Anda di halaman 1dari 23

KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU DALAM AKTIVITI PENGAJARAN MATA

PELAJARAN BAHASA ARAB




ABSTRAK


Program j-QAF ( Jawi, Al-Quran dan Fardhu Ain) merupakan hasrat kerajaan yang amat
mulia dan bernilai dalam arena pendidikan kebangsaan. Program ini telah mewajibkan
pembelajaran Bahasa Arab kepada semua pelajar Melayu bermula dari sekolah rendah.
Berhubung dengan program ini, maka kerajaan telah mengarahkan Kementerian Pelajaran
menjalankan projek rintis berkaitan hasrat tersebut. Pelaksanaan projek ini adalah secara
berperingkat-peringkat, dimulakan dengan sekolah-sekolah rendah gred A dan diwajibkan
kepada semua pelajar-pelajar Islam kelas sederhana dan cemerlang. Projek yang sedang
dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara ini, diharapkan dapat melahirkan
pelajar-pelajar yang semestinya mencapai tahap mantap dan mahir berbahasa Arab dan
menguasai tulisan jawi dengan baik serta dapat melaksanakan amal ibadat dengan baik dan
sempurna. Maka kajian yang akan dijalankan nanti ialah untuk melihat jenis kemahiran
komunikasi guru dalam aktiviti pengajaran Bahasa Arab dan kaedah pengajaran yang sering
dilaksanakan di Sekolah Rendah. Kajian akan menilai tahap kefahaman Bahasa Arab dari segi
kemahiran menulis dan menjawab soalan lisan dan bertulis dengan betul serta memberi gerak
balas atau respon yang betul kepada pembelajaran mereka.

Kajian ini akan menggunakan model kajian yang djalankan oleh E.C.Bryant (1974)
yang menjelaskan bahawa faktor latar belakang dan proses pendidikan seperti faktor
persekitaran pelajar termasuk kemahiran komunikasi guru dan aspek pengetahuan akan
mempengaruhi pencapaian dan tahap kefahaman seseorang pelajar. Justeru kajian ini akan
memfokuskan kemahiran komunikasi guru sebagai faktor yang boleh menyumbang ke arah tahap
kefahaman pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Pentingnya kajian ini kerana ia amat selari dengan kehendak dan aspirasi Perdana
Menteri yang mewajibkan semua pelajar Islam mempelajari Bahasa Arab semenjak di sekolah
rendah. Kajian ini juga ialah sebagai satu usaha penambahbaikan kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia, Jabatan Pelajaran setiap negeri dan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia bagi
merangka dan membina modul yang lebih bersesuaian dengan situasi pelajar dan guru khususnya
guru yang terlibat dengan pengajaran tahap 1 sekolah rendah. Selain itu kajian ini akan dapat
membantu mengenal pasti metod dan sumber pembelajaran yang lebih berkesan untuk pelajar
sekolah rendah untuk mempelajari Bahasa Arab. Ibubapa dan waris pelajar juga dapat
memanfatkan kajian ini untuk membimbing anak-anak didik mereka untuk mencintai Bahasa
Arab dan pelajaran jawi dengan lebih mantap Di samping itu dapat meningkatkan peranan
komunikasi guru dalam menentukan keberkesanan pengajaran Bahasa Arab di sekoalh rendah.
Amat diharapkan kajian yang akan dijalankan dapat menjadi sebahagian daripada sumbangan
ilmiah dalam merialisasikan projek j-QAF yang telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran pada 24
April 2004 di SMK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu. Selain itu dapat
mengukur dan memberikan maklumat berkaitan keberkesanan program j-QAF yang telah dan
sedang dijalankan oleh pihak kementerian serta dapat merancang program bagi membantu pihak
sekolah merialisasikan impian dan hasrat kerajaan dalam projek j-QAF.
1.0 Pendahuluan

Projek j-QAF merupakan satu aspirasi murni untuk merealisasikan pendidikan Bahasa
Arab, Jawi dan Fardhu Ain. Susunan model-model dalam program ini amat terancang dan
relevan untuk dimajukan dari semasa ke semasa. Sememangnya projek ini amat dialu-alukan
oleh golongan pendidik khususnya golongan pendidik bidang Bahasa Arab, Jawi dan Fardhu Ain
di seluruh Malaysia. Walaupun program ini melalui tempoh masa yang masih muda dan belum
mencapai tempoh lima tahun, umumnya golongan waris dan pendidik memberi sambutan yang
sangat baik untuk kita terus memartabatkan projek ini. Di samping kajian-kajian, pandangan-
pandangan positif daripada golongan terlibat amat dialu-alukan bagi membantu memperkasakan
lagi pelan baik ini.

Justeru, penulis merasa terpanggil untuk melihat keberkesanan dan hasil pencapaian
program yang masih di anggap baru ini. Selain dapat menganalisis hasil pencapaian program dan
mencari rangka penambahbaikan, penulis amat berharap agar dapat melihat dan menganalisis
kaedah dan modul yang digunapakai dalam projek ini demi memartabatkan bidang keguruan j-
QAF dan pendidikan j-QAF itu sendiri. Selain itu kajian ini adalah kesinambungan daripada
kajian pertama dahulu.

Maka berdasarkan hakikat ini penulis mencuba untuk melaksanakan kajian ini iaitu :
Kemahiran Komunikasi Guru Dalam Aktiviti Pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab
Sekolah Rendah.


2.0 Penyataan Masalah

Proses pendidikan yang baik semestinya akan membuahkan hasil produk yang baik dan
bersumberkan kepada kaedah yang jelas. Hasil yang baik dan mantap biasanya dijadikan sebagai
penanda aras terhadap kejayaan dan kegagalan sesebuah program. Tanpa melalui proses
muhasabah atau postmortem sesuatu program, kita seumpama berjalan tanpa panduan dan
pedoman. Untuk maju kehadapan kita harus mempunyai dasar dan asas yang kukuh. Pendidikan
adalah penentu corak serta mutu kehidupan seseorang manusia. Pendidikan yang utuh dan afdal
akan melahirkan manusia dan bangsa yang kuat dan mulia. Bagi menjamin agar pendidikan itu
berupaya membentuk manusia dan bangsa yang kuat, ia harus dibangun dan dikembangkan di
atas asas-asas dan model-model yang kukuh.

Maka, kajian ini cuba untuk melihat kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti
pengajaran Bahasa Arab. Kajian ini juga akan membantu menambah baik dan mengukuhkan lagi
kemahiran komunikasi guru dan memantapkan lagi kaedah pengajaran Bahasa Arab khususnya
pengajaran di sekolah.

Kebanyakan kajian yang telah dilaksanakan adalah berkaitan dengan perkara-perkara
yang berhubung kait dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah tetapi sangat sedikit kajian
yang meninjau perihal dan permasalahan pendidikan di peringkat rendah.

Justeru itu, pengkaji dengan rasa tanggungjawab dan amat berminat berjuang
untuk meninjau beberapa proses pengajaran dan pembelajaran yang bersandarkan kepada model
j-QAF. Tinjauan ini adalah bagi mengenalpasti samada kemahiran komunikasi guru dapat
menjadi sumbangan dan motivasi atau dapat menanam rasa cinta dalam diri pelajar untuk
memahami Bahasa Arab dan belajar dengan lebih tekun seterusnya berjaya dalam pendidikan
Bahasa Arab dan Jawi serta dapat meneroka pembacaan Al-Quran dengan lebih baik.Uguroglu
(1982) mengatakan bahawa motivasi merupakan pembolehubah yang paling rapat dengan
pencapaian pelajar.

Stipek (1984) pula mengatakan bahawa perlunya motivasi dalaman pelajar untuk belajar.
Beliau percaya bahawa terdapat banyak cara untuk meningkatkan motivasi dalaman pelajar.
Antaranya ialah dengan memberikan tugasan yang mencabar, penggunaan bahasa positif dalam
kelas dan pembelajaran secara koperatif. Eccless, Midgeley dan Adler (1988) menyokong
pandangan ini dan mengatakan bahawa motivasi akan meningkat jika pelajar diberikan lebih
banyak autonomi dan kawalan terhadap pembelajaran mereka. Pandangan mereka amat
bersesuaian dengan penggunaan model-model j-QAF yang banyak melaksanakan teknik latih
tubi dan teknik penekanan ingatan. Manakala guru-guru j-QAF pula memberikan perhatian serta
tunjuk ajar yang tegas semasa aktiviti pemulihan dan perluasan Bahasa Arab, di samping itu
tetap mendekati pelajar melalui teknik pujukan dan belaian agar pelajar dapat merasai
keseronokan belajar .

Selain daripada pengkaji-pengkaji yang tersebut, terdapat ramai lagi pengkaji bahasa
yang menjalankan kajian mereka untuk melihat dan menguji sesuatu perjalanan program yang
telah dirancang dalam tempoh-tempoh tertentu. Pernyataan mereka amat bermakna untuk
pengkaji melihat perjalanan program j-QAF ini demi mempertingkatkan pengajaran Bahasa Arab
dan Jawi.

Antara objektif projek j-QAF ialah untuk memperkasakan Bahasa Arab , Jawi dan Al-
Quran. Objektif ini telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran berdasarkan laporan sekolah
terhadap kelemahan pelajar menguasai ketiga-tiga bidang tersebut. Jadi, tajuk ini amat
bertepatan dalam suasana pendidikan sekarang. Dapatan kajian ini diharap dapat memberi
sedikit gambaran berkenaan hasil program j-QAF yang sedang diperkasakan.

Program Interaksi Guru Pembimbing j-Qaf yang dilaksanakan pada 14 Januari 2008 di
Institut Perguruan Perlis, Perlis melaporkan bahawa terdapat segelintir pihak pentadbir sekolah
yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran
memberi beberapa komen berkaitan guru j-QAF di sekolah. Komen-komen tersebut dapat
diringkaskan seperti berikut:

i. Segelintir guru-guru j-QAF tidak dapat menyampaikan objektif projek j-QAF dengan berkesan
samada aspek pengajaran dan pembelajaran yang berunsur pemulihan dan aspek penekanan
rohani.

ii. Segelintir guru j-QAF tidak dapat memberi kerjasama yang baik dan lancar dalam beberapa
aktiviti anjuran sekolah.

iii. Segelintir guru j-QAF tidak dapat melaksanakan program atau model j-QAF seperti yang
dirancang dalam takwim sekolah

Berdasarkan beberapa komen di atas, dapat dirumuskan bahawa kajian ini perlu
dijalankan bagi melihat status pelaksanaan program tersebut serta membuat beberapa
pertimbangan dengan tidak meminggirkan pendapat dan komen daripada pihak-pihak tertentu.
Memandangkan tempoh pelaksanaan program ini yang masih baru, sememangnya wujud
permasalahan yang perlu dibincangkan dan dihuraikan bersama oleh semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung.

Justeru, pengkaji akan cuba menganalisis program ini dari aspek keberkesanan
dan keperluannya terhadap generasi sekolah dan melihat hasil pencapaian pelajar berdasarkan
program yang dirangka dengan sebegitu mantap dan bersistematik.



3.0 Kepentingan Kajian.

Pentingnya kajian ini kerana ianya amat selari dengan kehendak dan aspirasi Perdana
Menteri yang mewajibkan semua pelajar Islam mempelajari Bahasa Arab dan memahaminya
dengan lebih baik semenjak di sekolah rendah lagi. Justeru kajian ini adalah sebagai satu usaha
penambahbaikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran setiap negeri dan
sekolah-sekolah di seluruh Malaysia bagi merangka dan membina modul kemahiran komunikasi
guru yang lebih sesuai dan mantap dan bersesuaian dengan situasi pelajar khususnya pelajar
yang berada di tahap 1 sekolah rendah.

Selain itu kajian ini akan dapat membantu mengenal pasti metod dan sumber
pembelajaran yang lebih berkesan untuk pelajar sekolah rendah untuk mempelajari Bahasa Arab,
Jawi dan Al-Quran. Ibubapa dan waris pelajar juga dapat memanfatkan kajian ini untuk
membimbing anak-anak didik mereka untuk mencintai Bahasa Arab dan pelajaran jawi. Di
samping itu dapat meningkatkan peranan bahasa Arab sebagai wadah penting dalam proses
penitisan ilmu-ilmu Islam dan subjek-subjek yang berteraskan keagamaan.

Amat diharapkan kajian yang akan dijalankan dapat menjadi sebahagian daripada
sumbangan ilmiah dalam merialisasikan projek j-QAF yang telah dirasmikan oleh Menteri
Pelajaran pada 24 April 2004 di SMK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu. Selain
itu dapat mengukur dan memberikan maklumat berkaitan keberkesanan program j-QAF yang
telah dan sedang dijalankan oleh pihak kementerian serta dapat merancang program bagi
membantu pihak sekolah merialisasikan impian dan hasrat kerajaan dalam projek j-QAF.

Kepentingan kajian ini adalah dirumuskan seperti berikut:

3.1 Kajian ini penting untuk memberi pendedahan kepada masyarakat terutama warga pendidikan
tentang keberkesanan model-model j-QAF serta kaedah-kaedah yang dijalankan melalui projek-
projek yang telah dilaksanakan dan sedang dirangka seperti projek j-QAF. Projek ini diharap
dapat mendidik para pelajar menjadi insan yang celik Bahasa Arab, Jawi dan Al-Quran di
samping memastikan kesempurnaan serta keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3.2 Membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya bahagian Pendidikan Islam bagi
mengkaji, menilai, menambah baikan dalam merangka Kurikulum Sistem Pendidikan Islam dan
projek j-QAF di sekolah-sekolah di Malaysia pada masa akan datang melalui analisis kajian.

3.3 Mengaplikasikan kaedah-kaedah yang bersesuaian dan mantap dalam kurikulum pendidikan
Islam khusunya program j-QAF di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

3.4 Memberi dorongan kepada seluruh warga pendidikan agar dapat menghayati kaedah dan
prinsip-prinsip pendidikan Islam menerusi program yang disediakan. Seterusnya dapat
merealisasikan objektif projek j-QAF seperti dihasratkan oleh Menteri Pelajaran serta
menyempurnakan maksud yang terkandung dalam falsafah, misi dan visi pendidikan Negara.
4.0 Objektif Kajian.


4.1 Mengenalpasti kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti
pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab


4.2 Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam Mata Pelajaran Bahasa Arab

4.3 Melihat hubungan antara kemahiran komunikasi guru dan tahap kefahaman pelajar dalam
aktiviti pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab


4.4 Meninjau bagaimana pelaksanaan kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti pengajaran Mata
Pelajaran Bahasa Arab



5.0 Soalan Kajian

1. Apakah jenis kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti Mata Pelajaran Bahasa
Arab?

2. Apakah terdapat perbezaan tahap kefahaman pelajar dalam Mata Pelajaran
Bahasa Arab?

3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran komunikasi guru
dan tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran Mata Pelajaran Bahasa
Arab?

4. Apakah teknik-teknik pelaksanaan kemahiran komunikasi guru dalam pengajaran
dan pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab?





6.0 Batasan Kajian.

Fokus kajian ini akan melihat dan meninjau kemahiran komunikasi guru dalam mata
pelajaran Bahasa Arab dari aspek kefahaman pelajar.
Fokus kedua kajian ini akan meninjau dan menganalisis secara khusus kepada beberapa
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilaksanakan oleh guru di sekolah
rendah dan hanya akan melibatkan tahun 1 hingga tahun 2 sahaja. Kajan ini akan meliputi
Kurikulum Pendidikan Islam KSSR dan model Pembelajaran Bahasa Arab Kementerian
Pelajaran Malaysia. Oleh itu kurikulum-kurikulum yang lain dari kurikulum KSSR Pendidikan
Islam dan model-model j-QAF selain daripada yang disebut di atas ( Model Pemulihan Jawi,
Model Tasmik Al-Quran dan Bestari Solat) adalah terkeluar dari skop kajian ini dan tidak akan
dirujuk secara khusus oleh penulis.





7.0 Sorotan Karya


Di dalam mendapatkan data dan maklumat tentang kajian ini, penulis telah melakukan
tinjauan terhadap kajian-kajian lampau yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian penulis.
Menurut Abd. Rahim (1999), daya kreativiti yang tinggi membolehkan sesuatu kaedah dan
metod pengajaran mencorakkan perkembangan minda, emosi, sikap dan nilai para pelajar.
Kreativiti juga memerlukan daya imaginasi untuk membolehkan para pelajar meneroka dan
menghayati pengajaran yang berguna dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Ketandusan unsur
kreatif dalam pengajaran akan menyebabkan pelajar berasa bosan, jemu dan tidak berminat
dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah.

Zawawi Hj Ahmad (1988) Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM. Fajar Bakti :
Kuala Lumpur. Buku ini menerangkan tentang kaedah dan strategi yang diguna pakai dalam
pengajaran pendidikan Islam KBSM. Ia menyentuh secara langsung tentang peranan guru dan
kaedah yang boleh digunakan oleh mereka ketika sessi pengajaran dan pembelajaran. Buku ini
amat berguna kepada penulis dalam membuat penilaian dan perbandingan dalam kurikulum
pendidikan j-QAF di Malaysia dengan pelaksanaanya secara langsung oleh guru dan isu-isu
pendidikan Islam kini.

Prof. Dr. Hassan Langgulung (2002) Peralihan Paradigma Dalam Pendidikan Islam
dan Sains Sosial, Gaya Media Pratama : Jakarta. Isi buku ini merupakan himpunan tulisan Prof .
Hassan Langgulung dalam berbagai seminar dalam dan luar negara. Ia mengandungi tema-tema
penting yang berkaitan dengan falsafah pendidikan seperti Pendidikan menghadapi abad ke
21, Falsafah pendidikan guru, Falsafah Pendidikan di Malaysia , Falsafah Pendidikan
Islam dan lain-lain. Buku ini mengandungi fakta-fakta dan huraian yang amat penting kepada
penulis untuk memahai isi dan falsafah pendidikan Islam di Malaysia dan dalam usaha untuk
membuat perbandingan tentang keberkesanan sesuatu kaedah model pengajaran

Prof. Dr.Muhammad Hamid Al-Affendi et. al(1980) Curriculum and Teachers
Education, King Abd Aziz Universiti: Jeddah. Buku ini mengandungi kompilasi penulisan
intelektual Islam diseluruh dunia Islam yang merasa terpanggil untuk melakukan sesuatu dalam
menghadapi dan memerangi dualisme kurikulum dalam pendidikan di negara-negara umat Islam.
Antara penulis dalam buku ini ialah Prof Ahmed al-Beely yang menulis Konsep Kurikulum
Pendidikan Islam, Prof. Dr Ahmad Shalaby yang menulis Kurikulum Pendidikan Islam Prof
Afzalur Rahman yang menulis Pendidikan Islam Kanak-kanak Islam di Barat dan masalah
kurikulum dan Sukatan Pelajaran. Buku ini amat berguna kepada penulis di dalam menilai
sistem pendidikan di Malaysia dengan kurikulum pendidikan Islam yang juga dilaksanakan di
negara-negara Islam seluruh dunia.


Program Interaksi Guru Pembimbing j-Qaf yang dilaksanakan pada 14 Januari 2008 di
Institut Perguruan Perlis, Perlis melaporkan bahawa terdapat segelintir pihak pentadbir sekolah
yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran
memberi beberapa komen berkaitan guru j-QAF di sekolah. Komen-komen tersebut dapat
diringkaskan seperti berikut:


iv. segelintir guru-guru j-QAF tidak dapat menyampaikan objektif projek j-QAF dengan berkesan
samada aspek pengajaran dan pembelajaran dan aspek rohani.

v. Segelintir guru j-QAF tidak dapat memberi kerjasama yang baik dan lancar dalam beberapa
aktiviti anjuran sekolah.

vi. Segelintir guru j-QAF tidak dapat melaksanakan program atau model j-QAF seperti yang
dirancang dalam takwim sekolah

Berdasarkan beberapa komen di atas, dapat dirumuskan bahawa kajian perlu dijalankan
bagi melihat status pelaksanaan program tersebut serta membuat beberapa pertimbangan dengan
tidak meminggirkan pendapat dan komen pihak-pihak tertentu. Memandangkan tempoh
pelaksanaan program ini yang masih baru, sememangnya wujud permasalahan yang perlu
dibincangkan dan dihuraikan bersama oleh semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung khususnya dalam konteks pedagogi guru-guru Bahasa Arab dalam projek j-QAF.

Justeru, pengkaji akan cuba menganalisis program ini dari aspek keberkesanan
dan keperluannya terhadap generasi sekolah dan melihat hasil pencapaian program yang
dirangka dengan sebegitu mantap dan bersistematik.





8.0 Metodologi Kajian

Metodologi penelitian diertikan sebagai ilmu tentang cara mengadakan penelitian (1975).
Ia berasal dari bahasa Yunani ; methodos yang bererti cara atau jalan. Dalam bidang penelitian
secara ilmiah, metod merupakan cara bekerja untuk memahami objek yang menjadi sasaran
penelitian. Manakala penyelidikan bermaksud tatacara yang teratur yang digunakan oleh
manusia untuk menambah ilmu pengetahuan baru dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu
secara kebetulan atau spontan.

Reka bentuk kajian ialah berbentuk Kualitatif dan Kuantitatif. Kajian deskriptif adalah
untuk meninjau kaedah pengajaran Bahasa Arab yang dijalankan oleh guru-guru j-QAF dan guru
BahasArab melalui soal selidik. Manakala statistik deskriptif akan digunakan bagi menganalisis
jenis kemahiran komunikasi guru yang diakasanakan di sekolah. Manakala kajian kualitatif pula
akan meninjau teknik-teknik pelaksanaan kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran
B.Arab melalui kaedah temu bual. Responden kajian ini terdiri daripada guru-guru j-QAF lelaki
dan perempuan dan guru-guru Bahasa Arab yang telah dilantik dan mengajar di sekolah serta
pelajar tahun 1 hingga 2 yang terlibat dengan program j-QAF dan yang belum terlibat. Data
kajian pula akan diperoleh dengan menggunakan soal selidik dan pemerhatian oleh penyelidik
sendiri. Item soal selidik akan dirangka berpandukan kepada jenis kemahiran komunikasi yang
telah dirangka oleh penyelidik. Manakala analisis peperiksaan pelajar akan diambil bagi
membuat perbandingan keputusan dan kefahaman pelajar.

8.1 Metod Penganalisaan Data

Data Soal Selidik yang dikumpul akan dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi
15.0. Antara ujian yang akan dijalankan ialah statistik deskriptif dan ujian korelasi bagi melihat
hubungan antara kemahiran guru dengan tahap kefahaman pelajar.

8.2 Instrumen Kajian

Kajian ini akan menggunakan kaedah soal selidik berasaskan soalan-soalan yang akan
diubahsuai daripada teknik Money Problem Checklist yang telah diterjemahkan oleh Fakulti
Pendidikan Universiti Malaya. Kemudian teknik ini akan diubahsuai agar bersesuaian dengan
kajian yang akan dijalankan. Kaedah soal selidik ini terdiri daripada angkubah-angkubah yang
berhubungkait dengan model dan teknik serta penguasaan dan kemahiran guru dalam pengajaran
Bahasa.

















9.0 Kerangka Konseptual

Kajian akan berlandaskan kepada Model Bryant (1974). Model ini menjelaskan tentang faktor-
faktor yang mempunyai kaitan dengan hasil pencapaian.



Faktor Latar Belakang Strategi Pengajaran
( Kemahiran KomunikasiGuru)




Persekitaran Pencapaian




Proses Pendidikan Pengaruh lain



Sumber : E.C.Bryant, Association Between Educational Outcomes And Background Variable
Denver : National Assessment Of Educational Progress, 1974, p.5.


Rajah di atas menerangkan bahawa latar belakang dan proses pendidikan memberi impak
ke atas pencapaian seseorang pelajar. Berdasarkan rajah tersebut, maka pengkaji akan meninjau
proses pendidikan yang berlaku di sekolah melalui aktiviti pengajaran yang berkaitan dengan
kemahiran komunikasi guru dan kesannya dalam penguasaan Bahasa Arab.

Maka, dapat dirumuskan bahawa kerangka kajian yang akan dilaksanakan adalah seperti
rajah berikut :
10.0 Kerangka Kajian


Pembolehubah Bebas Pembolehubah Bersandar




Tahap Kefahaman
pelajar
- dapat menjawab
soalan dengan betul
- bertindak balas dengan
betul
- menulis dengan
betul
- keputusan ujian yang
baik



Berdasarkan Kerangka Kajian di atas, maka pengkaji akan melihat aspek-aspek yang
berkaitan dengan jenis kemahiran komunikasi yang dipraktikkan oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Kemudian, sampel soal selidik akan melibatkan guru dan pelajar
sekolah yang terlibat dengan pembelajaran Bahasa Arab.







11.0 Intepretasi Tahap Kefahaman Pelajar
Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4
Tidak dapat
memahami dan
bertindak balas
terhadap aktiviti
pengajaran dan
pembelajaran
Dapat memahami
beberapa arahan
dan melakukan
tindak balas
dengan minimum
Dapat memahami
dan melakukan
gerak balas dalam
beberapa arahan
dengan baik
Dapat memahami
dan bertindak
balas dengan baik
dan memberikan
respon yang
pantas dalam
aktiviti
Rajah 3 : Petunjuk tahap kefahaman pelajar.

12.0 Kesimpulan

Pengkaji amat berharap bahawa kajian ini dapat dilaksanakan dengan baik, berfokus
serta dapat menjawab persoalan kajian yang dirancangkan.. Kemudian hasil kajian ini nanti
diharapkan dapat memberi maklumat yang positif ke arah penambahbaikan dalam rancangan dan
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah khususnya menjadi respon terhadap
program j-QAF dan pendidikan Bahasa Arab sekolah rendah.
Bibliografi

Al-Quran al-Karim

Al-Hadith al-Syarif


Abd Rahim Abd Rahim. (1999). Pendidikan sejarah: Falsafah, teori dan amalan.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Sdn. Bhd.


Abdul Rahman Hj. Abdullah, Falsafah Dan Kaedah Pemikiran (2001), Kuala
Lumpur: Utusan Publication.


Charles Issawi, M.A, (1963), An Arab Philosophy of History, Selections from the
Prolegomena of Ibn Khaldun of Tunis (1332-1406), London: J. Murray


Ecless, J., Midgeley, C., Adler, T.F. (1984). Grade-related changes in the school environment: Effects on
achievement motivation. In Advances in motivation and achievement, Vol 3. Edited by John,
G.N Greenwich, Connecticut, JAI Press, 1984.


Hashim Musa (2001), Falsafah Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu; Suatu
Pengenalan, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu


Hassan Langgulung (2003), Asas-Asas Pendidikan Islam, Jakarta: Pernerbit P.
Pustaka al-Husna, cet. 5.


_______________ (1986),, Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan Kuala
Lumpur:DBP


Majid Fakhry, A Short Introduction To Islamic Philosophy, Theology and
Mysticism (1997), (terj.) Jakarta: Penerbit Mizan.


Mohd Hussain Ali Yasin, Mabadi Asasiah Fi Turuk Tadris Al Am, Darul Qalam,
Beirut, Lubnan

_____________________(2005), Budaya Berfikir Kritis Menurut Ibn Khaldun Sebagai Asas Pembinaan
Budaya Berfikir Melayu Masa Kini, kertas kerja seminar antara bangsa budaya dan pemikiran
antara negara China dan Malaysia, di Universiti Beijing China pada 6-12 Jun 2005.

Osman Bakar, Beberapa Aspek Falsafah Ilmu, dalam Jurnal Kesturi, bil 2,
Disember 1995


Sarton,George (1975), Introduction to the History of Science, New: York: Robert
E Krierger, v.3


Stipek, D.J.(1984). Motivation to learn. From theory to practice. Englewood
Cliffs, New Jersey : Prantice Hall, 1988.


Wan Mohd Nor Wan Daud (2003) Budaya Ilmu satu Penjelasan, Singapura:
Pustaka Nasional, 2003.

_______________________ (2005), Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed
M.Naquib Al-Attas , Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Anda mungkin juga menyukai