan

mereka lari dari gua tersebut dan meninggalkan harta-harta tersebut.

 Seterusnya kritikan yang boleh disimpulkan ialah Pak Belalang mengatakan

bahawa ia telah mengetahui di mana perhiasannya berada. Lalu ia memberitahu

letak perhiasannya dan memberikan syarat untuk mengambil balik harta

perhiasan tersebut. Syaratnya adalah saat memasuki gua mereka harus berjalan

merangkak dan yang boleh memasuki gua hanya empat orang iaitu Raja,

Permaisuri, Tuan Putri dan Perdana Menteri. Kemudian mereka segera mungkin
menuju ke gua bukit tunggal. Seperti yang sudah disyaratkan Pak Belalang,

mereka berempat memasuki gua dengan merangkak dan mencari keberadaan

perhiasan mereka. Lalu mereka menemukan perhiasan-perhiasan kerajaan. Di sini

kita boleh lihat Pak Belalang telah memperbodohkan Permaisuri, Tuan Putri, Raja

dan Perdana Menteri untuk merangkak ke dalam gua bagi mendapatkan harta

tersebut. Jika dia didapati menipu dia akan dikenakan hukuman, tetapi dia berani

mengambil risiko untuk menipu kerabat diraja.

 Disamping itu, kritikan seterusnya ialah Tuan Puteri sanggup menipu kedua raja

dan permaisuri demi mendapatkan cintanya terhadap rakyat biasa iaitu Pak

Belalang yang merupakan ahli nujum di kerajaannya. Tuan puteri telah berpura-

pura jatuh sakit dan meminta ahli nujum untuk mengubati penyakitnya. Padahal

ia hanyalah tipu helah tuan puteri untuk bertemu dan meluahkan rasa suka dan

cintanya terhadap Pak Belalang. Pak Belalang telah menipu raja dan permaisuri

dengan mengatakan bahawa Tuan Puteri perlu dijaga dan dirawat olehnya

sehingga sembuh. Perbuatan Tuan Puteri ini  memperlihatkan bahawa beliau

bukanlah seorang puteri yang tidak memandang darjat dan pangkat seseorang

untuk dijadikan teman hidupnya. Namun begitu, kecerdikan ahli nujum itu telah

membuatkan puteri jatuh cinta kepadanya hingga mereka disatukan.


 Antara babak-babak yang melucukan di dalam

cerita Nujum Pak Belalang. Saksikan!


 Pak Belalang cuba menakut-nakutkan si pencuri

Badan dan Nyawa sehingga mereka melarikan

diri. 


 Nyawa dan Badan sedang menghitung

pembahagian barang kecurian yang dicuri. 


 Analisis Penamaan Watak Dalam Filem
Nujum Pak Belalang
 PENGENALAN

 Istilah semantik berasal dari sepatah kata Yunani Kuno iaitu sema yang bermaksud
‘isyarat’. Seterusnya kata itu  menerbitkan kata semainein yang bermaksud ‘bererti’.
Dari itu terbitlah istilah semantik yang menamai “satu bidang ilmu mengenai kaji atau
analisa makna” (Abdullah Hassan, 1987: 224). Makna memainkan  peranan penting
dalam pemakaian bahasa. Tanpa makna, suatu tutur itu tidak akan berguna (Abdullah
Hassan, 1983: 146). Kajian terhadap makna ialah suatu usaha yang menarik dan
kompleks kerana tiada siapa tahu secara tepat apakah makna itu (Engelkamp, 1998:
133). Dari itu, semantik adalah pusat pembelajaran tentang fikiran manusia iaitu
proses berfikir, kognisi, konseptualisasi adalah saling berkaitan dalam
mengklasifikasikan pengalaman melalui bahasa (Leech, 2003: 1).

 Penamaan itu menurut Plato mempunyai hubungan rapat di antara nama dan benda.
Namun begitu, persoalan yang ingin ditimbulkan oleh beliau ialah, adakah pemberian
nama kepada benda itu berdasarkan kepada pemberian semata-mata atau perjanjian?.
Juga, persoalan yang timbul termasuklah, adakah penamaan itu berdasarkan faktor
individual atau menurut persetujuan masyarakat?. Merujuk hal tersebut, Plato telah
merumuskan bahawa faktor penamaan itu sesuai dengan sifat acuan yang diberi nama.

 Fokus utama dalam kajian ini ialah penamaan watak dan makna dengan merujuk
cerita Nujum Pak Belalang. Seperti yang diketahui, watak-watak dalam cerita Nujum
Pak Belalang ini terdiri daripada Belalang, Pak Belalang, Sultan Shahrul Nizam,
Badan, Nyawa, Puteri Si Bujur Sirih, Buntal, Jambul dan banyak lagi. Daripada
penamaan watak-watak tersebut tersebut banyak berkaitan dengan orang yang dirujuk.
Ini termasuklah dari segi rupa, perangai dan segala perkara yang berkaitan dengan
watak itu sendiri. Dalam kata lain, penamaan dari segi maknanya mencerminkan
watak itu sendiri.



 METODOLOGI

 Kaedah ini memainkan peranan penting dalam menentukan kesahihan maklumat.
Oleh itu, ia bergantung kepada matlamat dan tujuan pengkajian yang dijalankan
(Jaludin Chuchu, 2008: 2). Kaedah kajian yang dilakukan dalam mengumpul dan
mendapatkan data-data untuk dianalisis adalah melalui kajian perpustakaan dan kajian
lapangan iaitu kaji selidik.

 Kajian Perpustakaan

 Kajian perpustakaan ini membolehkan pengumpulan data dengan merujuk kepada
buku-buku khususnya semantik. Di sini, buku-buku rujukan tersebut digunakan bagi
mencari pengenalan umum tentang semantik, penamaan, faktor-faktor penamaan,
kaitan penamaan dengan teori segi tiga semiotik dan lain-lain.

 Kajian Lapangan

 Kaji selidik ini diedarkan secara rambang kepada seramai dua puluh satu orang iaitu
terdiri daripada 8 orang mahasiswa dan 13 mahasiswi Universiti Brunei Darussalam.
Selain itu, pengkaji juga menggunakan laman web ‘Facebook’ untuk tujuan
penyelidikan dan seramai 5 orang telah memberikan respon terhadap soal selidik
tersebut.

 SEGI TIGA SEMIOTIK

 Semantik ialah cabang linguistik yang mempelajari erti daripada kata, ayat, frasa dan
erti tersebut dibentuk dan dihubungkan dengan idea, konsep perasaan dan bayangan
fikiran (Darwis Harahap, 1994: 24). Ogden dan Richards (Pateda, 2001: 55-56)
menerangkan tentang hubungan antara konsep, lambang dan referen seperti di bawah
ini :



 Konsep itu berupa bayangan, berupa pemahaman, berupa pengertian. Demikianlah
kalau seseorang berkata meja, maka terbayanglah bentuknya, bahan meja, ukurannya,
warnanya, tempat kakinya, tempat menyimpan barang. Konsep adalah pada minda
seseorang dan ini termasuklah ciri-ciri pada satu perkataan atau ayat yang diutarakan.

 Lambang adalah unsur bahasa yang bersifat arbitrer dan konvensional yang mewakili
objek dan signifikasinya. Lambang termasuklah kata-kata, kalimat dan segala tanda-
tanda. Lambang mempunyai beberapa ciri iaitu tanda, mengganti atau
mewakili,berbentuk tulis atau lisan, mempunyai makna, aturan, mempunyai banyak
kemungkinan kerana ketidakjelasannya, berkembang dan bertambah, individual,
menilai, ada akibatnya, memperkenalkan. Sebagai kesimpulan, lambang bersifat
abstrak dan bersifat abstrak.

 Referen atau rujukan adalah sesuatu yang ditunjuk oleh tanda. Ia juga dipanggil
sebagai objek, rujukan dan acuan. Referen dihubungkan dengan realiti, kenyataan
atau eksistensi sesuatu. Tetapi ada juga referen yang tidak seperti diinformasikan.
Sebagai contoh, pondok buruk yang dikatakan adalah sebenarnya rumah bertingkat
seperti istana. Referen yang berhubungan dengan benda boleh saja mengacu pada
bentuk konkrit dengan bentuk abstrak. Oleh itu, setiap lambang ada referennya. Maka
dalam kajian ini, sebahagian watak dalam penamaan watak itu akan dihubungkaitkan
dengan teori segi tiga semiotik iaitu pengkaji melihat watak daripada sudut fikiran
atau konsep, simbol dan referen atau rujukan.



 ANALISIS PENAMAAN WATAK

 1.      BELALANG

 Peranan Watak

 Watak Belalang dalam filem Nujum Pak Belalang dilakonkan oleh Bat Latiff.
Belalang dalam cerita ini adalah seorang budak yang berumur dalam lingkungan 10
tahun. Belalang merupakan anak kepada Pak Belalang. Belalang adalah seorang
budak yang rajin mencari rezeki untuk mereka makan, seperti berkerja di kebun,
mencuci, menyapu halaman, memanjat pokok kelapa dan mencuci perahu. Selain
daripada itu, watak Belalang juga merupakan seorang budak yang cerdik. Antaranya
apabila berjumpa dengan penyamun di tengah jalan, Belalang pandai
menyembunyikan diri dan kemudian menbuat helah untuk menakutkan penyamun-
penyamun tersebut. Belalang kemudian berjaya meyelamatkan dua ekor kambing dan
lembu yang dicuri oleh penyamun. Selain itu, Belalang juga berjaya menyelamatkan
bapanya daripada hukuman Sultan. Belalang berjaya mengetahui jawapan kepada
teka-teki yang telah diajukan oleh Sultan Masai.


 Ciri-ciri Penamaan

 Nama bagi watak Belalang dalam cerita ‘Nujum Pa Belalang’ adalah berdasarkan
sejenis binatang serangga yang dikenali sebagai Belalang.

 Konsep atau fikiran bagi kata Belalang berdasarkan analisis teori segi tiga ialah
seekor serangga  berwarna hijau atau coklat. Belalang mempunyai femur belakang
yang panjang dan kuat serta kaki yang panjang bersesuaian dengan sifat atau cirinya
sebagai binatang yang melompat. Belalang juga seekor binatang yang pintar
menyembunyikan diri daripada pemangsanya. Berdasarkan warna dan bentuk
belalang yang hampir sama seperti daun, memudahkannya menyembunyikan dirinya
daripada pemangsanya. Belalang yang berwarna coklat pula boleh saja menyerupai
seperti ranting apabila berhadapan dengan pemangsanya. Selain itu juga, belalang
adalah binatang yang suka memakan serangga daripada sayur-sayuran atau daun-
daunan.

 Konsep ini kemudian mempunyai hubungan langsung dengan rujukan. Konsep
tersebut merujuk kepada sejenis serangga iaitu Belalang.


 Analisis:

 Dalam penamaan bagi watak Belalang ini, konsep Belalang seperti di atas dengan
konsep sebenar dalam penamaan watak tersebut tidak sama. Ini kerana konsep dalam
penamaan adalah bersifat konotasi. Konotasi itu merupakan “makna emosi yang
bersangkut-paut dengan perasaan” (Nathesan, 2001: 83).

 Watak Belalang dalam filem ‘Nujum Pak Belalang’ bukanlah seekor binatang atau
serangga, tetapi seorang budak lelaki. Penamaan watak Belalang ini dikaitkan dengan
sifat atau konsep belalang iaitu binatang yang mempunyai femur belakang panjang
dan kuat. Konsep ini melambangkan watak Belalang sebagai seorang yang rajin dan
kuat walaupun masih seorang budak. Watak Belalang dalam cerita ‘Nujum Pak
Belalang’ rajin mencari sumbar rezeki seperti berkerja di kebun, mencuci perahu dan
naik pohon kelapa untuk menyara hidupnya dan ayahnya.

 Selain itu, penamaan watak Belalang ini juga dikaitkan dengan konsep Belalang iaitu
‘melompat’ untuk melarikan dari daripada pemangsanya. Belalang (serangga) akan
melompat apabila terasa diri terancam daripada musuh atau pemangsa. Dalam hal ini,
watak Belalang dalam ‘Nujum Pak Belalang’ akan cuba mencari jalan atau helah
melarikan diri daripada masalah yang dihadapi.  Misalnya apabila Sultan mencari
ayahnya untuk menujum keberadaan harta Istana yang telah dicuri. Watak Belalang
mencari helah untuk menyelamatkan ayahnya daripada dihukum oleh Sultan.
Belalang memberi alasan bahawa ayahnya sedang bertapa di Sine Rama. Walhal
sebenarnya ayahnya sedang melarikan diri dan bersembunyi di suatu tempat. 

 Kemudian, penamaan watak Belalang ini juga diambil berdasarkan konsep belalang
iaitu binatang yang pintar menyembunyikan diri daripada pemangsanya
seperti  menyembunyikan diri pada tempat-tempat yang menyamai rupanya seperti
daun. Watak Belalang dalam cerita ini juga pintar menyembunyikan dirinya seperti
apabila berhadapan dengan dua orang penyamun, Belalang dengan pantas
menyembunyikan dirinya di atas pokok bersesuaian dengan badannya yang masih
kecil. Watak Belalang kemudian tidak dapat dikesan oleh penyamun-penyamun
tersebut.

 Kesimpulannya, penamaan watak Belalang dalam cerita ‘Nujum Pak Belalang’ ini
diambil berdasarkan seekor serangga iaitu Belalang. Watak tersebut diberi nama
Belalang berdasarkan kriteria yang ada pada belalang iaitu seekor binatang yang
pintar melarikan diri apabila merasa dirinya terancam. Watak Belalang dalam cerita
‘Nujum Pak Belalang’ ini akan mencari helah untuk menyelasaikan sebarang masalah
dan pandai menyembunyikan diri apabila berhadapan dengan penyamun. Ciri yang
terakhir ini bersesuai dengan ciri belalang (serangga) iaitu seekor binatang yang boleh
menyembunyikan diri pada tempat-tempat yang menyerupai seperti warnanya.



 2.     PAK BELALANG 

 Peranan watak

 Pak Belalang adalah seorang yang miskin. Ia merupakan seorang ayah yang bersifat
pemalas dan tidak  suka berusaha. Atas bantuan dan kebijaksanaan anaknya juga,
nasib baik Pak Belalang selalu berpihak pada mereka. Pak Belalang boleh dikatakan
seorang yang bijaksana namun ia juga merupakan seorang yang pengecut dan tidak
jujur. Suatu hari, Pak Belalang menyamar sebagai ahli nujum yang pandai menilik
sesuatu yang hilang. Ini bermula daripada masalah yang diadukan mengenai
kehilangan lembu dan kambing milik orang kampongnya.  Anak Pak Belalang yang
tahu akan keberadaan binatang-binatang tersebut telah memberitahu kepada ayahnya
terlebih dahulu. Kemudian, nasib baik berpihak lagi setelah Pak Belalang dibawa ke
istana bagi menilik keberadaan harta Sultan dan mahkota raja. Semasa cuba
bersembunyi di sebuah gua, kebetulan harta kerajaan yang sedang dicari berada di
sana.

 Setelah itu, Pak Belalang dilantik sebagai Ahli Nujum Negara kerana jasanya
mengembalikan harta milik Sultan yang dicuri. Pak Belalang jatuh cinta pada puteri
Sultan dan secara rahsia mereka menjalinkan hubungan cinta. Namun begitu, setelah
Sultan Masai datang ke negeri mereka, Sultan Masai mencabar kebijaksanaan Pak
Belalang dengan mempertaruhkan negara. Atas bantuan anaknya Belalang juga, Pak
Belalang berjaya menjawab semua teka teki yang diajukan. Sultan Masai tidak
berpuas hati lalu berpakat dengan penyamun Negeri Beringin Rendang
untuk  menculik puteri Sultan. Nasib baik memihak lagi dan Pak Belalang berjaya
menilik keberadaan putrinya dan akhirnya Pak Belalang berkahwin denga puteri
tersebut.


 Analisis

             Dari yang demikian, penamaan bagi watak Pak Belalang ini dapat disimbolkan
sebagai seorang bapa (bagi kata ‘pak’). Dalam hal ini, Pak Belalang ialah ayah kepada
Belalang. Watak Pak Belalang dalam cerita ini adalah watak yang selalu bernasib baik
dan berjaya lepas dari masalahnya. Ini dapat juga dibandingkan dengan belalang yang
semamangnya mudah melepaskan diri dari masalahnya dengan menggunkaan kakinya
yang panjang. Watak ini juga merupakan watak yang bijaksana dan ini dapat dilihat
bagi belalang yang bijak merubah warna mengikut situasinya (sebahagian belalang
tertentu). Dari itu, atas kebijaksanaannya dan nasib baik yang selalu menyebelahinya,
Pak Belalang berjaya menjadi orang penting dalam istana sekaligus menjadi menantu
raja. Oleh yang demikian, pernamaan bagi watak ini memang selaras dengan dialog
lagu iaitu:

 “Tuk nujum yang terus mata bukannya betul semuanya auta”



 3.      SULTAN SHAHRUL NIZAM IBNI AL-MARHUM SULTAN MALIK
SHAH

 Peranan Watak

 Baginda adalah seorang Sultan yang memerintah Negeri Beringin Rendang.
Mempunyai seorang permaisuri dan seorang puteri yang cantik yang sangat disayangi
oleh Baginda daripada apapun. Baginda adalah seorang yang panas baran, penakut
dan mudah mempercayai seseorang contohnya Baginda benar-benar mempercayai
ahli Nujum Diraja. Akan tetapi, baginda juga mempunyai kriteria seorang pemimpin
yang berwibawa iaitu sangat mengambil berat tentang hal ehwal rakyat Negeri
Berinding Rendang.

 Dalam filem Nujum Pak Belalang ini, istana baginda telah disamun oleh dua orang
penyamun dan antara barang yang telah disamun ialah takhta baginda dan rantai
puteri baginda. Seterusnya, baginda menawarkan ganjaran bagi sesiapa yang boleh
mendapatkan balik harta baginda itu. Apabila Pak belalang berjaya, maka baginda
terus melantik Pak Belalang sebagai Nujum Diraja.

 Kemudian, semasa pemerintahannya, baginda didatangi oleh Sultan Masai.
Kedatangan itu disambut baik oleh baginda Sultan Shahrul Nizam. Adapun
kedatangan Raja Masai itu adalah kerana mendengar bahawa di Negeri Beringin
Rendang terdapat seorang ahli Nujum yang bijaksana dan oleh yang demikian, Sultan
Masai hendak menguji ahli nujum Diraja diantara kedua buah negeri itu.
Pertaruhannya ialah siapa yang kalah akan kehilangan negeri kepada pemenang.
Sultan Shahrul Nizam bersetuju sahaja kerana benar-benar percaya kepada kebolehan
ahli Nujum Diraja. Pertaruhan ini berakhir dengan kemenangan dipihak Sultan
Shahrul Nizam.

 Akibat rasa tidak puas hati Raja Masai, baginda telah mengarahkan dua orang untuk
menculik puteri Sultan Shahrul Nizam dengan tujuan untuk mengugut Sultan Shahrul
Nizam supaya menyerahkan balik negerinya dan juga untuk dijadikan isteri. Walau
bagaimanapun, Raja Masai dan rombongannya berjaya ditangkap dengan bantuan ahli
Nujum iaitu Pak Belalang.


 Penamaan Watak

 Sultan adalah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud kekuatan, kuasa atau
kedudukan pemerintah. Perkataan ‘Sultan’ digunakan oleh pemerintah-pemerintah
Islam untuk menunjukkan kekuasaan mutlak sebagai pemerintah sesebuah negeri.

 Oleh itu, maksud Sultan yang diterangkan diatas adalah sama seperti apa yang
terkandung didalam cerita Nujum Pak Belalang iaitu Sultan Shahrul Nizam. Baginda
adalah seorang pemerintah yang kaya, adil, dan berkuasa di Negeri Beringin Rendang.
Baginda juga menjalankan peranan sebagai seorang pemerintah yang berwibawa iaitu
dengan mengambil berat mengenai hal ehwal rakyat baginda disetiap pelusuk wilayah
negerinya. Dalam hal ini, penamaan watak Sultan adalah bertepatan dengan maksud
perkataan ‘Sultan’ itu sendiri dan sesuai wataknya dalam cerita ini.



 4.      PUTERI SI BUJUR SIRIH

 Peranan watak

 Peranan Puteri Si Bujur Sirih dalam filem ‘Nujum Pak Belalang’ ini adalah
merupakan puteri tunggal kepada Sultan Shahrul Nizam dan pemaisurinya. Tuan
Puteri adalah seorang yang cantik jelita, bersifat lemah lembut dan terkenal dengan
ketinggian sopan santunnya. Baginda menaruh hati dan meminati Pak Belalang dan
akhirnya berkahwin dengan Pak Belalang setelah Pak Belalang menyelamatkan
baginda daripada diculik oleh Sultan Masai, Badan, Nyawa dan pengikut-
pengikutnya.


 Ciri-ciri Penamaan

 Kemungkinan masyarakat dahulu begitu mengagung-agungkan dauh sirih sehngga
nama kerabat diraja diberikan penamaan yang sedemikian. Sirih begitu sinonim
dengan adat istiadat dan kehidupan masyarakat Melayu dan India. Bagi masyarakat
Melayu dahulu, daun sirih dikatakan bukan seperti daun biasa. Daunnya berbentuk
agak bujur (bujur sirih).

 Dari tradisi Melayu, sirih sebagai simbol penghormatan, seperti upacara penyambut
tamu iaitu dijadikan sebagai pembuka bicara yang disua sejurus tetamu datang. Sirih
menjadi lambang hormat yang mengalu-alukan tetamu. Selain daripada itu,
masyarakat Melayu meletak sirih pada kedudukan yang tinggi iaitu sebagai pembuka
acara meminang. Dikenali sebagai `sirih junjung'. Sirih juga digunapakai di dalam
upacara pernikahan iaitu hantaran tapak sirih. Kegunaan sirih dalam adat perkahwinan
mengandungi maksud tersirat.


 Analisis

 Penamaan Puteri Si Bujur Sirih itu dapat dilihat dari ciri yang khas. Hal ini dapat
dilihat dari teori segitiga semiotik iaitu bagaimana hendak melihat kaitan di antara
sirih dengan watak dalam filem Nujum Pak Belalang, iaitu melihat dari  konsep,
simbol dan rujukan.

 Konsep (sirih) berbentuk bujur, dianggap sesuatu yang dipandang tinggi di sisi
msyarakat. Benda yang menjadi rujukan ialah daun sirih dan simbolnya ialah
perkataan ‘sirih’ tersebut.

 Dari apa yang dapat kita lihat di atas, segitiga semiotik itu hanya berkisar mengenai
daun sirih tetapi kita dapat lihat dari segi konotasinya watak Puteri Si Bujur Sirih
yang berperanan sebagai anak kepada Sultan iaitu lebih tinggi kedudukannya
daripada  anak rakyat biasa dan melambangkan darjat yang paling atas dan paling
mulia di sisi perspektif dan nilai rasa masyarakat Melayu pada waktu itu.



 5.      BADAN DAN NYAWA

 Peranan watak

 Watak Badan dan Nyawa di dalam filem Nujum Pak Belalang berperanan sebagai
perompak yang kerjanya mencuri di Negeri Beringin Rendang. Badan dan Nyawa
mencuri lembu dan kambing milik Buntal dan Jambul namun dengan kebijaksanaan
Belalang yang menyamar menjadi anak jin, binatang tersebut berjaya dikembalikan
semula kepada tuannya. Kemudian, Badan dan Nyawa berpakat untuk merompak
Istana Sultan Shahrul Nizam dan menyembunyikan harta Sultan di Gua Bukit
Tunggal. Rancangan mereka untuk memiliki harta tersebut gagal kerana Pak Belalang
yang kebetulan berada di dalam gua tersebut. Badan dan Nyawa menyangkakan Pak
Belalang sebagai ‘penunggu gua’. Lalu, Badan dan Nyawa lari dan meninggalkan
harta yang dicuri bersama Pak Belalang. Lantas Pak Belalang menghadap Sultan dan
menyuruh Sultan pergi ke gua tersebut untuk mencari harta milik Sultan. Kemudian
setelah kekalahan Sultan Masai di dalam pertaruhan kehebatan ahli nujum, Badan dan
Nyawa berpakat dengan Sultan Masai untuk menculik Puteri Si Bujur Sirih. Namun
rancangan mereka gagal kerana Puteri Si Bujur Sirih berjaya ditemukan semula
disebabkan oleh kejayaan Pak Belalang menilik. Akhirnya, Badan dan Nyawa
ditangkap dan dihukum pancung.


 Ciri-ciri penamaan

 i.                    Ciri-ciri badan

 Badan merupakan anggota tubuh lahiriah yang merangkumi bahagian-bahagian tubuh
badan seperti tangan, kaki, hidung, mulut, telinga dan sebagainya. Pada dasarnya,
badan memerlukan nyawa untuk menjalankan fungsi semua anggota badan seperti
melihat, berjalan, makan, mendengar dan sebagainya.

 ii.                  Ciri-ciri nyawa

 Nyawa merupakan sesuatu yang abstrak kerana nyawa bukan bersifat lahiriah. Seperti
juga ciri-ciri badan, nyawa memerlukan badan untuk menghidupkan fungsinya.


 Analisis

 Pada dasarnya, Ogden dan Richards (Palmer,1992: 27), mereka berpendapat bahawa
teori segi tiga semiotik itu “tidak terdapat hubungan langsung antara simbol dan
perujuk (antara bahasa dan dunia) – kaitannya adalah melalui fikiran atau rujukan,
iaitu konsep fikiran kita”

 Oleh yang demikian, berdasarkan ciri-ciri di atas, kesinambungan antara badan dan
nyawa boleh dikaitkan dengan watak ‘Badan’ dan ‘Nyawa’. ‘Badan’ dan ‘Nyawa’
dalam filem ini adalah watak yang sentiasa digandingkan bersama. Kedua-dua watak
ini saling memerlukan dalam melakukan sesuatu pekerjaan khususnya merompak.
Kemudian, watak Badan dan Nyawa ini juga menerima nasib yang sama apabila
Sultan Shahrul Nizam menghukum pancung ke atas mereka berdua. Penamaan watak
ini sejajar dengan apa yang dikatakan oleh Pak Belalang dalam dialog;

 “Hai lah badan, matilah kau badan, besok pagi maka bercerailah badan dengan
nyawa...”



 6.      BUNTAL DAN JAMBU

 Peranan Watak

 Watak Buntal dan Jambul di dalam filem Nujum Pak Belalang berperanan sebagai
orang kampung yang berkerja sebagai penternak di Negeri Beringin Rendang. Pada
suatu hari Buntal dan Jambul telah kehilangan lembu dan kambing mereka. Akan
tetapi binatang ternakan Buntal dan Jambul ditemui oleh Belalang ketika Belalang
menuju perjalanan pulang ke rumahnya dan menyamar sebagai anak jin. Setelah
berjaya menakutkan perompak, Belalang pun membawa binatang tersebut pulang dan
menceritakan hal yang terjadi kepada ayahnya. Kemudian Belalang pun
mengemukakan ideanya supaya ayahnya menyamar menjadi ahli nujum. Orang
kampung yang pada masa itu riuh dengan kehilangan binatang ternakan Buntal dan
Jambul pun pergi ke rumah penghulu untuk mengadukan perkara tersebut. Belalang
yang berada dengan orang kampung memberitahu agar Buntal dan Jambul pergi
berjumpa ayahnya untuk di tilik. Di rumah Pak Belalang pula bersedia akan
kedatangan orang kampung yang ingin mengetahui keberadaan lembu dan kambing
Buntal dan Jambul. Akhirnya binatang-binatang ternakan Buntal dan Jambul pun
berjaya dikembalikan semula.


 Ciri-ciri penamaan

 i.                    Ciri-ciri Buntal

 Buntal merupakan kata adjektif yang merangkumi bentuk-bentuk geometri seperti
bulat, bujur dan yang seumpamanya. Pada dasarnya, watak Buntal merupakan
pasangan kepada watak Jambul untuk memainkan peranan watak dan menhidupkan
fungsi di dalam filem ini.

 ii.                  Ciri-ciri Jambul

 Jambul pula merupakan kata sifat yang bererti segumpal rambut sama ada di kepala
atau dahi. Dalam hal ini, ciri-ciri watak Jambul dalam filem ini tidak digambarkkan
seperti maksud ‘jambul’ yang sebenar. Akan tetapi, ciri-ciri watak Jambul adalah
kurus dan tinggi.


 Analisis

 Dalam hal ini, berdasarkan ciri-ciri yang telah diterangkan di atas menunjukkan
adanya kesinambungan antara watak Buntal dan Jambul yang juga boleh dikaitkan
dengan watak ‘Badan’ dan ‘Nyawa’. Oleh itu dapat di lihat bahawa watak Buntal dan
Jambul dalam filem ini adalah dua watak yang digandingkan bersama untuk
memperlihatkan perbezaan ciri-ciri watak tersebut. Kedua-dua watak ini berperanan
sebagai orang kampung yang menternak haiwan.

 Ringkasnya, penamaan watak yang diberikan di dalam filem Nujum Pak Belalang ini
bersesuaian dengan aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat dahulu kala.



 DAPATAN SOAL SELIDIK

 Dari soal selidik yang dilakukan menunjukkan bahawa semua responden pernah
menonton filem ‘Nujum Pak Belalang’ yang dilakonkan oleh P. Ramlee. Manakala,
hampir keseluruhan responden (95%) bersetuju bahawa penamaan bagi watak dan
perwatakan dalam filem ‘Nujum Pak Belalang’ itu mempunyai kaitan iaitu simbolik
terhadap sifat watak dan hanya (5%) sahaja yang tidak bersetuju. Responden yang
tidak bersetuju berpendapat bahawa kerana Belalang hanyalah seekor serengga yang
pada simboliknya tidak pintar dan cergas. Manakala, bagi responden yang bersetuju,
mereka menyatakan bahawa watak menggambarkan metafora dan simbolik kepada
masyarakat, dan setiap watak memainkan peranan dalam menyampaikan unsur
sindiran yang tersirat. Selain itu, penamaan watak di dalam filem juga mempunyai
perwatakannya yang tersendiri mengikut watak di dalam filem. Sebagai contoh, watak
Belalang mempunyai perwatakan yang lincah dan kecil tetapi memepunyai
kepintaran. Oleh itu, sesuatu perkara itu janganlah dinilai daripada luarannya tanpa
mengetahui apa yang tersimpan didalamnya. Ini juga boleh dilihat pada watak Badan
dan Nyawa yang sentiasa bersama-sama walaupun dalam kesenangan mahupun
kesusahan.

 Dalam soalan seterusnya iaitu mengenai mesej di sebalik penamaan watak dan
perwatakan di dalam filem ‘Nujum Pak Belalang’. Rata-rata responden bersetuju
bahawa mesej adalah berupa sindiran kepada masyarakat Melayu, memberi
pengajaran, berbentuk humor dan juga ada menunjukkan kepintaran tentang
kepintaran masyarakat Melayu dalam berfikir.



 KESIMPULAN

 Oleh itu, dari apa yang telah diterangkan di atas dapatlah dirumuskan di sini bahawa
watak-watak yang terdapat di dalam filem ‘Nujum Pak Belalang’ antaranya ialah Pak
Belalang, Belalang, Puteri Si Bujur Sirih, Sultan Shahrul Nizam, Buntal, Jambul,
Badan dan Nyawa itu merupakan penamaan yang berasal daripada penyebutan sifat
khas. Jaludin Chuchu (2010: 45) menyatakan bahawa penyebutan sifat khas itu adalah
“merupakan peristiwa semantik kerana dalam peristiwa itu terjadi transposisi makna
dalam pemakaian iaitu perubahan dari kata sifat menjadi kata benda”. Maka,
dirumuskan juga bahawa setiap penamaan watak-watak itu mengikut nilai rasa
masyarakat. Ini sejajar dengan pendapat Slametmuljana (1965: 69) iaitu “nilai rasa
bersifat sangat subjektif, ditetapkan oleh masyarakat pemakai bahasa, terikat pada
waktu dan tempat”.

Sila ikuti pautan ini untuk sinopsis filem Nujum Pak Belalang

 RUJUKAN:
 Abdullah Hassan. (1987). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Fajar Bakti Sdn Bhd.
 Abdullah Hassan.(1983). Rencana Linguistik.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan   Pustaka.
 Asmah Hj Omar.  (2001). Kaedah Lapangan Bahasa di Lapangan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Darwis Harahap. (1994). Binaan Makna. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Engelkamp, Johannes. (1998). Makna Perkataan, Imejan dan Tindakan. Dlm. Maxim
Stamenov.  Perkembangan Semasa Teori Semantik, hlm. 133-147. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Jaludin Chuchu. (2008). Semantik dan Pengajaran Bahasa. Brunei:Dewan Bahasa
dan Pustaka.
 Jaludin Chuchu. (2010). Menyelusuri Makna. Brunei: Universiti Brunei Darussalam.
 Leech, Geoffrey. (2003). Semantik. Terj. Paina Partana. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
 Mansoer Pateda. (2001). Semantik Leksikal. Jakarta: Penerbit Rineka Cipta.
 Nathesan, S. (2001). Makna dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
 Nujum Pa’ Belalang. (1959). Filem Cereka. Malay Film Productions Ltd.
 Nujum Pak Belalang.  (2010). Video. t.tp : tpt.
 Palmer, F.R. (1989). Semantik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
 Palmer, F.R. (1989). Semantics (2nd Ed.). London: Cambridge University Press.
 Slamermuljana. (1965). Semantik. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Anda mungkin juga menyukai