Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM : PROGRAM KOLABORATIF KAYUHAN SIHAT & FREE MARKET

ANJURAN : SMK SENAWANG DENGAN KERJASAMA IPGKRM

TARIKH : 26 JANUARI 2018 – 10 FEBRUARI 2018

TEMPAT : SMK SENAWANG, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

LAPORAN :

Pada 27 Januari 2018, seramai 40 orang guru pelatih yang terdiri dari unit TESL sem 6, unit
Bahasa Arab sem 4, elektif seni sem 4 dan beberapa unit lain telah memulakan aktiviti
kolaborasi ini dengan melukis mural di dinding SMK Senawang bermula jam 8 pagi sehingga
12 tengah hari. Aktiviti melukis mural ini berjalan lancar dengan adanya kerjasama daripada
pihak sekolah dan pensyarah bersama guru pelatih yang hadir. Lukisan di dinding mural
adalah cetusan idea hasil seni salah seorang pelajar SMK Senawang itu sendiri.

Antara objektif dalam penganjuran program kolaborasi ini adalah untuk mendedahkan guru
pelatih kepada kemahiran melukis mural, berinteraksi dengan masyarakat setempat serta
mencantikkan kawasan sekolah. Program anjuran pertubuhan Kindness Malaysia ini juga
bermatlamatkan agar hubungan sekolah dan masyarakat dapat diutuhkan bagi membantu
peningkatan taraf pendidikan zaman ini.

Pada minggu berikutan, iaitu pada 3 Februari 2018, para pensyarah penasihat program serta
10 orang guru pelatih telah mengunjungi SMK Senawang sekali lagi bagi melakukan sedikit
penambah baikan bagi mural yang telah dihasilkan pada minggu sebelumnya. Layanan pihak
sekolah dalam menghargai jasa para pensyarah serta guru pelatih amatlah dihargai. Pada hari
berkenaan juga, tamatlah kerja kerja melukis mural secara keseluruhannya.

Pada hari Jumaat minggu berikutnya bersamaan 9 Februari 2018, 3 orang pensyarah bersama
7 orang guru pelatih telah mengunjungi SMK Senawang sekali lagi bagi memasang papan
papan dan menggantung hasil seni bagi pameran yang akan dilaksanakan pada keesokan
harinnya. Wakil daripada pihak pelukis Negeri Sembilan juga turun padang bagi membantu
dan memberi pendedahan secara tidak langsung kepada guru pelatih mengenai tatacara
penyusunan suatu pameran seni.
Pada 10 Februari 2018 bersamaan hari Sabtu, aktiviti kemuncak telah berlangsung iaitu
merangkumi aktiviti senamrobik, kayuhan amal dan terdapat pameran kesihatan, pameran
agensi luar dan pelbagai pameran lain. Pihak IPGKRM juga tidak melepaskan peluang dan
terlibat dalam menghasilkab satu pameran bersama Perpustakaan Negeri Sembilan dan
pelukis pelukis Negeri Sembilan. Pameran yang dipaparkan juga mengetengahkan hasil seni
lukisan para guru pelatih IPGKRM dan para pelajar SMK Senawang.

Majlis pada pagi itu telah diserikan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Tuan Khairy
Jamaluddin dalam merasmikan program pada hari tersebut juga merasmikan mural hasil
kerjasama beberapa agensi termasuklah IPGKRM. Selain daripada pameran, terdapat juga
pasar percuma di mana pakaian, buku serta barang keperluan diberikan secara percuma
kepada para pengunjung. Di samping itu, satu aktiviti mengoca iaitu menangkap ikan keli juga
ada dianjurkan. Sebagai penutup karnival pada hari tersebut, cabutan bertuah telah dijalankan
dan beberapa orang guru pelatih turut bernasib baik memenangi hadiah hadiah yang
disediakan.

Antara kekuatan program yang dianjurkan ialah sokongan penuh yang diberikan oleh semua
pihak termasuklah pensyarah penasihat, para guru pelatih, pihak sekolah SMK Senawang dan
agensi agensi lain. Kerjasama yang diberikan amatlah membantu dalam menjayakan program
yang dirancang. Penganjuran pasar percuma juga memberikan manfaat yang cukup besar
bagi mereka yang memerlukan.

Terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi meningkatkan lagi impak
penganjuran program. Antaranya adalah sebaran berkaitan program kepada semua guru
pelatih IPGKRM, bukan sahaja kepada mereka yang terlibat. Selain itu, pengagihan tugas
dalam melaksanakan sesuatu kerja juga dapat memberi manfaat kepada guru pelatih dalam
membahagikan masa.

Secara keseluruhannya, penganjuran program ini memberi pengalaman yang baru kepada
para guru pelatih dalam berkerjasama dengan beberapa agensi luar dan masyarakat tempatan
dalam menghasilkan suatu kerjasama yang berkualiti tinggi.
AKTIVITI SEPANJANG PAMERAN

27 JANUARI 2018

Gambar 1 Guru Pelatih IPGKRM dan pelajar SMK Senawang diberi tunjuk ajar oleh seorang
pelukis yang mahir dibantu oleh guru dan pensyarah.

Gambar 2 aktiviti sepanjang di sekolah SMK Senawang dan mural hamper 70% siap.
9 FEBRUARI 2018

Gambar 3 Guru Pelatih IPGKRM bersiap-siap untuk menyiapkan bahan pameran.

Gambar 4 Guru Pelatih IPGKRM memasang bahan pameran (lukisan) di tempat pameran.
10 FEBRUARI 2018

Gambar 5 Pada hari pameran dimulakan dengan aktiviti Zumba.

Gambar 6 Pasukan Kombo guru pelatih dari IPGKRM.

Gambar 7 Yang Berhormat Dato’s Sri Khairy Jamaluddin menyampaikan ucapan sekaligus
merasmikan pameran dan mural.
10 FEBRUARI 2018

Gambar 7 Yang Berhormat Dato’s Sri Khairy Jamaluddin menandatangani mural yang dihasilkan
oleh pelajar.

Gambar 8 gambar-gambar kenangan sepanjang hari pameran.

Anda mungkin juga menyukai