Anda di halaman 1dari 4

Kenali Asas Sains Komputer (ASK)

ASK merupakan kesinambungan mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi


(TMK) yang telah diperkenalkan kepada murid di sekolah rendah dan menggantikan
program Information and Communication Technology Literacy (ICTL) sekolah
menengah yang telah dilaksanakan mulai tahun 2007.

Dalam abad ke-21, murid bukan hanya bertindak sebagai pengguna teknologi yang
berpengetahuan malah menyediakan mereka ke arah pencipta teknologi dan pencetus idea
baharu.

Selaras dengan hasrat untuk melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir seperti
yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), mata pelajaran
ASK diperkenalkan agar murid diajar tentang prinsip-prinsip asas dan konsep pembinaan
teknologi digital supaya menjadi individu yang mempunyai pemikiran komputasional serta
memahami bahawa teknologi digital pada hari ini mampu menyelesaikan masalah masa
hadapan.

KSSM ASK bermatlamat untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran
pemikiran komputasional. Kemahiran ini dapat melengkapkan murid dengan pengetahuan
dan kemahiran asas sains komputer yang merangkumi kemahiran pengaturcaraan dan
algoritma bagi melahirkan murid yang kreatif, inovatif, dinamik dan beretika dalam
mengamalkan budaya TMK.

 Muat turun Dokumen Kurikulum Standard & Pentaksiran (DKSP) Ting. 1-3
 Lihat apa yang dipelajari di Tingkatan 1

Bolehkah saya mengambil kedua-duanya?

Kedua-dua mata pelajaran ini ditawarkan secara pilihan. Seperti yang telah disebut diatas,
ini bermakna, anda perlu memilih salah satu mata pelajaran sahaja mengikut keupayaan serta
minat masing-masing.

Pihak sekolah akan menentukan jumlah dan saiz kelas berdasarkan beberapa faktor seperti
polisi dalaman sekolah, tenaga pengajar serta fasiliti yang dimiliki untuk menjalankan mata
pelajaran ini.

Di kebanyakkan sekolah, kedua-dua kelas ini akan dijalankan serentak selama 2 jam setiap
minggu. Setiap pelajar akan bergerak ke kelas masing-masing semasa proses pembelajaran.

Bagaimana untuk menentukan kelas?

Ia ditawarkan dengan pecahan tertentu yang berbeza di setiap sekolah. Misalnya untuk 6 kelas
tingkatan 1, mungkin ditawarkan 3 kelas untuk RBT dan 3 kelas untuk ASK.

Ada juga sekolah yang menawarkan hanya 1 kelas ASK dan ada juga sekolah yang tidak
menawarkan langsung ASK. Sebenarnya, saya kurang memahami mengapa terdapat sekolah
yang sebelum ini melaksanakan program ICTL tetapi tidak mahu menawarkan mata pelajaran
ASK.
Ya, memang diakuan Sains Komputer dan ICTL suatu perkara yang berbeza, namun kapasiti
guru dan kemampuan untuk mengajar ASK tidak menjadi masalah.

Setiap sekolah mempunyai kaedahnya tersendiri untuk menentukan kelayakan kelas. ASK


merupakan satu mata pelajaran yang agak mencabar kerana ia memerlukan kemahiran asas
perkomputeran serta teknik berfikir yang agak berbeza. Ujian kelayakan khas secara dalaman
disarankan jika permohonan untuk ASK melebihi penawaran.

Bolehkah saya mengambil RBT pada tingkatan 1 dan ASK di Tingkatan 2


atau sebaliknya?

Anda tidak digalakkan untuk ‘melompat kelas’ sebegini kerana anda perlu melalui setiap
konsep asas satu per satu sebelum ke peringkat seterusnya sehingga tingkatan 3. Ada terpaksa
membuat pilihan kemana hala tuju anda dan kekal pada landasan yang sama.

Jika anda ‘terpaksa’ juga membuat pusingan U, pastikan anda melakukan pembelajaran
kendiri untuk pengetahuan asas yang tertinggal sebelum memasuki pembelajaran baru.

Kemana saya selepas Tingkatan 3?

Selain kemahiran asas dalam bidang masing-masing, kedua-dua mata pelajaran direka bentuk
untuk membina daya kreativiti serta kemahiran penyelesaian masalah.

Tidak semestinya anda perlu menyambung dengan mata pelajaran Sains Komputer atau Reka
Cipta (dan sebagainya) di tingkatan 4 setelah anda selesai menamatkan pada peringkat
menengah rendah.

Kemahiran yang anda miliki daripada kedua-dua subjek ini boleh digunakan merentasi
pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Ia sebenarnya ke arah menyediakan pelajar dengan
keperluan untuk bidang STEM pada masa hadapan.

Namun, bagi pelajar yang mahu meneruskan minat dalam Sains Komputer setelah ASK, mata
pelajaran elektif Sains Komputer KSSM sedia ditawarkan untuk tingkatan 4 dan 5. Skop akan
lebih luas jika anda memasuki IPT dengan lebih 8 pecahan bagi bidang ini.

Bagi pelajar RBT yang mahu meneruskan minat, anda mempunyai pilihan bidang yang lebih
luas. Pelbagai matapelajaran TVET yang ditawarkan di kolej-kolej vokasional ataupun ambil
saja subjek yang berkaitan yang sedia ditawarkan untuk SPM di sekolah anda. Sudah tentu
bidang di IPT akan lebih luas untuk anda.

Prospek Masa Depan

Pada Ogos lepas, teman berkesempatan melawat Ulsan National Institute of Science &
Technology (UNIST), Korea Selatan. UNIST merupakan satu institusi terkemuka yang
memberi fokus kepada bidang sains dan teknologi termasuklah nuklear.

Ianya bukanlah sebuah institusi yang mempunyai sejarah yang panjang di Korea Selatan,
namun ia mencapai pelbagai pencapaian yang besar dalam pelbagai bidang di pentas
antarabangsa.
Menariknya, dari sesi ceramah umum oleh salah seorang profesor dalam bidang Sains
Komputer, beliau memberi contoh beberapa teknologi yang bakal menggantikan tugasan
manusia. ‘Big data’ contohnya digunakan dalam kejuruteraan perubatan dan telah terbukti
analisis pesakit yang dilakukan memberi keputusan yang lebih tepat daripada diagnostik
seorang doktor pakar.

Mereka juga sedang mengkaji teknologi pembedahan menggunakan robot sepenuhnya dan
ianya dikatakan akan lebih cekap daripada seorang doktor berpengalaman. Sudah tentu ianya
memerlukan kemahiran yang tinggi dalam bidang Sains Komputer.

Menariknya, di UNIST juga mereka menggabungkan elemen sains, teknologi serta reka
bentuk dimana mereka percaya kesemua bidang ini haruslah saling memerlukan antara satu
sama lain.

Disinilah kemahiran yang dipelajari dalam RBT digunakan. Lakaran idea serta reka bentuk
produk yang baik amat penting dalam usaha menghasilkan teknologi terbaik untuk manusia.

Dalam cabaran semasa keperluan kerjaya dalam kedua-dua bidang ini dilihat seimbang.
Sedekad ini, dunia Sains Komputer menunjukkan perkembangan yang begitu pantas. Di US
sahaja, permintaan dalam bidang Sains Komputer amat tinggi dengan tawaran pendapatan
yang amat lumayan.

Lihat kerjaya dalam bidang Sains Komputer di US

Sekitar November lepas, sempat juga teman berbual dengan sahabat di Malaysia Global
Innovation & Creativity Centre (MaGIC) di Cyberjaya. Mereka menyatakan betapa
kritikalnya tenaga kerja dalam bidang teknologi digital di Malaysia.

Menurut mereka, selain di Malaysia negara-negara jiran seperti Singapura, Filipina dan
Vietnam mencatatkan permintaan yang tinggi dalam bidang ini.

Mungkin atas faktor keperluan kerjaya pada masa hadapan, ASK dirancang untuk
diperkenalkan menggantikan ICTL untuk menengah rendah dan Sains Komputer
menggantikan ICT untuk menengah atas pada tahun ini.

KHB pula diberi nafas baru dengan menggantikannya dengan RBT yang telah diperkasakan
untuk memenuhi pelbagai keperluan perkerjaan pada masa hadapan dalam pelbagai bidang
kemahiran dan keusahawanan.

Lihat Kedudukan Malaysia dalam carta World Design Ranking

Kesimpulan

Saya percaya akan terdapat para ibubapa yang akan sedikit gusar atas pilihan yang diberikan
kerana masih berpendapat jika nanti anaknya mengambil ASK, anaknya nanti akan
kehilangan skil kerja tangan asas yang diperlukan untuk menghadapi kehidupan. Sebagai
contoh, jika kepala paip di rumah bocor, anaknya tiada kemahiran untuk membetulkan.
Saya menganggap dalam usaha mendidik generasi baru, isu ini sebagai perkara kecil. Dalam
dunia yang penuh bermaklumat ini kebanyakkan skil yang diperlukan dalam hidup boleh
dipelajari dari pelbagai sumber yang luas dan terbuka.

Di dalam RBT sendiri pun kandungannya lebih dinamik dan memerlukan pelajar melakukan
pembelajaran kendiri menerusi pendekatan Terarah Kendiri (Self-Directed), Kadar Kendiri
(Self-Paced), Akses Kendiri (Self-Access) dan Pentaksiran Kendiri (Self-Assessment).

Sejujurnya, dalam mendepani cabaran abad ke-21, saya melihat kedua-dua matapelajaran ini
begitu penting untuk dipelajari dan didalami oleh seseorang pelajar. Ianya saling lengkap
melengkapi antara satu sama lain.

Bagi saya lebih baik untuk setiap pelajar mempelajari kedua-dua bidang ini. Namun, mungkin
atas kekangan tertentu, pihak KPM telah menetapkan dasar yang mungkin terbaik dalam
keadaan persekitaran pendidikan semasa. Jadi, mana satu pilihan anda atau untuk anak anda,
tepuk dada tanya selera.

Anda boleh menyemak DKSP iaitu dokumen lengkap apa yang akan dipelajari dari tingkatan
1 hingga 3 bagi kedua-dua subjek di sini.

Sumber: DKSP Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan Asas Sains Komputer (ASK) dari
Portal Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai