Anda di halaman 1dari 2

Karangan Mengenai Perihal Diri, Perancangan Pengajian dan Kerjaya

Saya Nurul Hidayah binti Baharuddin, 21 tahun. Saya dilahirkan di Hospital Tengku Anis, Pasir
Puteh, Kelantan pada 31 Mac 1996. Saya merupakan anak ke-empat daripada enam adik beradik. Pada
awalnya, saya mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kamil (1), Pasir Puteh, Kelantan, bermula
darjah 1 hingga darjah 6 dan telah mendapat keputusan 3A 2B dalam UPSR. Kemudian, saya ditawarkan
ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil, pasie Puteh, Kelantan dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan
telah mendapat keputusan 4A 4B dalam PMR dan 1A 3B+ 3C 2D 1G dalam SPM. Seterusnya, saya
melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Chemical
and Bioengineering Technology (UniKL MICET), Alor Gajah, Melaka dan mendapat keputusan CGPA 2.29.

Sekarang, saya berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda di institusi yang
sama iaitu UniKL (MICET) dalam jurusan yang sama. Saya memilih jurusan ini kerana minat saya yang
mendalam dengan alam sekitar serta ia sesuai dengan apa yang telah saya pelajari semasa di peringkat
diploma sebelum ini. Ini mampu mengurangkan masa yang akan diambil untuk pembelajaran saya kelak.
Dengan ini, pengorbanan ibu bapa saya selama ini tidak akan saya sia-siakan setelah mereka
membesarkan dan mendidik saya sejak kecil.

Jadi, dengan melanjutkan pelajaran dalam jurusan Alam Sekitar, akan menjadikan saya seorang
yang kreatif dan bijak membahagikan masa dan menguruskan kehidupan. Berbekalkan pengalaman yang
telah diperoleh semasa di peringkat diploma, kehidupan saya akan menjadi lebih teratur dan kerja-kerja
yang diberikan oleh pensyarah akan saya mampu untuk siapkan tepat pada waktunya atau lebih cepat
dari itu.

Akhir sekali, suatu hari nanti saya akan menjadi seorang teknologis Berjaya dalam bidang Alam
Sekitar atau seorang perunding Alam Sekitar Malaysia setelah tamat pengajian peringkat Sarjana Muda
kelak. Ini kerana seorang teknologis dalam bidang ini sangat jarang dalam kalangan masyarakat Melayu
sekarang. Justeru itu, saya bangga sekiranya saya menjadi antara anak Melayu yang berjaya menceburi
dalam bidang ini. Kerjaya yang saya impikan selama ini akan memberi pulangan yang besar kerana saya
akan menggunakan pengalaman yang telah saya timba untuk ke luar negara kelak. Hal ini juga mampu
membuktikan bahawa anak Malaysia juga mampu bersaing dalam industri ini.

Sekian sahaja serba sedikit perihal diri, perancangan pengajian dan kerjaya yang saya berhasrat
untuk lakukan.

Anda mungkin juga menyukai