Anda di halaman 1dari 2

Nama dan alamat

Selangor Darul Ehsan.

Pengarah JPN 10 Disember 2018


Alamat JPN

Melalui dan salinan,

Pengetua
Nama sekolah semasa, .

Tuan,

RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI

Berhubung perkara di atas, saya ingin membuat rayuan bagi permohonan pertukaran antara negeri
bagi sekolah menengah sesi Januari 2019.

2. Untuk makluman pihak tuan, butiran peribadi saya adalah seperti berikut :

Nama :
No . Kad pengenalan :
No. Fail Peribadi :
Jawatan dan Gred :
Tarikh lantikan :
Opsyen :

3. Saya amat merayu kepada pihak tuan agar menerima permohonan ini agar saya dapat di
tempatkan di mana-mana sekolah di daerah Manjung atau Batang Padang . Berikut merupakan sebab-
sebab saya memohon pertukaran :

i) Saya tinggal berjauhan dengan suami yang kini sedang berkhidmat sebagai Juruteknik
TNB di Stesen Janaelektrik Sultan Yussuf (JOR), Batu 19, Tapah Perak dan mahu untuk lebih
dekat dengan suami. Suami saya baru dinaikkan pangkat dan tidak dibenarkan pindah ke
mana-mana stesen janaelektrik lain dalam tempoh 3 tahun.

ii) Saya mempunyai masalah kesihatan. Saya telah mengalami dua kali keguguran dan
pernah mengidap ‘Ovarian Cyst’ sebesar 12 cm. Saya terpaksa berulang alik menjalani
rawatan di hospital seorang diri. Saya kehilangan dua kali bayi di dalam kandungan atas
faktor kesihatan diri dan hanya tinggal berseorangan di Batu Caves. Ini menyebabkan saya
mengalami trauma selepas keguguran. Atas nasihat doktor saya memerlukan perhatian
khusus dari suami semasa hamil. Bersama-sama dengan surat ini, saya lampirkan surat
pengesahan dari doktor pakar yang telah merawat saya.

iii) Ibu dan bapa saya mengidap penyakit yang memerlukan rawatan berkala di
hospital. Bapa saya ketika ini mengalami Gout kronik dan terlantar di katil sahaja. Hanya ibu
saya yang menguruskan bapa saya ketika ini kerana adik beradik saya kerja jauh dari
kampung halaman. Bapa saya memerlukan rawatan berkala di hospital dan tiada kenderaan
untuk membawa bapa saya ke hospital kerana jarak dari rumah ibu saya di Beruas ke Hospital
Manjung adalah 37km. Cara untuk pergi adalah dengan menyewa kereta untuk ke hospital.
Selain itu, ibu saya pernah jatuh di bilik air, selama 8 jam tanpa sesiapa sedar kerana ayah
saya tidak boleh bergerak dan kami adik beradik bekerja jauh dari rumah kampung. Mujur ibu
saya merangkak keluar selepas sedar di bilik air. Ini amat membimbangkan saya yang berada
jauh.

iv) Saya ingin tinggal bersama-sama dengan suami dan menunaikan tanggungjawab
sebagai isteri terhadap suami serta menguruskan keperluan harian keluarga seperti pasangan
suami isteri yang lain. Ini kerana tanggungjawab seorang isteri adalah di sisi suami. Saya dan
suami telah tinggal berjauhan sejak berkahwin pada tahun 2016 hingga kini dan belum pernah
tinggal bersama-sama.

4. Saya amat berharap agar rayuan permohonan pertukaran saya ini mendapat pertimbangan
yang sewajarnya daripada pihak tuan. Saya merayu agar pihak tuan dapat memberi sedikit belas dan
ihsan memandangkan saya terpaksa berulang alik setiap minggu dari Batu Caves ke Beruas dan hal
ini melibatkan kos perbelanjaan yang agak tinggi.

Segala jasa baik, perhatian dan pertimbangan dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………
(nama )
NO.TEL:
IC:
NO.EGtukar:
s.k: Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Unit Pengurusan Sekolah (Menengah) PPD Gombak
Unit Pengurusan Sekolah (Menengah) PPD Manjung

Anda mungkin juga menyukai