Anda di halaman 1dari 9

TUGAS-TUGAS DOKTOR GIGI

Kerjaya sebagai doktor gigi adalah satu kerjaya yang sangat mencabar dan
memerlukan kekuatan dari segi mental dan juga fizikal. Di sini disenaraikan
beberapa tugas yang wajib dilakukan oleh setiap para doktor gigi di Malaysia.
Tugas yang pertama yang perlu dilakukan oleh doktor gigi ialah membuat
pemeriksaan ke atas pesakit perlu mengetahui apa jenis kerosakkan gigi yang
dihadapi oleh pesakit dan setelah selesai membuat pemeriksaan ke atas pesakit
tersebut doktor gigi perlu memberikan rawatan sewajarnya keatas pesakit
tersebut. Selain daripada itu tugas doktor gigi juga perlulah menentukan jenis
penyiasatan untuk mengetahui punca masalah yang dihidapi oleh pesakit. Jika
pesakit menunjukkan tanda tanda yang agak serius doktor gigi perlulah
membuat prosedur lanjutan dalam menyiasat penyakit pesakit seperti
pemeriksaan radiografi, pemeriksaan darah dan sebagainya.

Selepas mengetahui punca yang dihidapi oleh pesakit tersebut doktor gigi
perlulah memberi penerangan kepada pesakit berkaitan dengan penyakitnya
dan jika penyakit pesakit tersebut menghidapi penyakit yang agak kronik maka
doktor gigi perlulah menentukan di mana pesakit tersebut perlu menjalani
rawatan di klinik-klinik pakar yang berkenaan. Selain daripada itu juga, doktor
gigi perlulah memberi rawatan yang terbaik kepada pesakitnya dan memberi
ubat dengan preskripsi ubat yang bersesuaian dengan pesakit. Ini bertujuan agar
pesakit tidak mendapat ubat yang melebihi dos yang disyorkan. Jika pesakit
tersebut memerlukan surat pengesahan doktor untuk membuat tuntutan kos
rawatan kepada syarikat yang pesakit tersebut berkerja maka doktor perlulah
membuat laporan tersebut.

Selain daripada membuat pemeriksaan keatas pesakit, doktor gigi juga


bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran. Di antara urusan pentadbiran
ialah doktor gigi perlulah menghadiri menghadiri sesi audit untuk
membincangkan kes-kes tertentu seperti kes-kes yang serius yang dihidapi oleh
para pesakit, tentang rawatan dan membaiki mutu perkhidmatan yang diberikan
kepada pesakit dan juga membincangkan perkembangan terbaru berkaitan
dengan dunia pergigian. Doktor gigi juga perlu membantu dalam membuat
pengubalan dan juga menbuat perancangan unit

Selain itu juga, doktor gigi juga perlu membantu dalam membuat pemantauan
perkhidmatan klinikal. Ini adalah selaras dengan dasar etika dalam perkhidmatan
sosial. Dalam kesibukkan membuat pemeriksaan keatas para pesakit dan juga
bahagian pentadbiran doktor gigi juga bertanggungjawab dalam menyelia dan
juga membimbing staff klinikal dan juga kejururawatan agar perjalanan kedua-

dua staff ini berjalan dengan lancar. Doktor gigi juga membantu di dalam
mengurus kes kes yang berkaitan dengan medico-legal.

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

Doktor gigi adalah merupakan salah satu kerjaya yang mencabar dalam
menangani permasalahan berkaitan dengan gigi.Oleh itu, dalam menghadapi
cabaran yang telah diberikan itu, seorang doktor perlulah mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang baik dan sempurna begitu juga dengan doktor
dalam bahagian pergigian. Terdapat dua aspek pengetahuan dan kemahiran
yang perlu diketahui oleh seorang doktor dalam menghadapi situasi yang akan
mereka hadapi iaitu aspek umum dan khusus.

Aspek Umum

Di dalam bahagian aspek umum ini terdapat beberapa kemahiran yang


perlu ada di dalam diri setiap orang doktor iaitu yang pertama kemahiran
berkomunikasi secara berkesan. Ini kerana aspek komunikasi adalah aspek yang
terpenting sekali yang perlu ada oleh doktor gigi. Ini kerana dengan komunikasi
yang baik akan menyebabkan pesakit tersebut rasa diambil berat oleh doktor
dan ini akan memudahkan doktor gigi untuk mengetahui punca kesakitan yang
dialami oleh pesakit. Terdapat beberapa kemahiran berkomunikasi yang
berkesan iaitu apabila pesakit masuk untuk berjumpa dengan doktor maka
doktor perlulah menggunakan dengan nada yang lembut dan bersopan santun
apabila memulakan perbualan seperti bertanya khabar dan seterusnya bertanya
tentang kesakitan yang dialami oleh pesakit.
Selain daripada itu juga, doktor gigi perlulah bertanya dan menjawab
soalan kepada pesakit dengan jawapan yang ringkas dan mudah difahami. Ini
kerana takut berlakunya punca salah faham diantara pesakit dengan doktor.
Oleh yang demikian itu, para doktor perlulah menjawab apa yang dikemukakan
oleh pesakit dengan penuh yakin dan tidak teragak agak. Selain itu, kemahiran

menyelesaikan maslalah dan membuat keputusan dalam masa yang singkat,


cepat dan betul perlu ada dalam diri setiap doktor gigi. Ini kerana doktor gigi
perlu berurusan dengan ramai lagi pesakit yang sedang menunggu untuk
mendapatkan khidmat rawatanya.
Selain daripada kemahiran berkomunikasi dengan cekap dan berkesan.
Setiap doktor gigi perlulah mengetahui dan juga memahami mengenai pekeliling
pekeliling yang berkaitan dan Perintah Am Bab A, B, C, D, E, F, dan G. Di dalam
Perintah Am tersebut mengandungi larangan larangan yang perlu dipatuhi oleh
setiap doktor gigi. Setiap doktor gigi perlulah bersikap terbuka dengan apa jua
situasi yang berlaku ini kerana sesetengah pesakit datang dengan emosi yang
tidak stabil maka doktor gigi perlulah memahami persakit tersebut. Doktor gigi
juga perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam menangani masalah
pesakit dan bijak menguruskan stress.
Selain daripada kemahiran di atas, kemahiran teknologi maklumat juga
penting. Ini selari dengan teknologi perubatan yang berkembang dengan pesat
ini. Kerjaya doktor gigi ini juga memerlukan seseorang itu berkerja di dalam satu
kumpulan dan mampu memberi arahan kepada staff staff bawahan.

Aspek Khusus

Di dalam aspek khusus pula, doktor gigi perlu mengetahui beberapa perkara
iaitu yang pertama mengenai etika pergigian. Selain daripada itu, kerjaya doktor
gigi memerlukan kemahiran menulis rekod pergigian dan juga kemahiran asas
kes mediccolegal. Doktor gigi juga memerlukan kemahiran untuk menilai kes
kes yang perlu dirujuk kepada pakar, ini kemungkinan penyakit yang dihidapi
oleh pesakit mungkin dalam keadaan serius. Selain daripada itu juga doktor gigi
juga tahu untuk mengendalikan kemahiran asas CPR. Ini adalah persedian untuk
setiap doktor tahu menggunakan kemahiran ini jika berlaku perkara yang tidak
diingini keatas pesakit. Kemahiran dalam menyebarkan maklumat dan
pengetahuan kesihatan kepada pesakit dan orang awan juga penting untuk
doktor gigi mengetahuinya dan yang terakhir sekali setiap doktor gigi juga perlu
tahu mengetahui kemahiran dalam pentadbiran klinikal.

KELAYAKAN DOKTOR GIGI


Sebelum seseorang itu layak bergelar sebagai doktor gigi. seseorang itu perlulah
memiliki kelayakaan seperti yang disenaraikan di bawah.
Kelayakan

<!--[if !supportLists]-->i)
<!--[endif]-->Ijazah dalam Ilmu Pergigian
yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan
Majlis Pergigian Malaysia.
[Gaji permulaan ialah pada Gred U41:P1T5 RM2366.55] atau
<!--[if !supportLists]-->ii)
<!--[endif]--> Ijazah dalam Ilmu Pergigian
yang diiktiraf oleh Kerajaan dan telah berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia
berdasarkan seksyen 12(3) Akta Pergigian 1971. [Gaji Permulaan ialah pada
Gred U41: P1T5 RM2366.55] dan
<!--[if !supportLists]-->iii)
<!--[endif]--> Lulus B.M. (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.
Rajah 1: Senarai Gaji Doktor Gigi

Gred
Anggaran gaji kasar permulaan
( paling minimum )

Elaun pakar

*Elaun perumahan
JUSA
RM 6,135.80
RM 2,400
RM 2,500
DU54
RM 4,300.00
RM 2,200
RM 1,100
DU52
RM 3,980.56

RM 2,200
RM 1,100
U54
RM 4,572.25
RM 1,800
RM 1,100
U52
RM 4,341.10
RM 1,800
RM 700
U48
RM 3,835.51
RM 1,700
RM 700
DU 45
RM 2,485
RM 1,500
RM 700
U44
RM 2,633.83
RM 1,400
RM 600
U41
RM 1,783.43
RM 300
*Elaun Perumahan Bergantung Kepada Negeri Bertugas

7.0

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI YANG MENAWARKAN PROGRAM


DOKTOR PERGIGIAN DI MALAYSIA

Institusi-institusi pengajian yang menawarkan program Doktor


Pergigian:
i ) Institut Pengajian Tinggi Awam
<!--[if !supportLists]-->v <!--[endif]-->Universiti Sains Malaysia
<!--[if !supportLists]-->v <!--[endif]-->Universiti Kebangsaan Malaysia
<!--[if !supportLists]-->v <!--[endif]-->Universiti Malaysia
<!--[if !supportLists]-->v <!--[endif]-->Universiti Teknologi Malaysia
<!--[if !supportLists]-->v <!--[endif]-->Universiti Malaysia Sabah
<!--[if !supportLists]-->v <!--[endif]-->Universiti Malaysia Sarawak
<!--[if !supportLists]-->v <!--[endif]-->Universitit Putra Malaysia
<!--[if !supportLists]-->v <!--[endif]-->Universiti Teknologi Mara

ii ) Institut Pengajian Tinggi Swasta


<!--[if !supportLists]-->v <!--[endif]-->Fakulti Perubatan Universiti Sedaya
<!--[if !supportLists]-->v <!--[endif]-->Medicine, Nursing And Health Science
University Monach
<!--[if !supportLists]-->v <!--[endif]-->Asian Institute of Medicine, Science and
Technology
<!--[if !supportLists]-->v <!--[endif]-->Allianze College of Medical Science
<!--[if !supportLists]-->v <!--[endif]-->Cyberjaya University College of Medical
Sciences

PERSOALAN BERKAITAN DENGAN KERJAYA DOKTOR GIGI

Bagi sesiapa yang berminat menjadi doktor, pastikan persoalan ini


terjawab
1 ) Apa yang membuatkan saya berminat menjadi doktor gigi ?.
Soalan seperti ini penting sebagai permulaan bagi mencapai sesuatu objektif.
Jawapan bagi soalan ini dijadikan pendorong utama dalam memacu ke arah
kejayaan. Jawapan yang perlu dielakkan adalah berbentuk meterialistik dan
kerana dipaksa menjadi doktor oleh kedua orang tua. Perlu diingati
tanggungjawab sebagai doktor adalah besar dan memerlukan daya komitmen
yang tinggi. Sentiasa jadikan keikhlasan bagi membantu insan yang berada
dalam kesusahan sebagai pendorong utama. Apa yang penting adalah niat
kerana Illahi dan membantu mendekatkan diri kepadanya. Semangat seperti ini
serta keikhlasan dalam memikul tanggungjawab serta ketekunan menimba ilmu
daripada pesakit dan kelas yang dihadiri.

2 ) Apakah yang perlu saya lakukan sebelum membuat keputusan ?.


Membuat sesuatu keputusan adalah ibarat memilih jalan di persimpangan
kehidupan. Seseorang itu perlu ,mengambil sedikit masa melawat ke hospital
dan melihat secara dekat bagaimana seorang doktor bertugas menyabung
nyawa menyelamatkan pesakit. Oleh demikian itu, adalah tidak memadai
dengan hanya melihat situasi di televisyen dan perlu disaksikan secara langsung.
Selain daripada itu berjumpalah dengan doktor dan dapatkan penjelasan
bagaimana tugas seorang doktor itu. Selain itu, fungsi dan tugas doktor adalah
bergantung kepada kepakaran yang dimilikinya.

3 ) Anda telah membuat keputusan menjadi doktor gigi?.


Jika anda telah membuat keputusan untuk menjadi doktor gigi,
anda telah mempunyai objektif anda dan anda perlulah menyediakan pelan
tindakan. Ini patut dimulakan dengan mengetahui tempoh masa yang anda ada
sebelum layak ke sekolah perubatan. Siapkan diri anda dengan memastikan
anda mengikuti aliran sains atau yang berkaitan. Selain daripada itu, anda
perlulah memperkukuhkan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan anda
dan kalau mampu dedahkan diri dengan sedikit pengetahuan berkaitan dengan
perubatan. Mulakan membaca artikel di surat khabar yang berkaitan dengan
perubatan. Ini adalah penting kerana apabila anda bertemu dengan ahli komuniti
perubatan, anda tidak akan berasa asing kerana anda menpunnyai sedikit
pengetahuan tentang sesuatu penyakit atau terma perubatan yang digunakan.
Penguasan bahasa inggeris adalah satu kemestian dalam bidang perubatan.
Selain daripada itu, anda perlu menetapkan matlamat hidup untuk menjadi
mencapai cita cita yang diidamkan. Kenal pasti idola anda. Ramai di kalangan
pakar perubatan yang mencipta nama di persada antarabangsa dan menjadi
ikon kebanggan negara.

PERKARA YANG MENARIK BERKAITAN DENGAN KERJAYA


DOKTOR PERGIGIAN
Setiap kerjaya yang diceburi terdapat beberapa perkara yang menarik
untuk kita memilih kerjaya tersebut. Tidak kurang juga dengan kerjaya sebagai
Doktor Gigi. Terdapat beberapa perkara yang menarik berkaitan dengan kerjaya
sebagai Doktor Gigi iaitu :
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Dapat mengetahui setiap organ manusia
dan juga fungsi-fungsi organ tersebut.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Dapat meningkatkan kemahiran dalam
membuat keputusan yang drastik.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Dapat berinterksi dengan orang ramai
ataupun pesakit.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mudah untuk melanjutkan pelajaran bagi
mendalami ilmu perubatan.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Gaji dan elaun yang tinngi ditawarkan
oleh hospital swasta dan juga hospital kerajaan.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Dapat membantu golongan yang kurang
bernasib baik dan memperolehi pahala dari Allah S.W.T.

Bidang perubatan adalah bidang yang sangat mencabar dan memerlukan


ketekunan dan kesabaran yang tinggi. Terdapat beberapa cabaran yang perlu
ditempuhi oleh setiap individu yang ingin memilih kerjaya sebagai doktor gigi.
Cabaran yang pertama ialah cabaran meningkatkan pengetahuan diri, ini kerana
bidang perubatan adalah tidak statik dan ia adalah bidang sains yang dinamik.
Cabaran yang kedua ialah menguruskan pesakit dimana setiap hari pesakit
didedahkan denagn pelbagai maklumat menerusi media dan internet dan
pelbagai sumber lain dan ia perlu dinilai dan dipastikan kesahihanya. Cabaran
utama seorang doktor ialah memulihkan pemahaman seseorang pesakit tentang
konsep yang salah. Cabaran yang ketiga ialah sebagai pemimpin pasukan. Tidak
dinafikan sebagai doktor seseorang itu perlu bertindak sebagai ketua dalam
pasukan merawat. Selain daripada itu, cabaran yang keempat ialah risiko
jangkitan kuman berbahaya. Ini kerana doktor adalah pekerjaan yang berbahaya
yang berisiko tinggi mendapat HIV ataupun TB. Banyak kejadian yang berlaku
adalah punca daripada kelalaian doktor itu sendiri. Cabaran yang terakhir sekali
ialah cabaran waktu kerja yang tidak menentu. Ini adalah kerjaya seseorang

doktor memerlukan seseorang itu bersedia dalam apa jua keadaan dalam
merawat pesakit. Sehubungan dengan itu seseoarang itu perlu bersedia dari
aspek fizikal dan mental apabila ingin menjadi doktor gigi mahupun doktor
perubatan. Ini kerana kerjaya sebagai doktor gigi memerlukan komitmen dan
semangat yang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai