Anda di halaman 1dari 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SK Gunung Bongsu E-mel : KBA5021@moe.edu.my


\ 09700 Karangan Kod Sek : KBA 5021
Kedah Darul Aman No. Tel : 011 65735866

Rujukan kami : JPNK.600-5/4/2 JLD 2( )


Tarikh : 8 FEBRUARI 2023

Kepada,

Universiti Malaya,
50603 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Malaysoa

Assalamu a’laikum wrth. / Salam Mahabbah

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE


UNIVERSITI MALAYA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan,Unit Kokurikulum bersama Unit Hal Ehwal Murid Sekolah
Kebangsaan Gunung Bongsu akan mengadakan satu Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur.
Oleh demikian, saya ingin memohon kebenaran dari pihak tuan untuk menjalankan Program
Lawatan Sambil Belajar pada 15 FEBRUARI 2023 pada slot pagi (cadangan waktu 9:00 pagi) .
Tujuan lawatan ini adalah seperti berikut:

i. Memberi peluang kepada murid untuk meneroka kemudahan dan


fasiliti yang terdapat disesebuah universiti
ii. Menerapkan nilai minat dalam diri murid untuk menyambung
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
iii. Memberi pendedahan kepada murid maklumat terkini tentang dunia
pendidikan yang pelbagai
iv. Memberi peluang kepada murid untuk melihat sendiri dan merasai
„keseronokan‟ alam universiti
v. Mendedahkan dan memperkenalkan universiti sebagai salah satu
tempat yang menyediakan peluang untuk meningkatkan ilmu
pengetahuan, pembangunan modal insan dan sahsiah diri.

3. Antara cadangan aktiviti kami adalah:

i. Melawat dan meneroka kemudahan- kemudahan dan fasiliti yang


terdapat di Universiti Malaya
ii. Melihat dan merasai budaya belajar dan hidup di universiti
4. Sehubungan itu,pihak sekolah sangat harapkan pihak tuan dapat menerima kunjungan dari
pihak kami. Untuk makluman, lawatan ini disertai oleh 38 orang murid sekolah rendah berserta 6
orang guru. Berikut disertakan kertas kerja lawatan berserta nama peserta lawatan.

5. Kerjasama dan keperihatinan dari pihak tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan
ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

.................................................
(HAJI MOHAMAD REDZUWAN BIN ABDUL MANAS)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Gunung Bongsu
Karangan, Kedah.

Anda mungkin juga menyukai