Anda di halaman 1dari 3

Rujukan Kami : UPM/K12/600-2/RAYA2010/001

Tarikh : 24 OGOS 2010

Yang Berbahagia
Prof. Dr. Mohd Fauzi bin Hj. Ramlan
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor.

Melalui;

Yang Berusaha
Dr. Abdul Razak bin Abdul Rahman
Pengetua
Kolej Dua Belas
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor.

Yang Berbahagia Prof.,

Memohon Kelulusan Untuk Mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri 2010 Kolej


Dua Belas Sesi 2010/2011 Serta Bantuan Kewangan dan Peralatan.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Majlis Tertinggi Mahasiswa, Kolej Dua
Belas akan menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri 2010 Kolej Dua Belas Sesi
2010/2011 sebagaimana butiran berikut:

Tarikh : 25 September 2010 (Sabtu)


Tempat: Dewan Putra 2, Kolej Serumpun, UPM

2. Untuk makluman Yang Berbahagia Prof., program ini merupakan satu tradisi
yang ingin kami teruskan bersama pelajar-pelajar baharu Kolej Dua Belas sesi
2010/2011. Antara objektif program ini ialah:
i. Mengeratkan hubungan kekeluargaan seluruh warga kolej
ii. Menghangatkan suasana kolej dengan sambutan hari raya
iii. Berkongsi pengalaman berhari raya dengan seluruh warga kolej tanpa
mengira kaum dan budaya.
iv. Untuk memberi ruang dan kesempatan bagi seluruh warga kolej untuk
terus menyambut hari raya walaupun sudah memulakan pengajian

3. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon jasa baik dan pertimbangan Yang
Berbahagia Prof. untuk meluluskan permohonan mengadakan Rumah Terbuka
Aidilfitri 2010 Kolej Dua Belas Sesi 2010/2011 ini serta bantuan kewangan dan
peralatan.

4. Bersama-sama ini, saya sertakan dokumen berkaitan untuk perhatian Yang


Berbahagia Prof. seterusnya.

Segala kerjasama dan pertimbangan Yang Berbahagia Prof. berikan amat saya hargai
dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“SENYUM SALAM SAPA”

Yang menjalankan tugas,

MUHAMMAD KAMIL BIN ROSLAN


Pengarah,
Program Rumah Terbuka Aidilfitri 2010
Kolej Dua Belas Sesi 2010/2011,
Universiti Putra Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai