Anda di halaman 1dari 2

NOOR FATIHAH BINTI ROSDI,

55213117169,
Lot 37, Kampung Bukit Tandak,
17200 Rantau Panjang,
Kelantan.

Pihak Pengurusan Pejabat UniKL MICET

Desasiswa Ar Razi,
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) MICET,
Lot 1988 Bandar Vendor Taboh Naning,
78000 Alor Gajah,
Melaka.
5 Jun 2018

Tuan/Puan,

RAYUAN PERMOHONAN MENDUDUKI HOSTEL BAGI SESI JULAI 2018

Saya seperti nama dan nombor ID di atas memohon rayuan untuk terus menduduki
asrama Desasiswa Ar Razi bagi sesi Julai 2018. 

2. Untuk maklumat pihak tuan/puan semasa saya menduduki asrama tersebut pada
semester ini serta semester yang lalu saya telah menyertai pelbagai aktiviti yang pihak
asrama adakan, senarai aktiviti tersebut telah saya berikan semasa permohonan
asrama baru-baru ini untuk menduduki kolej pada semester Julai 2018 namun saya
gagal. Saya juga tidak pernah mempunyai rekod kesalahan selama tinggal di asrama.
Saya juga telah membuat pra-pendaftaran

3. Saya juga merupakan pelajar dari Kelantan dan ia menjadi satu kesukaran bagi saya
sekiranya saya terpaksa tinggal di luar kerana kos untuk tinggal di luar tinggi. Dalam
masa yang sama, saya juga tidak mempunyai kenderaan untuk ulang-alik menghadiri
kelas setiap hari. Hal ini amat menyukarkan saya sekiranya saya tidak mendapat
kemudahan kolej bagi semester kali ini. Dalam pada itu, faktor keselamatan juga turut
membimbangkan saya memandangkan cuaca dan keadaan sekeliling yang tidak
menentu. Dengan menghuni asrama, keselamatan saya lebih terjamin
4. Saya mengharap tuan dapat pertimbangankan rayuan saya dengan sebaik mungkin
tanpa sebarang keraguan. Saya berjanji akan mematuhi peraturan kolej sewajarnya.

segala jasa baik tuan/puan amatlah saya hargai. Saya akhiri dengan ucapan terima
kasih.

Sekian,
Yang benar,

……………………………………
(NOOR FATIHAH BINTI ROSDI)

Anda mungkin juga menyukai