Anda di halaman 1dari 2

TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERIKSON

Menurut Erikson, bayi ini dilahirkan dengan memiliki kebolehan asas dan tabiat yang jelas. Perubahan
ini berlaku dramatik sehingga meningkat tua. Erikson amat berminat dalam mengkaji bagaiman
interaksi sosial dan hubungan ini memainkan peranan penting dalam perkembangan manusia. Setiap
peringkat dibina memiliki konflik yang berfungsi sebagai titik perubahan manusia dari satu tahap ke
tahap yang tinggi. Peringkat-peringkat ini berfungsi untuk mengenal pasti sama ada ia mampu
membina kualiti psikologi atau gagal membangunkan kualiti tersebut. Seseorang yang berjaya
menangani konflik akan memiliki kekauatan psikologi yang mmebantu manusia menjalani kehidupan
dengan baik. Sekiranya gagal, mereka mungkin tidak akan mampu mempertingkatkan kemahiran
penting yang diperlukan agar diri terus kuat.

PERINGKAT 1 (KEPERCAYAAN VS KETIDAKPERCAYAAN)

-Berlaku saat usia kelahiran hingga usia satu tahun.


-Pada usia ini, kanak-kanak bergantung kepada penjagaan dewasa untuk segala keperluan hidup
termasuk makanan, cinta, kehangatan, keselamatan dan pemeliharaan.
-Sekiranya, anak-anak pada usia ini tidak dijaga dengan baik, anak tersebut akan hilang kepercayaan
atau pengharapan kepada orang dewasa untuk menjaganya lagi.
-Sebaliknya, jika dia dijaga dengan baik, sudah tentu dia akan merasa dilindungi dan disayangi
-Naluri kepercayaan asas ialah kebolehan meramal keperluan asas individu tersebut akan dipenuhi.
-Naluri ketidakpercayaan asas adalah ketakutan meramalkan individu yang tidka boleh bergantung
hidup dengannya bagi mendapatkan penjagaan dan kasih sayang.

PERINGKAT 2 (AUTONOMI VS KESANGSIAN)

- Peringkat ini bermula pada umur 1-3 tahun.


-Erikson melihat diperingkat ini bayi mengalami pergelutan kehendak mencapai naluri autonomi atau
mengakhiri perasaan malu dan prasangka diri mereka.
-Pada usia ini, kanak-kanak sudah mulai merasa sedikit kemerdekaan.
-Mereka sudah boleh mengambil tindakan asas dan membuat keputuasan mudah mengenai apa
perkara yang mereka suka seperti mainan ataupun ingin ke tandas untuk membuang air kecil.
- Oleh itu, sekiranya ibu bapa membenarkan kanak-kanak membuat pilihan dan mendapat kawalan,
ini akan membantu perkembangan autonomi mereka.
-Erikson turut percaya bahawa pengawalan fungsi tubuh badan seseorang akan membawa kepada
perasaan kawalan dan rasa kemerdekaan.
-Kanak-kanak yang berjaya mencapai keseimbangan antara autonomi, rasa malu dan keraguan akan
mecapai ke tahap keinginan iaitu percaya bahawa kanak-kanak boleh bertindak dengan niat, dalam
sebab dan batas.

PERINGKAT 3 (INISIATIF VS RASA BERSALAH)

-Berlaku pada usia 3-6 tahun


-kanak-kanak mula membentuk sifat berdikari dan ingin meneroka sesuatu yang baru dan mencabar.
-Pada usia ini, kanak-kanak mula menggunakan kuasa dan kawalan mereka ke atas dunia melalui
permainan dan interaksi sosial yang lain.
-Mereka merasakan diri sebagai pemimpin kepada orang lain.
-Mereka yang gagal memperoleh kemahiran ini akan berasa bersalah, kerguan diri, kurang keyakinan
dan kurang inisiatif.
-Apabila keseimbangan inisiatif telah dicapai dan mereka memiliki kesanggupan untuk membuat
kerja, kualiti ego mereka akan muncul.
- Melalui galakan, kanak-kanak akan menyedari poensi mereka sebaliknya jika tidak diberikan inisiatif
dan terdapat halangan akan mengakibatkan kanak-kanak sering rasa bersalah.
PERINGKAT 4 (KECEKAPAN VS RASA RENDAH DIRI)

-Berlaku pada usia 6-12 tahun


-Kebolehan berbahasa kanak-kanak akan mulai meningkat.
-Mereka sedikit demi sedikit memahami konsep ruang, kelajuan, masa, mencapai operasi konkrit,
serta sebab mengapa sesuatu perkara itu berlaku.
-Pada usia ini, mereka lebih peka dan amat menyukai akan ganjaran bagi setiap perkara yang mereka
lakukan.
- contohnya, apabila mendapat keuputusan cemerlang di sekolah maka mereka akan mendapat
hadiah daripada ibu bapa.
-Sebaliknya, mereka akan merasa sedih dan rendah diri sekiranya perkara yang diigini tidak dapat
dicapai.

PERINGKAT 5 (IDENTITI VS KEKELIRUAN PERANAN)


-Berlaku pada usia 12-18 tahun
-pada usia ini, mereka berusaha untuk mewujudkan identiti masing-masing dan mencuba
menggunakan persepsi sendiri terhadap dunia mereka.
-Mereka sedaya upaya untuk mencapai kestabilan diri dalam masyarakat iaitu mengikut budaya dan
bersosial dengan ornag sekeliling.
-sekiranya gagal mereka akan mengalami kekeliruan dan meragui orang sekeliling.

PERINGKAT 6 (INTIM VS PENGASINGAN)

-berlaku pada usia 18-35 tahun


-pada usia ini, mereka inginkan pasangan dan hubungan rapat dengan orang lain.
-Sekiranya mereka tidak mampu untuk bersosial, mereka akan membuat pengasingan diri dan
menjadi seorang yang pendiam.

PERINGKAT 7 (PEWARISAN VS PEMUSATAN KENDIRI)

-berlaku pada usia 35-60 tahun


-Pada peringkat ini, individu sudah mula dipertanggungjawabkan iaitu boleh diwariskan untuk
melakukan sesuatu perkara.
-pada usia ini, mereka akan bertanggungjawab dan amanah atas segala bebanan dan tugasan yang
mereka pikul.
-sekiranya gagal melakukannya, individu ini akan menjadi seorang yang pentingkan diri dan akan
menyesali kehidupannya.

PERINGKAT 8 (KESEPADUAN VS PUTUS ASA )

-berlaku pada usia 60-akhir hayat


-pada peringkat ini, individu sudah mula melakukan refleksi diri iaitu mengenang kembali kehidupan
yang lalu sama ada mengingat kesilapan atau kenangan.
-Jika individu tersebut berpuas hati terhadap kehidupan masa lalunya, maka ia mencapai rasa
kesepaduan dan hidup tenang.
-sebaliknya, dia akan merasa kecewa mengenai peluang dan harapan yang dihancurkan olehnya di
masa lalu. Hal ini membuatkan di putus asa akan hidupnya.

Anda mungkin juga menyukai