Anda di halaman 1dari 1

Zawiah binti Muhammad

52/3B Kuarters Guru Sk Marang,


21600 Marang,
Terengganu.
_____________________________________________________________________________________________
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BESUT
TINGKAT 3,WISMA PERSEKUTUAN BESUT,
22200 BESUT TERENGGANU
TEL : 09-6956200,FAKS : 09-6956100

Tuan,

PERMOHONAN RAYUAN PERTUKARAN GURU KE PPD BESUT SESI 2022

Merujuk perkara di atas, saya ZAWIAH BINTI MUHAMMAD (731120035638) ingin memohon pertukaran
antara daerah dari Marang ke Besut bagi sesi 2022 .Untuk makluman tuan, saya sekarang sedang
berkhidmat di Sk Marang, Terengganu dan memohon untuk ke Daerah Besut.

2. Sehubungan dengan itu, saya memohon pertukaran saya dipertimbangkan dengan sewajarnya
atas sebab-sebab berikut :

i. Mengikut suami yang berada di Besut dan bekerja sebagai pekebun kecil di tanah milik kami
di Bukit Payung Besut sejak 2016.

ii. Anak saya Wan Ayman Nasri bin Wan Rosli Zubaidi mengidap Distrofi Muskular Duchenne
(DMD). Dia mengalam kesukaran untuk bergerak dan juga bernafas kerana kemerosotatn
otot dan memerlukan bantuan dan sokongan keluarga. Keadaan Kesihatan anak saya
semakin merosot mengikut tumbesaran badan. Mengikut pendapat doktor pakar ,Jangka
hayat anak saya hanya segingga remaja, Keadaan ini benar benar menggangu emosi saya
lebih lebih lagi bila saya bersendirian dan jauh dari keluarga.

iii. Saya juga merupakan pengidap parathyroid adenomal dengan hypercalsemia yang
menyebabkan saya sering mengalami kekejangan otot di seluruh bahagian badan. Keadaan
ini menyebabkan saya tidak mampu menguruskan diri sendiri apatah lagi untuk menguruskan
anak yang sakit. Saya masih lagi berulang alik ke hospital untuk tujuan rawatan dan
pemantauan.

iv. Suami sering meninggalkan perkerjaan di kampung apabila anak sakit, keadaan ini
menyebabkan masalah ekonomi kami semakin meruncing,

v. Tiada saudara mara yang boleh menemani saya di sini bagi membantu saya menguruskan
anak istimewa saya.

3. Bersama-sama dengan ini saya lampirkan dokumen untuk rujukan pihak tuan :

i. Rekod temujanji Hospital Sultanah Nurzahirah dan Pusat Perubatan Universiti Islam
Antarabangsa.
ii. Discharge summary IIUM Medical Centre. Buang batu karang dalam buah pinggang
berulang kesan Hypercalsemia
iii. surat pengesahan penyakit anka saya Wan Ayman Nasri b Wan Rosli Zubaidi.

4. Saya berharap permohonan ini dipertimbangkan oleh pihak tuan. Segala kerjasama daripada
pihak tuan diakhiri dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

……………………….
(ZAWIAH BINTI MUHAMMAD )
NO K/P : 731120035638

Anda mungkin juga menyukai