Anda di halaman 1dari 4

ARTIKEL 1: Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan.

PPP6114 - Pengurusan Kewangan Untuk Pentadbir Sekolah

http://azamri.tripod.com/zt2313/1.htm
SEJARAH PERKEMBANGAN KUALITI

OBJEKTIF KULIAHMemahami definisi kualiti


Membincangkan konsep-konsep berkaitan dengan kualiti
Membincangkan sejarah perkembangan kualiti
Melihat sumbangan Deming kepada gerakan kualiti
DAFTAR NAMA/ISTILAH
Joseph Juran
W.Edwards Deming
Philip Crosby
Pelanggan
Walter A. Shewhart
TQM
zero-defects program
APA ITU KUALITI
Pengurusan

bermaksud

penggunaan

sumber

secara

berkesan

untuk

mencapai

matlamat

organisasi.Kualiti pula didefinisikan sebagai:


Sesuai untuk tujuan atau penggunaan (Joseph Juran, 1988)
Ditentukan oleh pelanggan (W.Edwards Deming)
Mematuhi syarat (Philip Crosby, 1979)
Pada tahun 1992 Deming telah meluaskan definisi kualitinya sebagai berikut:
"Kualiti bererti membuatkan setiap orang melaksanakan apa yang mereka telah persetujui dan mereka
melaksanakannya dengan tepat pada kali pertama"
"Quality means getting everyone to do what they have agreed to do and to do it right the first time"

3 OKTOBER 2014

ARTIKEL 1: Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan.


PPP6114 - Pengurusan Kewangan Untuk Pentadbir Sekolah

Contoh-contoh definisi yang lebih terperinci ialah:


"keseluruhan sifat dan ciri sesuatu keluaran atau perkhidmatan yang mempengaruhi keupayaannya
untuk memuaskan keperluan yang tertera atau tersirat" (ISO 8402, 1986).
"ciri komposit keluaran dan perkhidmatan yang menyeluruh dalam pemasaran, kejuruteraan,
"pembuatan, dan penyelenggaraan yang melaluinya keluaran dan perkhidmatan yang digunakan akan
memenuhi jangkaan pelanggan"(Feigenbaum).
Kualiti secara umumnya bermaksud memenuhi kehendak pelanggan, samada pelanggan dalaman atau
pelanggan luaran.Pengurusan Kualiti bermaksud menguruskan sumber dan proses untuk mencapai
kepuasan pelanggan. Ini melibatkan konsep-konsep berikut:
Mencegah kewujudan masalah lebih diutamakan dari membaiki
Mengurangkan ketidak-akuran memenuhi standard untuk membaiki mutu barabgan
Komitmen dari semua staff dalam organisasi, terutamanya peringkat atasan
Dorongan untuk membaiki segala aspek secara berterusan
Bekerja dalam pasukan untuk menyelesaikan masalah dan membuat pembaikan.
Membuat sesuatu dengan betul pada kali pertama
Membuat keputusan untuk jangkamasa panjang, bukannya jangka masa pendek.
Deming percaya bahawa kualiti tidak boleh didefinisikan. Seseorang itu hanya tahu bila dia mengalami
dan mengukur pembaikan yang dilakukan. Menurut Deming, kualiti ialah sasaran yang bergerak yang
berubah mengikut keperluan yang sentiasa berubah. Usaha untuk mencapai kualiti adalah penting.
Cabaran utama ialah bagaimana pengurus dan penyelia dapat mendorong berusaha secara kolektif
untuk mencapai sesuatu matlamat dalam peningkatan kualiti.SEJARAH PERKEMBANGAN
KUALITI
Perkembangan kualiti dimulakan oleh seorang jurutera yang bernama Frederick W. Taylor. Idea beliau
berjaya meningkatkan produktiviti barangan. Proses pengeluaran telah dibahagi-bahagikan kepada
beberapa bahagian mengikut fungsi dan dikendalikan oleh buruh yang mengkhusus dalam tugas-tugas
tertentu. Walter A.Shewhart, seorang ahli statistik pula memberikan sumbangan dalam bentuk
penggunaan carta pengawalan (control chart). Idea Shewhart telah menarik perhatian seorang lagi ahli

3 OKTOBER 2014

ARTIKEL 1: Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan.


PPP6114 - Pengurusan Kewangan Untuk Pentadbir Sekolah

statistik bernama W.Edwards Deming. Beliau telah mengguna dan membangunkan idea yang
dipelopori oleh Shewhart di Jepun. Idea Shewhart juga menarik minat Joseph J.Juran yang
mengutarakan idea bahawa masalah dapat dilihat melalui tiga proses pengurusan iaitu merancang,
mengawal dan membaiki. Phillip Crosby, seorang lagi tokoh kualiti menganjurkan "zero-defects
program" sebagai kaedah untuk meningkatkan kualiti. Philip Kotler pula telah mengaplikasikan konsep
kualiti ini dalam sektor industri perkhidmatan. Deming, Juran, dan Crosby telah mempelopori TQM
atau Pengurusan Kualiti Menyeluruh yang menjadi model pembaikan kualiti yang utama pada masa
ini.
W. EDWARD DEMING
W. Edward Deming ialah seorang tokoh kualiti yang banyak berjasa kepada pertumbuhan ekonomi
Jepun. Deming telah menyediakan falsafah dan sistem untuk mengaplikasikan teknik-teknik statistikal
dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti dalam pengurusan di Jepun.
Bila beliau diminta untuk menyumbangkan falsafah kualiti beliau di Jepun, beliau berjanji bahawa
teknik-teknik yang beliau ajarkan bukan saja dapat membangunkan semula ekonomi Jepun yang telah
hancur akibat Perang Dunia Kedua malah Jepun juga akan menjadi negara yang mampu bersaing
dengan negara-negara lain dalam merebut pasaran antarabangsa di masa depan. Pada masa itu ekonomi
Jepun telah musnah akibat peperangan di mana negara Jepun telah diduduki oleh tentera bersekutu
yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Menyedari tentang kekurangan sumber yang ada, orang-orang
Jepun berfikir dengan teliti bagaimana untuk memulihkan kembali ekonomi mereka. Deming
sebenarnya telah memberikan kepada mereka harapan untuk membangkitkan semula negara mereka.
Deming telah mengadakan seminar kualiti dengan begitu dedikasi. Beliau jelas sekali begitu
berpuashati dengan minat yang ditunjukkan oleh orang-orang Jepun. Komen beliau tentang kelas
pertama yang beliau kendalikan di Jepun ialah, " Saya belum pernah berjumpa dengan pelajar-pelajar
sebaik ini. Saya letakkan mereka sebagai lima peratus terbaik dalam semua kelas yang pernah saya
kendalikan."
Berbeza dengan pakar-pakar lain, Deming bukan saja memberi kuliah, malahan juga sama-sama
terlibat secara langsung dalam proses membaiki kualiti dalam organisasi. Deming dikatakan berusaha
gigih untuk menyelesaikan semua masalah-masalah rumit dalam organisasi. Dia ialah seorang yang
berfikir secara menyeluruh dan mengamal apa yang dikatakan. Dia juga memahami bahawa untuk

3 OKTOBER 2014

ARTIKEL 1: Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan.


PPP6114 - Pengurusan Kewangan Untuk Pentadbir Sekolah

berubah, sesuatu organisasi perlu menilai kembali sikap, kepercayaan dan nilai yang dipegang selama
ini.
Jasa Deming dikenang oleh orang-orang Jepun. Sebagai menghargai jasa beliau, anugerah kualiti
tertinggi Jepun telah dinamakan sebagai Anugerah Deming, mengambil sempena nama beliau. Deming
juga telah menerima "The Second Order Medal of the Second Treasurer" pada tahun 1960, pingat
tertinggi yang pernah diberikan kepada orang asing. Deming terus menerus mengendalikan kuliah dan
seminar dan kualitinya sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1994.
Deming percaya bahawa untukmembaiki kualiti, pihak pengurusan hendaklah memberikan komitmen
sepenuhnya, Pada pendapat beliau, kualiti adalah 85% tanggungjawab pengurusan dan 15%
tanggungjawab pekerja. Untuk menerangkan konsep kualiti dengan lebih lanjut, Deming telah
memperkenalkan Empat Belas Perkara yang menjadi asas prinsip Pengurusan Kualiti Menyeluruh.

RUJUKANGabor, A (1990). The Man Who Discovered Quality. New York: Times Book.
Morehouse, D.L (1996). Essentials of TQM. Hampshire: Gower.
Oakland, J.S.(1989). Total Quality Management. Oxford: Butterworth-Heinemann.

3 OKTOBER 2014

Anda mungkin juga menyukai