Anda di halaman 1dari 12

Falsafah kualiti W.

Edwards Deming sebagai titik tolak kepada keberkesanan pengurusan


organisasi pendidikan.
1. PENGENALAN
Keberkesanan organisasi pendidikan mempunyai pelbagai takrifan. Secara umumnya
konsep ini bergantung kepada persepsi serta nilai yang berbeza daripada pelbagai pihak
terhadap apa yang dikehendaki daripada sekolah. Kebanyakan perspektif

memberikan

penekanan kepada kecemerlangan akademik sebagai kayu ukur utama keberkesanan


organisasi pendidikan khusus sekolah. Keberkesanan juga dilihat daripada sudut
kesinambungan dan berterusan . Ia bukan kerja individu tetapi kerja berpasukan bermula
dari Boardroom hingga ke pekerja am dan ia memerlukan ketekalan dan kecekalan mental
serta minda yang berasaskan halatuju yang dibentuk organisasinya sendiri.
Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengurusan organisasi
pendidikan antaranya iklim dan budaya , kepimpinan , pengurusan dan pentadbiran , lokasi ,
kemudahan , sumber organisasi , infrastruktur dan ini semua adalah berteraskan hala tuju
dan perancangan strategi organisasi tersebut. Antara ciri-ciri organisasi yang baik adalah
seperti berikut :
a)
b)
c)
d)

Mempunyai identiti tersendiri


Mempunyai hierarki atau tingkat autoriti
Mempunyai struktur organisasi atau pembahagian kerja
Mempunyai peraturan, dasar, prosedur dan sistem hubungan bagi menjalankan aktiviti
organisasi

Dalam masa yang sama juga wujud pendapat untuk meningkatkan pengurusan organisasi
yang berkesan, ia berdasarkan beberapa ciri-ciri asas pengurusan iaitu :
a)
b)
c)
d)
e)

Upah orang yang betul


Sediakan kelengkapan yang baik serta kemudahan untuk melakukan kerja
Beri maklum balas yang positif
Pembangunan karier atau motivasi
Penghargaan kepada pekerja

2. PENGARUH FALSAFAH W.EDWARDS DEMING

Untuk meningkatkan lagi kualiti pengurusan organisasi, banyak organisasi memilih


beberapa jenis teori untuk dijadikan asas dalam pembangunan dan halatuju organisasi
mereka berdasarkan tokoh-tokoh terkemuka. W.Edward Deming misalnya dikenali sebagai
Father Of Quality berdasarkan kajian dan perspektifnya terhadapa dunia pengurusan.
Beliau terkenal dengan teori Demings 14 Points for Management dan diukuti dengan The
Seven Deadly Disease. Beliau juga banyak menyumbangkan idea dalam pembangunan
pendidikan.
Idea utama pendekatan W.Edward Demings terhadap pengurusan kualiti adalah
keperluan untuk meningkatkan proses dan masalah utama pengurusan organisasi
pendidikan adalah tidak memahami apa itu proses. Falsafah Deming adalah menggerakan
fokus pengurusan daripada output kepada proses penjanaan produk atau pengurusan itu
sendiri . Kerana kualiti sesuatu pengurusan dibina di setiap peringkat dan bukan perlu
diperiksa sehingga ke akhirnya selaras dengan petikan kata-kata Deming iaitu :
Quality comes not from inspection, but from improvement of the production process
Intipati seterusnya yang ditekankan oleh Deming adalah Profound Knowledge atau
sebutan Deming Theory Of Knowledge. Pengetahuan sangat penting dalam setiap individu
didalam organisasi kerana dengan pengetahuan wujud perspektif yang bagi setiap individu.
Perspektif inilah yang akhirnya membezakan keberkesanan sesuatu organisasi tersebut dan
wujudkan suatu persediaan know-why kepada know-how dalam organisasi pendidikan.
Bagaimana mendapatkannya , ia sukar dan memerlukan Profound Experience. Penekanan
terhadap falsafah dan amalan baru dalam organisasi dan diulang berkali-kali boleh dilakukan
agar ia terpahat diminda. Amalan tindakan berdasarkan teori adalah satu penjelasan mudah
untuk individu yang menerapkan konsep Theory Of Knowledge.
"Before

you can change what you do, you have to change how you think. Before you can

change how you think, you have to change what you believe."
Lloyd Dobyns & Clare Crawford-Mason ( Thinking About Quality )

Untuk menjawab soalan bagaimana Falsafah kualiti W. Edwards Deming memainkan


peranan sebagai titik tolak kepada keberkesanan pengurusan organisasi pendidikan , maka
saya menggunakan rangka konsep Deming sendiri iaitu Demings 14 Points for Management
dan diukuti dengan The Seven Deadly Disease.

2.1 Create constancy of purpose for improvement of product and service


Kualiti dibina melalui bilik mesyuarat . Sesuatu organisasi itu wajib mengenalpasti
halatuju dan perancangan jangka panjang sebelum melakukan sebarang aktiviti. Dalam masa
yang sama juga kepimpinan harus dibentuk bagi memastikan halatuju dibina. Kepimpinan
memainkan peranan yang sangta penting tujuan organisasi jelas difahami dan diterapkan dalam
organisasi.
Organisasi pendidikan boleh dilihat dari sudut sistem social dan menetapkan tujuan
untuk peningkatan produk dan servis orientasi pelanggan adalah menjadi keutamaan dalam
pembinaan halatuju. Dalam dunia pendidikan , pelanggan adalah ibubapa , komuniti luar dan
perkhidmatan

yang

ditawarkan

adalah

perkhidmatan

pelanggan

pengajaran

dan

pembelajaran. Defini operasi dalam pembinaan halatuju dan rancangan jangka panjang ini
adalah keperluan dan permintaan pelanggan, dan ia sangat penting sekiranya sesuatu
organisasi mahu mencapai jangkaan pelanggannya.
Masalah sememangnya akan timbul dalam proses pembentukan tujuan, polisi dan
rancangan jangka masa panjang ini. Mengekalkan kepersisan dan konsistensi halatuju adalah
masalah terbesar walaupun tujuan difokuskan kerana sekiranya keseluruhan organisasi
berusaha keras dan sehabis baik tanpa mengetahui halatuju organisasi maka sebagai sebagai
kesan output yang dihasilkan tidak akan mencapai kualiti yang diinginkan . Maka dengan itu
halatuju mesti dibina dengan sejelas mungkin dan dapat difahami di setiap genap organisasi.
Proses pemahaman mungkin mengambil masa dan berulangkali tetapi disini konsep Theory of
Knowledge boleh diterap dalam keseluruhan organisasi.
Oleh sebab itu penerapan dan penjanaan proses yang betul daripada peringkat awal
meningkatkan keberkesanan pengurusan organisasi pendidikan. Kualti akan terbina dengan
sendirinya dan kos-kos yang mengurangkan keberkesanan juga dapat dikurangkan. Ini kerana
proses bersifat berterusan dan penambaikan perkara wajib. Pelanggan sentiasa berevolusi dari
segi permintaan , hal-hal pentadbiran pendidikan khususnya di era kini semakin kompleks,
maka dengan penerapan ilmu pengetahuan dalam diri setiap aras organisasi pasti
membuahkan keputusan yang positif dan dinamik.
2.2 Adopt the new philosophy.

Penerapan pendekatan baru atau sistem pengurusan baru didalam organisasi mampu
meningkatkan keberkesanan organisasi pendidikan khusus dalam prosesnya. Jangan lagi
menjadi organisasi pengurusan pendidikan yang tradisional atau ortodoks , perubahan sangat
penting dan positif untuk mengelakkan situasi burnout. Kerana perubahan ini mewujudkan
akauntabiliti yang baru, perubahan kepimpinan yang baru dan mewujudkan halatuju yang baru.
Terlalu banyak faedah yang akan wujud sebagai contoh produk. Dengan perubahan
kaedah pengajaran dan pendidikan iaitu produk yang telah dipertingkat dan mengalami
penambahbaikan untuk diberikan kepada pelajar pastinya pelajar akan memperolehi lebih
daripada sekadar menerima maklumat tetapi konstruk dalam pembelajaran. Perubahan juga
mengurangkan permasalahan dari segi kesilapan dan kecacatan perkhidmatan kerana
perubahan akan memastikan penambahbaikan.Perubahan juga boleh memberi kesan terhadap
penjimatan dan keberkesanan sumber fiskal,kewangan dan manusia sesuatu organisasi
pendidikan itu.
Penambaikan kualiti akan meningkatkan produktiviti dan ini merupakan kesan yang
terbesar sekiranya perubahan atau pendekatan diterapkan dalam pengurusan organisasi
berkesan. Produktiviti ini boleh dilihat melalui perubahan iklim sesuatu organisasi tersebut dan
untuk organisasi pendidikan khususnya disekolah pencapaian akademik , kokurikulum dan
sahsiah pasti akan meningkat oleh kerana setiap organisasi dari atas hingga ke bawah
menerap dan mengamalkan pendekatan baru ini.
Akan tetapi untuk melakukan perubahan bukan suatu perkara yang mudah .Ia bukan
suatu gimik yang boleh dicuba dan dibuang begitu sahaja kerana ia adalah melibatkan kualiti.
Terlalu ramai individu didalam organisasi ini sedar akan keperluan ini dan tahu tentang sistem
ini , akan tetapi mereka tidak endahkan . Ini kerana keberkesanan yang berasaskan kualiti
memerlukan komitmen yang berkekalan dan bukan sesuatu yang boleh dilupakan. Ia mesti
suatu usaha yang tekal dan cekal kerana keberkesanan kualiti pengurusan organisasi adalah
sesuatu yang bersifat berterusan dan perlukan penambaikan.

2.3 Cease dependence on mass inspection

Pengurusan organisasi pendidikan secara amnya pada masa kini tidak banyak
menggunakan konsep pemeriksaan secara berterusan dari awal hingga akhir. Kebanyakkannya
sekadar pemantauan dan pemerhatian daripada pegawai-pegawai yang telah diarahkan untuk
bertugas. Keseluruhan organisasi juga jarang mengamalkan penambahbaikan hampir dalam
semua perkara atau aktiviti yang dilakukan atas sebab rutin . Stigma Rutin sepatutnya menjadi
semakin berkesan bila ia dilakukan akan tetapi kesannya berbeza secara hakikatnya di
organisasi ini kerana telah bertukar kepada sesuatu yang membosankan.
Pengurusan organisasi yang berkesan sebenarnya wujud dimana-mana organisasi. Ia
semujadi wujud didalam sesuatu organisasi yang mengamalkan sistem. Sekiranya pemeriksaan
kerap diadakan bermaksud organisasi itu gagal dan ia juga melibatkan pembaziran masa dan
kos yang banyak . apa yang perlu dilakukan adalah perubahan proses seperti berikut :
Proses Sedia Ada

Perubahan Proses

Untuk menyatakan pemeriksaan tidak diperlukan langsung adalah tidak benar


sebenarnya. Ia tetap perlu diperiksa kerana terdapat sesuatu bahagian didalam
organisasi yang sememangnya perlu diperiksa untuk keperluannnya
2.4 End the practice of awarding business on the price tag alone
Ini melibatkan isu pembekal dan wujud situasi dimana menjadi amalan kebanyakkan
organisasi untuk memilih pelbagai pembekal dan mula membandingkan harga untuk
mencari harga yang bersesuaian. Tetapkan objektif pemilihan pembekal iaitu situasi
win-win untuk kedua belah pihak. Kemudian bina kontrak jangka panjang bersama
pembekal kerana ia menggalakkan rasa keyakinan pembekal dan lebih berinovatif. Ini
yang dikatakan pengurusan berkesan dan hasil daripada pengetahuan tentang tugas.
2.5 Improve constantly and forever the system of production and service
Ini melibatkan tugas pengurusan untuk sentiasa berkerja terhadap sistem organisasi
yang mana pengurusan mengawasi semua permasalahan dan menambahbaik semua
aktiviti yang berlaku dengan tujuan meningkatkan kualiti dan produktiviti. Ia lebih kepada
penyediaan kemudahan, peningkatan karier, penyediaan alatan untuk setiap individu
dalam organisasi . Terdapat beberapa rujukan untuk menyelesaikannya
1. Mengenalpasti penyebab utama atau proses berlakunya masalah
2. Mengunakan kitar Deming ( Penambaikan Berterusan ) Plan Do Check Act

2.6 Institute training


Untuk organisasi pendidikan program peningkatan karier perlu ditingkatkan lagi. Guruguru dan pentadbir perlu dibekalkan kursus pengurusan dan profesionalisma .
Keseluruhan individu yang bernaung dibawah Organisasi ini juga perlu diberikan kursus
untuk mengelakkan berlakunya burnout . Ini penting dalam menerapkan ilmu
pengetahuan kepada mereka berkaitan tugas mereka agar menjadi individu yang benarbenar tahu tentang tugasnya.
2.7 Institute leadership
Jika disekolah pentadbir dan guru adalah ketua dan pemimpin . Ubah konsep seorang
ketua dan pemimpin yang tradisional iaitu garang , autokratik kepada yang membantu ,
menyelesaikan dan menunjuk arah. Tonjolkan ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti dan
tahu mengenai masalah-masalah tertentu orang bawahannya , menghargai mereka dan
meletakkan mereka ditempat yang sepatutnya. Disini ketua sangat memainkan peranan
penting untuk menyampaikan dengan jelas halatuju organisasi. Kegagalan pekerja
melambangkan kegagalan pengurusan organisasinya.
Pengurusan juga mesti memastikan tindakan yang pantas perlu dilakukan sekiranya
permasalahan timbul , keperluan penyelenggaraan , alatan yang rosak , deskripsi tugas
dan apa-apa sahaja yang boleh menimbulkan kos. Kepimpinan menjadi teladan yang
baik untuk pengikutnya dan ini meningkatkan kualiti.
2.8 Drive out fear
Konsep mudah untuk difahami Organisasi wajib melindungi pekerjanya dan secara
automatik pekerja akan melindungi organisasinya atau situasi win-win . Organisasi
yang berkesan seharusnya

menggalakkan komunikasi dua hala yang efektif agar

semua orang berkerja dengan berkesan dan produktif. Jangan wujud perasaan takut
dan halangan kerana ia halangan kepada penambaikan dan menentang keseronokan
berkerja. Perasaan takut juga menghalang inovatif kerana pendapat semua individu
dalam organisasi penting kerana setiap orang berhak bersesuara untuk kepentingan
organisasi.
2.9 Break down barriers between staff areas

Terapkan nilai dan suasana memberi pendapat atau pandangan terhadap bahagian
dalam organisasi. Semua individu patut tahu tentang bahagian-bahagian dalam
organisasi dan semua individu bertanggungjawab untuk memelihara dan membaik pulih
organisasi tersebut. Dari sudut penggunaan alatan juga perlu diberikan kebebasan akan
tetapi perlu mendapat pengawasan khususnya diperingkat sekolah sekiranya terdapat
kemudahan yang boleh digunapakai semua pihak. Ini kerana dikhuatiri berlaku salah
satu symptom suboptimization yang diberitahu oleh Deming iaitu proliferation of
paperwork. Pembaziran yang melampau , sebabkan gangguan dan pengurusan tidak
berkesan. Ini kerana pengetahuan yang kurang tentang bahagian organisasi yang lain.
2.10 Eliminate slogans, exhortations, and targets for the work force
Pengurusan Organisasi sepatutnya menunjukkan kepada keseluruhan organisasi
tentang maklumat-maklumat berkaitan apa yang mereka lakukan dari bulan ke bulan
sebagai contoh perkara-perkara yang memberikan manfaat kepada mereka iaitu
bantuan latihan, latihan peningkatan tugas, sasaran produktiviti berserta kaedah dan
tunjuk ajar , menerapkan nilai berkerja secara bijak bukan keras. Ini sedikit sebanyak
meningkatkan moral mereka kerana mengetahui pihak pengurusan mengambil berat
tentang mereka dan permasalahan yang timbul.
2.11 Eliminate numerical quotas / work standard / management by objective
Elakkan atau jangan sembarangan menetapkan kuota berbentuk nombor untuk
mencapai sesuatu objektif. Tidak salah untuk menetapkan sasaran sebenarnya tetapi
dengan syarat kelengkapan , kemudahan , insentif, pendidikan , kaedah dan sebagainya
diberikan agar objektif dicapai
2.12 Remove barriers to pride of workmanship
Konsep Saya yang menurut perintah , arahan daripada ketua , bekerja semata-mata
untuk naik pangkat , mengejar merit atas sebab tahu akan kepentingan skor tersebut ,
hilang keseronokan dan kebanggaan berkerja. Ia kerap menimbulkan perbalahan antara
dua pihak khususnya atasan dan bawah , masing-masing menyalahkan pihak lain tetapi
apa yang terjadi pada golongan bawahan. Keberkesanan pengurusan organisasi hilang.
Di tambah pula ketirisan maklumat yang semakin kerap berlaku pada masa kini di
sekolah-sekolah, wujud situasi ad-hoc dan ini sangat menekan kumpulan guru dan
pentadbir sebenarnya.

2.13 Institute a vigorous program of education and retraining


Mewujudkan program-program pendidikan dan menggalakkan peningkatan dan
penambaikan untuk diri sendiri. Apa yang organisasi perlukan adalah individu yang
berkembang dengan lebih baik dengan pendidikan. Ini kerana latihan untuk teknik
adalah terbatas kerana apabila mencapai batasan fizikal ia akan berhenti tetapi tidak
pada pendidikan. Individu yang berpengetahuan berpotensi untuk membezakan
keberkesanan pengurusan organisasi khususnya dalam penyelesaian masalah. Kualiti
tidak lahir melalui mesin atau teknologi ia lahir dari pendidikan dan pendidikan bukan
sesuatu seperti mesin boleh dipasang begitu sahaja. Organisasi juga boleh mewujudkan
biasiswa untuk menanggung staf mereka sambung belajar berdasarkan kursus-kursus
yang ditawarkan. Penghargaan merupakan salah satu kemanusiaan untuk meningkat
kualiti.
2.14 Take action to accomplish the transformation
Semua individu didalam organisasi mesti berkerjasama untuk memastikan transformasi
berlaku. Keberkesanan organisasi berpunca daripada kerja berkumpulan dan bukannya
seorang. Sekiranya organisasi mempunyai masalah jangan terus memecat pegawai
anda , untuk pengurusan tertinggi jangan tinggalkan posisi anda , seharusnya duduk
bersama dan berbincang. Pengurusan tertinggi sepatutnya berpengetahuan tentang
jualan , pasaran , pengurusan dan penentuan penyelesaian masalah bukan duduk diam
dan tidak berusaha untuk menyatupadukan semua pekerja. Sokongan sahaja tidak
mencukupi , tindakan perlu dilakukan.
Transformasi pengurusan organisasi pendidikan yang berteraskan 14 teras Deming
berpotensi menunjukkan transformasi yang diharapkan. Tetapi terdapat beberapa wabak
maut dan halangan yang menghalang transformasi organisasi ini. Wabak ini di panggil
The 7 Deadly Diseases

3. THE SEVEN DEADLY DISEASE


Penekanan diberikan kepada 4 wabak yang pertama sahaja. Running a company on
visible figures alone , Excessive medical costs for employee health care dan
Excessive costs of warranty tidak dihurai atas sebab kaitan atau impak yang minimum
3.1 Lack of constancy of purpose
Hala tuju tidak tetap. Sebagai contoh pengurusan organisasi atau pengurusan tertinggi
melancarkan pelbagai program yang akhirnya tidak menggambarkan halatuju sebenar. Ini
mencerminkan kelemahan pengurusan tertinggi. Banyak perkara sebegini berlaku tetapi
dimana perancangan strategi organisasi tersebut. Agenda dan program wajib berteraskan
pelan strategi dan jika ada penambahan agenda atau program ia tidak sepatutnya
mengganggu halatuju organisasi. Sentiasa berpegang pada halatuju asal dan limitasi yang
dibina di boardroom. Pengurusan tertinggi sepatutnya memahami kerana mereka adalah
penentu dan pemegang saham terbesar.
3.2 Emphasis on short term profits
Perancangan jangka pendek wajib dibuang bagi organisasi yang ingin melihat prestasi
pengurusan dan keberkesanan organisasi. Ini kerana perancangan jangka pendek akan
menghadkan perancangan jangka masa panjang . Seorang yang ketua atau pemimpin
sering melihat the big picture dan begitu juga sebuah organisasi. Perancangan ini juga
dilihat tidak berjaya di organisasi pendidikan khususnya sekolah kerana pengurusan
tertinggi sekolah sering digerakkan atas arahan Kementerian dan Jabatan.
3.3 Evaluation by performance, merit rating or annual review of performance
Tradisi penghargaan terhadap individu yang cemerlang dalam sistem telah menjadi amalan
sejak dari dulu lagi. Tradisi ini menyebabkan nilai moral runtuh kerana kebanyakkan individu
menjadi terlalu mementingkan diri dan pelbagai perkara negative wujud. Pengurusan
tertinggi sepatutnya menghargai mereka-mereka yang cuba untuk menambahbaik sistem
atau proses organisasi agar lebih berkesan.
3.4 Mobility of management
Ini adalah wabak yang serius dalam pengurusan tertinggi dan memberi impak yang sangat
besar terhadap keberkesanan organisasi. Semua yang berada di posisi tertinggi cuba
membawa konsep dan halatuju masing-masing. Sekiranya pencapaian tidak diperolehi atau
mendapat tawaran yang lebih baik mereka akan berpindah ke institusi atau organisasi yang

lain. Politik, nilai setia , tidak puas hati , tiada kebanggaan dalam pekerjaan menjadi punca
peralihan posisi ini.
4. HALANGAN PENGURUSAN ORGANISASI BERKESAN
4.1 Hope for instant pudding." dan "The supposition that solving problems,
automation, gadgets, [high technology] will transform industry."
Keberkesanan

pengurusan

organisasi

mengambil

masa

yang

lama.

Magnitud

permasalahan yang akan timbul pastinya sangat tinggi dan ini sudah boleh diramal.
Tindakan membeli mesin, alatan yang mahal tanpa dan apa-apa sahaja yang dirasakan
dapat meningkatkan pengurusan dan produktiviti

berkemungkinan menyebabkan kos,

pembaziran dan kegagalan pengurusan. Penetapan halatuju , limitasi organisasi dan


perancangan jangka panjang mampu mengawal. Kualiti juga berpunca dari manusia yang
berpengetahuan dan menerapkan teori sebagai pegangan sebenarnya yang meningkatkan
kualiti dan produktiviti.
4.2 "Search for examples."
Nilai kualiti dan keunikan yang wujud pada organisasi sendiri sepatutnya dicari dan bukan
ditiru dari mana-mana organisasi yang lain. Mencontohi dan mepelajari apa yang terbaik
adalah pembelajaran dan kaedah kepimpinan yang bagus tetapi jangan sampai hilang
identiti organisasi .
4.3 "Our problems are different."
Jangan diterap dalam minda dan perspektif keseluruhan individu dalam organisasi bahawa
masalah yang dihadapi adalah sama. Masalah akan muncul tetapi ia akan tetap berlainan.
Masalah yang muncul juga bukan menjadi penyebab kurang keberkesanan pengurusan
organisasi mencapai kualiti, tetapi ia sebenarnya mengajar organisasi untuk mencari jalan
penyelesaian yang unik untuk organisasi sendiri
4.4 "This goes against what they taught me in school."
Sebagai ketua atau pengurus atau menjadi pegawai yang diberi tanggungjawab untuk
menyelesaikan masalah dalam organisasi anda, masalah yang timbul tidak seperti yang
anda belajar.

Realiti tidak selalunya indah dan hadapinya dengan matang dan

berkerjasama secara menyeluruh untuk memastikan kejayaan organisasi.


4.5 "Our quality control department takes care of all our problems of quality."

Ini adalah kesilapan terbesar sekiranya ingin menjayakan organisasi , halatuju dan
pencapaian organisasi adalah tanggjungjawab bersama.

5. KESIMPULAN
Secara keseluruhan keberkesanan organisasi pendidikan adalah seiring dengan sistem
pengurusan. Implentasi konsep dan teori W.Edward Deming dalam organisasi
pendidikan sangat meluas. Proses berterusan dan berkekalan dan penambaikan
sememangnya menjadi asas penting pembentukan sistem pengurusan organisasi
pendidikan yang berkesan. Penekanan Quality Is Made in the Boardroom menjadi
asas kerangka pengurusan yang berkesan. Pengurusan tertinggi menjadi nadi penting
untuk

menggerak

keseluruhan

organisasi.

Konsep

kerjasama

berterusan

dan

pembentukan perspektif didalam individu di setiap bahagian organisasi menjadi kunci


utama kejayaaan dan keberkesanan pengurusan organisasi pendidikan. Sebagai
penutup saya memetik suatu cebisan penyataan daripada W. Edward Deming untuk
dijadikan penduan.

The Secret of Success is Constancy to Purpose.

Anda mungkin juga menyukai