Anda di halaman 1dari 2

Penulisan Tahun 6 (2022)

Karangan Jenis Laporan (2)


Soalan 1

Baca dan fahami contoh karangan di bawah. Kemudian, bina kerangka karangan
berdasarkan karangan yang diberi.
Persatuan Bahasa Cina sekolah kamu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah
kilang membuat kain batik.
Sebagai setiausaha persatuan itu, kamu dikehendaki menulis sebuah laporan tentang
laporan tersebut.
Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Batik
SJKC Chung Kwok

Pada 20 Ogos 2022 yang lalu, Persatuan Bahasa Cina SJKC Chung Kwok telah mengadakan
satu lawatan sambil belajar ke Kilang Kain Batik Chong yang terletak di Batu Caves, Selangor.

Tujuan utama mengadakan lawatan tersebut adalah untuk menambahkan


pengetahuan ahli-ahli persatuan tentang cara-cara membuat kain batik. Selain itu, lawatan
ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahli persatuan tentang
kepentingan perusahaan batik kepada ekonomi penduduk setempat.

Lawatan yang disertai oleh tiga puluh orang ahli persatuan dengan diiringi oleh tiga
orang guru ini telah bertolak dari sekolah dengan sebuah bas. Kami bertolak pada pukul
10.00 pagi dan tiba di kilang batik tersebut pada pukul 10.30 pagi.

Setibanya di sana, kami telah diberi taklimat oleh pengurus kilang tersebut, iaitu
Encik Osman Ahmad. Dalam taklimatnya, beliau mengucapkan terima kasih atas kesudian
kami melawat kilang batiknya. Setelah selesai taklimat, kami diiringi oleh dua orang penyelia
kilang tersebut untuk melihat cara-cara memproses kain batik.

Kami sangat terpesona melihat kemahiran para pekerja mencanting dan melukis
batik. Corak-corak batik yang dihasilkan sangat menarik dan bermutu tinggi. Ahli-ahli
persatuan juga mendapat pengetahuan baru apabila diberi peluang mencanting dan
mewarna batik.

Kami berasa amat gembira kerana mendapat pengalaman dan pengetahuan yang
baharu melalui lawatan ini. Kami berharap agar dapat menyertai lawatan seperti ini lagi
pada masa akan datang.

Laporan yang disediakan oleh, 24 OGOS 2022.


Wee Jia Qian
(WEE JIA QIAN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Cina,
SJKC Chung Kwok.

1
Penulisan Tahun 6 (2022)
Soalan 2
Persatuan Bahasa Melayu di sekolah kamu telah mengadakan sambutan Minggu Bahasa
Melayu.
Sebagai setiausaha persatuan, kamu dikehendaki menyediakan laporan tentang aktiviti yang
dijalankan sepanjang minggu itu berdasarkan kerangka karangan di bawah.
Pendahuluan

 Menyatakan tarikh sambutan Minggu Bahasa Melayu – anjuran Persatuan Bahasa


Melayu
Isi – isi penting

 Dirasmikan oleh guru besar – diadakan di dewan sekolah – bertemakan Bahasa


Melayu dalam pertuturan
 Tujuan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan – semua
guru dan murid mesti bertutur dalam Bahasa Melayu
 Pelbagai pertandingan dijalankan sepanjang seminggu – kuiz bahasa,
mendeklamasikan sajak, berpantun, bersyair dan bercerita
 Hari terakhir – mengadakan pelbagi persembahan – majlis penyampaian hadiah
kepada pemenang
Penutup

 berasa bangga dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat –
berharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan

Anda mungkin juga menyukai