Anda di halaman 1dari 16

Tarian ulik

mayang
Sejarah Lagu Ulek Mayang

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Saya selalu membaca
cerita cerita di forum tentang lagu Ulek Mayang yang berasal
dari Terengganu. Menurut cerita, selalunya orang yang
mempersembahkan tarian Ulek Mayang di majlis selalu akan
mengalami histeria atau diggangu syaitan laknatullah. Saya akui
apabila saya mendengar lagu dan rentaknya, automatik saya akan
terbuai masuk ke dalam lagu tersebut.

Di televisyen, banyak cerita hantu akan memutarkan lagu Ulek
Mayang ni sebagai simbolik. Jika ada cerita yang memutarkan
lagu ini, saya akan mengubah channel atau muted kerana tidak
mahu ada peristiwa yang tidak diingini berlaku. Contohnya filem
Mael Lambong terdapat scene di mana awek kepada Zizan
merupakan penari ulek mayang ini di tepi pantai sambil
disaksikan beratus-ratus penduduk kampung.


Advertisement
Sekarang Ulek Mayang hanya dikaitkan sebagai persembahan
kesenian tradisional yang masih aktif berkembang beberapa
lokasi di Terengganu seperti Kampung Pasir Panjang, Kuala
Terengganu. Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan
menggunakan Mayang Pinang.

Dipercayai Mayang Pinang membangkitkan semangat. Ketika
persembahan ini berlangsung pemain diiringi dengan seloka dan
pantun oleh rakan yang lain. Persembahan ini dimainkan secara
beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di
tengah-tengah. Tidak ada muzik yang mengiringi persembahan
ini.

Kini, Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan
semata-mata tanpa mencampur adukkan unsur khurafat dalam
bacaan mantera. Malah, persembahan hanya berlangsung 10
minit berbanding antara 20 hingga 30 minit. Ulek Mayang yang
menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati seorang
lelaki yang terkena sampuk. Ada dua versi iaitu versi sekumpulan
lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum
seorang daripada mereka terkena sampuk.

Sejarah Ulek Mayang

Lagenda menyatakan pada zaman dahulu sekumpulan nelayan
telah berperahu ke laut untuk menangkap ikan. Sedang mereka di
tengah laut tiba-tiba ribut menghambat dari segenap arah
membawa ombak yang memukul jong yang dinaiki. Kesemua
nelayan terhumban ke laut yang bergelora dan mereka terkapai-
kapai menyelamatkan diri. Keletihan semakin mencengkam dan
akhirnya mereka beralah dengan kekuasaan ombak yang
melambung.

Landaan ribut menjadi reda dan tubuh para nelayan itu
dihanyutkan ke pantai. Ajaibnya seorang demi seorang terjaga
dan berasa beruntung kerana terselamat. Hanya seorang sahaja
yang tidak terjaga dan pada mulanya disangka mati. Apabila
diperiksa nyata dia masih bernyawa namun tidak sedarkan diri.

Rakan-rakannya berasa sedih dan mengesyaki bahawa sedang
jasadnya di sini, jiwanya masih berada di alam lain. Mereka
memanggil bomoh untuk menyedarkan kembali rakannya. Bomoh
tersebut membaca mantera dan apabila diseru dia mendapati
nelayan itu dipukau oleh Semangat Laut.

Rupa-rupanya seorang Puteri Bunian cuba menduga kesemua
nelayan tapi hanya seorang yang tertawan. Nelayan itu
terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian. Bomoh
tersebut cuba membawa semangat nelayan kembali ke dunia
namun Puteri itu memanggil bantuan seorang kakaknya. Di
tengah-tengah pertarungan itu, dua lagi kakaknya muncul untuk
menjampi. Kemudian muncul lagi dua orang, menjadi enam
kesemuanya.

Pertarungan semakin sengit hingga menggegarkan bumi dan
menggolakkan laut. Tatkala medan semakin memuncak itu
muncullah Puteri ke-7, yang sulung, yang jauh lebih rupawan,
kuat dan bijaksana. Bomoh itu mengambil kesempatan dengan
merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan semangat nelayan
itu. Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung
memerintahkan pertarungan itu dihentikan.

Aku tahu asal-usulmu, kata Puteri ke-7.
Biarkan yang laut pulang ke laut, dan yang darat pulang ke
darat.
Bomoh itu mempersembahkan nasi kuning kepada ketujuh-tujuh
Semangat Puteri sebagai tanda terima kasih. Nelayan itu
dibebaskan semangatnya dan kembali sedar.
Tarian singa

Tarian Singa (bahasa Cina: ??; pinyin: w?sh?) adalah sebahagian
daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina,
yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan
menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua
penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan
menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan
memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua
penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang
disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan
dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.











Sejarah Tarian Singa
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat
orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang
Cina. Tarian singa menjadi adat di
negara China, Taiwan, Jepun, Korea,Thailand, dan Vietnam. Setiap
negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang
berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang
Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu.
Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara"
dan "Tarian Singa Selatan".
Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang
menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa
mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi
kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak
pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.
Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar.
Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara
membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Tarian
Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum
mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan
mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.


Tarian ngajat
iban








Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban
di Sarawak.

Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa
menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan
selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut
ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. Penari akan
memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung.
Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung.
Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras yang
diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak
dijahit kiri dan kanannya.


Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas
dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu.
Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan
upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan
untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk
ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh.

Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu
di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti
berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri
dan ke kanan. Lagu iringan dibunyikan daripada alat-alat seperti
gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong
dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.






Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klasik
India. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian
yang penuh dengan tradisi, yang memerlukan penarinya untuk
menguasai tarian ini. Tarian ini perlu mengambil masa bertahun-
tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata
yang harus dipelajari untuk mempersembahkan tarian warisan
lama yang dihormati ini secara lengkap dan penuh dengan
kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian
Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan
secara solo oleh seorang penari wanita. Bharata Natyam
dikatakan merupakan perwujudan muzik dalam bentuk visual,
upacara, dan sesuatu tindakan ketaatan. Tarian Bharata Natyam
dan muzik Carnatic tidak dapat dipisahkan dalam sesuatu
persembahan kerana tarian ini adalah salah satu dari lima gaya
besar yang merangkumi Odissi iaitu unsur air, dan Mohiniattam
iaitu unsur udara. Gerakan penari Bharata Natyam yang asli
menyerupai gerakan api.
Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi
enam peringkat, dikenali sebagai Alarippu (persembahan
daripada Tala dengan ucapan ringkas oleh penari, merupakan
seruan kepada tuhan untuk memberkati persembahan),
Jatiswaram(tarian abstrak, gendang mengatur rentak. Di sini,
penari menampilkan kemahiran pergerakan kaki yang rumit dan
gerak-geri tubuh yang sopan), Sabdam (tarian diiringi oleh puisi
atau lagu yang bersifat kebaktian atau tema cinta kasih), Varnam
(pusat bahagian persembahan, merupakan bahagian
persembahan yang paling lama dan melibatkan pergerakan yang
kompleks serta rumit. Posisi tangan dan tubuh mengatakan cerita,
biasanya cinta dan kerinduan untuk kasih sayang), Padam
(bahagian persembahan yang paling seksi yang memerlukan
penari meluahkan beberapa aspek cinta: kecintaan kepada Maha
Kuasa; atau kasih ibu untuk anak, atau kasih dan cinta bagi
kekasih) dan Thillana (b Bahagian terakhir adalah tarian tulen
(nritta) yang merupakan kemahiran luar biasa muzik
dicerminkan dalam pergerakan kaki yang kompleks dan
pergerakan penari yang menawan). Peringkat-peringkat ini
menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya iaitu
tarian ekspresi.
















Mak Yong : Muzikal, drama dan tari

Sejarah Mak Yong

MAK YONG merupakan satu-satunya kesenian Malaysia yang
diiktiraf oleh UNESCO se bagai warisan pada 25 November 2005.
Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis
tarian Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan
sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan
unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik
vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang
formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya
di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan
Riau - Indonesia.

Mak Yong dipersembahkan sebagai hiburan dan juga sebagai cara
perubatan. Mak Yong dipercayai wujud sebelum kedatangan
Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan Diraja di bawah
naungan Kesultanan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu,
tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan
peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang berhias
cantik.

Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap
Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu
cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalan
dalam siri pertunjukkan tiga jam. Dalam persembahan tradisi di
kampung, ia dilakukan dipanggung terbuka yang berlatarkan
daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang
ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab,
gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan
oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan
watak raja, dewa dan pelawak. Mak Yong di kaitkan dengan
upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang
dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.


Asal-Usul Mak Yong
Mak yong diasaskan di Kerajaan Pattani yang kini merupakan
sebahagian daripada Thailand. Oleh kerana ia diwarisi secara
lisan dikalangan kampung, usia sebenar Mak Yong tidak dapat
dipastikan. Bagaimanapun, fakta yang ia bebas daripada
pengaruh-pengaruh luar menunjukkan ia sekurang-kurangnya
berusia 800 tahun dan hampir pasti lebih awal lagi. Menurut
Hikayat Patani Mak Yong dibawa ke Kelantan lebih 200 tahun
dahulu. Dari situ ia berkembang ke Kedah dan negeri-negeri lain.

Lagenda biasanya mengaitkan tarian dengan semangat padi yang
digelar Mak Hiang tetapi yang lain mempercayai ia dicipta oleh
makluk digelar Semar. Para sejarahwan tidak pasti samaada Mak
Yong berasal dari tradisi rakyat atau teater istana. Sungguhpun
begitu ia ditonton oleh semua lapisan masyarakat untuk
menghormati semangat padi, berterima kasih bagi tuaian atau
merawat penyakit.
Semasa di Patani, Mak Yong biasanya dipersembahkan di istana
sehingga 1920 di mana ia sering dipertontonkan dikalangan
orang biasa.
Pada awal abad ke-20, tarian Mak Yong mula berkembang ke
merata-rata kampung tanpa naungan istana. Punca utamanya
adalah kerana kedatangan British ke Kelantan telah
mengurangkan kedudukan ekonomi raja-raja ini. Faktor inilah
yang mengakibatkan kemerosotan mutu persembahan dalam
generasi kedua, iaitu zaman selepas Bah Air Merah pada tahun
1926 hinggalah tahun-tahun 1950-an. Unsur-unsur komersil
pertunjukan Mak Yong telah memperalatkan nilai-nilai estetik
klasik yang ada dalam Mak Yong. Persembahan Mak Yong yang
diadakan dengan cara pemajakan akan bermula dari pukul 8.30
malam hingga pukul 11.00 malam sahaja. Kemudian,
persembahan diberhentikan dan alat-alat muzik biola dan
akordion menggantikan rebab dan serunai untuk memainkan
lagu-lagu joget. Penonton-penonton akan naik pentas untuk
menari joget dengan penari-penari Mak Yong.


Nilai moral penari-penari Mak Yong juga mula merosot. Banyak
sekali kisah-kisah sumbang di antara penari-penari Mak Yong
dengan penonton-penonton selepas selesai persembahan Mak
Yong, dan perceraian di kalangan suami isteri dan anak-anak Mak
Yong merupakan satu perkara yang biasa sahaja. Malah ada di
kalangan penari Mak Yong yang berasa bangga dengan jumlah
bilangan suami yang dapat dikutip oleh mereka. Pandangan
masyarakat terhadap penari-penari Mak Yong mula merosot dan
mula hilang kepercayaan terhadap moral mereka. Keadaan ini
mempercepatkan lagi kejatuhan imej Mak Yong.

Pada akhir-akhir 1960-an, sudah tidak banyak lagi kumpulan Mak
Yong yang wujud, dan tidak banyak lagi orang yang berminat
mempelajari seni tari ini. Kemasukan pengaruh-pengaruh
kebudayaan Barat yang meluas menggelapkan lagi permainan
Mak Yong. Kalau ada pun persembahan Mak Yong pada masa
perayaan seperti Hari Keputeraan Sultan, persembahan itu hanya
dikerumuni oleh orang-orang tua. Kumpulan generasi ketiga
tarian Mak Yong telah dipelopori oleh Kumpulan Seri
Temenggung, sebuah kumpulan belia. Guru-guru Mak Yong yang
terdiri daripada orang-orang lama dari generasi pertama telah
diambil untuk melatih mereka dalam tarian-tarian dan nyanyian-
nyanyian Mak Yong yang asli seperti yang terdapat pada masa
generasi yang pertama dulu. Dengan latihan itu, unsur-unsur yang
asli mula dihidupkan kembali.

Jenis-Jenis Mak yong

Terdapat 5 jenis persembahan Makyong yang pernah wujud. Tiga
daripadanya terdapat di Malaysia. Setiap jenis persembahan
Makyong mempunyai perbezaan yang membezakan di antara satu
dengan yang lain. Jenis-jenis Makyong tersebut ialah:-
a) Makyong Patani - ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat,
tiga buah wilayah di selatan Thailand yang dahulunya
merupakan wilayah Kesultanan Melayu Patani.
b) Makyong Kelantan - ditemui di negeri Kelantan dan
Terengganu, Malaysia.
c) Makyong Kedah - ditemui di negeri Kedah, Malaysia.
d) Makyong Laut - ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan
wilayah Satun (Thailand).
e) Makyong Riau - ditemui di Wilayah Riau, Indonesia.

Anda mungkin juga menyukai