Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum Wrh, Wbt.

Tuan,
PER:PERMOHONAN RAYUAN KEMASUKAN MURID TAHUN SATU DI
SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI) NEGERI SELANGOR
TAHUN 2014
NAMA MURID : XXXXXXXXX XXX XXXXXX
NO IC : XXXXXX-XX-XXXX
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Terdahulu saya, selaku bapa kepada pelajar di atas telah menerima
keputusan berkenaan kegagalan untuk menempatkan diri bagi sesi
persekolahan SRAITAF Tahun Satu 2014 melalui surat yang di hantar oleh
Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan Islam), Jabatan Agama Islam, Selangor,
rujukan :JAI.Sel.BPI 03/03/078/02/04 Jld.8(101) bertarikh 28 Jun 2013
3.
Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri ingin memohon rayuan
agar nama calon di atas dipertimbangkan semula untuk di terima di Tahun
Satu SRAITAF Batu Belah Sesi 2014 di atas sebab-sebab berikut:i)
Untuk makluman pihak tuan, saya amat berminat dan berharap anak
saya dapat belajar di sekolah tersebut.Melalui sistem pendidikan, kebolehan
dan kredibiliti tenaga pengajar serta jadual waktu persekolahan yang
tersusun, saya percaya SRAITAF mampu memberikan kualiti pendidikan yang
terbaik sekaligus melahirkan pelajar yang cemerlang dari sudut akademik
dan sahsiah rupa diri pelajar dalam mengharungi arus kehidupan yang
mencabar hari ini.
ii)
Berdasarkan prestasi pembelajaran, saya sentiasa berdoa dan
berharap
semoga XXXXXXX
XXX juga
berpeluang
melalui
proses
pembelajaran sentiasa menunjukkan perkembangan yang positif ketika
melalui proses pembelajaran tadika bermula ketika usia 5 tahun dan kini
ketika berusia 6 tahun. (Disertakan salinan rekod perkembangan dan
pencapaian murid serta surat sokongan Tadika Rama-Rama Impian Dua- The
Little Caliphs Program. Benefiting Form Both Worlds).
iii)
Selain itu, XXXXXXXXXX turut merupakan pelajar yang aktif ketika di
tadika dengan menyertai pelbagai aktiviti ko kurikulum yang dianjurkan
oleh pihak tadika.
4.

Berdasarkan bebarapa perkara di atas, sekali lagi sebagai bapa yang

sentiasa ingin memberi pendidikan yang terbaik kepada anak anaknya


merayu agar XXXXXXXXXX dipertimbangkan semula untuk diterima menjadi
sebahagian warga pelajar tahun satu SRAITAF sesi 2014.
5.
Akhir kata, semoga dengan kahadiran surat rayuan ini sedikit
sebanyak mampu memberikan harapan dan peluang kepada xxxxxxxxxx
untuk memperolehi pendidikan yang terbaik dari sudut duniawi dan ukhrawi.
Saya sentiasa menanti sebarang maklum balas yang positif dari pihak tuan
agar rayuan ini sentiasa berada di dalam pertimbangan yang sewajarnya.
Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan diri
saya sendiri.
Sekian Terima Kasih.
Yang berharap,
...............................
XXXXXXXXXX
Posted by zainon matsaat at 12:42 PM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

1 comment:

Anda mungkin juga menyukai