Anda di halaman 1dari 2

Karangan Jenis Laporan : Lawatan Ke Pulau Langkawi

Persatuan Sains sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Pulau


Langkawi. Tuliskan laporan mengenainya.

Pada 3 Mei 2021, Persatuan Sains Sekolah Jenis Kebangsaan


(Cina) Sin Kwang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke
Pulau Langkawi. Lawatan ini berlangsung selama 4 hari 3 malam.
Seramai 35 orang murid dan 5 orang guru telah menyertai lawatan
ini.
Rombongan telah tiba di jeti Kuala Perlis pada pukul 9.00 pagi.
Kami menaiki feri dan sampai di hotel Hilton tepat pada pukul 12.00
tengah hari. Pihak hotel telah menyambut kehadiran kami dengan
tangan terbuka. Jamuan tengah hari telah disediakan oleh pihak
hotel.
Pada hari kedua, kami telah menaiki bas persiaran
untuk melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah. Tempat-
tempat yang telah kami lawati ialah Makam Mahsuri, Beras
Terbakar, Telaga Tujuh, Akurium, Tasik Dayang Bunting, Taman
Buaya dan Pantai Rhu. Pada lewat petang barulah kami pulang ke
hotel.
Pada sebelah malamnya, kami menikmati makan malam
secara buffet. Pelbagai jenis makanan laut disediakan pihak hotal.
Antaranya sotong, ikan, udang dan lain-lain lagi. Rasanya sungguh
sedap dan lazat.
Lawatan hari ketiga lebih menarik lagi.Kami berpeluang menaiki
kereta kebal ke puncak gunung. Pemandangan di puncak gunung
cukup menarik dan indah. Seterusnya kami dapat menyelam untuk
menikmati keindahan hidupan laut di dasar laut. Pengalaman ini
sangat berharga dan akan dijadikan kenangan dalam hidup kami.
Pada hari terakhir, kami pergi membeli-belah di kedai bebas
cukai. Sebelum bertolak pulang, kami telah bergambar kenangan di
Dataran Helang. Kami tiba di sekolah dengan perasaan yang amat
gembira. Walaupun keletihan, namun kepuasan jelas terbayang
pada wajah setiap ahli Persatuan Sains.

 Laporan disediakan oleh,                                                    8 MEI


2021.

  Anita
(ANITA CHAN)                             
Setiausaha,
Persatuan Sains,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Kwang.

Anda mungkin juga menyukai