Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN AKTIVITI PENDIDIKAN KRAF MENCANTING BATIK 2014.

Pada 26 April 2014 merupakan hari yang amat bermakna kepada 19 orang
pelajar PISMP BM SJKT ambilan Januari 2012 kerana berpeluang untuk menyertai
Aktiviti Pendidikan Kraf bagi bidang kraf Batik Canting bertempat di Lintasan Deasoka
Kota Kinabalu dengan diiringi pensyarah bagi subjek Pendidikan Seni Visual Encik
Mohd Azliee bin Abdullah. Tepat pada pukul 8.00 pagi kami semua bertolak dari Institut
Pendidikan Guru kampus Kent dan tiba di lokasi pada pukul 8.50 pagi.
Setibanya di sana, kami semua disambut oleh pegawai bertugas dan pelajar-
pelajar diajar cara untuk memasak lilin, cara menggunakan canting untuk melukis, cara
mewarna dan proses cucian lilin atas kain. Murid-murid mengambil perhatian yang
sepenuhnya terhadap penerangan oleh pihak urusetia.
Aktiviti hari tersebut mencapai kemuncaknya apabila pelajar-pelajar berpeluang
untuk mencuba semua proses membuat batik kerana sebelum ini mereka hanya
didedahkan dengan proses membuat batik melalui teori sahaja. Walaupun suasana
pembelajaran agak bising, namun murid mengamalkan nilai bekerjasama, saling
bertoleransi sepanjang waktu menyebabkan segala aktiviti membuat batik dijalankan
dengan lancarnya.
Sebelum bertolak balik, semua pelajar telah dijemput ke khemah utama untuk
mendengar sedikit taklimat ringkas mengenai kraf Malaysia serta mengikuti lawatan
berpandu ke setiap gerai yang menjual barangan kraf dengan diiringi seorang pegawai
yang bertugas. Semua pelajar juga diminta mengisi borang maklum balas pelanggan
dan sebagai penghargaan, semua pelajar telah diberikan sedikit buah tangan daripada
pihak penganjur. Semua pelajar bertolak balik ke kampus tepat pada jam 12.30 tengah
hari setelah menikmati makanan tengahari yang disediakan oleh pihak penganjur.




Pegawai bertugas sedang memberikan demonstrasi kepada pelajar cara
menggunakan canting dan mewarna

Pelajar mencuba menggunakan canting

Proses melakar batik

pelajar menggunakan canting untuk melukis corak batik

Proses mewarna corak batik



Proses mewarna corak batik


pelajar memperlihatkan corak batik yang telah dihasilkan












Disediakan oleh:

_____________________
(Norsheila Abdul Rahman)
Setiausaha PISMP BM SJKT

Anda mungkin juga menyukai