Anda di halaman 1dari 2

Jumaat, 5 Februari 2016

Karangan laporan - Laporan lawatan sambil belajar

Laporan

Contoh soalan: Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan satu  lawatan sambil belajar
ke sebuah kilang membuat kain batik.

Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu dikehendaki menulis sebuah laporan tentang
lawatan tersebut.

Tulis laporan itu selengkapnya.

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Batik

          Pada 3 Jun 2015 yang  lalu, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa telah
mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Kilang Batik Nusa Jaza yang terletak di Kawasan
Perindustrian Pengkalan Chepa.

    Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan ahli-ahli
persatuan tentang cara pembuatan kain batik. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memberi
pendedahan awal kepada ahli-ahli persatuan tentang kepentingan perusahaan batik kepada ekonomi
penduduk setempat.

   Lawatan yang disertai oleh tiga puluh orang ahli persatuan dengan diiringi oleh tiga orang guru ini
telah bertolak dari sekolah dengan sebuah bas. Kami bertolak pada pukul 10.00  pagi dan tiba di kilang
batik tersebut pada pukul 10.30 pagi.

    Setibanya di sana,  kami telah diberi taklimat oleh pengurus kilang  tersebut. Dalam taklimatnya,
pengurus kilang En. Osman  Ahmad mengucapkan terima kasih atas kesudian kami melawat ke kilang
batiknya. Setelah selesai taklimat kami diiringi oleh dua orang penyelia kilang tersebut untuk melihat
cara-cara memproses kain batik.

      Kami sangat terpesona melihat kemahiran para pekerja mencanting dan melukis batik. Corak-corak
batik yang  dihasilkan sangat menarik dan bermutu tinggi. Ahli-ahli persatuan juga mendapat
pengetahuan baru apabila diberi peluang mencanting dan mewarna batik.

   Sebelum pulang, Pihak kilang batik telah memberikan cederamata berupa sehelai kain batik yang
dilukis khas untuk Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa. Kami amat gembira
menerima cenderahati tersebut.
Laporan disediakan oleh,                                                                  10 JUN 2015

Amar Muhaimmin

(AMAR  MUHAIMIN)

Setiausaha,

Persatuan Bahasa Melayu,

Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa

Anda mungkin juga menyukai