Anda di halaman 1dari 2

Sejarah Ulek Mayang

Lagenda menyatakan pada zaman dahulu sekumpulan nelayan telah berperahu ke laut untuk
menangkap ikan. Sedang mereka di tengah laut tiba-tiba ribut menghambat dari segenap arah
membawa ombak yang memukul jong jang dinaiki. Kesemua nelayan terhumban ke laut yang
bergelora dan mereka terkapai-kapai menyelamatkan diri. Keletihan semakin mencengkam
dan akhirnya mereka beralah dengan kekuasaan ombak yang melambung.
Landaan ribut menjadi reda dan tubuh para nelayan itu dihanyutkan ke pantai. Ajaibnya
seorang demi seorang terjaga dan berasa beruntung kerana terselamat. Hanya seorang sahaja
yang tidak terjaga dan pada mulanya disangka mati. Apabila diperiksa nyata dia masih
bernyawa namun tidak sedarkan diri.
Rakan-rakannya berasa sedih dan mengesyaki bahawa sedang jasadnya di sini, jiwanya masih
berada di alam lain. Mereka memanggil bomoh untuk menyedarkan kembali rakannya.
Bomoh tersebut membaca mantera dan apabila diseru dia mendapati nelayan itu dipukau oleh
Semangat Laut
Rupa-rupanya seorang Puteri Bunian cuba menduga kesemua nelayan tapi hanya seorang
yang tertawan. Nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian. Bomoh tersebut
cuba membawa semangat nelayan Kembali ke dunia namun Puteri itu memanggil bantuan
seorang kakaknya. Di tengah-tengah pertarungan itu, dua lagi kakaknya muncul untuk
menjampi. Kemudian muncul lagi dua orang, menjadi enam kesemuanya.
Pertarungan semakin sengit hingga menggegarkan bumi dan menggolakkan laut. Tatkala
medan semakin memuncak itu muncullah Puteri ke-7, yang sulung, yang jauh lebih rupawan,
kuat dan bijaksana. Bomoh itu mengambil kesempatan dengan merayu kepada Puteri ke-7
agar dipulangkan semangat nelayan itu. Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung
memerintahkan pertarungan itu dihentikan.
“Aku tahu asal-usulmu”, kata Puteri ke-7.
“Biarkan yang laut pulang ke laut, dan yang darat pulang ke darat.”
Bomoh itu mempersembahkan nasi kuning kepada ketujuh-tujuh Semangat Puteri sebagai
tanda terima kasih. Nelayan itu dibebaskan semangatnya dan kembali sedar.
Sejarah 2
Asal-usul Tarian Ulik Mayang ini berasal dari Negeri Terengganu. Tarian tersebut tarian
pemujaan Semangat Puteri dalam Ulek Mayang yang merujuk kepada tujuh semangat yang
berasal dari laut. Sebenarnya, Semangat Puteri memang sudah wujud dikalangan masyarakat
Terengganu sebelum kedatangan Islam lagi dan ia berakar-umbi dari kepercayaan animisme
Melayu. Tujuh Semangat Puteri itu diberi nama Puteri Satu, Puteri Dua, Puteri Tiga, Puteri
Empat, Puteri Lima, Puteri Enam dan Puteri Tujuh. Di dalam Tarian Ulik Mayang, Puteri
Tujuh dikatakan lebih kuat dari 6 Semangat Puteri yang lain.

Identiti bagi tarian ulit mayang ini adalah gabungan tiga jenis kesenian tradisi iaitu
nyanyian, tarian dan pertunjukan yang menunjukkan unsur-unsur ritual iaitu unsur
permujaan. Dahulu Ulik Mayang dimainkan sewaktu musim puja pantai. Ianya sebagai
persembahan kepada penunggu laut supaya tidak mengganggu nelayan dan upacara
mengubati pesakit degan menggunakan semangat yang dipuja.

Persembahan Ulik Mayang ditarikan oleh 10 hingga 15 orang penari Terlebih dahulu mayang
pinang dipuja serta digoncang-goncang atas bekas kemenyan. Kemudian mayang pinang tadi
akan berpindah tangan dari seorang ke seorang. Kemuncak tarian ini apabila penari yang
memegang mayang tidak sedarkan diri. Nyanyian lagu Ulek Mayang yang merdu beserta
tarian ringkas, dirambas dengan tandan pinang kecil menyeru tuan puteri (bunian)
agar dating menyembuhkan pesakit. Ketika upacara Ulek Mayang sedang berlangsung, Tok
Bomoh akan memegang bunga kelapa (mayang) atau daun pinang. Sambil membaca jampi
serapah, Tok Bomoh akan mengulik (menyapukan) daun pinang ke atas seluruh badan
pesakit berulang kali.

https://rinonblog.wordpress.com/2018/06/06/ulek-mayang-ritual-perubatan-dan-seni-
persembahan/
https://www.scribd.com/doc/284113281/Seni-Tarian-Ulik-Mayang-Masyarakat-Melayu-doc

Anda mungkin juga menyukai