Anda di halaman 1dari 1

Norherliana bt Abdul Rahim,

B-01-17, Pangsapuri Seri Sentosa,


Jalan SP3/1, Saujana Puchong,
47100 Puchong, Selangor.
___________________________________________________________________________

Guru Besar,
SK Taman Desaminium,
Persiaran Lestari Perdana,
43300, Seri Kembangan,
Selangor.

Melalui:
GPK Kokurikulum,
SK Taman Desaminium,
Persiaran Lestari Perdana,
43300, Seri Kembangan,
Selangor. 7 Ogos 2014

Puan,

Tidak Hadir Aktiviti Kokurikulum

Perkara di atas adalah dirujuk. Saya, Norherliana binti Abdul Rahim (821230-01-6234)
selaku guru penasihat badan uniform Persatuan Bulan Sabit Merah tidak dapat hadir aktiviti
kokurikulum pada Rabu, 6 Ogos 2014 kerana urusan keluarga.

2. Buat pengetahuan pihak puan, anak saya seharusnya dijaga oleh pengasuh seperti
biasa setiap pagi Rabu sekiranya saya menghadiri aktiviti kokurikulum. Namun pada tarikh
tersebut, beliau terpaksa menemani suaminya yang ada temujanji doktor. Ini kerana temujanji
tersebut tertangguh sejak cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri.

3. Oleh kerana itu, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai ibu untuk menjaga anak-
anak saya pada waktu tersebut kerana ketiadaan pengasuh.

4. Diharapkan semoga pihak puan dapat menerima alasan tersebut dan saya berharap
agar dapat mengelakkan perkara sebegini berlaku pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.



Yang benar,


(NORHERLIANA BT ABDUL RAHIM)

Anda mungkin juga menyukai