Anda di halaman 1dari 2

xxxxxxxxxxx

xxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxx,
Kelantan Darul Naim.
xxxxxxxxxxxxx
Profesor Dr. Zulqarnain Mohamed,
Pengetua Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12),
Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12),
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur, Malaysia

18 SEPTEMBER 2015

Tuan,
Permohonan Rayuan Penempatan Kolej Semester 1 Sesi 2015/2016
Berhubung perkara di atas, saya xxxxxxxxxxxxxxxxxx. No. KP xxxxxxxxxxxxxxx. No.
Matrik xxxxxxxxxx ingin membuat rayuan untuk tinggal di asrama Kolej Kediaman Raja Dr
Nazrin Shah (KK12) bagi kemasukan Semester 1 Sesi 2015/2016 setelah gagal mendapat
kelayakan menduduki kolej yang dipohon iaitu Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah (KK12)
melalui online dan juga kolej-kolej lain. Kegagalan permohonan ini telah menyukarkan saya
bagi mendapatkan penempatan di luar kerana ia memerlukan kos yang tinggi dan kenderaan
sendiri.
2. Untuk makluman tuan, permohonan ini saya ajukan kerana saya merupakan pelajar
tahun akhir Sarjana Muda Usuluddin (Sejarah dan Tamadun Islam) yang mana hanya berbaki
satu semester pengajian sahaja. Tambahan pula, sebagai pelajar tahun akhir sarjana muda
saya sangat memerlukan penempatan di asrama Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah
(KK12) dalam menyiapkan final year paper project dan memenuhi kuliah yang berbaki 21
Jam Kredit lagi. Oleh yang demikian, saya sangat memerlukan asrama untuk memudahkan
pergerakan saya ke kuliah. Selain itu, keadaan ini memudahkan saya bertemu pensyarahpensyarah untuk membantu saya dalam pembelajaran juga dalam mencari bahan bagi
menyiapkan final year paper project yang memerlukan banyak masa di perpustakaan dan
di fakulti.
3. Di samping itu, kemudahan yang terdapat di dalam asrama seperti ruang belajar
dan internet juga amat diperlukan dan membantu saya dalam pembelajaran. Selain itu,
kemudahan kenderaan iaitu bas juga diperlukan untuk berulang alik ke kuliah ketika dalam
darurat. Oleh yang demikian, kemudahan ini membantu memudah dan melancarkan
pergerakan saya.
4. Untuk pengetahuan pihak Pengurusan Kolej, saya hanya menumpang di bilik
kawan atau menumpang di rumah kenalan lain yang agak jauh dari Universiti Malaya. Keluar

awal pagi dengan menggunakan kemudahan awam LRT yang memakan masa selama 45
minit dan perlu menukar bas untuk sampai ke fakulti. Tambahan pula, jadual kuliah banyak
yang bermula seawal 8 pagi dan menyebabkan selalu lewat sampai ke kelas. Ia sangat
menyukarkan pergerakan saya untuk menghadiri kuliah setiap hari.
5. Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan rayuan saya dengan sebaik
mungkin tanpa sebarang keraguan. Saya berjanji akan mematuhi peraturan kolej sewajarnya.
Respon positif daripada pihak tuan amatlah saya harapkan dan saya dahulukan dengan
ucapan jutaan terima kasih.
Terima Kasih.

Yang Benar,

(xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx)

Anda mungkin juga menyukai