Sachs telah
memberikan definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah
pengucapan jiwa manusia melalui gerak geri berirama yang indah. Dalam kebudayaan
melayu terdapat berbagai bagai jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang
telah dipengaruhi oleh unsur unsur moden.
Menurut Jaafar Mampak, tarian melayu asli terbahagi kepada dua jenis.
Pertama , tarian yang bercorak lemah lembut seperti tarian mak inang dan siti payung.
Kedua , tarian rancak yang merupakan hasil daripada pengaruh tarian Portugis seperti
tarian Ronggeng , Serampang Laut dan Singapura Dua.
Seni tari boleh dikategorikan dalam berbagai bagai jenis. Antara pembahagian
yang boleh dibuat terhadap seni tari melayu adalah seperti berikut :
1. Tarian tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu
perkahwinan , pertabalan , istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian tarian
ini termasuklah tarian siti payung , mak inang , asyik , gamelan dan sebagainya.
2. Tarian tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti
tarian rodat , hadrah dan sebagainya.
3. Tarian rakyat seperti dondang sayang , ronggeng , joget dan sebagainya.
4. Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang ,
tarian labi labi , tarian berdayung dan sebagainya.
Media ungkap tari berupa keinginan/hasrat berbentuk refleksi gerak baik secara
spontan, ungkapan komunikasi kata-kata, dan gerak-gerak maknawi maupun bahasa
tubuh/gestur. Makna yang diungkapkan dapat diterjemahkan penonton melalui denyut
atau detak tubuh. Gerakan denyut tubuh memungkinkan penari mengekspresikan
perasaan maksud atau tujuan tari.
Elemen utamanya berupa gerakan tubuh yang didukung oleh banyak unsur,
menyatu-padu secara performance yang secara langsung dapat ditonton atau dinikmati
pementasan di atas pentas. Dengan demikian untuk meperoleh gambaran yang jelas
tentang tari secara jelas.
Seperti dikutip oleh M. Jazuli dalam (Soeryobrongto:1987, 12-34) dikemukakan
bahawa gerak-gerak anggota tubuh yang selaras dengan bunyi musik adalah tari. Irama
musik sebagai pengiring dapat digunakan untuk mengungkapkan maksud dan tujuan
yang ingin disampaikan pencipta tari melalui penari (Jazuli, 1994:44).
Pada dasarnya gerak tubuh yang berirama atau beritmeritme memiliki potensi
menjadi gerak tari. Salah satu cabang seni tari yang di dalamnya mempelajari gerakan
sebagai sumber kajian adalah tari. Dalam kehidupan sehari-hari, manusia selalu
bergerak. Gerak dapat dilakukan dengan berpindah tempat (Locomotive Movement).
Sebaliknya, gerakan di tempat disebut gerak di tempat (Stationary Movement).
Hal lain juga disampaikan oleh Hawkins bahawa, tari adalah ekspresi perasaan
manusia yang diubah ke dalam imaginasi dalam bentuk media gerak sehingga gerak
yang simbolis tersebut sebagai ungkapan si penciptanya (Hawkins, 1990:2).
Berdasarkan pendapat tersebut dapat dirangkum bahwa, pengertian tari adalah unsur
dasar gerak yang diungkapkan atau ekspresi dalam bentuk perasaan sesuai
keselarasan irama.
Dengan demikian dapat diakumulasi bahwa tari adalah gerak-gerak dari seluruh
anggota tubuh yang selaras dengan musik, diatur oleh irama yang sesuai dengan
maksud dan tujuan tertentu dalam tari. Di sisi lain juga dapat diartikan bahwa tari
merupakan desakan perasaan manusia di dalam dirinya untuk mencari ungkapan
beberapa gerak ritmis. Tari juga bisa dikatakan sebagai ungkapan ekspresi perasaan
manusia yang diubah oleh imajinasi dibentuk media gerak sehingga menjadi wujud
gerak simbolis sebagai ungkapan koreografer. Sebagai bentuk latihanlatihan, tari
digunakan untuk mengembangkan kepekaan gerak, rasa, dan irama seseorang. Oleh
sebab itu, tari dapat memperhalus pekerti manusia yang mempelajarinya.
Jenis-jenis tarian
TARIAN ASLI
Tarian Asli merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli
Melayu. Wujud daripada rentak dan irama lagu Dondang Sayang tetapi Tarian Asli tidak
diiringi dengan adegan berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang. Perkembangan
seterusnya ialah kemunculan tarian-tarian asli yang dicipta daripada lagu-lagu seperti
lagu Makan Sireh, Gunung Banang, Asli Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani,
Asli Abadi dan lain-lain lagi. Tarian Asli boleh didapati di seluruh Malaysia terutama
Semenanjung Malaysia
Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan
yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini telah dicipta oleh satu
kumpulan penari di Kangar, Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.
TARIAN ASYIK
Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah daerah di Kelantan yang
ditarikan di istana raja raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih , oleh itu tarian
ini bersesuaian dengan gerak geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban.
Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu ,
lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka
pun mula menari. Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan
yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang
menyanyi dan menari dipanggil Asyik.
Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan
dihadapan raja dan permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian berkemban, dengan tali
pinggang dan mahkota kecil.Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk bersimpuh
dengan gerakan membayangkan haiwan dan persekitarannya; alunan ombak laut,
burung melayang, ikan berenang, gajah berarak, dan sebagainya. Sesetengah
pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong. Tarian Asyik biasanya ditarikan
oleh inang remaja di istana.Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan dan
pada malam berinai. Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab , gambang dan
gedombak.
CANGGUNG
Kata tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian Canggung
berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Tarian ini dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang dunia kedua
TARIAN BALAI
Tarian ini berasal dari daerah-daerah dinegeri Terengganu. Tarian ini ditarikan
oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah.
Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarnawarni yang diletakan dibawah gelanggang.
Tarian ini berasal dari negeri Kelantan, ditarikan pada musim menuai sempena
dengan temasya dan permainan wau. Pada musim menuai di negeri-negeri sebelah
Pantai Timur sering diadakan permainan seperti main gasing, main wau, rebana ubi,
rebana kertuk, rebana kayu dan lain-lain lagi. Bersempena dengan permainan wau
maka satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan telah dicipta. Dahulu tarian ini
mengisahkan anak muda bermain-main wau di musim menuai. Kemeriahan tarian ini
tergambar dalam gerak-geri penari-penari yang terdiri daripada anak muda lelaki dan
perempuan.
Tarian ini berasal dari yang menggambarkan keluarga nelayan. Tarian ini
menunjukan bagaimana keluarga nelayan mengucapkan selamat jalan kepada para
nelayan sebelum turun ke laut.
TARIAN DABUS
Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang
berkait dengan kepahlwanan Sayidina Ali. Persembahan tarian dabus yang asli
mengandungi unsur-unsur kebatinan. Sebelum sesuatu persembahan dimulakan
upacara memulih gelanggang di lakukan. Seorang bomoh yang digelar khalifah di dalam
permainan dabus memulakan upacara dengan menjampi sebutir kemiyan. Jampi
serapahnya adalah seperti berikut:Bismillah-hirrahmanirrahim Assalamualaikum ya kemiyan,
dijadikan Allah dari getah kayu yang putih,
asal engkau he kemiyan, .
aku tahu asal engkau,
mula menjadi tongkat Rasulullah,
ku selang seraya...
Kemiyan ini dibakar dan diperasapkan kepada semua peralatan yang digunakan.
Kemudian khalifah menyiram bertih, beras kunyit dan menepung tawar ke sekeliling
gelanggang permainan. Ini bertujuan bagi menjauhkan daripada segala gangguangangguan makhluk halus serta perbuatan khianat kepada ahli-ahli yang menjayakan
tarian itu.
Setelah itu persembahan dimulakan dengan seorang atau dua orang pemuzik
melagukan nasyid dabus diiringi dengan paluan rebana dabus. Nasyid dabus ini
disambung pula dengan lagu-lagu rentak tari dabus yang dilagukan olen semua
Pemuzik serentak dengan paluan rebana dabus dan gong. Serentak dengan itu juga
seorang penari masuk ke gelanggang untuk menari. Sebelum memulakan langkah,
penari duduk bertinggung dengan kedua belah tangannya memegang sepasang anak
dabus, satu di tangan kanan dan satu di tangan kiri dan bergerak ke hadapan tiga
langkah dan tiga langkah ke belakang kemudian tunduk memberi hormat.
Selepas itu beliau berdiri dan memulakan tarian. Habis satu lagu penari ini akan
berundur dan digantikan dengan dua penari dan ini diikuti pula oleh 4 pasang penari
yang lain Penari-penari yang akan mencucuk lengannya, menghadap khalifah untuk
dibasuh lengan mereka denga air penawar dan dijampi serta diiktikad dalam hati oleh
khalifah, "tulang kamu besi, kulit kamu tembaga.
Penari meneruskan tarian sambil mencucuk lengan dengan pangkal anak
dabus yang tajam. Luka-luka akibat tikaman ini dibasuh denga air penawar dan dipicit
keluar bisanya serta dijampi oleh khalifah untuk menyembuhkan luka, Jampi ini dipetik
dari surah Al-'Lahab ayat satu yang berbunyi: "Tabbat ya da abi la ha biung wattab".
Selain dari mencucuk lengan dengan anak dabus, terdapat juga penari-penari
yang menghentakkan batu giling ke bahagian badan terutamanya bahagian paha. Satu
persembahan dabus yang lengkap, mengambil masa lebih kurang 30 minit.Setelah
selesai persembahan anak-anak dabus dibersihkan dan sekali lagi dijampi oleh khalifah.
TARIAN GAMBUS
Tarian ini berasal dari daerah Kuala Kangsar Perak. Tarian ini dikatakan telah
dikenali di daerah ini sejak 50 tahun yang lalu, dipercayai berasal dari negeri Arab.
TARIAN INAI
Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak
pembesar-pembesar istana. Ianya dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa
mereka hendak dikhatankan dan duduk diatas pelamin.
Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, tarian mak inang sangat popular
ditarikan pada hari-hari kerja kahwin tetapi kini ditarikan majlis-majlis sosial.
TARIAN ZAPIN
Tarian ini dikatakan berasal dari negeri Parsi . Ianya diringi dengan alat-alat
muzik seperti dabus dan marwas. Pakaian yang digunakan ialah baju melayu.
TARIAN GAMELAN
Tarian klasik ini mula di kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia
mula di persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam
tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada Sultan Abdul
Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik perempuan kepada
Bendahara Ali dari Pahang. Ianya mula di perkenalkan di Terengganu selepas Tengku
Mariam iaitu seorang puteri di Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera
kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu.Tarian ini yang mana di persembahkan
secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun
persembahan terbuka.Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara
estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling
kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu
Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan islam. Ciri
kejawaan itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa cerita itu
ditarikan iaitu mengisahkan peperangan Rasulullah dan para sahabat.
TARIAN JOGET
Tarian ini dipengaruhi oleh kebudayaan Portugis dan dijadikan sebagai tarian
sosial serta diterima oleg berbagai-bagai kaum di Malaysia.
Perkataan Sejarah (History) yang kita gunakan pada masa kini berpunca
daripada perkataan Arab iaitu Syajaratun yang bermaksud Pohon. Dari sudut lain pula,
istilah history merupakan terjemahan dari perkataan Yunani yakni Histories yang
membawa makna satu penyelidikan ataupun pengkajian.
Mengikut pandangan "Bapa Sejarah" Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk
menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan
peradaban. Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, bahawa Sejarah merupakan
satu sistem yang mengira kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi.
Pada masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa
lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh.
Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau suatu
penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada masa
lampau. Manakala Shefer pula berpendapat bahawa Sejarah adalah peristiwa yang
telah lepas dan benar-benar berlaku. Sementara itu, Drs. Sidi Gazalba cuba
menggambarkan sejarah sebagai masa lampau manusia dan persekitarannya yang
disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran
dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku.
Sebagai usaha susulan dalam memahami sejarah, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
telah memberikan Sejarah sebagai asal-usul, keturunan, salasilah, peristiwa yang benarbenar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, tambo, tawarikh dan kajian atau
pengetahuan mengenai peristiwa yang telah berlaku.
Sejarah dalam erti kata lain digunakan untuk mengetahui masa lampau
berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih bagi membolehkan manusia
memperkayakan pengetahuan supaya waktu sekarang dan akan datang menjadi lebih
cerah. Dengan itu akan timbul sikap waspada (awareness) dalam diri semua kelompok
masyarakat kerana melalui pembelajaran Sejarah, ia dapat membentuk sikap tersebut
terhadap permasalahan yang dihadapi agar peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa
lampau dapat dijadikan pengajaran yang berguna. Pengertian Sejarah boleh dilihat dari
tiga dimensi iaitu epistomologi (kata akar), metodologi (kaedah sesuatu sejarah itu
dipaparkan) dan filsafat atau pemikiran peristiwa lalu yang dianalisa secara teliti untuk
menentukan sama ada ia benar atau tidak.
Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah
dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik
hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan
bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil
kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika
demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.
"Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya
tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang
bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan
termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai
rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.
sumber: Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979
Aneka kraf
Seni kraf berasaskan manik, kertas, siput, mutiara dan lain-lain lagi.
KOMPANG
Kompang mempunyai baloh berbingkai yang diperbuat daripada kayu jenis keras.
Lazimnya dari spesis Nangka dan nama saintifiknya "Artocarpus Heterophylius".
Belulang daripada kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi yang dipasang pada
permukaan balohnya dengan menggunakan bahan pelekat kemudian ditindih dengan
paku supaya ketegangannya lebih terjamin. Kompang juga memerlukan rotan sedak
sebagai alat untuk menghasilkan suara yang baik.
Permainan Kompang lazimnya dimainkan secara berkumpulan dalam keadaan bersila,
berdiri ataupun berarak mengikut keperluannya. Dalam teknik penghasilan bunyi,
pemain akan menggunakan sebelah tangan untuk memegangnya dan menggunakan
sebelah lagi tangan untuk memukulnya.
Selain dari Marhaban, peranan Kompang dalam kehidupan masyarakat masa kini, telah
menjadi begitu penting khususnya untuk meraikan majlis perkahwinan atau menyambut
pembesar-pembesar negara. Kini permaian Kompang telah mula diajar di sekolahsekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi dan institusi kerajaan.
Dalam konteks persembahan kumpulan Kompang terdiri daripada tiga kumpulan
mengikut peranannya. Kumpulan pertama terdiri daripada beberapa orang pemain yang
akan bertindak sebagai "Pembolong" menggunakan istilah lokaliti untuk memainkan pola
paluan yang khusus serta spesifik secara seragam iaitu "in unison" sebagai pukulan
dasar. Kumpulan kedua bertindak sebagai Peningkah lazimnya terdiri daripada seorang
sahaja ketua dalam permainan tersebut dan kumpulan ketiga akan bertindak sebagai
penyilang yang memainkan rentak hias sebagai unsur pelengkap kepada keseluruhan
pola paluan yang terja
Di Malaysia terdapat 140 ribu org asli yang dibahagikan kepada 3 kumpulan utama iaitu
Negrito, Senoi dan juga Melayu Proto.
Suku kaum Mahmeri, dari kumpulan Senoi adalah antara pribumi yang turut
menghasilkan ukiran kayu. "Mahmeri" bermaksud orang hutan manakala dalam istilah,
mahmeri memberi maksud bersisik. mereka juga dikenali sebagai orang laut. sesuai
dengan lokasi penempatan mereka yang berhampiran dengan laut iaitu di Pulau Carey,
Selangor.
Seni ukiran kayu telah lama bertapak dalam masyarakat Mahmeri dan mereka turut
dikenali sebagai pengukir yang mahir. Kreativiti mengukir patung-patung berbentuk
dewa-dewa, figura manusia, alam flora dan fauna amat menakjubkan. Ada di antara
ukiran-ukiran itu, pernah mendapat pengiktirafan UNESCO.
Kehebatan seni ukiran ini dapat dilihat melalui ukiran yang dihasilkan oleh Encik Pion ak
Bumbong yang lebih mesra dengan panggilan Pak Pion. Minat yang mendalam terhadap
seni ini telah membawa Pak Pion mempelajari kemahiran serta teknik pengukiran dari
pengukir sebelumnya. Kepakaran dan ketelitian kerja Pak Pion boleh dilihat dari
peringkat awal proses ukiran iaitu semasa pemilihan asasnya.
SERUNAI
Serunai adalah sejenis alat muzik dalam kumpulan muzik tradisional Melayu dan
merupakan salah satu daripada alat utama dalam persembahan wayang kulit Kelantan.
Badan serunai berbentuk kon dan terdiri daripada tiga bahagian yang diperbuat daripada
kayu. Panjang badannya adalah di antara 12 - 18 inci dan mengandungi 7 lubang petik
di atas dan satu lubang jerit di bawah.
UKIRAN HALUS
Seni ukiran yang terdapat pada senjata Melayu khasnya memperlihatkan rekacorak dan
kehalusan seni ukiran Melayu. Penghasilan produk halus seperti hulu keris dan sarung
keris ini bukan sahaja dihargai malahan ianya membawa pengertian falsafah yang tinggi
nilainya. Bagi menghasilkan ukiran yang bermutu, penelitian dan penumpuan serta
pemilihan bahan mentah yang sesuai dititikberatkan.
HASIL RIMBA
Seni kraf yang berasaskan kayu, buluh, rotan, mengkuang dan lain-lain lagi.
ANYAMAN
Anyaman merupakan seni kraf sejagat Malaysia wujud sejak 300 ratus tahun
yang lampau. Hasil rimba seperti buluh, rotan, pandan, mengkuang dan ribu-ribu
menyumbang kepada hasil utama kraf anyaman. Anyaman yang dihasilkan daripada
bahan hasil rimba ini memaparkan barangan harian, hiasan dan hadiah.
Keunikan dan kesenian serta kreativiti masyarakat Malaysia menghasilkan
kraftangan anyaman terserlah melalui penghasilan bakul, tikar, perabut, pengadang,
bekas serbaguna, dinding rumah dan barangan hadiah dan cenderamata.Kepelbagaian
penghasilan produk ini memaparkan keadaan sebenar keunikan seni kraftangan
Malaysia yang dianggap seni kraf yang unik di rantau Asia
TEMPURUNG
Produk kraftangan anyaman daun serdang banyak dihasilkan di Daerah Kota Belud oleh
suku kaum Bajau. Pada asalnya ia digunakan untuk menutup makanan dan dikenali
sebagai Tenduang dalam bahasa Bajau yang bermakna Tudung Saji. Kraftangan ini juga
dihasilkan oleh suku kaum Brunei di Daerah Kuala Penyu yang mempunyai fungsi yang
sama dan juga dipanggil Tudung Saji.
Tudung Saji atau Tenduang suku kaum Bajau Kota Belud mempunyai corak berjalur
yang berwarna warni sementara suku kaum Brunei tidak mempunyai corak
berjalur.Anyaman Daun Serdang ini juga boleh dibuat produk lain seperti alas pinggan,
bakul hamper, dan sebagainya.
ROTAN
RINAGO
Kraftangan Anyaman Rinago (ribu ribu) adalah sejenis anyaman yang banyak
dihasilkan oleh suku kaum Rungus di Daerah Kudat. Ianya juga dikenali sebagai
Lingkong dalam bahasa Rungus. Ribu ribu atau nama saintifiknya Lygodium adalah
sejenis tumbuhan paku pakis menjalar yang tumbuh di kawasan belukar. Bagi membuat
produk kraftangan ribu ribu dianyam dengan rotan atau buluh bagi membuat produk kraf
yang dikehendaki.
Antara produk kraf tardisional yang dihasilkan daripada ribu-ribu adalah seperti
gasing, tinompok dan selapak. Walaubagaimanapun ianya boleh diperluaskan
kegunaannya dengan dijadikan produk-produk kraf lain seperti alas pinggan, alas gelas,
bekas buah, bakul dobi, bekas gula gula dan sebagainya.
ROMBONG
Seni anyaman Rombong merupakan satu seni kraftangan yang menghasilkan bakul
serbaguna yang diperbuat daripada mengkuang. Seni ini sangat terkenal di kalangan
kaum wanita negeri Melaka. Rombong boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan
mengandungi motif-motif yang memaparkan saling berkaitan antara alam sekitar dan
manusia. Kewujudan rombong adalah sebahagian hasil kemahiran kraftangan yang
dipusakai sejak zaman berzaman. Melalui kemahiran tangan dan ilham daun
mengkuang dianyam dengan teknik "anyaman gila"sehingga membentuk sebuah bakul
serbaguna.
Kemahiran dan kreativiti tukang anyam terserlah di dalam penghasilan rekacorak dan
saiz yang variasi. Keindahan warisan ini memaparkan hubungkait alam sekitar di dalam
HASIL TANAH
Seni kraf berasaskan tembikar, kristal, kaca dan batu marmar.
PASU IBAN
Ciptaan tangan manusia dengan adunan tanah dan air telah membawa
bersamanya kisah yang berusia 1,000 tahun sebelum masihi. Kisah ini mengimbas
kembali kehidupan dan kreativiti manusia zaman Neolitik. Reformasi tamadun manusia
telah membawa perubahan demi perubahan kepada seni kerjatangan seramik.
Penemuan pasu Iban di Gua Niah Sarawak membuktikan kerjatangan ini telah wujud
sejak beratus tahun yang lampau.
Antara kaum peribumi yang mewarisi kerjatangan ini adalah Iban, satu-satunya
kaum yang demokratik dalam kehidupan seharian. Penghasilan pasu Iban dipercayai
mempunyai unsur-unsur kerohanian kerana fungsinya lebih ke arah upacara-upacara
rasmi kaum Iban. Gahnya "Nuan" satu rencana yang menggambarkan keunikan
penghasilan pasu secara traditional dan keunikan ini digabungkan dengan cara hidup
masyarakt suku kaum Iban.
LOGAM
Seni kraf berasaskan besi, emas, perak, pewter, tembaga dan lain-lain lagi.
FILIGREE
Penghasilan barangan perak filigree tidak sahaja untuk kegunaan perhiasan diri,
malah dibuat dalam bentuk cenderahati, hiasan pada alat senjata dan alat kebesaran
diraja.Barangan eksklusif seperti anting-anting, rantai leher, kerongsang, kancing baju
kebaya dan replika wau semakin mendapat tempat di hati masyarakat tempatan dan
menarik minat pelancong luar negeri.
PANDAI BESI
Pandai besi merupakan satu gelaran bagi individu yang terkenal dan mahir di
dalam bidang pertukangan besi. Seseorang yang menunjukkan ketokohan dan terbukti
kebolehan biasanya diakui sebagai pakar di dalam bidang tersebut. Kemahiran "Pandai
Besi" tertumpu kepada usaha menempa senjata tradisonal seperti keris, kelewang
chalung, parang, pedang dan sebagainya di samping menghasilkan peralatan pertanian
tradisional. Peralatan menempa, motif dan ragam pertukangan serta cara membentuk
senjata memperlihatkan kepakaran "Pandai Besi" itu sendiri.
TEMBAGA
TEKSTIL
Seni kraf yang meliputi batik, tenunan, songket, tekatan, sulaman dan lain-lain.
BATIK
JENIS-JENIS BATIK
Batik Blok
Merupakan antara teknik pembuatan batik yang terawal di negara. Blok yang
diperbuat daripada sebongkah kayu atau logam diukir dengan motif-motif bersesuaian
untuk mengecap kain yang dikenali scbagai batik blok atau cop. Selain daripada kain
kapas, penggunaan kain sutera dan organza dalam pengeluaran batik blok telah
menghasilkan tekstil batik yang sesuai untuk rekaan fesyen, perhiasan serta
kelengkapan rumah yang eksklusif.
Batik Canting
Dikenali juga sebagai batik lukis. Proses batik bermula dangan lilin cair dilakar
menggunakan canting dan diwarna mengikut kesesuaian reka corak. Selain dari kain
kapas, kain rayon, voile, organza dan sutera turut digunakan. Reka corak yang menarik
dengan pilihan warna yang ceria menampilkan batik bukan sahaja sesuai untuk fesyen
pakaian malah boleh juga dijadikan sebagai kelengkapan dan hiasan rumah serta
hadiah dan cenderamata yang eksklusif.
Batik Skrin
Dikenali juga sebagai batik stensil atau batik sutera saring. Batik jenis ini merujuk
kepada teknik lakaran corak dan terapan warna dilakukan di atas skrin yang diperbuat
daripada poliester diregang di atas pemidang. Motif-motif dilukis atas skrin yang telah
ditetapkan ukurannya. Kebiasaannya beberapa keping pemidang dengan reka corak
yang berbeza disediakan. Ini adalah kerana satu pemidang hanya untuk satu warna
sahaja. Skrin kemudian dilekapkan di atas sehelai kain putih bagi melakukan proses
pewarnaan. Proses pewarnaan ini dilakukan beberapa kali bagi melengkapkan corak
dan warna sehelai kain batik.
Kain Sulaman Pis adalah sejenis kain yang berukuran lebih kurang satu meter
persegi yang mempunyai dua belah atau bahagian yang disulam dengan motif yang
berwarna warni. Kebiasaanya kain ini dilipat dan dipakai sebagai ikat kepala lelaki bagi
suku Kaum Rungus.
Ia merupakan sejenis kerja tangan sulaman suku kaum Binadan dari Daerah
Kudat. Ianya diusahakan oleh kaum wanita sebagai kerja sambilan dan diperturunkan
dari satu generasi kesatu generasi. Kain Sulaman Pis ini dibuat dengan menggunakan
kain kapas sebagai kain latar yang kebiasaan warna hitam dan oren atau hitam dan
merah, atau merah dan oren atau kuning dan oren.Ianya berukuran lebih kurang satu
meter persegi.
Kain ini ditegangkan diatas pemidang. Secara tradisi motif yang diperlukan dilukis
diatas kertas terlebih dahulu. Kemudian kertas yang mempunyai motif ditebuk dengan
jarum bagi mendapatkan lubang lubang halus. Kemudian kertas bermotif berkenaan
diletakan diatas kain dan ditaburkan dengan bedak diatasnya. Kertas kemudianya di
alihkan dan didapati garisan garisan motif terbentuk diatas kain. Garisan corak atau
motif yang terdapat dikain berkenaan menjadi panduan untuk menyulam. Garisan corak
atau motif dimulakan dari sudut ketepi dan terus kebahagian tengah kain, ini adalah
untuk mempastikan corak atau motif berada dalam keadaan seimbang pada semua
sudut.
Apabila keseluruhan kain telah dilukis, kain sedia untuk di sulam. Sulaman dibuat
mengikut motif yang dihasilkan dan dibuat dari tepi ke tengah. Apabila semuanya telah
disulam ianya dicantumkan menjadikan ianya boleh digunakan kedua-dua belah
permukaan kain. Pada masa sekarang garisan motif dilukis menggunakan kertas karbon
atau dilukis tangan dengan menggunakan pensil. Benang kapas berwarna terang
digunakan sebagai bahan motif, biasanya tidak melebihi tujuh warna. Bagi menyiapkan
satu helai kain ini ianya mengambil masa sehingga tiga bulan bergantung kepada motif,
warna dan saiz yang dihasilkan. Kebanyakan Kain Sulaman Pis ini dihasilkan oleh suku
kaum Binadan, salah satu kelompok etnik Sulu dan Bajau di sekitar Kudat.
SENI TELEPUK
Seni telepuk adalah satu bentuk seni tekstil Melayu yang hampir pupus.
Kewujudannya dianggarkan bermula pada kurun ke-17 atau ke-18 dan dipercayai
dibawa masuk oleh pedagang-pedagang Bugis dari Sulawesi.
SONGKET
SULAMAN NYONYA
TENUNAN DASTAR
Tenunan dastar merupakan tenunan asli Sabah yang terkenal dari suku kaum
Bajau dan Iranun di daerah Kota Belud, Kudat dan Samporna. Kemahiran menenun kain
dastar ini dipercayai telah dipelopori daripada Kota Batu, Filipina Selatan. Tenunan
dastar biasanya digunakan oleh kaum lelaki sebagai tanjak (tengkolok) dan dipakai
semasa upacara kebesaran atau majlis perkahwinan. Sebelum menenun, benangbenang dikanji dan dicelup warna terlebih dahulu. Kemudian, benang-benang tersebut
diikat dan diberus dengan sabut kelapa untuk membersihkan daripada sisa-sisa kanji
serta melicinkannya.
Sejenis alat iaitu bekara, digunakan untuk menerai benang. Kemudian, lebar dan
panjang kain yang hendak ditenun ditentukan melalui proses pangsud (menganing).
Semasa proses pangsud, kerja-kerja penunggit (menyampuk) pada alat surud (gigi
loseng) serta kerja bibitan (mengarak) dengan menggunakan benang nylon putih
dilakukan secara serentak.
Apabila selesai kerja mengarak benang, barulah proses menenun yang sebenar
dapat dimulakan. Proses menenun ini dilakukan serentak dengan proses menyolek atau
menyongket. Proses ini memerlukan kreativiti serta ketelitian penenun untuk
menghasilkan tenunan yang menarik dan bermutu tinggi. Benang-benang yang
beraneka warna pula digunakan untuk menenun rekacorak dan motif hiasan pada
permukaan kain. Motif tenunan dastar biasanya berbentuk tumbuh-tumbuhan, binatang
atau corak geometrik.
Kini, tenunan dastar bukan sahaja digunakan untuk upacara kebesaran tetapi
telah dijadikan dalam berbagai bentuk barangan seperti beg, bingkai gambar dan
sebagainya.
TENUNAN PUA
Dalam tradisi lisan, permainan ini yang dikenali juga sebagai pemainan masa
lapang atau sukan rakyat termasuk dalam kategori "folk games". Permainan ini bukan
sahaja berfungsi sebagai alat hiburan tetapi juga berperanan dalam aktiviti sosial untuk
menyerikan majlis-majlis keramaian, perkahwinan dan sebagainya.
Permainan masa lapang dan sukan rakyat yang Olahir di dalam kebudayaan
Melayu, malah dalam kebudayaan semua dikatakan sebagai satu cara untuk pelepasan
emosi manusia itu sendiri.
Di samping berfungsi diatas permainan tradisional dalam masyarakat Melayu
memainkan beberapa peranan yang lain seperti bertindak sebagai alat komunikasi di
kalangan anggota masyarakat.
Permainan masa lapang bagi orang Melayu boleh dibahagikan kepada
permainan untuk orang dewasa dan permainan untuk kanak-kanak.
Permainan untuk orang dewasa termasuklah permainan wau, sepak raga,
gasing, menyabung ayam, laga buah keras, congkak, berlaga kerbau dan lain-lain.
Permainan untuk kanak-kanak pula termasuklah main telaga buruk, guli-guli,
main galah, main kapal terbang, cina buta, ketup atau sembunyi dan lain-lain.
PERMAINAN RAKYAT
PERMAINAN GASING
Gasing ialah permainan rakyat yang popular dikalangan orang Melayu. Di negerinegeri Pantai Barat gasing diperbuat daripada kayu, sementara di negeri-negeri Pantai
Timur khususnya dinegeri Kelantan gasing diperbuat daripada timah.
Permainan gasing dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :
1. Permainan untuk bersuka ria
2. Pertandingan gasing
3. Permainan untuk pertunjukkan.
SEPAK RAGA
Sepak raga ialah sejenis permianan yang menggunakan bola yang diperbuat
daripada rotan yang dinanyam dua hingga tiga lapis. Sepak raga dimainkan oleh
beberpapa orang pemain yang berdiri membentuk bulatan. Permainan ini dimulaid
engan salah sorang pemian melambugkan bola kepada salah seorang pemian yang lain.
Pemain lain kan menimbang bola terbut sebelum diambil oleh orang lain.
PERMAINAN CONGKAK
MENYABUNG AYAM
Satu cabang seni dan juga sains yang menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan
atau instrumental termasuk bunyi-bunyi semula jadi dari persekitaran atau rekaan
dengan satu cara yang dianggap memuaskan mengikut estetika, corak pemikiran, dan
emosi manusia yang juga boleh mencerminkan sesuatu budaya tertentu.
GLOSARI
Monofoni Apabila muzik itu hanya pada melodi sahaja iaitu tanpa
ada alat iringan atau hanya mempunyai satu bunyi sahaja. Tiada
iringan (no accompaniment). Penggunaan satu alat muzik sahaja.
Homofoni Apabila melodi diringi oleh alat muzikal yang
berharmoni yang mempunyai kod. Seperti gitar, piano, organ dan
sebagainya.
Polifoni Apabila satu atau dua melodi dibunyiikan berterusan
dengan menggunakan alat iringan.
Komposisi Kebolehan mengubah lagu
Kemahiran ensemble Kemahiran bermain alat muzik secara
kumpulan dengan pelbagai alat muzik.
Seni pertahankan diri (martial art) merupakan satu kesenian yang timbul sebagai
satu cara seseorang itu mempertahankan diri. Ia merupakan kaedah berlawan tradisi
dengan atau tanpa senjata dan selalunya tanpa menggunakan senjata api atau senjata
moden yang lain. Seni bela diri telah lama wujud dan pada mulanya ia berkembang di
medan pertempuran sebelum secara perlahan-lahan apabila peperangan telah
berkurangan dan penggunaan senjata moden mula digunakan secara berleluasa, seni
bela diri mula berkembang di kalangan mereka yang bukannya anggota tentera tetapi
merupakan orang awam.
Boleh dikatakan seni bela diri terdapat di merata-merata di dunia ini dan hampir
setiap negara mempunyai seni bela diri yang berkembang sama ada secara tempatan
atau diubah suai daripada seni bela diri luar yang meresap masuk. Sebagai contoh seni
silat adalah seni bela diri yang berkembang di negara ASEAN dan terdapat di Malaysia,
Indonesia, Thailand, dan Brunei.
Bagaimanapun kemudahan perhubungan dan komunikasi yang ada pada masa
ini memudahkan perkembangan idea dan seni bela diri tidak lagi terhad di tanah asalnya
tetapi telah berkembang keseluruh dunia.
Seni bela diri juga terbahagi kepada beberapa jenis daripada seni tempur
bersenjata tajam, senjata tidak tajam seperti kayu, dan seni tempur tangan kosong.
JENIS-JENIS SENI
MEMPERTAHANKAN
DIRI
SENI SILAT
Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi
bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia
sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat
kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada
yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari
generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini
di Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Mereka yang belajar silat digelar
pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang
mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.Kebanyakan guru silat
kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk
Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar
menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah
lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan
kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran
yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang
mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.
Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah
seperti keris, badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat,
tembong dan sundang. Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan
menumpukan perhatian kepada pertempuran tangan kosong (tanpa senjata). Secara am
sesebuah aliran silat mengajar kedua-dua kemahiran dan aliran yang hanya
menumpukan salah satu daripadanya adalah sedikit. Kebiasaannya seseorang penuntut
atau murid baru akan ditumpukan kepada kemahiran tempur tangan kosong sebelum
diajar bermain senjata. Bagi sesetengah aliran, hanya murid yang diiktiraf berkemahiran
dan mempunyai adab keperibadian yang tinggi dibenarkan mempelajari kemahiran
senjata, terutama bagi yang mempunyai senjata yang dianggap senjata 'rasmi' bagi
aliran itu.
Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan seolah-olah tarian, digelar
juga seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah pukul). Bagi mereka yang tidak pernah
melihat seni pertahanan diri ini, mungkin ia kelihatan seperti sejenis tarian. Namun
terdapat aliran yang hanya mempunyai buah seperti Silat Cekak dan Buah Bentayan.
Seni tari yang halus ini memungkinkan ia digunakan sebagai persembahan dalam
sesuatu majlis keramaian, malah hampir setiap aliran mempunyai 'tari sembah'
termasuklah aliran yang tidak mempunyai bunga. Tari sembah ini dipersembahkan untuk
memperkenalkan diri dan aliran yang diwakili/dipelajari. Dalam situasi pergaduhan,
permulaan langkah dari tari sembah atau sejurus dari bunga yang diperlihatkan
membolehkan pesilat mengenali rakan sealiran dan memungkinkan situasi berakhir
dengan damai dan bermaaf-maafan.
Adalah menjadi ungkapan yang terkenal dan biasa disebut oleh guru-guru silat
bahawa bunga silat mempunyai seribu satu muslihat. Selain daripada kelihatan
mengelirukan (seolah-olah menari) dan sebab-sebab di atas, bunga juga digunakan
untuk memberi masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan salam perdamaian
(ini dapat dilihat dalam kebanyakan bunga yang kelihatan seperti menghulur salam),
menyembunyikan buah dan sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan
(kadangkala sehingga sengaja menunjukkan bahagian tubuh tertentu bagi diserang
untuk memerangkap musuh). Silat Gayung Fatani terkenal dengan pergerakan bunga
yang cantik dan istilah 'melilit'. Pesilat aliran ini akan sengaja memberi ruang dan isyarat
kepada musuh untuk menyerang atau cuba melepaskan diri, di mana semakin musuh itu
menyerang setelah termasuk perangkap kuncian, maka semakin ketat mereka akan
'terbelit' dalam kuncian pesilat aliran ini.
Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri yang banyak menggunakan
kuncian, sama ada kunci urat saraf atau anggota tubuh. Istilah 'kunci mati' adalah
sinonim dengan silat.
TAEKWANDO
Taekwondo (atau pun Tae Kwon Do) merupakan seni bela diri Korea yang paling
masyhur. Ia berasal dari Korea, telah diperkenalkan di seluruh dunia oleh Jeneral Choi
Hong Hi, seorang panglima tentera Korea Selatan. Ia merupakan sukan rasmi Korea
dan turut dipertandingkan di Sukan Olimpik sejak tahun 2000 (salah satu daripada dua
seni bela diri Asia, satu lagi ialah Judo).
Dalam bahasa Korea, Tae bermakna "menumbuk"; Kwon bermakna
"menendang"; dan Do bermakna "cara" atau "seni". Jadi, Taekwondo bolehlah
diterjemahkan secara kasar sebagai "seni menendang dan menumbuk".
Taekwondo mempunyai beberapa warna talipinggang yang menunjukkan
peringkat atau pangkat seseorang pengamal seni beladiri ini.
Putih
Kuning
Hijau
Biru
Merah atau
Hitam
Coklat
JUDO
Judo (Templat:Ll: Jd; harafiah "cara lembut") adalah seni tempur, sukan
dan falsafah yang berasal dari Jepun. Judo dimajukan dari Jujutsu, dan diasaskan oleh
Dr. Jigoro Kano () pada 1882. Sukan ini menjadi model bagi seni tempur
Jepun moden, gendai budo, dimajukan dari sekolah koryu lama.
KARATE
Karate atau karate-do () merupakan salah satu seni bela diri timur. Pada
umumnya, karate lebih digambarkan dengan gerakan serangan dan belaan kaki dan
ALIRAN KARATE
Asas karate adalah sama, namun terdapat berbagai gaya atau aliran karate. Di antara
aliran utama karate adalah seperti berikut:
1. Shotokan 2. Shito-Ryu 3. Sholin-Ryu 4. Goju-Ryu 5. Wado-Ryu 6. Shorinji Kempo
Karate juga boleh dikategorikan sebagai aliran tradisional dan aliran moden (sport
karate).
Aliran tradisional menumpukan aspek bela diri dan seni tempur manakala aliran moden
lebih menumpukan kepada sukan atau pertandingan.
Asas latihan karate terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:
1. Kihon. Ia adalah latihan teknik asas karate sepeti menumbuk, menendang, menangkis
dan mengelak.
2. Kata. Ia adalah latihan jurus atau bunga karate.
3. Kumite. Ia adalah latihan bela diri atau seni tempur.
akan diikuti dengan tangkisan di sebelah kanan. Tujuan pergerakan ini adalah bagi
membentuk keseimbangan 'Ying dan Yang'.
Perbezaan seni Perbezaan di antara seni beladiri Jepun yang menjadi kepada
asas atau penanda seni karate masa kini adalah ketidak seimbangan 'Ying dan Yang'
yang diamalkan mampu membentuk kepada seni yang amat berbisa. Kaedah seni
beladiri dahulu yang lebih kepada seni untuk peperangan (arts for war)dimana lebih
bertujuan pratikal bagi menghadapi jumlah lawan dalam julat yang besar. Seni asal
karate yang digunakan ini tidak lagi diperkenalkan secara menyeluruh dan hanya
diwarisi oleh golongan-golongan tertentu sahaja bagi tujuan pengekalan ilmu sahaja.
Sejarah karate tradisional Karate didalam penggunaan perang telah dipraktikkan
digunakan secara meluas melalui para samurai (pahlawan diraja) yang mana ia lebih
menetapkan kepada variasi mengenalpasti pergerakan musuh, dan bertindak
berdasarkan kepada refleks tindakan yang telah dilatih bertahun-tahun lamanya.
Seni peperangan tidak beridentiti ini kemudian diberikan nama Kuk Ryu Kempo
(tinju tangan pendek) yang mana diamalkan oleh para sami-sami di jepun. Kempo ini
menjadi satu fahaman yang membentuk kepada asas seni beladiri karate setelah
dicampur-olahkan oleh pengasas-pengasas karate-karate terkenal sehingga menjadi
kepelbagaian aliran seperti Shotokan, Kushinkukai, Shito-Ryu dan sebagainya.
Secara asasnya, fahaman karate dimasa sebelum seni beladiri kempo
diubahsuai kepada lebih bersistematik, masih mengekalkan kepada kaedah fahaman
kempo (tinju) yang menekankan kepada jarak dekat. Beladiri unik tidak bernama ini
hanya digelar sebagai Kempo (sebagai memudahkan identiti) telah dilatih kepada
golongan-golongan terpelajar di jepun yang digelar sebagai cendiakawan perang. Antara
cendiakawan perang terkenal ialah funakhoshi.
Cendikiawan-cendekiawan ini telah mencadangkan kepada satu penubuhan seni
beladiri global yang lebih mudah dan lebih dikenali, namun mendapat tentangan hebat
oleh guru-guru tua kempo kerana keaslian dan kefahaman agama didalam kempo akan
hilang. Setelah dinasihatkan oleh pihak istana, maka golongan guru-guru tua terpaksa
merelakan seni kempo mereka diubah-modenkan secara menyeluruh dan seni beladiri
ini dikenali sebagai karate do yang bermaksud 'seni untuk tangan kosong'.
Ilmu lama Walaubagaimanapun, pihak golongan guru tua tetap menyimpan dan
menurunkan ilmu kempo yang telah sebati didalam kehidupan mereka kepada
golongan-golongan tertentu yang dipilih berdasarkan kepada syarat-syarat ketat yang
dikenakan. Golongan itu ialah anak-anak muda petani didaerah utara jepun jauh dari
kepulauan okinawa. Seni kempo ini kemudian diberi nama Kempo ka jutsudimana ia
juga disusun semula oleh guru-guru tua berdasarkan kepada konsep yang
sememangnya bertentangan dengan karate moden. Tujuan utama olahan ini adalah
memastikan supaya jika berlaku pertembungan diantara pengamal kempo dan karate,
maka pengamal kempo mampu menewaskan mereka dengan mudah.
Sejarah membuktikan bahawa terdapat beberapa guru-guru yang mempunyai
'dan' tertinggi ditewaskan oleh orang-orang tua di kepulauan Okinawa dengan gerakangerakan mudah lagi berbisa.
Dewasa ini, kempo ka jutsu tidak lagi ketahui siapa yang mengamalkannya
kerana tidak diketahui mengenai pengamalnya. Namun begitu, para sami di kuil-kuil
utama, golongan veteran penjaga diraja, golongan pembuat pedang samurai buatan
tangan tetap mengakui mengenai kewujudan kempo ka jutsu ini. Golongan veteran ini
telah memberi pengiktirafan utama kepada pengamal-pengamal seni mempertahankan
diri ini. Dimana seni beladiri ini Berikutan dengan pertikaian diantara guru lama dan
pengasas karate moden, pihak istana telah mengambil jalan bijak bagi mengekang
pertelingkahan ini dengan mengadakan perbincangan di salah sebuah sekolah karate
(dikenali sebagai 'Ryu')dan perbincangan dijalankan dengan berdasarkan kepada kuasa
maharaja untuk membuat keputusan.
Berikutan dengan itu, maka seni kempo ka jutsu dikenali sebagai 'Karate
Lama'atau old traditional karate dan seni karate moden dikenali sebagai 'Karate Moden'.
Penamaan ini membolehkan mereka duduk disatu payung dan karate moden telah
diwajibkan untuk dipopularkan kepada dunia luar. Manakala, bagi seni karate lama ini
telah dijadikan silibus tertinggi bagi mendapatkan talipinggan tahap 8 Dan keatas.
AIKIDO
Aikido adalah salah satu seni mempertahan diri yang berasal dari Jepun yang
dicipta oleh Morihei Ueshiba. Aikido diciptakan pada era modernisasi Jepun yang
berlangsung sekitar tahun 1800an. Beladiri ini merupakan kombinasi dari ilmu pedang
Kenjutsu dan Jujutsu yang juga merupakan bentuk seni bela diri tradisional Jepun.
Pengaruh Kenjutsu boleh dilihat dalam pengaturan gerakan-gerakan atau langkah kaki.
Sedangkan pengaruh jujutsu pula kelihatan dalam penggunaan teknik kuncian dan
lemparan.
Seni mempertahankan diri ini dicipta dengan menekankan harmonisasi dan
keselarasan antara ki (tenaga dalam) individu dengan ki alam semesta. Aikido juga
menekankan pada prinsip kelembutan dan bagaimana untuk mengasihi serta
membimbing lawan. Prinsip ini diterapkan pada gerakan-gerakannya yang tidak
menangkis serangan lawan atau melawan kekuatan dengan kekuatan tetapi
"mengarahkan" serangan lawan untuk kemudiannya menundukkan lawan tanpa ada niat
untuk mencederai lawan. Berbeza dengan seni mempertahankan diri lain yang pada
umumnya lebih mengutamakan pada latihan kekuatan fizikal dan stamina, Aikido
mendasarkan latihannya lebih pada penguasaan diri dan kesempurnaan teknik. Teknikteknik yang digunakan dalam Aikido kebanyakan berupa teknik elakan, kuncian,
lemparan dan bantingan. Sementara teknik-teknik pukulan ataupun tendangan biasanya
jarang digunakan. Falsafah-falsafah yang mendasari Aikido, iaitu kasih dan konsep
mengenai ki inilah yang membuat Aikido menjadi suatu seni mempertahankan diri yang
unik.
Sistem tingkatan yang harus dilalui oleh seorang pelajar aikido (digelar aikidoka)
hampir sama dengan yang digunakan oleh seni bela diri asal Jepun lainnya, iaitu sistem
Kyu untuk tingkat asas dan Dan untuk tingkat mahir. Secara ringkas, aikidoka baru
(tingkat Kyu 6) hingga Kyu 4 menggunakan tanda berupa sabuk yang berwarna putih.
Sementara aikidoka yang mencapai tingkatan Kyu 3 hingga 1 menggunakan sabuk
berwarna coklat. Tingkatan selanjutnya adalah Dan, dan aikidoka yang berjaya
mencapai tingkatan ini ditandai dengan sabuk yang berwarna hitam serta peralatan
tambahan berupa celana panjang bernama Hakama. Celana seperti ini biasa dipakai
oleh samurai-samurai pada zaman dahulu.
SILAMBAM
Silambam telah diwujudkan sebagai salah satu seni mempertahankan diri dalam
kalangan orang India dan ini juga menjadi satu tradisi dalam kalangan orang
India.Silambam (Tamil: ) atau Silambattam (Tamil: ) atau
Chilambam, merupakan seni bela diri Dravidian tradisi berasaskan pertempuran
tongkat. Gaya ini dipercayai berasal dari Bukit Kurinji masa kini Kerala, 5,000 tahun
dahulu, di mana penduduk tempatan menggunakan tongkat buluh bagi
mempertahankan diri mereka dari haiwan buas. Sebagaimana penulisan Sangam, Bukit
Kurinji merupakan salah satu dari lima pembahagian fisiografik (physiographic) dalam
Tamilakam, yang kemudiannya dikenali sebagai Keralam selepas ketibaan Brahmin.
Narikuravar dari Bukit Kurinji menggunakan tongkat yang dikenali sebagai
Chilambamboo sebagai senjata bagi mempertahankan diri mereka daripada haiwan
buas, dan juga bagi menunjukkan kemahiran mereka semasa perayaan keugamaan.
Sarjana Hindu dan ahli yogi yang pergi ke pergunungan Kurinji bagi bertafakur tertarik
dengan pertunjukkan kemahiran tinggi memutar Chilambamboo.
TOMOI
Tomoi (juga dipanggil Tinju Siam) ialah sejenis seni bela diri yang terkenal di
kalangan masyarakat Melayu di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu di utara
Semenanjung Malaysia. Tinju Siam yang asalnya daripada negara Thailand (Muay Thai)
terkenal dengan ketangkasan dan bahayanya berbanding dengan tinju biasa yang
hanya menggunakan tangan sahaja. Secara praktiknya, Tomoi dan Muay Thai tiada
sebarang perbezaan besar.Tomoi banyak menggunakan tangan, siku, kaki dan lutut.
Ketangkasan dan kelincahan pemain tinju ini adalah sangat penting apabila berhadapan
dengan lawan. Secara amnya, pemain tinju ini mempunyai tahap kecerdasan dan
ketahanan fizikal yang cukup tinggi.
CAPOEIRA
tinggi Aktiviti seperti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak
wajar serta mematuhi undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan
bersejarah Keadaan ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang
mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara.
Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga
mempamerkan sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi
menjayakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya
dilakukan secara kerjasama berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan
bangunan bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran
bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan
warga negara menyemai sikap-sikap ini bagi memajukan negara.
BANGUNAN-BANGUNAN
BERSEJARAH
MEMORIAL PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
BANGUNAN STADTHUYS
Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7
Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar. Pengetua Malacca Free School yang
pertama ialah Encik T.H. Moore.
Tidak lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200
orang. Waktu belajar bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung dari
jam 2 petang hingga jam 4 petang. Bilangan pelajar Melayu pada masa itu tidak ramai
kerana kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu atau
sekolah agama. Walaupun bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris, bahasa-bahasa
lain seperti Bahasa Melayu, Bahasa Portugis dan Bahasa Cina juga diajar.
Pada bulan Ogos 1878, kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah
tersebut daripada golongan paderi dan menamakannya Malacca High School atau
Sekolah Tinggi Melaka. Pengetuanya yang baru ialah Encik A. Armstrong. Pada tahun
1931, Sekolah Tinggi Melaka berpindah ke tapak barunya di Jalan Chan Koon Cheng
hingga sekarang.
Bangunan itu kini menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi, Galeri Laksamana
Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi, dan Muzium Yang DiPertua Negeri. Paparan harian muzium ini ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak
dari zaman kegemilangan Melaka.
Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi mercu tanda bandar raya Kuala
Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad,
sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894.
Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah
tempat di mana bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur
Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era
masyarakat yang merdeka.
Bangunan ini diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak
Warisan pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian
dan Warisan Malaysia di bawah Akta 645.
NAMA ASAL
Pada peringkat awal, nama bangunan ini hanya dikenali sebagai Pejabat Baru
Kerajaan (New Government Offices). Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada
1948, bangunan ini dinamakan Sekretariat Persekutuan (Federal Secretariat).
Tahun 1974, semua pejabat Kerajaan Negeri Selangor dipindahkan ke Shah
Alam. Pejabat kerajaan persekutuan Malaysia dipindahkan ke Jalan Duta, Damansara.
Oleh itu nama bangunan ini ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad sempena
nama Sultan Selangor yang memerintah dari 1857 - 1898. Nama ini kekal hingga
sekarang.
Stesen Keretapi Kuala Lumpur merupakan sebuah stesen kereta api yang
terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Selepas siap dibina pada tahun 1910 untuk
menggantikan sebuah stesen yang lebih lama pada tapak yang sama, stesen ini pernah
dijadikan hab kereta api di bandaraya ini bagi Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
(Inggeris: Federated Malay States Railway) dan Keretapi Tanah Melayu, sebelum Kuala
Lumpur Sentral mengambil alih banyak peranannya pada tahun 2001. Stesen ini
terkenal dengan gaya pembinaannya, mempunyai campuran rekaan Barat dan Timur.
Stesen ini terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, dulu dikenali sebagai Victory
Avenue, yang pernah merupakan sebahagian daripada Jalan Damansara. Stesen ini
terletak berhampiran dengan Bangunan Kereta Api Tanah Melayu yang direka cipta
dengan mirip, dan juga Masjid Negara dan Kompleks Dayabumi. Stesen LRT Pasar Seni
terletak sejauh 400 meter, merentasi Sungai Klang.
MASJID TENGKERA
OBJEKTIF
Untuk mempamerkan kepada umum suasana di Istana Kesultanan Melayu
Melaka dan ruang-ruang tertentu seperti Balairong Seri, Balai Beradu serta ciriciri Adat Istiadat Raja-Raja Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Untuk menunjukkan keagungan institusi beraja sebagai warisan sejarah budaya
Bangsa Melayu yang pernah menerajui Negeri Melaka suatu ketika dahulu
disamping mengimbas kembali sejarah pertikaman Hang Tuah dan Hang Jebat
dan pengajaran dari peristiwa tersebut.
Replika istana ini dibina pada tahun 1984 dan dijadikan sebagai Muzium Budaya
apabila dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 17 Julai 1986.
Keseluruhan bangunan ini diperbuat daripada kayu keras manakala atapnya dari
kepingan kayu belian. *Pembinaannya bercirikan seni pertukangan Rumah
Melayu Melaka di mana sendi bangunan diperkuatkan dengan pasak sahaja.
Secara keseluruhannya muzium ini memperlihatkan fungsi dan peranan istana
ketika itu dengan memaparkan Balairong Seri, Bilik Beradu Diraja dan balai-balai yang
melambangkan ketamadunan masyarakat Melayu.
KOTA A FAMOSA
SEJARAH
Selepas penawanan Portugis
A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas
menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis
menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan
orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa",
atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil
masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan,
ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota
tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan
menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak
Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom
(bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut
dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios,
Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka
telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua
arah.
A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan
Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan
Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5
gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal
menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu
Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.
Penaklukan oleh Belanda
Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk
menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda
mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di
dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita
memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu
melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang masa itu mengalami korban lebih
7,000, akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api.
Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara
Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat
Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan
mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal
sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan
ukiran "Anno 1670".
Penemuan arkeologi
Pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota, dipercayai Kubu
Middelsburgh dijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan menara berputar 110
meter di bandar Melaka.Pembinaan menara ditangguhkan selepas penemuan
tersebut.Koperasi Muzium Melaka mensyaki struktur tersebut dibina oleh Belanda
semasa pendudukan Belanda ke atas Melaka dari 1641 hingga 1824.
Lebih awal lagi pada Jun 2003, menara kawalan digelar Kubu Santiago dijumpai
semasa pembinaan Dataran Pahlawan
SUMBER PERTAMA
Sumber pertama atau sumber primer ialah bahan yang belum diolah atau dicetak
iaitu sumber atau bahan yang masih dalam keadaan asal seperti dalam bentuk kertas,
fosil, manuskrip yang belum dicetak, surat rasmi kerajaan, batu bersurat dan keterangan
lisan. Sumber-sumber tersebut bersifat asli dan belum ditafsir. Sumber-sumber tersebut
biasanya dihasilkan pada masa yang hampir sama dengan maklumat yang dicatatkan
dan oleh pihak yang berwibawa.
Contoh
Batu Bersurat Terengganu
Batu nisan yang terpahat nama Sultan Mansur Shah di atasnya.
Piagam Madinah
SUMBER KEDUA
Sumber kedua atau sumber sekunder terdiri daripada bahan atau dokumen yang
dikaji melalui pembacaan bahan bertulis maklumat yang telah dicatatkan di tempat lain.
Sumber ini merangkumi majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah, laporan tahunan
jabatan dan blog. Sumber kedua melibatkan pengitlakan, analisis, sintesis, tafsiran atau
penilaian maklumat asal. Sumber kedua merupakan bahan yang telah diolah, dicetak
dan disebarkan kepada umum.
Contoh
Ensiklopedia Britannica
Manuskrip yang sudah dicetak
Ulasan majalah mengenai sesuatu perkara
Dokumen adalah maklumat yang diwujudkan, sama ada dalam bentuk kertas,
atau imej yang diimbas atau secara elektronik, yang masih boleh dipinda atau diubah.
Dokumen yang telah dimuktamadkan mungkin berakhir sebagai rekod jika dokumen
tersebut merupakan bukti transaksi urusan kerajaan. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa
rekod bermula daripada dokumen. Namun, bukan semua dokumen akan berakhir
sebagai rekod. Pemusnahan dokumen tidak tertakluk kepada mana-mana perundangan.
CONTOH
Secara tradisi, contoh dokumen adalah seperti surat, memorandum, borang
undang-undang dan manual arahan. Namun kini banyak lagi, bentuk maklumat yang
turut dianggap sebagai dokumen:
Dokumen rekod
Akhbar dan majalah
Buku
Buku teks, novel, buku resipi, ensiklopedia, komik
Dokumen agama
Kitab Bible, al-Quran, Iliad dan Odyssey, Veda, Ramayana, Mahabharata, Kod
Hammurabi, Daode Jing
Dokumen urusan
Dokumen berfungsi
ARTIFAK
Artifak merupakan objek dan peralatan ciptaan manusia peninggalan sesuatu
zaman. Antara artifak tersebut termasuklah tembikar dan peralatan yang diperbuat
daripada logam.
WANG SYILING
dijumpai dengan beberapa lagi duit syiling serta artifak lain semasa penggalian
ekskavasi arkeologi dijalankan.
TEMBIKAR
MANIK
RANTAI
KERIS
Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak
zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang
lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu alat
kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai
dua belah mata, melebar dipangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata
keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan
juga sarungnya.Sang Guna adalah orang pertama dizaman Sultan Muhammad Syah
Melaka telah membuat keris tempa panjang, berukuran tiga jengkal. Unsur logam
campuran besi dan tahi bintang adalah bahan utama membuat keris tersebut.
HULU KERIS
Pelbagai nama telah diberikan seperti Anak Ayam Teleng, Anak Ayam Sejuk, Jawa
Demam, Kakaktua, Tapak Kuda dan Pekaka. Penjelmaan rekabentuknya
menggambarkan kekuatan dan kekuasaan senjata tersebut yang bersifat raksaksa dan
garuda. Ragamhias hulu keris kebanyakannya bermotifkan bunga timbul, awan larat,
bunga tebuk, ketam guri, bentuk fauna dan juga bentuk dewa Hindu dengan imbasan
wajah manusia.
PENDONGKOK
Dikenali juga sebagai dokok, pendongkok, dulang-dulang keris atau memendak.
Diperbuat dari logam, tembaga, perak atau emas. Berbentuk seperti bunga dan
berukiran bunga dawai pintal yang bertatahkan batu
permata atau ukiran biasa sahaja. Pendongkok dipasangkan melekap pada pangkal
hulu keris dibahagian permukaan ganja.
WARISAN
KESENIAN
Isi kandungan
ISI KANDUNGAN
MUKASURAT
PENDAHULUAN
Definisi Sejarah
Bangunan-bangunan Bersejarah
2-16
WARISAN KESENIAN
17-66
Kraftangan
17-38
a. Definisi Kraftangan
b. Aneka Kraf
c. Hasil Rimba
d. Hasil Tanah
e. Logam
f. Tekstil
Seni Tari
39-47
Muzik
48-51
a. Definisi Muzik
Permainan
52-55
a. Definisi Permainan
b. Permainan Rakyat
56-66
PENUTUP
67
KEJAYAAN DAN
KEBANGGAAN
NEGARA
TAJUK
WARISAN SEJARAH
WARISAN KESENIAN
MATA PELAJARAN
KAJIAN TEMPATAN
NAMA GURU PEMBIMBING
6 AMANAH
Pendahuluan
Penutup
ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
PERTAMA SEKALI SAYA BERSYUKUR KEPADA ALLAH
S.W.T KERANA TELAH MEMBERIKAN SAYA KESIHATAN
YANG BAIK DAN KESEMPATAN UNTUK MENYIAPKAN
BUKU SKRAP INI. SAYA JUGA INGIN BERTERIMA KASIH
KEPADA PUAN HASNNIE BINTI BAHARUDIN KERANA SUDI
MEMBERI TUNJUK AJAR KEPADA SAYA SELAMA INI. TIDAK
LUPA JUGA KEPADA IBU BAPA SAYA DAN RAKAN RAKAN
YANG SUDI MEMBERIKAN BANTUAN DAN BERKONGSI
ILMU PENGETAHUAN YANG MEREKA ADA. AKHIR
KATA,TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT
UNTUK MENJAYAKAN BUKU SKRAP INI.