Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENDAHULUAN

Metakognitif adalah tentang proses berfikir mengenai pemikiran, apa yang kita tahu dan apa yang kita tidak tahu. Flavell (1976) menerangkannya sebagai pengetahuan seseorang tentang proses kognitifnya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan pembelajaran seperti ciri-ciri pembelajaran yang relevan. Semakin canggih metakognitif pelajar-pelajar, semakin tinggi pencapaian pembelajaran mereka. Malangnya, kebanyakan pelajar pada semua

peringkat umur mempunyai pengetahuan yang sedikit tentang bagaimana pembelajaran dan ingatan yang berkesan. Dengan kata lain, metakognitif adalah sebagai pengurus atau jurulatih pembelajaran. Hal ini dapat membantu pelajar memproses informasi dan memantau keberkesanan pelbagai strategi yang digunakan untuk tugasan pembelajaran yang tertentu. 2.0 PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN METAKOGNITIF Metakognitif meliputi pengetahuan dan kemahiran seperti yang berikut: Mempunyai kesedaran tentang apa yang kita pelajari dan kemampuan memori kita serta mengetahui tentang tugasan pembelajaran yang mampu (secara realistik) kita selesaikan. Contohnya, mengenal pasti adalah sesuatu yang mustahil untuk menyelesaikan tugasan membaca 200 halaman dalam satu malam. Mengetahui strategi pembelajaran yang berkesan dan yang tidak berkesan. Contohnya, menyedari tentang pembelajaran bermakna lebih berkesan daripada pembelajaran hafazan bagi jangka masa panjang.

Merancang pendekatan bagi tugasan pembelajaran yang mungkin akan Berjaya. .Contohnya, mencari tempat sunyi untuk belajar yang kurang gangguannya. Menggunakan strategi pembelajaran berkesan. Contohnya, mengambil nota lengkap apabila bahan kuliah sukar untuk diingati dan sebaliknya. Memantau pengetahuan semasa diri sendiri. Contohnya, mengetahui bila maklumat itu berjaya dipelajari dan sebaliknya. Mengetahui strategi berkesan untuk mengeluarkan semula maklumat yang tersimpan. Contohnya, memikirkan konteks yang sesuai bagi suatu

maklumat yang mungkin telah dipelajari. Kebanyakan idea dan proses cara berfikir tidak diajarkan di dalam bilik darjah. Oleh itu, akibatnya kebanyakan pelajar akan membentuk

pengetahuan dan kemahiran metakognitif dengan perlahan serta hanya dicapai setelah melalui pelbagai pengalaman pembelajaran yang

mencabar. Pelajar membaca untuk belajar. Pembaca yang baik adalah mereka yang belajar dengan berkesan daripada apa-apa yang mereka baca, seperti hal yang berikut: Menjelaskan tujuan mereka membaca sesuatu Pembacaan bergantung pada sama ada mereka mahukan isi kandungan tertentu dalam petikan, belajar secara terperinci sesuatu petikan, atau sekadar membaca untuk menikmatinya. Menentukan apakah yang amat penting mereka pelajari, ingati dan menumpukan fokus dan usaha terhadap bahan pembelajaran itu.

Berusaha untuk memahami dan meluaskan apa-apa yang dibaca. Contohnya, membuat rumusan dan mengidentifikasi hubung kait wacana dalam bahan bacaan Menggunakan pengetahuan sedia ada untuk memahami dan meluaskan lagi apa-apa yang dibaca Membuat jangkaan tentang apa yang akan mereka baca pada bab berikutnya Menanyakan soalan kepada diri sendiri dan cuba menjawabnya semasa mereka membaca Dari semasa ke semasa menyemak pemahaman mereka dan mengingati apa-apa yang telah dibaca Berusaha untuk menjelaskan isi-isi penting yang ambuguiti semasa membaca Tegas dalam usaha untuk memahami bahan yang dibaca apabila sukar untuk memahami apa yang dibaca Berusaha untuk membayangkan contoh-contoh yang sesuai dan dapat diaplikasikan dengan idea-idea yang ada. Membaca untuk kemungkinan perubahan konsep iaitu membaca dengan pemahaman bahawa idea-idea yang ditemukan berkemungkinan tidak sejajar dengan perkara-perkara yang mereka percayai Menilai secara kritikal tentang apa-apa yang dibaca

Ringkaskan apa-apa yang dibaca Sebaliknya, pembaca yang tidak berkemahiran iaitu yang menghadapi kesukaran untuk belajar dan mengingati apa-apa yang dibaca kurang menggunakan strategi yang telah dinyatakan. Contohnya, mereka kurang fokus tentang bahan yang dibaca, sukar untuk menggambarkan inferens daripada idea-idea yang ditemukan,; jarang bertanyakan diri sendiri tentang bahan yang dibaca, menjangkakan hal berikutnya, menjelaskan penyataan kabur, atau meringkaskan apa-apa yang dibaca. Mereka juga tidak konsisten mencari idea-idea daripada pembacaan bahkan idea-idea tersebut tidak selari dengan kepercayaan atau pegangan mereka terhadap realiti. Pembaca yang tidak mahir juga mempunyai sedikit kesedaran tentang metakognitif perkara-perkara yang perlu digambarkan dalam otak ketika membaca. Proses metakognisi adalah konsisten dengan teori pembelajaran sosial yakni pembelajaran regulasi kendiri iaitu suatu mekanisme yang digunakan untuk membiasakan diri sendiri dalam aspek kehidupan termasuklah cara mereka belajar.

Rujukan: 1. Aronson, J., Fried, & Good, C.,2002. Reducing the Effects of Stereotype Threat on African American College Student By Shaping Theories of Intelligence. Journal of Experimental Social Psychology, 38, 113-125.

2. Azevedo and Cromley, 2004. Does Training on Self- Regulated Learning Facilitate Students Learning with Hypermedia Journal Of Education Psychology, 95(3), 523-535.

3. Henderson and dweck, 1990. Achievement and Motivation in Adolescence: A New Model and Data. In s. Feildman and Elliot (Eds.), At the Threshold: He Developing Adolescent. Cambridge, MA: Harvard University Press.

4. Lovett, 2008. Teaching Metacognition: Presentation to the Educause Learning Intiative Annual Meeting, 29 January 2008.

5. Mahzan Arshad, 2008. Pendidikan Literasi Bahasa Melayu. Pustaka Negara Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai