Anda di halaman 1dari 35

KEMAHIRAN KOMUNIKASI GURU DALAM AKTIVITI PENGAJARAN MATA

PELAJARAN BAHASA ARAB




ABSTRAK


Program j-QAF ( Jawi, Al-Quran dan Fardhu Ain) merupakan hasrat kerajaan yang
amat mulia dan bernilai dalam arena pendidikan kebangsaan. Program ini telah mewajibkan
pembelajaran Bahasa Arab kepada semua pelajar Melayu bermula dari sekolah rendah.
Berhubung dengan program ini, maka kerajaan telah mengarahkan Kementerian Pelajaran
menjalankan projek rintis berkaitan hasrat tersebut. Pelaksanaan projek ini adalah secara
berperingkat-peringkat, dimulakan dengan sekolah-sekolah rendah gred A dan diwajibkan
kepada semua pelajar-pelajar Islam kelas sederhana dan cemerlang. Projek yang sedang
dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara ini, diharapkan dapat melahirkan
pelajar-pelajar yang semestinya mencapai tahap mantap dan mahir berbahasa Arab dan
menguasai tulisan jawi dengan baik serta dapat melaksanakan amal ibadat dengan baik dan
sempurna. Maka kajian yang akan dijalankan nanti ialah untuk melihat jenis kemahiran
komunikasi guru dalam aktiviti pengajaran Bahasa Arab dan kaedah pengajaran yang sering
dilaksanakan di Sekolah Rendah. Kajian akan menilai tahap kefahaman Bahasa Arab dari
segi kemahiran menulis dan menjawab soalan lisan dan bertulis dengan betul serta memberi
gerak balas atau respon yang betul kepada pembelajaran mereka.

Kajian ini akan menggunakan model kajian yang djalankan oleh E.C.Bryant (1974)
yang menjelaskan bahawa faktor latar belakang dan proses pendidikan seperti faktor
persekitaran pelajar termasuk kemahiran komunikasi guru dan aspek pengetahuan akan
mempengaruhi pencapaian dan tahap kefahaman seseorang pelajar. Justeru kajian ini akan
memfokuskan kemahiran komunikasi guru sebagai faktor yang boleh menyumbang ke arah
tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Pentingnya kajian ini kerana ia amat selari dengan kehendak dan aspirasi Perdana
Menteri yang mewajibkan semua pelajar Islam mempelajari Bahasa Arab semenjak di
sekolah rendah. Kajian ini juga ialah sebagai satu usaha penambahbaikan kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran setiap negeri dan sekolah-sekolah di
seluruh Malaysia bagi merangka dan membina modul yang lebih bersesuaian dengan situasi
pelajar dan guru khususnya guru yang terlibat dengan pengajaran tahap 1 sekolah rendah.
Selain itu kajian ini akan dapat membantu mengenal pasti metod dan sumber pembelajaran
yang lebih berkesan untuk pelajar sekolah rendah untuk mempelajari Bahasa Arab. Ibubapa
dan waris pelajar juga dapat memanfatkan kajian ini untuk membimbing anak-anak didik
mereka untuk mencintai Bahasa Arab dan pelajaran jawi dengan lebih mantap Di samping itu
dapat meningkatkan peranan komunikasi guru dalam menentukan keberkesanan pengajaran
Bahasa Arab di sekoalh rendah. Amat diharapkan kajian yang akan dijalankan dapat menjadi
sebahagian daripada sumbangan ilmiah dalam merialisasikan projek j-QAF yang telah
dirasmikan oleh Menteri Pelajaran pada 24 April 2004 di SMK Sultan Sulaiman 1, Kuala
Terengganu, Terengganu. Selain itu dapat mengukur dan memberikan maklumat berkaitan
keberkesanan program j-QAF yang telah dan sedang dijalankan oleh pihak kementerian serta
dapat merancang program bagi membantu pihak sekolah merialisasikan impian dan hasrat
kerajaan dalam projek j-QAF.
1.0 Pendahuluan

Projek j-QAF merupakan satu aspirasi murni untuk merealisasikan pendidikan Bahasa
Arab, Jawi dan Fardhu Ain. Susunan model-model dalam program ini amat terancang dan
relevan untuk dimajukan dari semasa ke semasa. Sememangnya projek ini amat dialu-alukan
oleh golongan pendidik khususnya golongan pendidik bidang Bahasa Arab, Jawi dan Fardhu
Ain di seluruh Malaysia. Walaupun program ini melalui tempoh masa yang masih muda dan
belum mencapai tempoh lima tahun, umumnya golongan waris dan pendidik memberi
sambutan yang sangat baik untuk kita terus memartabatkan projek ini. Di samping kajian-
kajian, pandangan-pandangan positif daripada golongan terlibat amat dialu-alukan bagi
membantu memperkasakan lagi pelan baik ini.

Justeru, penulis merasa terpanggil untuk melihat keberkesanan dan hasil pencapaian
program yang masih di anggap baru ini. Selain dapat menganalisis hasil pencapaian program
dan mencari rangka penambahbaikan, penulis amat berharap agar dapat melihat dan
menganalisis kaedah dan modul yang digunapakai dalam projek ini demi memartabatkan
bidang keguruan j-QAF dan pendidikan j-QAF itu sendiri. Selain itu kajian ini adalah
kesinambungan daripada kajian pertama dahulu.

Maka berdasarkan hakikat ini penulis mencuba untuk melaksanakan kajian ini iaitu :
Kemahiran Komunikasi Guru Dalam Aktiviti Pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab
Sekolah Rendah.


2.0 Penyataan Masalah

Proses pendidikan yang baik semestinya akan membuahkan hasil produk yang baik
dan bersumberkan kepada kaedah yang jelas. Hasil yang baik dan mantap biasanya dijadikan
sebagai penanda aras terhadap kejayaan dan kegagalan sesebuah program. Tanpa melalui
proses muhasabah atau postmortem sesuatu program, kita seumpama berjalan tanpa
panduan dan pedoman. Untuk maju kehadapan kita harus mempunyai dasar dan asas yang
kukuh. Pendidikan adalah penentu corak serta mutu kehidupan seseorang manusia.
Pendidikan yang utuh dan afdal akan melahirkan manusia dan bangsa yang kuat dan
mulia. Bagi menjamin agar pendidikan itu berupaya membentuk manusia dan bangsa yang
kuat, ia harus dibangun dan dikembangkan di atas asas-asas dan model-model yang kukuh.

Maka, kajian ini cuba untuk melihat kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti
pengajaran Bahasa Arab. Kajian ini juga akan membantu menambah baik dan mengukuhkan
lagi kemahiran komunikasi guru dan memantapkan lagi kaedah pengajaran Bahasa Arab
khususnya pengajaran di sekolah.

Kebanyakan kajian yang telah dilaksanakan adalah berkaitan dengan perkara-perkara
yang berhubung kait dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah tetapi sangat sedikit kajian
yang meninjau perihal dan permasalahan pendidikan di peringkat rendah.

Justeru itu, pengkaji dengan rasa tanggungjawab dan amat berminat berjuang
untuk meninjau beberapa proses pengajaran dan pembelajaran yang bersandarkan kepada
model j-QAF. Tinjauan ini adalah bagi mengenalpasti samada kemahiran komunikasi guru
dapat menjadi sumbangan dan motivasi atau dapat menanam rasa cinta dalam diri pelajar
untuk memahami Bahasa Arab dan belajar dengan lebih tekun seterusnya berjaya dalam
pendidikan Bahasa Arab dan Jawi serta dapat meneroka pembacaan Al-Quran dengan lebih
baik.Uguroglu (1982) mengatakan bahawa motivasi merupakan pembolehubah yang paling
rapat dengan pencapaian pelajar.

Stipek (1984) pula mengatakan bahawa perlunya motivasi dalaman pelajar untuk
belajar. Beliau percaya bahawa terdapat banyak cara untuk meningkatkan motivasi dalaman
pelajar. Antaranya ialah dengan memberikan tugasan yang mencabar, penggunaan bahasa
positif dalam kelas dan pembelajaran secara koperatif. Eccless, Midgeley dan Adler (1988)
menyokong pandangan ini dan mengatakan bahawa motivasi akan meningkat jika pelajar
diberikan lebih banyak autonomi dan kawalan terhadap pembelajaran mereka. Pandangan
mereka amat bersesuaian dengan penggunaan model-model j-QAF yang banyak
melaksanakan teknik latih tubi dan teknik penekanan ingatan. Manakala guru-guru j-QAF
pula memberikan perhatian serta tunjuk ajar yang tegas semasa aktiviti pemulihan dan
perluasan Bahasa Arab, di samping itu tetap mendekati pelajar melalui teknik pujukan dan
belaian agar pelajar dapat merasai keseronokan belajar .

Selain daripada pengkaji-pengkaji yang tersebut, terdapat ramai lagi pengkaji bahasa
yang menjalankan kajian mereka untuk melihat dan menguji sesuatu perjalanan program
yang telah dirancang dalam tempoh-tempoh tertentu. Pernyataan mereka amat bermakna
untuk pengkaji melihat perjalanan program j-QAF ini demi mempertingkatkan pengajaran
Bahasa Arab dan Jawi.

Antara objektif projek j-QAF ialah untuk memperkasakan Bahasa Arab , Jawi dan Al-
Quran. Objektif ini telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran berdasarkan laporan sekolah
terhadap kelemahan pelajar menguasai ketiga-tiga bidang tersebut. Jadi, tajuk ini amat
bertepatan dalam suasana pendidikan sekarang. Dapatan kajian ini diharap dapat memberi
sedikit gambaran berkenaan hasil program j-QAF yang sedang diperkasakan.

Program Interaksi Guru Pembimbing j-Qaf yang dilaksanakan pada 14 Januari 2008
di Institut Perguruan Perlis, Perlis melaporkan bahawa terdapat segelintir pihak pentadbir
sekolah yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan
Pentadbiran memberi beberapa komen berkaitan guru j-QAF di sekolah. Komen-komen
tersebut dapat diringkaskan seperti berikut:

i. Segelintir guru-guru j-QAF tidak dapat menyampaikan objektif projek j-QAF dengan
berkesan samada aspek pengajaran dan pembelajaran yang berunsur pemulihan dan aspek
penekanan rohani.

ii. Segelintir guru j-QAF tidak dapat memberi kerjasama yang baik dan lancar dalam beberapa
aktiviti anjuran sekolah.

iii. Segelintir guru j-QAF tidak dapat melaksanakan program atau model j-QAF seperti yang
dirancang dalam takwim sekolah

Berdasarkan beberapa komen di atas, dapat dirumuskan bahawa kajian ini perlu
dijalankan bagi melihat status pelaksanaan program tersebut serta membuat beberapa
pertimbangan dengan tidak meminggirkan pendapat dan komen daripada pihak-pihak
tertentu. Memandangkan tempoh pelaksanaan program ini yang masih baru, sememangnya
wujud permasalahan yang perlu dibincangkan dan dihuraikan bersama oleh semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Justeru, pengkaji akan cuba menganalisis program ini dari aspek keberkesanan
dan keperluannya terhadap generasi sekolah dan melihat hasil pencapaian pelajar
berdasarkan program yang dirangka dengan sebegitu mantap dan bersistematik.



3.0 Kepentingan Kajian.

Pentingnya kajian ini kerana ianya amat selari dengan kehendak dan aspirasi Perdana
Menteri yang mewajibkan semua pelajar Islam mempelajari Bahasa Arab dan memahaminya
dengan lebih baik semenjak di sekolah rendah lagi. Justeru kajian ini adalah sebagai satu
usaha penambahbaikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran setiap
negeri dan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia bagi merangka dan membina modul
kemahiran komunikasi guru yang lebih sesuai dan mantap dan bersesuaian dengan situasi
pelajar khususnya pelajar yang berada di tahap 1 sekolah rendah.

Selain itu kajian ini akan dapat membantu mengenal pasti metod dan sumber
pembelajaran yang lebih berkesan untuk pelajar sekolah rendah untuk mempelajari Bahasa
Arab, Jawi dan Al-Quran. Ibubapa dan waris pelajar juga dapat memanfatkan kajian ini untuk
membimbing anak-anak didik mereka untuk mencintai Bahasa Arab dan pelajaran jawi. Di
samping itu dapat meningkatkan peranan bahasa Arab sebagai wadah penting dalam proses
penitisan ilmu-ilmu Islam dan subjek-subjek yang berteraskan keagamaan.

Amat diharapkan kajian yang akan dijalankan dapat menjadi sebahagian daripada
sumbangan ilmiah dalam merialisasikan projek j-QAF yang telah dirasmikan oleh Menteri
Pelajaran pada 24 April 2004 di SMK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu.
Selain itu dapat mengukur dan memberikan maklumat berkaitan keberkesanan program j-
QAF yang telah dan sedang dijalankan oleh pihak kementerian serta dapat merancang
program bagi membantu pihak sekolah merialisasikan impian dan hasrat kerajaan dalam
projek j-QAF.

Kepentingan kajian ini adalah dirumuskan seperti berikut:

3.1 Kajian ini penting untuk memberi pendedahan kepada masyarakat terutama warga pendidikan
tentang keberkesanan model-model j-QAF serta kaedah-kaedah yang dijalankan melalui
projek-projek yang telah dilaksanakan dan sedang dirangka seperti projek j-QAF. Projek ini
diharap dapat mendidik para pelajar menjadi insan yang celik Bahasa Arab, Jawi dan Al-
Quran di samping memastikan kesempurnaan serta keseimbangan jasmani, emosi, rohani
dan intelek.

3.2 Membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya bahagian Pendidikan Islam
bagi mengkaji, menilai, menambah baikan dalam merangka Kurikulum Sistem Pendidikan
Islam dan projek j-QAF di sekolah-sekolah di Malaysia pada masa akan datang melalui
analisis kajian.

3.3 Mengaplikasikan kaedah-kaedah yang bersesuaian dan mantap dalam kurikulum pendidikan
Islam khusunya program j-QAF di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

3.4 Memberi dorongan kepada seluruh warga pendidikan agar dapat menghayati kaedah dan
prinsip-prinsip pendidikan Islam menerusi program yang disediakan. Seterusnya dapat
merealisasikan objektif projek j-QAF seperti dihasratkan oleh Menteri Pelajaran serta
menyempurnakan maksud yang terkandung dalam falsafah, misi dan visi pendidikan Negara.
4.0 Objektif Kajian.


4.1 Mengenalpasti kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti
pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab


4.2 Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam Mata Pelajaran Bahasa Arab

4.3 Melihat hubungan antara kemahiran komunikasi guru dan tahap kefahaman pelajar dalam
aktiviti pengajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab


4.4 Meninjau bagaimana pelaksanaan kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti pengajaran
Mata Pelajaran Bahasa Arab



5.0 Soalan Kajian

1. Apakah jenis kemahiran komunikasi guru dalam aktiviti Mata Pelajaran
Bahasa Arab?

2. Apakah terdapat perbezaan tahap kefahaman pelajar dalam Mata Pelajaran
Bahasa Arab?

3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran komunikasi guru
dan tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran Mata Pelajaran Bahasa
Arab?

4. Apakah teknik-teknik pelaksanaan kemahiran komunikasi guru dalam
pengajaran dan pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab?





6.0 Batasan Kajian.

Fokus kajian ini akan melihat dan meninjau kemahiran komunikasi guru dalam mata
pelajaran Bahasa Arab dari aspek kefahaman pelajar.
Fokus kedua kajian ini akan meninjau dan menganalisis secara khusus kepada
beberapa kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilaksanakan oleh
guru di sekolah rendah dan hanya akan melibatkan tahun 1 hingga tahun 2 sahaja. Kajan ini
akan meliputi Kurikulum Pendidikan Islam KSSR dan model Pembelajaran Bahasa Arab
Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh itu kurikulum-kurikulum yang lain dari kurikulum
KSSR Pendidikan Islam dan model-model j-QAF selain daripada yang disebut di atas (
Model Pemulihan Jawi, Model Tasmik Al-Quran dan Bestari Solat) adalah terkeluar dari
skop kajian ini dan tidak akan dirujuk secara khusus oleh penulis.





7.0 Sorotan Karya


Di dalam mendapatkan data dan maklumat tentang kajian ini, penulis telah melakukan
tinjauan terhadap kajian-kajian lampau yang mempunyai kaitan dengan tajuk kajian penulis.
Menurut Abd. Rahim (1999), daya kreativiti yang tinggi membolehkan sesuatu kaedah dan
metod pengajaran mencorakkan perkembangan minda, emosi, sikap dan nilai para pelajar.
Kreativiti juga memerlukan daya imaginasi untuk membolehkan para pelajar meneroka dan
menghayati pengajaran yang berguna dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Ketandusan
unsur kreatif dalam pengajaran akan menyebabkan pelajar berasa bosan, jemu dan tidak
berminat dengan mata pelajaran yang diajar di sekolah.

Zawawi Hj Ahmad (1988) Strategi Pengajaran Pendidikan Islam KBSM. Fajar Bakti :
Kuala Lumpur. Buku ini menerangkan tentang kaedah dan strategi yang diguna pakai dalam
pengajaran pendidikan Islam KBSM. Ia menyentuh secara langsung tentang peranan guru dan
kaedah yang boleh digunakan oleh mereka ketika sessi pengajaran dan pembelajaran. Buku
ini amat berguna kepada penulis dalam membuat penilaian dan perbandingan dalam
kurikulum pendidikan j-QAF di Malaysia dengan pelaksanaanya secara langsung oleh guru
dan isu-isu pendidikan Islam kini.

Prof. Dr. Hassan Langgulung (2002) Peralihan Paradigma Dalam Pendidikan Islam
dan Sains Sosial, Gaya Media Pratama : Jakarta. Isi buku ini merupakan himpunan tulisan
Prof . Hassan Langgulung dalam berbagai seminar dalam dan luar negara. Ia mengandungi
tema-tema penting yang berkaitan dengan falsafah pendidikan seperti Pendidikan
menghadapi abad ke 21, Falsafah pendidikan guru, Falsafah Pendidikan di Malaysia
, Falsafah Pendidikan Islam dan lain-lain. Buku ini mengandungi fakta-fakta dan huraian
yang amat penting kepada penulis untuk memahai isi dan falsafah pendidikan Islam di
Malaysia dan dalam usaha untuk membuat perbandingan tentang keberkesanan sesuatu
kaedah model pengajaran

Prof. Dr.Muhammad Hamid Al-Affendi et. al(1980) Curriculum and Teachers
Education, King Abd Aziz Universiti: Jeddah. Buku ini mengandungi kompilasi penulisan
intelektual Islam diseluruh dunia Islam yang merasa terpanggil untuk melakukan sesuatu
dalam menghadapi dan memerangi dualisme kurikulum dalam pendidikan di negara-negara
umat Islam. Antara penulis dalam buku ini ialah Prof Ahmed al-Beely yang menulis Konsep
Kurikulum Pendidikan Islam, Prof. Dr Ahmad Shalaby yang menulis Kurikulum
Pendidikan Islam Prof Afzalur Rahman yang menulis Pendidikan Islam Kanak-kanak
Islam di Barat dan masalah kurikulum dan Sukatan Pelajaran. Buku ini amat berguna
kepada penulis di dalam menilai sistem pendidikan di Malaysia dengan kurikulum
pendidikan Islam yang juga dilaksanakan di negara-negara Islam seluruh dunia.


Program Interaksi Guru Pembimbing j-Qaf yang dilaksanakan pada 14 Januari 2008
di Institut Perguruan Perlis, Perlis melaporkan bahawa terdapat segelintir pihak pentadbir
sekolah yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan
Pentadbiran memberi beberapa komen berkaitan guru j-QAF di sekolah. Komen-komen
tersebut dapat diringkaskan seperti berikut:


iv. segelintir guru-guru j-QAF tidak dapat menyampaikan objektif projek j-QAF dengan
berkesan samada aspek pengajaran dan pembelajaran dan aspek rohani.

v. Segelintir guru j-QAF tidak dapat memberi kerjasama yang baik dan lancar dalam beberapa
aktiviti anjuran sekolah.

vi. Segelintir guru j-QAF tidak dapat melaksanakan program atau model j-QAF seperti yang
dirancang dalam takwim sekolah

Berdasarkan beberapa komen di atas, dapat dirumuskan bahawa kajian perlu
dijalankan bagi melihat status pelaksanaan program tersebut serta membuat beberapa
pertimbangan dengan tidak meminggirkan pendapat dan komen pihak-pihak tertentu.
Memandangkan tempoh pelaksanaan program ini yang masih baru, sememangnya wujud
permasalahan yang perlu dibincangkan dan dihuraikan bersama oleh semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung khususnya dalam konteks pedagogi guru-guru
Bahasa Arab dalam projek j-QAF.

Justeru, pengkaji akan cuba menganalisis program ini dari aspek keberkesanan
dan keperluannya terhadap generasi sekolah dan melihat hasil pencapaian program yang
dirangka dengan sebegitu mantap dan bersistematik.





8.0 Metodologi Kajian

Metodologi penelitian diertikan sebagai ilmu tentang cara mengadakan penelitian
(1975). Ia berasal dari bahasa Yunani ; methodos yang bererti cara atau jalan. Dalam bidang
penelitian secara ilmiah, metod merupakan cara bekerja untuk memahami objek yang
menjadi sasaran penelitian. Manakala penyelidikan bermaksud tatacara yang teratur yang
digunakan oleh manusia untuk menambah ilmu pengetahuan baru dan berbeza sekali dengan
penemuan ilmu secara kebetulan atau spontan.

Reka bentuk kajian ialah berbentuk Kualitatif dan Kuantitatif. Kajian deskriptif
adalah untuk meninjau kaedah pengajaran Bahasa Arab yang dijalankan oleh guru-guru j-
QAF dan guru BahasArab melalui soal selidik. Manakala statistik deskriptif akan digunakan
bagi menganalisis jenis kemahiran komunikasi guru yang diakasanakan di sekolah. Manakala
kajian kualitatif pula akan meninjau teknik-teknik pelaksanaan kemahiran guru dalam
pengajaran dan pembelajaran B.Arab melalui kaedah temu bual. Responden kajian ini terdiri
daripada guru-guru j-QAF lelaki dan perempuan dan guru-guru Bahasa Arab yang telah
dilantik dan mengajar di sekolah serta pelajar tahun 1 hingga 2 yang terlibat dengan program
j-QAF dan yang belum terlibat. Data kajian pula akan diperoleh dengan menggunakan soal
selidik dan pemerhatian oleh penyelidik sendiri. Item soal selidik akan dirangka
berpandukan kepada jenis kemahiran komunikasi yang telah dirangka oleh penyelidik.
Manakala analisis peperiksaan pelajar akan diambil bagi membuat perbandingan keputusan
dan kefahaman pelajar.

8.1 Metod Penganalisaan Data

Data Soal Selidik yang dikumpul akan dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi
15.0. Antara ujian yang akan dijalankan ialah statistik deskriptif dan ujian korelasi bagi
melihat hubungan antara kemahiran guru dengan tahap kefahaman pelajar.

8.2 Instrumen Kajian

Kajian ini akan menggunakan kaedah soal selidik berasaskan soalan-soalan yang akan
diubahsuai daripada teknik Money Problem Checklist yang telah diterjemahkan oleh
Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Kemudian teknik ini akan diubahsuai agar
bersesuaian dengan kajian yang akan dijalankan. Kaedah soal selidik ini terdiri daripada
angkubah-angkubah yang berhubungkait dengan model dan teknik serta penguasaan dan
kemahiran guru dalam pengajaran Bahasa.

















9.0 Kerangka Konseptual

Kajian akan berlandaskan kepada Model Bryant (1974). Model ini menjelaskan tentang
faktor-faktor yang mempunyai kaitan dengan hasil pencapaian.



Faktor Latar Belakang Strategi Pengajaran
( Kemahiran KomunikasiGuru)




Persekitaran Pencapaian




Proses Pendidikan Pengaruh lain



Sumber : E.C.Bryant, Association Between Educational Outcomes And Background Variable
Denver : National Assessment Of Educational Progress, 1974, p.5.


Rajah di atas menerangkan bahawa latar belakang dan proses pendidikan memberi
impak ke atas pencapaian seseorang pelajar. Berdasarkan rajah tersebut, maka pengkaji akan
meninjau proses pendidikan yang berlaku di sekolah melalui aktiviti pengajaran yang
berkaitan dengan kemahiran komunikasi guru dan kesannya dalam penguasaan Bahasa Arab.

Maka, dapat dirumuskan bahawa kerangka kajian yang akan dilaksanakan adalah
seperti rajah berikut :
10.0 Kerangka Kajian


Pembolehubah Bebas Pembolehubah Bersandar




Tahap Kefahaman
pelajar
- dapat menjawab
soalan dengan betul
- bertindak balas dengan
betul
- menulis dengan
betul
- keputusan ujian yang
baik



Berdasarkan Kerangka Kajian di atas, maka pengkaji akan melihat aspek-aspek yang
berkaitan dengan jenis kemahiran komunikasi yang dipraktikkan oleh guru dalam pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Kemudian, sampel soal selidik akan melibatkan guru dan
pelajar sekolah yang terlibat dengan pembelajaran Bahasa Arab.







11.0 Intepretasi Tahap Kefahaman Pelajar
Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4
Tidak dapat
memahami dan
bertindak balas
terhadap aktiviti
pengajaran dan
pembelajaran
Dapat memahami
beberapa arahan
dan melakukan
tindak balas
dengan minimum
Dapat memahami
dan melakukan
gerak balas dalam
beberapa arahan
dengan baik
Dapat memahami
dan bertindak
balas dengan baik
dan memberikan
respon yang
pantas dalam
aktiviti
Rajah 3 : Petunjuk tahap kefahaman pelajar.

12.0 Kesimpulan

Pengkaji amat berharap bahawa kajian ini dapat dilaksanakan dengan baik, berfokus
serta dapat menjawab persoalan kajian yang dirancangkan.. Kemudian hasil kajian ini nanti
diharapkan dapat memberi maklumat yang positif ke arah penambahbaikan dalam rancangan
dan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah khususnya menjadi respon
terhadap program j-QAF dan pendidikan Bahasa Arab sekolah rendah.
Bibliografi

Al-Quran al-Karim

Al-Hadith al-Syarif


Abd Rahim Abd Rahim. (1999). Pendidikan sejarah: Falsafah, teori dan amalan.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Sdn. Bhd.


Abdul Rahman Hj. Abdullah, Falsafah Dan Kaedah Pemikiran (2001), Kuala
Lumpur: Utusan Publication.


Charles Issawi, M.A, (1963), An Arab Philosophy of History, Selections from the
Prolegomena of Ibn Khaldun of Tunis (1332-1406), London: J. Murray


Ecless, J., Midgeley, C., Adler, T.F. (1984). Grade-related changes in the school environment:
Effects on achievement motivation. In Advances in motivation and achievement, Vol 3.
Edited by John, G.N Greenwich, Connecticut, JAI Press, 1984.


Hashim Musa (2001), Falsafah Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu; Suatu
Pengenalan, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu


Hassan Langgulung (2003), Asas-Asas Pendidikan Islam, Jakarta: Pernerbit P.
Pustaka al-Husna, cet. 5.


_______________ (1986),, Pengenalan Tamadun Islam Dalam Pendidikan Kuala
Lumpur:DBP


Majid Fakhry, A Short Introduction To Islamic Philosophy, Theology and
Mysticism (1997), (terj.) Jakarta: Penerbit Mizan.


Mohd Hussain Ali Yasin, Mabadi Asasiah Fi Turuk Tadris Al Am, Darul Qalam,
Beirut, Lubnan

_____________________(2005), Budaya Berfikir Kritis Menurut Ibn Khaldun Sebagai Asas
Pembinaan Budaya Berfikir Melayu Masa Kini, kertas kerja seminar antara bangsa budaya
dan pemikiran antara negara China dan Malaysia, di Universiti Beijing China pada 6-12 Jun
2005.

Osman Bakar, Beberapa Aspek Falsafah Ilmu, dalam Jurnal Kesturi, bil 2,
Disember 1995


Sarton,George (1975), Introduction to the History of Science, New: York: Robert
E Krierger, v.3


Stipek, D.J.(1984). Motivation to learn. From theory to practice. Englewood
Cliffs, New Jersey : Prantice Hall, 1988.


Wan Mohd Nor Wan Daud (2003) Budaya Ilmu satu Penjelasan, Singapura:
Pustaka Nasional, 2003.

_______________________ (2005), Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed
M.Naquib Al-Attas , Kuala Lumpur: Universiti Malaya.




























Instrumen


A. Maklumat Pengalaman Bekerja:
1. Berapa lama anda sudah bertugas di sini?
2. Apakah kelayakan akademik anda?
3. Apakah kelayakan ikhtisas anda?
4. Apakah kelulusan tertinggi bahasa Melayu anda?
5. Apakah pengkhususan anda semasa latihan perguruan?
6. Sudah berapa lamakah anda mengajar mata pelajaran Pemulihan Bahasa Melayu?
7. Adakah anda mengikuti kursus-kursus yang berkaitan tugas anda sekarang? Nyatakan.
B. Sejauhmanakah pengetahuan guru tentang kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
Pemulihan BM?
1. Adakah anda mendapat pendedahan yang mencukupi berkaitan teknik dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran Pemulihan Bahasa Melayu?
2. Di manakah anda mendapat pendedahan?
3. SIapakah yang membimbing anda?
4. Berapa lamakah anda mengikuti kursus atau latihan tersebut?
5. Berapakah kekerapan anda mengikuti kursus yang berkaitan?

C. Sejauhmanakah kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Pemulihan BM
dilaksanakan?
1. Adakah anda mengamalkan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran Pemulihan BM
yang anda peroleh?
2. Apakah teknik dan kaedah yang anda gunakan?
3. Adakah anda menguasai teknik tersebut?
4. Adakah kaedah dan teknik tersebut berkesan?
5. Berapa lamakah murid dapat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar ( lisan, membaca dan
menulis)?
6. Bagaimanakah anda menguji keberkesanannya?
7. Adakah anda rasa murid-murid anda faham tentang apa-apa yang anda ajarkan?


1.9 Kerangka Konseptual Kajian

Berdasarkan objektif dan persoalan kajian, pengkaji merangka satu kerangka konseptual
kajian seperti Rajah 1.3


PRA

(Fasa 2 ) PROSES PEMBANGUNAN

POST
( Fasa 1) INPUT

PROSES

OUTPUT

(Fasa 3)

Tinjauan Aktiviti Model
Kelas Pemulihan
Jawi
( Soal Selidik dan
Temubual)

Keperluan
Kaedah Latihan Menulis
dan Membaca

Pembangunan
latihan Dan Penilaian

Rekabentuk
Kaedah
Latihan
Menulis
Dan Membaca


Pembangunan
Kaedah
Latihan
Menulis
Dan Membaca

Penilaian
Sumatif
(tinjauan
pendapat)
Latihan
tersebut
Aplikasi
Kaedah dan
penilaian
kekuatan dan
kelemahan.

Rajah 1.3 : Kerangka Konseptual Kajian
asalah Penguasaan Jawi: Kajian Tindakan
Salam Rakan BloggersLama saya tidak berbicara di laman maya ini. Kesibukan tugas saya
membuatkan saya agak sukar untuk mengupdate blog saya. Namun begitu, saya tidak
pernah lupa rakan-rakan sekalian. Tidak ada yang baru kali ini, Cuma pada kali ini saya
uploadkan kajian tindakan saya semasa di SKDN dulu, bagi memudahkan penyelidik
berkongsi idea dengan saya. Semoga bahan yang diuploadkan ini dapat dimanfaatkan oleh
kalian. Kalian adalah barisan hadapan pejuang dijalan ALLAH, jangan sesekali biarkan anak-
anak didik kita kekurangan ilmu terutamanya dalam bidang Pendidikan Islam dan Jawi.

Kertas Cadangan

Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis Jawi di Kalangan Pelajar Tahun 4:
Kajian Kes di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding

Bab 1: Pernyataan Masalah

1.1 Pengenalan
Tulisan Jawi adalah salah satu daripada warisan bangsa Melayu yang perlu dipertahan dan
dipelihara. Pada satu ketika dulu, tulisan jawi menjadi antara medium bagi penyampaian ilmu
di kalangan umat Islam di nusantara. Selain sebagai medium penyampaian ilmu, tulisan jawi
juga digunakan bagi menyelesaikan urusan harian seperti jual beli, undang-undang, politik
dan perhubungan antarabangsa.

Antara bukti tulisan jawi digunakan secara meluas di nusantara ialah penemuan surat-surat
perjanjian jual beli yang ditulis dalam tulisan jawi, penemuan batu-batu bersurat yang
dijumpai di Kedah dan Terengganu, Kanun Undang-Undang Negeri seperti Hukum 44 di
Kedah, Majallah Ahkam di Johor dan Hukum Kanun Melaka yang dipraktikkan di Melaka
semuanya ditulis dan dibukukan dalam tulisan jawi lama.

Dalam penyebaran ilmu, tidak dinafikan tulisan jawi memainkan peranan yang sangat
penting. Pada zaman dahulu kita dapat lihat, ulama-ulama tersohor di rantau alam Melayu
menulis kitab semuanya menggunakan bahasa Melayu dan tulisan jawi sebagai medium
penyampaiannya. Antara penulisan tersebut ialah Matla al-Badrain karangan Sheikh Ahmad
al-Fathani, Furu Masail dan Munyatul Musalli karangan Syeikh Daud al-Fathani, Durr al-
Thamin karangan Syeikh Abdullah al-Fathani, Faridatul Faraid karangan Syeikh
Abdussamad al- Palembangi dan Bahrul al-Mazhi karangan Syeikh Idris al-Marbawi.

Kebelakangan ini, kita dapati penguasaan dan minat masyarakat terhadap tulisan jawi agak
berkurangan. Sebagai bukti, Akhbar Utusan Melayu yang telah diterbitkan sejak sebelum
merdeka lagi telah diberhentikan pengeluarannya akibat daripada tidak mendapat sambutan
yang menggalakkan daripada masyarakat Melayu sendiri. Namun begitu, tindakan pantas
Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menanggung sebahagian besar kos pencetakan
akhbar ini menjadikan akhbar ini terus diterbitkan namun bukan lagi sebuah akhbar tetapi
hanya dalam bentuk sisipan yang diterbitkan bersama Utusan Malaysia setiap hari Isnin.

Tulisan jawi juga terpinggir selepas kerajaan memutuskan bahawa tulisan rumi digunakan
sebagai medium bagi penyampaian bahasa Melayu dan pada satu ketika Pendidikan Islam
juga menggunakan tulisan rumi sebagai tulisan rasmi menyebabkan tulisan jawi semakin
hilang daripada masyarakat Melayu di Malaysia.

Namun begitu, tulisan jawi kembali diberi nafas baru apabila kerajaan mewajibkan
pendidikan Islam menggunakan tulisan jawi dan menyediakan buku teks Pendidikan Islam
dalam tulisan Jawi. Selain daripada itu, usaha bekas Perdana Mewnteri yang Kelima Tun
Abdullah Haji Ahmad Badawi memperkenalkan program j-QAF di sekolah-sekolah rendah
bermula pada tahun 2005 seolah memberikan tulisan Jawi nafas baru bagi membugarkan
semula kegemilangan tulisan Jawi pada satu ketika dulu.

Selain daripada itu, kehadiran Kaedah Ejaan Dewan yang di susun secara teratur oleh pakar-
pakar bahasa menjadikan kaedah tulisan jawi semakin tersusun. Wujudnya Kamus Dewan
bagi Ejaan Jawi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka memantapkan lagi usaha jitu kerajaan
bagi memartabatkan tulisan jawi. Diharapkan dengan usaha jitu daripada semua pihak dapat
mengembalikan semula tulisan jawi sebagai salah satu medium penyampaian ilmu
pengetahuan.

Justeru itu, bagi memastikan warisan tulisan jawi ini terkubur, suatu usaha yang bersepadu
dan bersungguh secara berterusan perlu dilakukan bagi memastikan tulisan jawi kekal
sebagai medium kepada penyampaian ilmu di serata nusantara. Melihat kepada pengalaman
semasa sebagai guru, perlu ada kajian yang mendalam berkaitan masalah yang dihadapi oleh
murid sehinggakan menghilangkan minat untuk belajar tulisan jawi.

1.2 Latar belakang Kajian

Kajian ini dilakukan sebagai kajian tindakan bagi memastikan bahawa semua murid SKDN
menguasai tulisan jawi menjelang 2015 bertepatan dengan misi sekolah, SKDN Cemerlang
Menjelang 2015. Kajian ini juga mengambil kira aspek-aspek kelemahan P&P, kesediaan
pelajar, motivasi rendah untuk setiap pelajar dan sukatan pelajaran sedia ada.

Kajian ini juga sebagai perintis kepada kajian-kajian yang lebih terperinci dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran jawi bagi memastikan tulisan jawi terus berkembang subur
dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Diharapkan kajian ini dapat menyelesaikan persoalan penguasaan jawi di kalangan pelajar
Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding dan akan menjadikan SKDN sebagai sekolah sifar buta
jawi menjelang 2015.

Selepas selesai kajian tindakan ini, kajian ini akan dipanjangkan ke Sektor Pendidikan Islam
di Jabatan Pelajaran Selangor dan Bahagian PendidIkan Islam di Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk rujukan dan kajian kes bagi masalah pembelajaran jawi di salah sebuah
sekolah di Malaysia.

Semoga kajian ini menjadi titik awal bagi memartabatkan tulisan jawi di peringkat sekolah
rendah dan diteruskan diperingkat yang lebih tinggi demi memastikan tulisan jawi terus
menjadi pilihan dan perhatian masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia.
1.3 Latarbelakang Permasalahan Kajian

Kajian ini akan memberikan penumpuan kepada penguasaan kemahiran membaca dan
menulis jawi di kalangan pelajar tahun empat. Antara sebab tahun 4 dipilih dan dijadikan
penanda aras dalam penilaian ini adalah berasaskan beberapa faktor; pertama, adalah kerana
tahun 4 empat adalah fasa peralihan daripada tahap satu kepada tahap dua. Sewajarnya murid
telah menguasai kedua-dua asas ini sebagai persediaan kepada kemahiran yang seterusnya
pada tahap dua.

Kedua, adalah disebabkan tahun 4 adalah tahun pertama di Sekolah Kebangsaan Dusun
Nanding yang menerima program j-QAF di mana program ini membekalkan guru terlatih
bersama dengan modul-modul khas terutamanya Modul Pemulihan Jawi. Selain daripada itu,
guru-guru ini adalah guru yang dilatih khusus bagi tujuan pemulihan jawi. Justeru, inilah
masa yang sesuai menilai keberkesanan program ini dan jika terdapat kelemahan, kelemahan
tersebut perlu ditampung mengikut kesesuaian bagi menjamin program ini terlaksana dengan
jayanya.

Ketiga, tahap perkembangan fisiologi murid juga berada dalam fasa yang berlainan daripada
murid tahun 1 hingga 3. Justeru, kajian ini diperlukan bagi mengkaji bagaimana perubahan
fisiologi dan kematangan murid mempengaruhi kemahiran sedia ada.

Kajian ini akan melibatkan semua murid tahun empat SKDN yang berjumlah 115 orang
sebagai sampel kajian (soal selidik dan pengumpulan data) dan 7 orang Guru Pendidikan
Islam terlatih sebagai responden untuk temubual dan 20 orang murid lemah jawi yang telah
dikenalpasti melalui ujian yang dilaksanakan oleh GPI sebagai sampel kepada aktiviti
pemulihan jawi.

Kajian ini akan mengumpulkan semua data pelajar tahun empat untuk dianalisis tahap
pencapaian sebenar pelajar dalam tulisan jawi. Sumber kepada data-data ini ialah peperiksaan
akhir tahun ketika mereka berada di tahun 3, peperiksaan pertengahan tahun bagi tahun
semasa dan penilaian jawi 6 bulan yang termasuk dalam instrument j-QAF. Setelah data ini
dikenal pasti murid akan dikelaskan mengikut tahap penguasaan jawi mereka seperti Amat
baik, Sederhana dan Lemah. Murid yang lemah akan dijadikan sampel bagi aktiviti
pemulihan jawi. Manakala murid yang sederhana akan diberi latih tubi di dalam kelas harian.
Guru GPI yang mengajar kelas tersebut akan dimaklumkan tahap murid. Pada akhir tahun
akan diadakan penilaian sekali lagi sebagai persediaan kepada kajian tindakan selanjutnya.

1.4.1 Tujuan Kajian

Tujuan kajian yang utama adalah untuk mengenalpasti dan mengumpul data berkaitan
penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi yang bertujuan untuk memudahkan
tindakan susulan dijalankan bagi memastikan SKDN sifar buta jawi menjelang tahun 2015.
Antara objektif mikro bagi kajian ini ialah:
1. Mengenalpasti dan mengumpul maklumat berkaitan latar belakang murid. Latar belakang
murid juga memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pencapaian murid. Ini akan
memudahkan guru menggunakan pendekatan yang sesuai.

2. Mengenalpasti jumlah murid bagi pengkelasan yang ditetapkan iaitu baik, sederhana dan
lemah. Perincian data mengenai tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran adalah
perlu bagi memudahkan guru melakukan aktiviti tambah nilai, pengayaan dan pemulihan di
dalam dan luar kelas.

3. Mengenalpasti bagaimana kecenderungan pelajar terhadap tulisan jawi. Ini amat penting
supaya aktiviti jawi boleh disemarakkan dengan memahami secara jelas dan terang berkaitan
minat murid terhadap tulisan jawi.

4. Sebagai instrumen bagi menilai murid keupayaan asas jawi. Murid yang lemah akan
diwajibkan menyertai Kem Celik Jawi yang akan diadakan pada akhir bulan 12. Kem ini
bertujuan melahirkan pelajar yang mampu menguasai kemahiran asas bagi bacaan dan tulisan
jawi.

5. Mengenalpasti tahap bantuan yang diberi oleh ibu bapa dan penjaga terhadap kemahiran
menulis dan membaca jawi.
1.4.2 Persoalan Kajian
Kajian ini cuba merungkaikan persoalan yang unik yang berlaku di kalangan pelajar SKDN.
Kajian ini akan cuba melihat kelemahan penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi
daripada beberapa sudut yang berbeza. Kajian ini akan cuba mendedahkan kepada
masyarakat hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan
latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Kajian ini dengan menggunakan
instrumen yang dibina akan cuba memberikan jawapan terhadap hubungkait yang telah
dinyatakan.

Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan mesra antara guru dan
murid. Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan diterapkan dalam Kem Celik
Jawi yang sudah tentunya menggunakan pendekatan berbeza daripada apa yang murid
pelajari dan dapat di dalam kelas. Diharapkan dengan lahirnya modul tersebut dapat
memudahkan pelajar menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi dalam masa yang
telah ditetapkan.

Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat
awam berkaitan dengan hubungkait penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan
minat yang telah dipupuk oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan
yang dibina oleh guru-guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah. Justeru
menggunakan instrument temubual dan soal selidik, kajian ini pada akhirnya cuba
menjelaskan kepada warga ibu bapa dan pendidik bagaimana membina minat n
kecenderungan lam sesuatu matapelajaran khususnya jawi dan pendidikan Islam secara
keseluruhannya.

Justeru itu, pada akhir kajian ini, kita akan mendapat beberapa rumusan berdasarkan
persoalan kajian yang telah diutarakan di atas dan selari dengan matlamat kajian ini
dilaksanakan. Jika penyelidik merasakan kajian ini sebagai kajian pertama dan memerlukan
kajian lanjutan, penyelidik akan terus membina hipotesis baru bagi memperincikan lagi
aspek-aspek yang tidak diperincikan dalam kajian ini.
1.5 Hipotesis Kajian
Pandangan umum menyatakan bahawa kesediaan pelajar untuk menerima ilmu adalah
perkara asas dalam memastikan pelajar tersebut berjaya menguasai kemahiran-kemahiran
yang diajar di sekolah. Umum juga di sajikan dengan beberapa kajian yang menyatakan
bahawa minat dan kecenderungan murid adalah antara asas utama kejayaan murid dalam
penguasaan ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, kita sering mendengar, apabila pelajar
gagal menguasai kemahiran asas gurulah orang pertama yang dipersalahkan. Selain daripada
itu, faktor kelemahan IQ dan EQ pelajar juga sering dijadikan alasan kepada kegagalan
penguasaan kemahiran asas.

Kajian ini bukanlah sebuah kajian yang cuba menafikan faktor-faktor yang dinyatakan di
atas, tetapi cuba mengutarakan penyelesaian daripada sudut berbeza. Dengan instrumen yang
telah dibina kajian ini akan cuba mencari adakah wujud hubungkait antara kemahiran dan
penguasaan pelajar di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat.
Ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan pembacaan penulis berkaitan pencapaian
UPSR di sekolah bandar, luar bandar, pedalaman dan pinggir bandar. Penulis mendapati ada
trend yang berbeza daripada sudut pencapaian pelajar.

Kajian ini juga cuba mengaitkan pencapaian murid dengan hubungan mesra antara guru dan
murid. Kajian ini akan cuba membina satu modul yang akan diterapkan dalam Kem Celik
Jawi yang sudah tentunya menggunakan pendekatan berbeza daripada apa yang murid
pelajari dan dapat di dalam kelas. Ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sebagai GPI
yang melihat bahawa adanya peningkatan dalam pencapaian jika sesuatu matapelajaran itu
diajar oleh guru yang disenangi oleh murid.

Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan yang sering berlegar di fikiran masyarakat
awam berkaitan dengan hubungkait penguasaan pelajar dalam sesuatu matapelajaran dengan
minat yang telah dipupuk oleh ibu bapa daripada kecil lagi atau minat dan kecenderungan
yang dibina oleh guru-guru semasa pelajar berada di tahap yang lebih bawah. Kajian ini cuba
mencari formula yang sesuai terutamanya bagi GPI untuk menarik minat pelajar terhadap
tulisan jawi.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini perlu dilaksanakan atas beberapa sebab. Antaranya:
1. Dapat mengumpulkan data lengkap berkaitan maklumat murid antaraya latarbelakang
murid dan keluarga dan pencapaian semasa murid. Ini memudahkan GPI untuk lebih
memahami masalah murid dan cuba mencari pendekatan sesuai bagi mengatasi masalah
tersebut.

2. Dapat mengenalpasti secara tepat jumlah murid yang lemah, sederhana dan baik. Bagi
murid yang lemah data sedia ada dapat membantu guru bagi melakukan pemantauan yang
berterusan terhadap murid apabila berada di dalam kelas dan di Kem Celik jawi manakala
bagi murid yang tahap penguasaannya sederhana akan memudahkan guru untuk membuat
aktiviti tambah nilai dan dan pengayaan yang sesuai dengan aras pencapaian murid tersebut.

3. Dapat Mengenalpasti bagaimana kecenderungan pelajar terhadap tulisan jawi. Ini amat
penting supaya aktiviti jawi boleh disemarakkan dengan memahami secara jelas dan terang
berkaitan minat murid terhadap tulisan jawi.

4. Dapat merungkai hubungan antara prestasi pelajar dengan latarbelakang sosiobudaya dan
sosioekonomi, perkaitan antara prestasi cemerlang dengan guru yang baik dan merungkai
hubungan dan perkaitan antara minat dan kecenderungan pelajar dengan prestasi semasa
pelajar.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini hanya terbatas kepada penguasaan pelajar terhadap dua kemahiran asas tulisan jawi
iaitu kemahiran membaca dan menulis . Kemahiran membaca yang dimaksudkan adalah
termasuk kemahiran menyebut dan mengingat huruf tunggal, kemahiran membaca suku kata
terbuka dan tertutup, kemahiran membatangkan perkataan, kemahiran membaca ayat pendek
yang terdiri daripada suku kata terbuka, kemahiran membaca ayat pendek yang terdiri
daripada suku kata terbuka dan tertutup dan kemahiran membaca buku cerita pendek.
Manakala Kemahiran menulis yang dimaksudkan ialah kemahiran menulis huruf tunggal,
kemahiran menulis suku kata terbuka dan tertutup dan kemahiran membina dan menulis ayat
pendek yang terdiri daripada suku kata terbuka serta kemahiran menulis ayat pendek yang
terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup. Kajian ini tidak menekankan penulisan khat
sebagai medium. Pelajar tidak diperkenalkan bentuk-bentuk khat kerana kemahiran itu akan
di ajar pada tahun 5 dan 6.

Kajian ini hanya melibatkan semua pelajar tahun 4 SKDN, ibu bapa dan penjaga pelajar dan
7 orang GPI yang ditempatkan di SKDN.

1.8 Definisi Istilah

SKDN- Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding
GPI - Guru Pendidikan Islam
j-QAF- Program pemantapan Pendidikan Islam yang diperkenalkan oleh Kementerian
Pelajaran bermula tahun 2005. J- Jawi Q-Quran A-Bahasa Arab dan F- Fardhu Ain.


Bab 2: Tinjauan Literatur

2.1 Pendahuluan

Pada dasarnya kajian ini akan memfokuskan berkaitan masalah penguasaan kemahiran
membaca dan menulis jawi di kalangan pelajar tahun 4 SKDN. Justeru kajian ini akan
mengetengahkan hasil berkaitan perkara yang dibincangkan. Namun sebelum memilih tajuk
ini untuk diketengahkan sebagai kajian tindakan, penulis telah menjalankan tinjauan literature
berkaitan tajuk yang telah dipilih. Namun hasil tinjauan yang dilakukan masih tiada kajian
yang melibatkan masalah penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi secara
terperinci.

2.2 Kajian Yang berkaitan

1. Nik Rusila bt Yaakob.2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan
Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Penulis mendapati kajian ini secara detail menghuraikan dengan tepat berkaitan dengan
penguasaan jawi di kalangan pelajar dan hubungannya dengan minat dan pencapaian pelajar.
Namun begitu, kertas kerja ini di dasarkan kepada pengkajian terhadap beberapa buah
sekolah menengah yang sudah tentunya agak berlainan dengan situasi dan keadaan yang
berlaku di sekolah rendah. Namun begitu, kajian ini menjadi rujukan penulis sebagai kajian
awal yang dirujuk bagi menentukan hala tuju kajian yang akan dilakukan oleh penulis.



2. Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian IRPA.
Universiti Malaya.
Penulis juga berkesempatan meneliti laporan kajian IRPA yang telah dilakukan oleh beberapa
penyelidik daripada Universiti Malaya yang diketuai oleh Dr. Hassan Basri. Apa yang dapat
penulis simpulkan ialah kajian ini secara detail menghuraikan berkaitan data dan fakta namun
begitu kajian ini dilakukan sekitar hujung tahun 80an dan awal 90an dan penulis
berpandangan masih ada ruang untuk menyemak semula kajian yang dilakukan kerana sifat
dan sikap pelajar juga berubah mengikut peredaran masa dan suasana setempat.

3. Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu.
Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.
Kajian yang baik yang dilakukan oleh penyelidik ini. Namun ia berkaitan dengan
perlaksanaan keseluruhan j-QAF di Terengganu. Ia melibatkan kajian terhadap modul-modul
yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika diteliti, daripada aspek
jawi, modul ini memperinci dan menghuraikan keberkesanan aktiviti pemulihan jawi yang
dilaksanakan oleh guru j-QAF yang hanya melibatkan modul mengenal dan membaca huruf
tunggal jawi. Ini kerana pada masa tersebut, j-QAF baru diperkenalkan dan hanya bermula di
tahun 1.

4. Ishak Haron dan Hassan Basri. 1998. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah
Menengah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.
Kajian yang sangat berkualiti, namun ia dilakukan berdasarkan fakta-fakta yang dikumpulkan
khusus berkaitan penguasaan jawi di sekolah-sekolah menengah di Selangor. Justeru, sudah
pasti terdapat ruang dan jurang perbezaan yang amat luas dan ketara antara sekolah
menengah dan sekolah rendah.


5. Mohd Azhan bin Abdul Halim. 2006. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi.
Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Perak. Didapati dari atas talian
http://jpnperak.edu.com.my.
Penulis juga sempat meneliti sebuah kajian tindakan yang dilakukan oleh seorang guru
cemerlang yang boleh didapati daripada laman web JPN Negeri Perak. Namun ia adalah
berkaitan penilain terhadap modul yang dibina dan dilaksanakan oleh guru cemerlang
tersebut.

2.3 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, tiada kajian yang dilakukan khusus bagi menangani masalah murid
berkaitan kemahiran membaca dan menulis jawi. Justeru, penulis berpandangan bahawa tajuk
yang diutarakan oleh penulis adalah relevan dan memenuhi kriteria sebagai sebuah kajian
baru bagi memantapkan lagi pendidikan Islam di SKDN khususnya dan di Malaysia amnya.

Bab 3: Metodologi Kajian

3.1 Pendahuluan

Kajian ini adalah berbentuk kajian tindakan bagi membantu guru untuk membuat tindakan
susulan sama ada untuk aktiviti tambah nilai, pengayaan mahupun aktiviti pemulihan sama
ada aktiviti tersebut dilakukan di dalam kelas atau di luar daripada kelas. Justeru bagi
mendapatkan kajian yang benar-benar berkualiti, penulis akan membentangkan kepada
pembaca berkaitan dengan metodologi kajian yang diikuti oleh penulis bagi memastikan
kajian ini benar-benar menepati kajian yang berbentuk ilmiah yang menjadi rujukan di
SKDN.

3.2 Reka bentuk Kajian

Kajian ini akan menggabungkan beberapa kaedah. Kaedah pertama akan menggunakan
instrumen penilaian yang melibatkan peperiksaan yang telah lepas iaitu peperiksaan akhir
tahun bagi tahun lepas (2008), peperiksaan awal tahun bagi tahun semasa (2009) dan
instrumen penilaian 6 bulan Jawi. Kaedah ini digunakan bagi menganalisis prestasi lalu dan
semasa bagi setiap murid dan mengenal pasti dimanakah kelemahan ketara bagi murid yang
gagal untuk lulus.

Kaedah kedua adalah berasaskan kaedah soal selidik. Ia melibatkan pembinaan item untuk
soal selidik yang perlu diedarkan kepada ibu bapa bagi mengetahui latarbelakang responden
bagi memudahkan aktiviti penyesuaian dilakukan oleh GPI di dalam kelas atau diluar kelas.

Kaedah ketiga adalah berasaskan temubual atau perbincangan profesional bersama rakan GPI
bagi mengenalpasti aspek yang menyebabkan murid lemah dan kurang berminat untuk
mengikuti P& P jawi di SKDN.
Kaedah keempat, pembinaan modul khusus bagi murid yang lemah jawi, dan modul tersebut
akan dinilai keberkesanannya oleh GPI berdasarkan boring-borang penilaian yang telah
disediakan. Hasil daripada penilaian tersebut akan dirumus bagi menghasilkan dapatan kajian
yang boleh digunakan sebagai rujukan dan penambahbaikan pada masa-masa akan datang.

3.3 Populasi Kajian

Kajian ini tertumpu kepada semua murid tahun 4, Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding, Hulu
Langat, Selangor yang merangkumi 144 murid. Ia juga melibatkan ibu bapa dan penjaga
responden beserta 7 orang GPI.

3.4 Instrumen Kajian

Kajian ini berasaskan beberapa instrumen:

1. Kaedah Peperiksaan dan Penilaian
a. Peperiksaan akhir tahun 2008
b. Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009
c. Instrumen Penilaian Jawi 6 bulan
2. Kaedah Soal Selidik
a. Borang A: dihantar kepada ibu bapa respondenbagi mengetahui latarbelakang sosiobudaya
dan sosioekonomi responden yang telah dipilih.
b. Borang B: diberi kepada murid bagi menilai hubungkait-hubungkait kepada persoalan yang
diutarakan dalam permasalahan kajian.
3. Kaedah Temubual dan Perbincangan Profesional: kaedah ini digunakan sebagai medium
untuk bertukar-tukar fikiran dan bagi melihat masalah yang berlaku daripada perspektif guru.
4. Pembinaan modul dan penilaian terhadap modul yang telah dilaksanakan. Hasil yang
dirumus daripada ketiga-tiga instrumen yang terdahulu, modul akan dibina berasaskan
kepada kelemahan pelajar sedia ada dan digunakan untuk memulihkan pelajar dan modul ini
akan dinilai keberkesanannya dari masa ke masa.

3.5 Lokasi Kajian

Kajian ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Dusun Nanding yang berada di bawah
Pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat, Selangor.

Alamat sekolah ialah:
SK Dusun Nanding
KM 17, Jalan Hulu Langat
43100 Hulu Langat,
Selangor.

3.6 Pengurusan Data

Data akan dikumpul dan akan dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi memudahkan dan
memastikan ketepatan rumusan yang dilakukan. Kaedah ini digunakan bagi menilai sesuatu
data yang bersifat kauntitatif. Namun jika melibatkan kualitatif, aktiviti menilai, mentafsir
dan merumus akan dijalankan oleh penulis sendiri.

3.7 Analisis Data

Analisis akan dibuat dalam beberapa bentuk: Pertama bagi data kualitatif, analisis akan
dibuat dalam bentuk mod, min dan median bagi memudahkan penyelidik merumus kajian
yang telah dijalankan.

Kedua, bagi data yang bersifat kuantitatif atau kajian lapangan analisis data akan dibuat
secara deskriptif iaitu dalam bentuk jadual dan peratus dan juga dalam bentuk statistik iaitu
dalam bentuk graf bergantung kepada kesesuaian hasil dapatan.

3.8 Kesimpulan

Kajian ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi memastikan semua objektif
yang digariskan dapat dicapai dengan jayanya. Semoga kajian ini menjadi kajian perintis
kearah sifar buta jawi bagi mencapai visi SKDN Cemerlang Menjelang 2015.

Rujukan

1. Nik Rusila bt Yaakob.2001. Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan
Pencapaiannya Dalam Pendidikan Islam. Kertas Kerja dalam Jurnal Pendidik dan Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Hassan Basri. 1991. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah Rendah. Kajian IRPA.
Universiti Malaya.
3. Amri Daud. 2005. Kajian Keberkesanan j-QAF di 2 Buah Sekolah Perintis di Terengganu.
Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Malaya.
4. Ishak Haron dan Hassan Basri. 1998. Laporan Penguasaan Jawi di Sekolah-Sekolah
Menengah. Kajian IRPA. Universiti Malaya.
5. Mohd Azhan bin Abdul Halim. 2006. Kajian Tindakan Kepada Modul Senang Jawi.
Kajian Tindakan Jabatan Pelajaran Perak. Didapati dari atas talian
http://jpnperak.edu.com.my.
6. Abdul Majid Konting. 1997. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur.
7. Idris Awang. 2002. Kaedah Penyelidikan. Akademi Pengajian Islam Univerti Malaya:
Kuala Lumpur.
8. Alis bin Puteh. 2008. Kajian Tindakan di Sekolah: Satu Pengenalan. Pure Honey
Enterprise: Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai