Anda di halaman 1dari 3

Mengumumkan ketibaan

*Yang Berbahagia
Datuk Dr. Ahmad Faiz B Hj Abd Hamid
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Utara Malaysia

 ulang*

Yang Berusaha
Prof. Madya Dr. Mohd Amy Azhar b. Hj. Mohd Harif

Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Pelajar

pegawai-pegawai Hal Ehwal Pelajar,


presiden-presiden kelab, serta hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian

"SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERASMIAN BAKTI SISWA PERDANA 2012"


 *tekankan sedikit nada suara untuk mempengaruhi hadirin memberi tepukan..^_^

Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT , kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat kita
bersama-sama berkumpul bagi menjayakan majlis Perasmian Program Bakti Siswa Perdana bagi tahun
2012. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------
(*yang kat bawah ni, adalah objektif dan maklumat serba-sedikit pasal program, kalau ada paperwork,
boleh tengok kat paperwork..)

Untuk pengetahuan semua,


program bakti siswa perdana yang saban tahun diadakan ini adalah hasil kerjasama Jabatan Hal
Ehwal, Jawatan Kuasa Pembangunan Siswa dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia.
program ini diadakan adalah bagi menyahut seruan Kmenterian pelajaran Tinggi Malaysia untuk
menyumbangkan bakti kepada masyarakat setempat, mengasah kemahiran insaniah dan juga cakna
mengenai hal ehwal semasa.

Bukan itu sahaja, ia juga mampu untuk mengasah kemahiran mahasiswa untuk memimpin, membuat
keputusan, pengurusan projek , komunikasi dan kemahiran-kemahiran lain dalam memperlengkapkan
diri mahasiswa sebagai melahirkan modal insan yang berjaya.

---------------------------------------------------------------------------------------------
DOA
Baiklah, bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput Ustaz Al Fadil Abd Rahman bin Uthman
bagi memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Amin-amin ya rabbal Al-amin. terima kasih diucapkan kepada Ustaz Al Fadil Abd Rahman bin
Uthmandi atas pimpinan bacaan doa itu tadi. moga majlis kita pada hari ini diberkati oleh-Nya.
insyaAllah..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
UCAPAN

seterusnya, dijemput
Yang Berusaha
Prof. Madya Dr. Mohd Amy Azhar b. Hj. Mohd Harif

Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Universiti Utara Malaysia
untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

terima kasih diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Mohd Amy Azhar b. Hj. Mohd Harif Pengarah Jabatan
Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia di atas penyampaian ucapan sebentar tadi.

 Baiklah, majlis diteruskan dengan  mempersilakan


Yang Berbahagia 
Datuk Dr. Ahmad Faiz B Hj Abd Hamid 
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni 
Universiti Utara Malaysia
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis perasmian MAJLIS PERASMIAN
BAKTI SISWA PERDANA 2012.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk Dr. Ahmad Faiz B Hj Abd Hamid Timbalan Naib
Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Utara Malaysiadi atas ucapan perasmian sebentar
tadi.

----------------------------------------------------------------------------------------------
CENDERAMATA/PENYAMPAIAN APA-APALA contohnya sijil, plak dan sebagainya

baiklah, untuk pengetahuan hadirin sekalian, Bakti siswa Perdana 2012 ini akan disertai oleh sebanyak
14 Dewan Penginapan Pelajar Universiti Utara Malaysia. mereka akan berkampung secara serentak
pada 21 sehingga 24 Januari 2012 di seluruh tempat yang terpilih di Malaysia.

Bagi meneruskan majlis, dipersilakan


Yang Berusaha
Prof. Madya Dr. Mohd Amy Azhar b. Hj. Mohd Harif

Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Pelajar

untuk menjemput dan mengiringi


Yang Berbahagia
Dato Dr. Ahmad Faiz bin Hj Abdul Hamid
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Utara Malaysia
untuk menyampaikan plak sebagai tanda penyerahan anak angkat  kepada wakil 14 Dewan
Penginapan Pelajar Universiti Utara Malaysia.

kita mulakan dengan:


1. DPP YAB
2. DPP BANK MUAMALAT
3. MISC
*(SEBUT LAH SEMUA DPP WOKEY..)
14. MAYBANK

terima kasih diucapkan kepada


Yang Berbahagia
Datuk Dr. Ahmad Faiz B Hj Abd Hamid
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Utara Malaysia
di atas penyampaian plak penyerahan sebentar tadi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
 PENUTUP

Baiklah, dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis
MAJLIS PERASMIAN BAKTI SISWA PERDANA 2012. terima kasih dan selamat maju jaya diucapkan
kepada semua peserta. 
Dengan ini saya sudahi dengan Wabilahitaufik walhidayah Assalamualaiikum W.B.T dan salam 1
Malaysia.

*Mengumumkan keberangkatan pulang


Yang Berbahagia\
Dato Dr. Ahmad Faiz bin Haji Abdul Hamid
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Utara Malaysia

Anda mungkin juga menyukai