Anda di halaman 1dari 1

Rabiatuladawiyah Binti Mohd Hairi,

PISMP Matematik Semester 7,


Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya,
Peti Surat 10491,
88805 Kota Kinabalu,
SABAH.


Puan Anisah Binti Sawit,
Penolong Pengurus Asrama,
Unit Kolej Kediaman,
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya,
Peti Surat 10491,
88805 Kota Kinabalu,
SABAH. 05 MEI 2013

Puan,

RAYUAN MENDIAMI KOLEJ KEDIAMAN IPG KAMPUS GAYA

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

02. Saya, Rabiatuladawiyah Binti Mohd Hairi (900920016480), pelajar PISMP Matematik
semester 7 merayu agar pihak puan dapat menerima permohonan rayuan saya untuk
penempatan di Kolej Kediaman Meranti Gaya pada semester hadapan. Untuk makluman
pihak puan, saya memohon untuk terus tinggal di Kolej Kediaman memandangkan saya
merupakan pelajar daripada Semenanjung Malaysia dan tidak mempunyai saudara mara
yang tinggal berdekatan serta jarak antara rumah dan kolej juga jauh. Tambahan pula, saya
juga tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk datang ke kampus dan saya juga bukan
daripada kalangan golongan yang berada untuk menampung perbelanjaan saya sekiranya
saya diarahkan untuk tinggal di luar Kolej Kediaman.

03. Saya juga pernah memegang beberapa jawatan dalam Jawatankuasa Kolej
Kediaman Meranti Gaya dan terlibat secara langsung dalam beberapa aktiviti yang telah
dianjurkan oleh pihak Kolej Kediaman IPG Kampus Gaya.

Saya amat berharap agar pihak puan dapat mempertimbangkan situasi saya dan menerima
rayuan ini. Segala kerjasama dan toleransi daripada pihak puan saya dahului dengan jutaan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.



Yang benar,


............................
(RABIATULADAWIYAH BINTI MOHD HAIRI)
Pelajar,
PISMP Matematik Semester 7,
IPG Kampus Gaya,
Kota Kinabalu.

Anda mungkin juga menyukai