Anda di halaman 1dari 1

PORTABLE INJECTOR CLEANER AND TESTER

Mohd Hazwan Bin Abdul Rahhim1*, Mohd Syazwan Bin Che Manshor2, Muhammad
Aiman Azim Bin Kamal Rozaman3, Mohd Norsyakirin Bin Mohd Noresham4, dan
Muhammad Daniel Haziq Bin Mohd Jeffri Atam5

1,2,3,4,5
Kolej Vokasional Seri Iskandar
syazwan.manshor@gmail.com

ABSTRAK

Projek Portable Injector Cleaner And Tester ini dicipta adalah bertujuan untuk menservis
pemancit bahan api petrol supaya setiap pemancit memancit dengan sama dan stabil.
Kestabilan pancitan dilihat dengan mengukur bilangan bahan api yang dipancit oleh
pemancit bahan api. Inovasi yang dilakukan ini adalah untuk menghasilkan ciptaan yang
ringkas dan bersifat mudah alih. Projek ini juga adalah dari penambahbaikan untuk
menghasilkan satu alatan khas untuk menservis pemancit bahan api petrol. Ianya juga,
gabungan idea sistem pam elektronik yang mana memancit bahan api secara automatik
hasil bantuan pam elektronik. Projek ini dibuat berdasarkan kadar kereta yang bermasalah
akibat daripada kesan daripada pemancit bahan api yang tersumbat. Projek ini
dilaksanakan dengan mengabungkan beberapa komponen utama iaitu pam bahan api,
landasan pemancit bahan api, bateri dan sebagainya. Pengkaji menggunakan borang soal
selidik untuk mendapatkan data dan menganalisis data. Hasil analisis mendapati bahawa
projek yang dibangunkan ini sesuai untuk digunakan sebagai alat khas untuk menservis
pemancit bahan api di mana ianya dapat berfungsi dengan baik dan telah mencapai
objektif kajian pengkaji. Pengkaji berpendapat bahawa projek Portable Injector Cleaner
And Tester yang telah dibangunkan ini dapat membantu mekanik dalam proses kerja.
Selain itu, dapat membantu pengajar dan pelajar dalam proses penyampaian ilmu dan
pengetahuan dalam pembelajaran berkaitan projek ini.

Keywords: Automotif, Service, Injector, Portable.

Anda mungkin juga menyukai