Anda di halaman 1dari 23

PENGENALAN

Seni adalah suatu keunikan yang terdapat pada perbuatan manusia. Menurut tokoh

Aristotles mendefinisikan seni sebagai bentuk penampilan dan ungkapan yang tidak

menyimpang dari kenyataan. Dengan kata lain, seni hanyalah meniru alam. Pengertian

tersebut cukup masuk akal karena pada dasarnya alam memberikan inspirasi dan kontribusi

yang begitu besar pada penciptaan sebuah karya seni.1 Seterusnya menurut Thomas Munro

seni merupakan suatu alat yang dibuat oleh manusia demi menimbulkan kesan psikologis

pada manusia lain yang melihatnya. Pendapat tersebut masuk akal karena sebuah karya seni

mungkin memberikan kesan khusus secara psikologis bagi siapa saja yang menyaksikannya.

Tidak hairanlah , banyak seniman yang menyelipkan pesan khusus pada karyanya.2 Akhir

sekali, maksud seni daripada tokoh Seniman Indonesia iaitu Sudarmaji juga mempunyai

definisi yang berbeza mengenai seni. Menurut Sudarmaji, seni merupakan manifestasi batin

serta pengalaman estetis manusia yang menggunakan bidang, garis, tekstur, volume, warna,

dan gelap terang.3 Pengertian tersebut mengacu pada karya seni yang dapat dilihat secara

visual Jelaslah bahawa seni ini merupakan suatu keunikan atau tempat manusia menatap

keindahan yang dipamerkan oleh suatu kesenian.

Maksud bagi perkataan kebudayaan pula yang diringkaskan kepada budaya menurut

tokoh Larson dan Smalley Kebudayaan sebagai "blue print" yang memandu perilaku orang

dalam suatu komunitas dan diinkubasi dalam kehidupan keluarga. Ini mengatur perilaku kita

dalam kelompok, membuat kita peka terhadap masalah status, dan membantu kita

mengetahui apa tanggung jawab kita adalah untuk grup. budaya yang berbeda struktur yang

mendasari yang membuat bulat bulat masyarakat dan komunitas persegi persegi. 4 Seterusnya,

menurut Sir Edwards B Tylor (1871: 1) menjelaskan bahawa kebudayaan adalah keseluruhan

Kompleks Dari idea dan segala sesuatu yang dihasilkan manusia KESAWAN pengalaman

sejarahnya. Termasuk disini adalah pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, hukum,


kebiasaan, kemampuan lainnya serta terapi dan yang diperoleh.5 Maka dapat dijelaskan

bahawa budaya atau kebudayaan merupakan suatu tradisi daripada manusia sejak turun

temurun yang dihidupkan oleh orang-orang terdahulu hingga kini.

Oleh itu, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa seni dan kebudayaan amat penting

bagi sesebuah negara khususnya negeri Terengganu yang menjadi tempat tumpuan pengkaji

bagi mengkaji tradisi kewujudan dan keunikan dalam seni dan kebudayaan bagi tajuk Ulek

Mayang.
SEJARAH TRADISI KEWUJUDAN ULEK MAYANG.

Seni dan tarian merupakan suatu keunikan yang terdapat di negara kita dan telah

menjadi simbol kepada negara kita contohnya Gamelan, Ulek Mayang, Ghazal dan

sebagainya. Di Terengganu, terdapat satu seni dan kebudayaan yang menjadi tarikan kepada

pengkaji untuk mengkaji sejarah dan keunikan suatu tradisi turun temurun iaitu Ulek

Mayang. Menurut Daing Azwan Bin Daing Mustafa menceritakan bahawa Ulek Mayang ini

sudah bertapak di negeri Terengganu sebelum kedatangan Islam lagi. Melalui Ibid

menjelaskan Ulek Mayang ini sebuah karya tarian penyembahan dengan sekumpulan nelayan

yang turun ke laut serta tujuh adik beradik puteri yang dianggap bunian.6

Menurut Mustafa bin Mohd menceritakan Ulek Mayang ini wujud sekitar tahun 1960

an. Kisahnya seorang nelayan yang diubati oleh seorang bomoh dengan menggunakan kaedah

perubatan dahulu dan jampi mentera bagi menyeru puteri-puteri itu untuk membawa pulang

seorang nelayan yang sesat di alam mereka dengan menggunakan Mayang Pinang. Hal ini

dikatakan demikian kerana orang zaman dahulu kurang kemudahan seperti hospital maka

orang-orang zaman dahulu menggunakan bomoh untuk berubat. Akhirnya terwujudlah tarian

Ulek Mayang ini yang dimodenkan daripada generasi yang berwibawa.7

Menurut Wan Salmah binti Wan Sulaiman (Mami) menceritakan bahawa Ulek

Mayang yang kita lihat sekarang adalah bukanlah permainan ulek mayang sebenar tetapi

suatu tarian Ulek Mayang yang jauh ketinggalan daripada asalnya. Kisah Ulek Mayang yang

diceritakan oleh Ibid bertujukan kepada jampi mentera dan bomoh untuk berubat orang sakit.

Ulek mayang dikatakan berasal marang, maras (batu rakit), pasir Panjang untuk tujuan

perubatan sahaja. ulek mayang boleh didefinisikan sebagai mengulek menggunakan mayang
untuk menyeru semangat mayang pinang. Pada tahun 1960 an persatuan belia darul ikhsan

ditubuhkan iaitu suatu persatuan tarian Ulek Mayang yang pertama dimainkan oleh penari-

penari yang dianggap Tujuh Puteri itu dan salah seorang penari itu adalah Mami. Terdapat

dua orang tokoh yang disebutkan oleh Ibid dengan sumbangan terhadap sejarah Ulek Mayang

ini iaitu Arwah Haji Mazlan Embong iaitu pengasas lagu Ulek Mayang pertama yang

dibawakan oleh Ibid manakala sahabatnya Cik Aziz Sulaiman merupakan orang yang

menciptakan tarian Ulek Mayang bersama-sama arwah Haji Mazlan Embong. Pada zaman

kehidupan Ibid, beliau juga pernah menyanyi untuk lagu Ulek Mayang dan dirakam pada

tahun 1950 an seterusnya dialbumkan pada akhir tahun 1960 an. Maka bermulalah era

pemodenan tarian Ulek Mayang daripada generasi ke generasi yang lain kerana semua orang

dapat membuat persembahan dengan menggunakan rakaman itu sahaja kerana pada zaman

dahulu, sesuatu persatuan ingin membuat persembahan Ulek Mayang mesti diiringi dengan

alat-alat muzik yang dimainkan tetapi zaman sudah maju, maka semua itu boleh dimainkan

melalui rakaman.8

Terdapat banyak sejarah yang menarik untuk dikaji tentang Ulek Mayang ini.

Menurut Nurul Ain Binti Hassan Bersama Muammar Ghaddafi Hanafiah mendapati kajian

daripada Ismadi Malaya (1958) yang mana beliau mengatakan bahawa tarian ini berasal dari

Terengganu yang dibawa oleh satu rombongan penangkap ikan pada kira-kira tahun 1924.

Kajian Ismadi Malaya yang telah dibuat pada tahun 1958, di Pahang maka berkemungkinan

persembahan tarian ini wujud pada zaman Hindu lagi. Daripada Mubin Sheppard (1983),

beliau telah menjelaskan bahawa tarian Ulek Mayang adalah suatu tarian tradisi masyarakat

tempatan di Terengganu, yang bererti 'lulling a person to sleep’. Ulek Mayang dipercayai

telah wujud pada zaman pemerintahan Sultan Umar lagi dan pada waktu itu agama Islam

belum berkembang luas di Tanah Melayu. Kewujudan tarian Main Puteri dan persembahan
Mak Yong di Kelantan begitu popular pada tahun 1870-an dan ini adalah sezaman dengan

berkembangnya Ulek Mayang di negeri Terengganu (Zaiful, 2010).9

Seterusnya, menurut Jon menyatakan bahawa Ulek Mayang berasal dari negeri

Terengganu dan merupakan suatu tarian yang terkenal dengan alam mistik. Ulek Mayang di

katakan bermula ratusan tahun dahulu dan berkisahkan sebuah mentera yang di nyanyikan

untuk menghalau roh laut yang jahat. Kisahnya adalah apabila Sekumpulan nelayan telah

keluar ke laut untuk mencari rezeki dan apabila berada di tengah laut, tiba-tiba sebuah ribut

yang kuat memukul perahu mereka lalu mereka tercampak ke laut. Dalam keadaan yang

cemas, laut yang masih bergelora, mereka menyerah sahaja nasib mereka kepada takdir.

Selepas laut reda, kesemua nelayan hanyut ke pantai. Seorang demi seorang terjaga. Hanya

seorang sahaja yang tidak sedarkan diri. Mereka percaya bahawa jasadnya ada di sini tapi

jiwanya terperangkap di alam lain. Mereka meminta bantuan bomoh untuk mengembalikan

kawan mereka. Bomoh tersebut membaca mantera dan apabila diseru dia mendapati nelayan

itu dipukau oleh Semangat Laut. Seorang puteri bunian ingin memukau kesemua nelayan

tetapi hanya seorang yang tertawan. Nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam

bunian. Bomoh itu cuba mengembalikan nelayan itu ke dunia nyata tetapi di halang oleh

puteri bunian. Pertarungan menjadi sengit apabila seorang demi seorang adik beradik puteri

bunian hingga 6 puteri datang membantunya. Akhirnya puteri sulung muncul iaitu puteri

ketujuh yang merupakan puteri yang paling cantik, bijak dan kuat antara mereka. Bomoh itu

mengambil kesempatan dengan merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan nelayan itu ke

alam sebenar. Dengan menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung memerintahkan

pertarungan itu dihentikan. “Aku tahu asal usul mu, biarkan yang laut pulang ke laut, yang

darat pulang ke darat”, Kata Puteri Sulung kepada 6 puteri itu. Tanda terima kasih, bomoh itu

menyerahkan nasi berwarna kepada puteri-puteri bunian. Dahulu, lagu Ulek Mayang akan

disertakan bersama tarian. Ritual ini selalunya dilakukan di Kawasan tepi pantai yang
digunakan sebagai kaedah untuk rawatan penyakit seseorang. Biasanya, kaedah ini akan

digunakan apabila seseorang mengalami penyakit mistik seperti kerasukan, tidak sedar diri,

dipukau dan sebagainya.10

Menurut FFTerengganu menyatakan bahawa Ulek Mayang suatu tarian asli

masyarakat negeri Terengganu. Ulek Mayang dinamakan kerana bahan asas semasa

persembahan ialah seikat mayang kelapa atau pinang. Ulek pula merujuk kepada maksud

berdondang atau mengulit-ngulit atau dalam erti tarian ini yang membawa maksud menyeru-

nyeru sambil menyanyi. Maka dapat kita simpulkan bahawa tarian Ulek Mayang ini adalah

sejenis tarian yang berunsurkan permujaan dan menyeru semangat melalui mayang yang

telah dipuja. Berdasarkan sumber, tarian ini wujud pada zaman pemerintahan sultan Umar

(1839-1870), jadi lebih kurang 174 tahun yang lalu, Ulek Mayang dikatakan berasal dari

Tanah Seberang iaitu Kepulauan Jawa tetapi menurut sumber lain pula, Ulek Mayang berasal

daripada pulau berdekatan yang tidak dikenali, dimana tarian ini merupakan tarian

keagamaan pra islam yang diringi dengan oleh nyanyian dan muzik di Terengganu. Tarian ini

juga dikatakan berasal daripada tujuh puteri yang menghuni Bukit Puteri yang sentiasa

menjadi tumpuan penduduk setempat untuk meminta bantuan termasuk mengubati orang

sakit melalui jampi, seru dan mantera.11

Seterusnya menurut Buku Aturcara, Ulik Mayang Bengkel Amali Tradisi Lisan

Dungun/Terengganu menjelaskan bahawa Ulek Mayang ialah sebuah permainan rakyat yang

paling tradisional. Ulek Mayang ini merupakan suatu pemujaan terhadap 7 orang puteri.

Melalui pantun, nyanyian ini diiringi oleh sekumpulan yang terdiri daripada lapan atau

sembilan orang. Cara nyanyian dimainkan dengan sekumpulan itu duduk mengelilingi
seorang yang duduk di tengah sambal memegang Mayang Pokok Pinang. Peserta yang

ditengah dianggap Tuan Puteri. Selepas itu, Tuan Puteri itu mengegarkan Mayang yang ada

di tangannya sehingga peserta itu tidak sedarkan diri. Hal ini diteruskan dengan nyanyian

daripada rakan-rakan. Dari tiba Tuan Puteri Pertama sehingga Tuan Puteri Ketujuh.

Walaupun nyanyian kumpulan ini bermula dengan cara duduk bersekeliling namun terdapat

di beberapa bahagian peserta itu berdiri lebih-lebih lagi dalam waktu Tuan Puteri berada di

kemuncak yang tidak sedarkan diri. Hal ini kerana peserta-peserta itu terkejut dengan

kewibawaaan Tuan Puteri.12

Menurut Normah ABD. Hamid menyatakan bahawa sejarah Ulek Mayang berlaku

pada zaman 19-an lagi. Ulek Mayang ialah persembahan kebudayaan negeri Terengganu.

Persembahan ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang dan dibangkitkan

semangat dan asalnya. Ketika persembahan ini berlangsung, peserta-peserta tidak sedarkan

diri. Mayang diulit bergilir-gilir oleh peserta-peserta itu sambal diiringi seloka dan pantun

oleh penyanyi. Persembahan disertai dengan peserta akan membuat bulatan dan terdapat

seorang akan duduk ditengah-tengha yang diberi nama kiasan Pemegang Mayang. Menurut

Tuan Haji Hussein bin Md. Zain, persembahan Ulek Mayang ini telah dibawa oleh seorang

batin dari sebuah pulau tetapi sayangnya pulau itu tidak diketahui dimana dan apa namanya.

Tidak seorang pun yang dapat memberi penerangan dengan jelas sejarah permulaan Ulek

Mayang ini. Untuk menentukan dimana tempat mula bertapaknya persembahan ini juga

adalah sukar ditentukan, Hal ini kerana Ulek Mayang terdapat dihampir seluruh negeri

Terengganu. Menurut penerangan Encik Muda bin Md. Zain, persembahan ini adalah untuk

bersuka-suka sahaja. Adalah difahamkan persembahan ini diperkenalkan ratusan tahun

dahulu. Tarikhnya tidak dapat dibuktikan dengan tepat. Dewasa ini Ulek Mayang dikenali

pula dengan bentuk tarian. Tarian Ulek Mayang ini mendapat perhatian dan minat kepada

peminat-peminat tarian. Tarian ini direka oleh seorang Jurulatih Kebudayaan, Pejabat
Kebudayaan Negeri Trengganu iaitu Encik Aziz Sulaiman. Tarian ini dicipta berdasarkan

lagu yang dinyanyi kan, dibayangkan dengan pergerakan tari. Pergerakan tari ini pula diikuti

dengan pergerakan Tarian Saba (juga salah sebuah tarian rakyat negeri Terengganu). Tarian

ini diolah begitu rupa dengan ditambah dan diubah tetapi tidak menjejaskan sifatnya yang

asal. Antara perubahan yang dibuat adalah dari segi bentuk, lagu-lagu, muzik, kostum dan

persolekan.13
KEUNIKAN-KEUNIKAN YANG TERDAPAT PADA TARIAN ULEK MAYANG

Tarian Ulek Mayang mempunyai banyak keunikan yang generasi sekarang dapat

merasai. Pengkaji mendapati keunikan-keunikan yang akan dibentangkan akan membuka

minda anak-anak muda untuk menyanjung seni dan kebudayaan Ulek Mayang ini. Menurut

Daing Azwan Bin Daing Mustafa, menyatakan bahawa keunikan Ulek Mayang ini dapat

dilihat pada busana atau pakaian yang dipakai kepada penari wanita. Berdasarkan

pengalaman Daing Azwan, pakaian yang dipakai ialah Songket Lengan Panjang, Selendang,

Subang, dan sebagainya. Keunikan Ulek Mayang ini juga dapat dilihat melalui gerak tari

yang dipersembahkan penari-penari yang dianggap puteri. Alatan yang digunakan untuk

tarian penyembahan Ulek Mayang terdiri daripada gendang, gong seterusnya dimodenkan

oleh generasi demi generasi dan terhasilnya beberapa lagi alatan-alatan baharu seperti

gamelan untuk menyedapkan tarian Ulek Mayang ini. Terdapat situasi yang unik yang terjadi

kepada Daing Azwan apabila pesakit(penari) itu sendiri bangun dan berdiri sambil menari

bersama puteri ketujuh (Puteri Bongsu) daripada tujuh adik-beradik. Aura dalam tarian Ulek

Mayang itu sendiri boleh menggambarkan bagaimana situasi yang dialami oleh pesakit

sambil menari beriringan bersama puteri-puteri itu.14

Seterusnya, menurut Mustafa bin Mohd mengatakan bahawa keunikan yang ada pada

seni dan tarian Ulek Mayang adalah dari segi aktiviti-aktiviti yang dilakukan antara bomoh,

nelayan dan 7 puteri yang menarik untuk dipersembahkan di pentas. Tarian ini sangat

berlainan daripada tarian yang lain kerana tarian ini berbentuk dramatic dengan terdapatnya

kisah-kisah nelayan yang diubati oleh bomoh kerana dipukau puteri bunian. Keunikan juga

dapat dilihat apabila tarian Ulek Mayang mula dipersembahkan dengan dimulai dengan kisah
yang sebenar dan ditambah dengan tarian yang dimodenkan dengan alat muzik yang

menyedapkan persembahan Ulek Mayang ini. Tamabahan pula pakaian yang

dipersembahankan amatlah cantik dan bersinar seperti emas. Alatan yang digunakan juga

amatlah unik dan bertukar-tukar untuk menyedapkan persembahan Ulek Mayang ini

contohnya pada awalnya alatan persembahan Ulek Mayang hanyalah gendang, gong, biola

yang tanpa melodi dengan hanya dibacakan mentera untuk menaikkan suasana persembahan.

Selepas itu, tarian dimodenkan dengan lagu, dan direka-reka dengan oustra, melodi dan

tempo.15

Selain itu, Wan Salmah binti Wan Sulaiman (Mami) mengatakan bahawa keunikan

Ulek Mayang ini hasil daripada drama tari dan cerita daripada lagu yang dimainkan serta

kisah-kisah berubat yang menaikkan keunikan Ulek Mayang ini malah berpotensi lebih

menarik daripada seni tarian yang lain. Yang menarikmenarik daripada Ulek Mayang ini

apabila terdapat hal-hal unik yang timbul antaranya Mayang Pinang yang berfungsi untuk

menyeru Mayang Pinang agar kerja-kerja bomoh itu berjalan lancer walaupun tahyul. Tetapi

menurut Mami, kisah itu adalah kisah yang unik untuk dikaji kerana kisah ini hanya berlaku

ke atas Ulek Mayang sahaja. Selain itu, terdapat barang lain yang digunakan oleh bomoh

dalam kisah Ulek Mayang ini antaranya bekas bara yang sinonim untuk bomoh berubat dan

jampi mentera. Yang menarik juga apabila bomoh itu sahaja yang mampu melihat ketujuh-

tujuh puteri itu. Jelaslah bahawa tarian Ulek Mayang dahulu dipersembahkan oleh 7 puteri

sebagai penari dan bomoh sebagai watak di dalam kisah benar untuk membuat persembahan

Ulek Mayang yang sebenar di atas pentas. Persembahan ini dapat ditonton di pelbagai

platform internet antaranya Youtube. Tarian Ulek Mayang ini akhirnya berubah dari segi

persembahan mengikut kebijakan jurulatih dan atas dasar tertubuhnya persatuan-persatuan

lain seperti SUTERA. Kisah menarik yang berlaku semasa kisah Ulek Mayang ini adalah

semasa nelayan hendak pergi kelaut untuk mencari rezeki walaupun mereka tahu rebut taufan
telah melanda tetapi tetap berganjak untuk menanggung anak-anak di rumah. Akhirnya

malang tidak berbau apabila nelayan itu dilanda rebut taufan dan dihanyutkan oleh laut dan

pada saat itu, seorang nelayan pengsan dan dipanggil bomoh untuk berubat dan bermulalah al

kisah ulek mayang. Masa beredar, jurulatih bertukar, ulek mayang pun telah dimodenkan

dengan cara terbaharu.16

Keunikan seterusnya yang dapat pengkaji simpulkan apabila Nurul Ain Binti Hassan

Bersama Muammar Ghaddafi Hanafiah yang menulis tajuk “ Transformasi Struktur Dalam

Persembahan Ulik Mayang” mengatakan bahawa keunikan Ulek Mayang ada tiga tahap iaitu

proses membangkitkan semangat mayang, proses pementasan dan proses bersurai. Proses

membangkitkan semangat mayang dapat disimpulkan apabila semua peserta akan

mengelilingi bomoh dan kemudian akan diperasapkan mayang yang telah disediakan untuk

keperluan persembahan. Selepas selesai upacara bacaan doa dan al-Fatihah, bomoh akan

mula menyeru kebangkitan asal mayang. Mantera akan diguna pakai untuk membangkitkan

asal mayang yang akan dibaca. Semasa menyeru kebangkitan mayang ini, minyak kelapa

akan disapu-sapukan kepada mayang dan kemenyan yang telah dibara supaya kepulan asap

naik dengan banyak. Bagi pengkaji, hal ini amat unik kerana perbuatan ini amat jarang

dilakukan pada zaman sekarang. Seterusnya, Proses pementasan yang dibicarakan adalah

Persembahan ini akan bermula dengan satu bulatan dengan saiz bulatan mengikut bilangan

anggota persembahan yang sedia ada pada ketika itu. Menurut Zamzuriah Zahari (2020),

persembahan tarian Ulik Mayang ini adalah melibatkan seramai 11 orang iaitu 4 orang lelaki

dan 7 orang perempuan. Di tengah-tengah bulatan itu akan ada seorang pemegang mayang

dan seorang dari anggota yang lain akan mengetuai nyanyian yang akan diikuti oleh anggota

penari yang lain. Ketua atau dikenali sebagai ‘Adi’ akan memulakan nyanyian ini.

Persembahan tarian seterusnya akan dimulakan dengan empat orang penari lelaki kononnya

tidak sedarkan diri, manakala salah seorang daripada mereka akan berperanan sebagai bomoh
yang berperanan untuk memegang mayang ditangannya. Kemudian, satu suara latar akan

menyanyikan lagu Ulik Mayang dan diserunya Puteri Dua. Selepas kedatangan Puteri Dua

yang menari-nari di belakang peserta lelaki tersebut, diseru pula Puteri Empat, Puteri Enam

dan Puteri Tujuh. Apabila Puteri Tujuh keluar, lagu menghalau dan menghantar penunggu

akan dinyanyikan. Jelaslah bahawa proses pementasan amat unik dari segi persembahannya

dan menjadi tarikan kepada pengkaji untuk mendalami kajian Ulek Mayang ini. Proses

terakhir iaitu Proses Bersurai iaitu sebaik sahaja nyanyian tamat, pemegang mayang akan

berhenti menari dan dengan keadaan diri dia yang belum pulih dan tidak sedarkan diri pada

ketika itu akan dibantu oleh bomoh untuk memulihkannya. Sekiranya masih terdapat penari

yang masih belum pulih menyebabkan penari berterusan tidak sedarkan diri dan ia akan

memerlukan khidmat daripada bomoh untuk menangani masalah ini dengan menggunakan

kaedah yang tertentu. Antara kaedah yang digunakan oleh bomoh adalah dengan

membacakan kalimah La ilaha illa Allah, di sebelah telinga kanan, dan Muhammad

Rasulullah di telinga kiri penari dan kemudian ditiupnya ubun-ubun penari tersebut. Namun

begitu, bagi memulihkan penari yang masih tidak sedarkan diri ini, maka diperlukan kaedah

yang lain yang mana bomoh akan membacakan mantera jampi bagi mengahantar semula

semangat puteri yang hadir (Amran Kasimin, 2006).17

Menurut Buku Aturcara, Ulik Mayang,” Bengkel Amali Tradisi Lisan

Dungun/Terengganu”, 1982 menyatakan bahawa keunikan yang terdapat pada seni dan tarian

Ulek Mayang ini adalah dari segi pakaian peserta iaitu pada awal, pakaian Ulek Mayang ini

biasa sahaja baik dalam pertunjukan yang diundang mahupun pertunjukan yang dimainkan

untuk bersukaria di kampung. Mungkin apabila diundang di luar pakaian bagi Ulek Mayang
ini agak kemas dan bersih. Seni kata dalam seloka Ulek Mayang ini agak unik daripada

permainan tradisional yang lain seperti Main Puteri yang seni kata sentiasa berubah mengikut

ilham dan naluri daya fikir bomoh pada Ketika itu. Tetapi seni kata Ulek Mayang ini menjadi

unik kerana hasilnya tidak di ubah-ubah hingga kini. Persembahan dimulakan dengan peserta

membuat bulatan dan seorang darinya duduk di tengah-tengah sambal memegang mayang.

Pemegang mayang mengegarkan mayang di tangan dan peserta-peserta akan menyanyikan

lagu Ulek Mayang iaitu Lagu Puteri Tujuh.18

Menurut Normah ABD. Hamid, Ulek Mayang menceritakan keunikan yang terdapat

pada seni dan tarian Ulek Mayang iaitu kebanyakan peserta yang menyertai tarian Ulek

Mayang ini terdiri daripada pemuda dan pemudi yang berumur antara lapan belas hingga dua

puluh lima tahun. Keunikan yang lain dari segi alatan iaitu Mayang , Bara Api, Kemenyan,

Minyak Kelapa. Mayang Pinang digunakan untuk cepat hidup atau dewa itu datang

manakala Bara Api dan Kemenyan digunakan untuk mengasapkan mayang semasa membaca

doa dan al-Fatihah dan sewaktu kebangkitan mayang diseur. Minyak Kelapa digunakan untuk

disapukan kepada mayang semasa pertunjukan. Keunikan dari segi pakaian pula tidaklah

begitu menarik kerana pakaian Ulek Mayang ini biasa-biasa sahaja dan hanya pemegang

mayang dinasihatkan melilit pinggang mereka dengan kain supaya mengelakkan diri dari

kecederaan. Selain itu, dari segi tempat dan waktu iaitu persembahan ini boleh

dipersembahkan dimana-mana sahaja asalkan tidak membahayakan diri peserta. Waktu yang

lebih baik untuk membuat pertunjukan ini adalah waktu malam kecuali malam jumaat.

Keunikan dari segi alat muzik pula adalah seperti Rebab dan Seruling. Kedua-dua alat muzik

ini digunakan atas dasar irama yang perlahan dan mendayu-dayu sesuai dengan suasana

persembahan Ulek Mayang. Menurut pengkaji, persiapan sebelum persembahan juga boleh

dikatakan unik kerana sebelum persembahan, doa dan al-Fatihah dibacakan. Tujuannya untuk

meminta keselamatan semua orang semasa persembahan dipersembahkan. Selepas itu,


bomoh akan menyeru kebangkitan asal mayang melalui mentera yang dibaca. Pada Ketika itu

juga, minyak kelapa disapu-sapukan kepada mayang dan kemenyan dibara ditambah supaya

asap naik berkelun-kelun. Selepas itu, persembahan dilakukan dengan dibentuk satu bulatan

seterusnya didalam bentuk tari ini dibuat barisan satu arah. Persembahan dimulakan dengan

empat penari lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri dan salah seorang dari mereka

memegang mayang. Satu suara latar menyanyikan lagu Ulek Mayang dan diseru Puteri Dua.

Puteri Dua keluar lalu menari-nari dibelakang empat lelaki itu. Diseru lagi Puteri Empat,

Puteri Enam dan puteri Tujuh. Setelah ketujuh Puteri keluar, lagu menghalau atau

menghantar penunggu dinyanyikan. Jumlah penari dalam tarian Ulek Mayang ini ialah

sebelas orang. Hal ini lah membuatkan pengkaji medapati peristiwa yang diceritakan oleh

Normah ABD. Hamid, Ulek Mayang sangatlah unik. Akhir sekali, Keunikan dari segi kostum

dan persolekan pula adalah digunakan mengikut lagu. Warna yang digunakan ialah merah,

hijau, dan kuning. Warna-warni digunakan kerana menarik mata pemandang dan mempunyai

symbol-simbol tertentu di dalam adat-adat istiadat orang-orang Melayu.19


BAGAIMANA DAN APAKAH CABARAN SENI DAN KEBUDAYAAN TENTANG

ULEK MAYANG INI SEHINGGA BOLEH BERTAHAN SAMPAI SEKARANG.

Dalam untuk mengekalkan tradisi turun temurun daripada nenek moyang kita ini,

sudah semestinya banyak cabaran dan rintangan untuk mengekalkannya. Menurut Daing

Azwan Bin Daing Mustafa Ulek Mayang mampu bertahan hingga kini atas dasar anak muda

yang minat terhadap seni dan kebudayaan Ulek Mayang ini. Seterusnya Ulek Mayang ini

sangat sinonim dengan negeri Terengganu. Orang Terengganu sangat mengagung-agungkan

seni dan kebudayaan ini contohnya dari persembahan mahupun tarian. Walaupun pendapat

orang ramai, terdapat isu-isu mistik yang dikaitkan dengan Ulek Mayang tetapi pendapat

daripada Daing Azwan mengatakan tidak pernah berlaku lagi sebarang isu mistik yang

diperkatakan oleh orang ramai. Katanya, mungkin ada gangguan yang terkena ke atas penari

dan anggota Ulek Mayang ini, hal ini dikatakan demikian kerana atas dasar kekuatan dalaman

seseorang kerana memikirkan tentang hal-hal aneh ini. Tetapi dengan hal-hal mistik ini juga

orang ramai yang ingin mengetahui sejarah dan keunikan daripada Ulek Mayang ini. Jelaslah

bahawa Ulek Mayang mampu bertahan sampai kini kerana minat anak muda tentang seni dan

kebudayaan ini walaupun terdapat hebahan tentang misterinya Ulek Mayang ini tetapi dapat

diatasi atas penjelasan orang-orang terdahulu tentang Ulek Mayang.20

Menurut Mustafa bin Mohd beranggapan cabaran yang dihadapi oleh seni dan tarian

ini adalah anggapan orang ramai terhadap perkara-perkara tahyul tentang lagu, tarian dan

kisah Ulek Mayang ini. Cg Pa menasihati agar orang ramai tidak terpengaruh dengan

perkara-perkara tahyul ini. Sepanjang berpuluh tahun di dalam seni dan kebudayaan, Cg Pa
mengatakan bahawa dia tidak pernah melihat perkara mistik ke atas diri beliau dan anak-anak

didik beliau. Cg Pa juga berpendapat kerana terlalu taksub dengan kisah dongeng atau mistik

tentang Ulek Mayang ini juga menyebabkan nama baik Ulek Mayang menjadi tercemar. Jika

individu menggunakan jampi mentera seperti zaman dahulu, kemungkinan besar hal mistik

sebegitu akan berlaku. Tetapi menurut Cg Pa, beliau tidak pernah melihat hal-hal mistik

berlaku terhadap dia mahupun anak-anak buah dia. Selagi anak-anak muda masih

mengangkat Ulek Maayang sebagai warisan negeri Terengganu dan tidak perlu hairanlah

mengapa Ulek Mayang masih bertahan sampai sekarang. Seterusnya atas dasar pemimpin

juga yang masih mengangkat seni dan kebudayaan yang penting ini sebagai identiti negara

kita. Tokoh-tokoh juga memainkan peranan dengan bergelar sebagai jurulatih dan

penceramah untuk membantu anak-anak muda yang masih ingin mendekatkan diri dengan

warisan negara terutamanya Ulek Mayang yang dibincangkan ini. Selain itu, ketidakpedulian

terhadap unsur-unsur asing atau warisan asing boleh diambil pedoman walhal anak-anak

harus memartabatkan warisan negara kita. Hal ini akan menguatkan rasa sayang anak muda

terhadap seni dan kebudayaan Ulek Mayang ini.Perkara mistik ini memang dipercayai oleh

Cg Pa dan kita seharusnya percaya kepada tuhan dan menguatkan iman agar tidak terlalu fikir

hal-hal sebegini.21

Menurut Wan Salmah binti Wan Sulaiman (Mami), beliau mengatakan bahawa Ulek

Mayang dapat bertahan hingga kini tarian Ulek Mayang berbeza dengan tarian yang lain yang

membuatkan ramai pengkaji ingin mengkaji kewujudan dan keunikan Ulek Mayang ini.

Malah jalan cerita yang dibawa daripada kisahnya sangat unik sehingga anak muda tertarik

untuk belajar serba sedikit tentang Ulek Mayang ini. Seterusnya melodi yang dibawa, tarian

yang menarik sangat membuka mata anak-anak muda untuk bergiat dalam seni dan tarian

Ulek Mayang ini. Sistem kewangan yang sentiasa diselenggara contohnya Mami sebagai

penari dan penyanyi Ulek Mayang menceritakan bahawa Ulek Mayang pada zaman beliau
sangat kurang dari segi kewangan sehingga pakaian hanyalah disewa sahaja. Selepas itu

tertubuhnya SUTERA yang ditubuhkan oleh kerajaan sedikit sebanyak menambah kewangan

Ulek Mayang contohnya kumpulan Mami tidak perlu risau dengan pakaian, alatan, tempat

menari dan lain-lain kerana semua disediakan oleh kerajaan. Jadi, atas dasar kewangan juga

yang membawa Ulek Mayang tetap berada di kaca TV kerana Ulek Mayang tidak perlu untuk

menanggung beban kewangan untuk membuat persembahan. Selain itu, walaupun

perkembangan Ulek Mayang dari segi tarian,nyanyian, tempat telah dinaik taraf tetapi sejarah

sebenar harus dibentangkan didalam buku agar anak-anak muda mengetahui sejarah Ulek

Mayang yang sebenar dan mewarisi warisan negara kita ini.22

Menurut Nurul Ain Binti Hassan Bersama Muammar Ghaddafi Hanafiah, yang

menulis tajuk “ Transformasi Struktur Dalam Persembahan Ulik Mayang” menjelaskan

bahawa kewujudan asal persembahan Ulik Mayang di Terengganu, kerajaan negeri

Terengganu telah menjadikan persembahan Ulik Mayang ini sebagai sebuah persembahan

kebudayaan yang dipersembahakan untuk tujuan penganjuran karnival dan pesta-pesta

kebudayaan. Penganjuran tahun Melawat Malaysia juga turut memaparkan seni persembahan

Ulik Mayang sebagai acara pentas yang dipersembahkan bagi tujuan untuk mempromosikan

budaya dan warisan masyarakat di Malaysia. Perkara ini secara tidak langsung telah

memperlihatkan kepada masyarakat bahawa persembahan Ulik Mayang adalah sebuah

persembahan warisan yang perlu dikenali dan dipersembahkan pada khalayak umum sebagai

pendedahan dan pengetahuan dalam dunia seni klasik yang mempunyai nilai estetika yang

tinggi dari sudut lagu, melodi, gerak tari dan sebagainya. Faktor transformasi yang bersifat

umum ini telah menjadikan persembahan ini dapat dipersembahkan pada semua peringkat

umur dan tidak mengganggu gugat kedudukan agama dan akidah masyarakat Melayu kini.

Hal ini juga merupakan faktor Ulek Mayang masih bertahan hingga kini. Walaupun pebagai

perkara telah diubah sejak kali pertama seni tarian Ulek Mayang ditubuhkan hingga kini
seperti pembuangan bacaan mentera dan aksi menyeru Mayang Pinang kerana atas dasar

agama, namun tetap dimodenkan oleh individu-individu yang kreatif agar Ulek Mayang

mampu bertahan hingga sekarang.23

Menurut FFTerengganu telah menceritakan sebuah tajuk iaitu “Tarian Ulek Mayang”

Sekarang Ulek Mayang hanya dikaitkan sebagai persembahan kesenian tradisional yang

masih aktif berkembang di beberapa lokasi di Terengganu seperti di Kampung Pasir Panjang,

Kuala Terengganu. Kini, Ulek Mayang hanya dipersembahkan sebagai hiburan semata-mata

tanpa mencampuradukkan unsur khurafat dalam bacaan mantera. Malah, persembahan hanya

berlangsung 10 minit berbanding antara 20 hingga 30 minit. Ada dua versi iaitu versi

sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorang

daripada mereka terkena sampuk. Kini persembahan Ulek Mayang yang dimainkan sekadar

untuk suka-suka saja, dimana ia melambangkan suatu pemujaan mendalam terhadap Tuan

Puteri tujuh beradik. Persembahan dimulakan dengan membaca doa dan membangkitkan asal

mayang. Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan disapu

minyak kelapa terlebih dahulu. Doa dan ‘bangkitan’ dilakukan untuk memohon perlindungan

agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan. Walaupun pelbagai

bentuk dibuang dalam seni dan persembahan Ulek Mayang ini tetapi Ulek Mayang tetap

diadaptasi dengan cara lain dan akhirnya Ulek Mayang mampu bertahan hingga kini.24

Menurut sumber berita yang dihasilkan oleh Bukhari Malek menceritakan tentang

“Kaitan Mistik Lagu ‘ Ulek Mayang ‘ Dalam Kepercayaam Melayu” mengatakan bahawa

zaman sudah berubah, tarian dan lagu Ulek Mayang kini dijadikan sebagai persembahan

budaya ketika majlis-majlis tertentu. Konklusinya, lagu Ulek Mayang mungkin dianggap

seram oleh segelintir masyarakat Melayu kerana ianya berkait rapat dengan pemujaan dan
ritual-ritual ‘misitik’ yang digunakan pada zaman dahulu tetapi tetap diadapktasi dengan

pembuangan beberapa ritual yang boleh mengugat ketahanan Ulek Mayang untuk mewarisi

dari masa ke semasa.25

Menurut Normah ABD. Hamid, Ulek Mayang menyatakan bahawa Ulek Mayang

cabaran yang dihadapi untuk meneruskan warisan Ulek Mayang ini adalah kemajuan sains

dan teknologi yang pesat dalam negara ini yang menyebabkan corak persembahan tarian Ulek

Mayang ini semakin dilupakan seperti “trance-dabce” ini. Lebih-lebih lagi sesuatu

persembahan tidak mempunyai daya tarikan dari segi pemandangan seperti warna warni

kostum, prop, setting dan juga pergerakan yang menarik. Persembahan Ulek Mayang ialah

sejenis persembahan untuk menngubat jiwa kerana didalam persembahan ini terdapat kata-

kata yang berkaitan dengan semangat yang tidak digalakkan untuk bersuka-suka sahaja. Dari

tinjauan ringkas itu kita dapat bayangkan masa depan Ulek Mayang adalah gelap sekali tetapi

dengan adanya tarian Ulek Mayang yang dicipta khas ini dapat menahan dari hilangnya

perkataan seperti "sudah lama tidak mendengar perkataan Ulek Mayang disebut" ini.

Disamping itu, sebelum Ulek Mayang ditarikan, satu penerangan tentang Ulek Mayang patut

diadakan. Biarlah badan Ulek Mayang hancur tetapi sifat dan namanya tetap tinggal

sepanjang zaman.26
KESIMPULAN

Kajian pengkaji tentang “Tradisi Kewujudan Dan Keunikan Dalam Seni Dan

Kebudayaan Ulek Mayang Di Terengganu Pada tahun 1970 – 2022” telah banyak membantu

pengkaji untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci tentang sejarah tradisi

kewujudan Ulek Mayang di Terengganu, keunikan-keunikan yang terdapat pada tarian Ulek

Mayang ini dan akhir sekali, maklumat tentang bagaimana dan apakah cabaran seni dan

kebudayaan tentang Ulek Mayang ini sehingga boleh bertahan sampai sekarang. Semangat

dan minat yang ditunjukkan oleh anak muda pada generasi sekarang yang telah

menghidupkan tradisi Ulek Mayang ini walaupun dari segi asalnya telah banyak berubah

tetapi jelaslah Ulek Mayang masih lagi dapat bertahan hingga sekarang. Pengkaji

mengharapkan Ulek Mayang dapat terus bergerak sehaluan dari segi sejarah dan

keunikannya. Pengkaji juga mengharapkan orang ramai terus menagung-agungkan warisan

budaya kita ini agar anak-anak muda akan datang dapat mengenalinya. Akhir sekali, pengkaji

juga mengharapkan kajian ini dapat memberi panduan kepada pengkaji-pengkaji yang akan

datang.
BIBLIOGRAFI
Orang Sumber
Mustafa bin Mohd , 56 tahun, 101, Taman Gong Badak, 21300, Kuala Nerus, Terengganu.
Daing Azwan Bin Daing Mustafa, 22 tahun, NO 92 Taman Seri Setia, 26600, Pekan, Pahang.

Wan Salmah binti Wan Sulaiman (Mami) , 78 tahun, 3373, Kampung Mengabang Tengah, Lorong
Budiman. Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu.

Buku / Jurnal / Akhbar / Info Media / Laporan


Berita yang dihasilkan oleh Bukhari Malek menceritakan tentang “Kaitan Mistik Lagu ‘ Ulek
Mayang ‘ Dalam Kepercayaam Melayu”
Journal yang dihasilkan oleh Jon yang diterbitkan pada 24 Jun 2019
Nurul Ain Binti Hassan Bersama Muammar Ghaddafi Hanafiah dari Universiti Kebangsaan Malaysia,
yang menulis tajuk “ Transformasi Struktur Dalam Persembahan Ulik Mayang”

Laman Web
Blog daripada FFTerengganu Rabu, 17 April 2013 telah menceritakan sebuah tajuk iaitu “Tarian Ulek
Mayang”
https://www.scribd.com/document/326582147/Pengertian-Seni-Menurut-Para-Ahli
https://rylandcxt.blogspot.com/2021/12/maksud-budaya-menurut-tokoh.html

Tapak Kajian
Perpustakaan Awam Terengganu, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu.
1
https://www.scribd.com/document/326582147/Pengertian-Seni-Menurut-Para-Ahli
2
Ibid
3
Ibid
4
https://rylandcxt.blogspot.com/2021/12/maksud-budaya-menurut-tokoh.html
5
Ibid
6
Temu bual dengan Daing Azwan Bin Daing Mustafa, ditemu bual pada 1 Julai 2022, pukul 3:40 petang
7
Temu bual dengan Mustafa bin Mohd, ditemu bual pada 2 Julai 2022, pukul 3:30 petang
8
Temu bual dengan Wan Salmah binti Wan Sulaiman (Mami), ditemu bual pada 3 Julai 2022, pukul
3:30 petang
9
Jurnal Nurul Ain Binti Hassan Bersama Muammar Ghaddafi Hanafiah dari Universiti Kebangsaan Malaysia,
yang menulis tajuk “ Transformasi Struktur Dalam Persembahan Ulik Mayang”
10
Journal yang dihasilkan oleh Jon yang diterbitkan pada 24 Jun 2019
11
Blog daripada FFTerengganu Rabu, 17 April 2013 telah menceritakan sebuah tajuk iaitu “Tarian Ulek
Mayang”
12
Buku Aturcara, Ulik Mayang,” Bengkel Amali Tradisi Lisan Dungun/Terengganu”, 1982. Perbadanan
Perpustakaan Awam Terengganu.
13
Buku daripada Normah ABD. Hamid, Ulek Mayang,“ Bahagian kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan Malaysia”, 1977/1978, Perbadanan Perpustakaan Terengganu.
14
Temu bual dengan Daing Azwan Bin Daing Mustafa, ditemu bual pada 1 Julai 2022, pukul 3:40 petang
15
Temu bual dengan Mustafa bin Mohd, ditemu bual pada 2 Julai 2022, pukul 3:30 petang
16
Temu bual dengan Wan Salmah binti Wan Sulaiman (Mami), ditemu bual pada 3 Julai 2022, pukul 3:30
petang
17
Jurnal Nurul Ain Binti Hassan Bersama Muammar Ghaddafi Hanafiah dari Universiti Kebangsaan Malaysia,
yang menulis tajuk “ Transformasi Struktur Dalam Persembahan Ulik Mayang”
18
Buku Aturcara, Ulik Mayang,” Bengkel Amali Tradisi Lisan Dungun/Terengganu”, 1982. Perbadanan
Perpustakaan Awam Terengganu.
19
Buku daripada Normah ABD. Hamid, Ulek Mayang,“ Bahagian kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan Malaysia”, 1977/1978, Perbadanan Perpustakaan Terengganu.
20
Temu bual dengan Daing Azwan Bin Daing Mustafa, ditemu bual pada 1 Julai 2022, pukul 3:40 petang
21
Temu bual dengan Mustafa bin Mohd, ditemu bual pada 2 Julai 2022, pukul 3:30 petang
22
Temu bual dengan Wan Salmah binti Wan Sulaiman (Mami), ditemu bual pada 3 Julai 2022, pukul 3:30
petang
23
Jurnal Nurul Ain Binti Hassan Bersama Muammar Ghaddafi Hanafiah dari Universiti Kebangsaan Malaysia,
yang menulis tajuk “ Transformasi Struktur Dalam Persembahan Ulik Mayang”
24
Blog daripada FFTerengganu Rabu, 17 April 2013 telah menceritakan sebuah tajuk iaitu “Tarian Ulek
Mayang”

Berita yang dihasilkan oleh Bukhari Malek menceritakan tentang “Kaitan Mistik Lagu ‘ Ulek
25

Mayang ‘ Dalam Kepercayaam Melayu”


26
Buku daripada Normah ABD. Hamid, Ulek Mayang,“ Bahagian kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan Malaysia”, 1977/1978, Perbadanan Perpustakaan Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai