Anda di halaman 1dari 2

3 Februari 2021

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG SABUN

Pada 3 Februari 2021, Persatuan Sains Sekolah Jenis Kebangsaan


Cina Pao Nan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke
sebuah kilang sabun di Sungai Petani. Seramai 30 orang ahli
persatuan dan 3orang guru pengiring yang terlibat dalam
rombongan tersebut.
Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para
pelajar tentang proses membuat sabun. Justeru, ia juga akan
menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat
keusahawanan.
Pada pukul 8.00 pagi, semua murid berkumpul di
dewan sekolah. Guru penasihat telah memberikan taklimat
ringkas sebelum bertolak. Semua peserta bertolak pada pukul
8.30 pagi dengan menaiki bas yang telah disewa khas.
Kira-kira pada pukul 9.00 pagi, rombongan kami pun
tiba di destinasi.( 目的地) Ketibaan kami disambut oleh seorang
pegawai kilang iaitu Encik Ramu. Kemudian, satu taklimat ringkas
tentang kilang sabun itu disampaikan oleh Encik Ramu. Selepas
itu, para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses
sabun. Sebahagian besar kerja memproses sabun ini dilakukan
oleh mesin yang berteknologi tinggi.
Pekerja-pekerja di kilang tersebut memakai pakaian
seragam yang berwarna biru dan sarung tangan ketika bekerja.
Pada masa itu, ramai peserta mengambil kesempatan(趁机)
menyoal beberapa orang pekerja kilang yang sedang bertugas
dan mereka dilayan dengan mesra.
Seterusnya, para peserta dibawa ke bahagian
pembungkusan sabun. Di situ terdapat pelbagai jenama sabun
seperti Kao, Dove dan Protex dibungkus dengan mesin yang
canggih. Pada pukul 12.00 tengah hari, semua peserta diberi
jamuan ringan di kantin kilang tersebut.
Para peserta diberi sebuku sabun setiap seorang
sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru pengiring iaitu Cikgu
Aini telah menyampaikan cenderamata kepada pengurus kilang
sebagai tanda penghargaan. Para peserta berasa seronok kerana
mendapat pengetahuan tentang proses membuat sabun. Keami
bertolak pulang ke sekolah pada pukul 2.00 petang.

Laporan disediakan oleh, 8 Februari 2021.


__________________
(LI CHEN)
Setiausaha,
Persatuan Sains,
Sekolah Jenis Kebangsaan Pao Nan.

Anda mungkin juga menyukai