Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN KURSUS PENDEK MEMBUAT CUPCAKE

Pada 7 Julai 2012, Kelab Koperasi dan Kepenggunaan SMK Durian Tunggal telah menganjurkan sebuah kursus pendek membuat cupcake. Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengalaman baru buat peserta selain melahirkan pelajar-pelajar yang berkemahiran dalam pembuatan cupcake. Kursus ini telah disertai oleh 41 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar dan guru-guru. Para peserta berkumpul seawal jam 7.15 pagi sambil diiringi hujan yang renyai. Tepat jam 7.50 pagi kami bertolak ke Kolej Komuniti Selandar. Perjalanan mengambil masa hampir 20 minit. Setibanya kami di sana, kami disambut oleh petugas Kolej Komunit Selandar. Demonstrasi dimulakan pada kira-kira jam 8.30 pagi. Para peserta diajar tentang cara-cara untuk membuat batter cupcake serta teknik-teknik yang betul bagi memuat batter ke dalam cawan. Seterusnya para peserta dibahagikan kepada lima kumpulan supaya mereka dapat merasa sendiri pengalaman membuat cupcake. Antara bahan-bahan yang diperlukan bagi membuat cupcake ialah tepung kek, butter, gula kastor, telur, perisa vanila dan susu segar. Ahli setiap kumpulan telah menunjukkan kerjasama yang baik semasa membuat cupcake daripada permulaannya sehinggalah penghabisan. Setelah batter dimasukkan ke dalam cawan dan dibakar di dalam pembakar, peserta telah diberikan sedikit masa untuk menjamu selera dan berehat. Setelah cupcake dibakar, tugas seterusnya ialah menghias cupcake. Setelah diberi tunjuk ajar dan demonstrasi oleh fasilitator, para peserta bekerja dalam kumpulan untuk menghias cupcake mengikut kreativiti masing-masing. Akhirnya, cupcake dengan hiasan terbaik dimenangi oleh kumpulan yang diketuai oleh Nur Syahirah bt Azhar. Acara penyerahan cenderamata daripada Kolej Komuniti Selandar kepada GPK Kokurikulum SMK Durian Tunggal, Tuan Haji Zainal Abidin bin Joned menandakan penutup kursus pada hari ini. Peserta bertolak kembali ke sekolah selepas tamat sesi bergambar kira-kira jam 12.50 tengahari. Para peserta selamat tiba di sekolah tepat jam 1.10 petang. Didapati kursus kali ini berjalan dengan lancar dan para peserta berasa puas dengan ilmu dan pengalaman yang diperolehi.

Anda mungkin juga menyukai