Anda di halaman 1dari 2

ELAVARASSAN A/L M.

SUPPIAH (C15A0690)

PELAJAR TAHUN 3,

PENGAJIAN WARISAN,

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN KAMPUS BACHOK.

ENCIK ARIFF HAKIMI BIN ZULKIFLI

PENGETUA KOLEJ KEDIAMAN IBS,

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN KAMPUS BACHOK,

16300 BACHOK

KELANTAN DARUL NAIM. 01 0KTOBER 2017

TUAN,

PERMOHONAN RAYUAN UNTUK MENETAP DI ASRAMA IBS UMK KAMPUS


BACHOK

Merujuk perkara diatas, saya Elavarassan A/l M.Suppiah C15A0690 pelajar tahun 3
pengajian warisan Kesusasteraan Melayu Komunikatif ingin mengemukakan permohonan
rayuan agar ditempatkan di asrama IBS UMK Kampus Bachok bagi sesi 2017/2018.

2. Saya sangat memerlukan pertolongan Tuan dalam perkara ini, kerana saya tidak
mempunyai alternatif petempatan lain selain daripada menduduki asrama IBS. Untuk
pengetahuan tuan, saya kini menetap di Kolej Kediaman Jembal memandangkan saya dan
seorang lagi pelajar sahaja yang menetap di tempat tersebut, kami telah diarahkan keluar
untuk mencari petempatan lain dengan tempoh masa yang amat singkat. Perkara ini amat
mengecewakan dan memberi impak mendalam kepada saya kerana saya hanya bergantung
pada rumah tersebut untuk menetap. Walaupun pada mulanya, pemilik rumah tersebut
bersetuju untuk memberi petempatan namun setelah 2 minggu kami diarahkan untuk keluar
dengan alasan yuran yang dikenakan terlalu sedikit dan tidak dapat menampung untuk
menempatkan 2 pelajar sahaja. Kami hanya diberi masa sehingga Selasa ini untuk
mengosongkan rumah dan tindakan pemilik rumah berbicara amatlah ganas, dan tidak
memberi peluang untuk berunding. Kami terpaksa mencari tempat berteduh dan perkara ini
sangat memberi impak dalam proses pembelajaran kami.

3. Selain itu, faktor pengangkutan juga turut membimbangkan saya memandangkan saya
akan mengalami kesuntukan masa untuk menghadiri kuliah ataupun perjumpaan dalam masa
yang ditetapkan. Kesuntukan masa turut akan menjejaskan prestasi saya sendiri. Saya juga
mengalami masalah kesihatan iaitu, low blood pressure dimana saya memerlukan
pengawasan daripada sesiapa sentiasa, pernah juga terjadi kes saya pengsan di Laman
Monsun UMK dan saya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bachok untuk mendapatkan rawatan
lanjut.

4. Oleh itu, saya amat berharap agar pihak pengurusan kediaman IBS akan
mempertimbangkan permohonan saya ini. Segala kerjasama dan prihatin daripada pihak tuan
amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

(ELAVARASSAN A/L M.SUPPIAH) (C15A0690)

PELAJAR TAHUN 3,

PENGAJIAN WARISAN,

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN KAMPUS BACHOK.

Anda mungkin juga menyukai