Anda di halaman 1dari 1

Saufi Izhar Bin Zulkifli

Pelatih Diploma Kesihatan Persekitaran,


Tahun I Semester II,
Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sungai Buloh. 5 Oktober 2022

_____________________________________________________________________________________

Kepada:

Encik Wan Hairuddin Bin Che Wan Mohd Yasin


Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelatih,
Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia
Sungai Buloh.

Melalui:
Ketua Program Diploma Kesihatan Persekitaran,
Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia
Sungai Buloh.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN PULANG BERMALAM UNTUK MENGHADIRI SESI KAUNSELING PERIBADI

Adalah dengan rendah dirinya saya ingin merujuk perkara di atas untuk perhatian dan pertimbangan
pihak tuan.

1. Untuk makluman pihak tuan, saya ingin memohon kebenaran pulang bermalam pada cuti hujung
minggu seperti maklumat yang berikut;

Nama : Saufi Izhar Bin Zulkifli


No. Matrik : DPEH1/2022(07)-0054
Tarikh dan hari : 7/10/2022 (Jumaat) sehingga 10/10/2022 (Isnin)
Alamat : No. 12, Lorong Dua, Taman Bukit Kayangan, 01000 Kangar, Perlis

2. Tujuan saya memohon kebenaran pulang bermalam pada tarikh tersebut adalah kerana saya perlu
menghadiri sesi kaunseling di Masjid al-Ariffin, Padang Katong, Kangar, Perlis pada hari Sabtu,
8/10/2022. Sebagai makluman, saya kini sedang mengalami sedikit isu berkaitan rumah tangga saya dan
langkah menghadiri sesi kaunseling tersebut adalah salah satu inisiatif saya untuk mengatasi kemelut
yang sedang dihadapi. Kebiasaannya, sesi kaunseling tersebut diatur mengikut jadual pulang bermalam
ILKKM Sungai Buloh yang telah ditetapkan, namun oleh kerana individu yang menguruskan sesi
kaunseling tersebut bakal menunaikan umrah, maka sesi kaunseling saya diawalkan ke tarikh tersebut.

3. Untuk makluman, saya telah berkahwin selama empat tahun dan telah dikurniakan seorang cahaya
mata yang kini berusia tiga tahun. Kesempatan cuti hujung minggu selama tiga hari ini ingin saya
gunakan untuk meluangkan lebih masa dengan anak saya. Selain itu, kesempatan pulang bermalam ini,
jika dibenarkan, juga dapat membantu mengurangkan tekanan saya di kolej ini sepanjang minggu.

Oleh itu, saya amat berharap agar permohonan saya dapat dipertimbangkan sebaiknya oleh pihak tuan.
Kerjasama, budi bicara dan maklum balas daripada pihak tuan amatlah saya hargai dan saya dahulukan
dengan ucapan terima kasih.

………………………………….
(Saufi Izhar Bin Zulkifli)

Anda mungkin juga menyukai