Anda di halaman 1dari 6

Kertas Kerja

Program Jelajah Sekolah Penulis dan Pekomik


(19 21 Mac 2013)



Anjuran:

BLINK TRADING SENDIRIAN BERHAD

Dengan kerjasama

PUSAT SUMBER SEKOLAH
SEK. KEB. KOMPLEKS KLIA
71800, NILAI, NEGERI SEMBILAN







1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam
memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang
berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Pengetahuan dari pelbagai
bidang adalah perlu bagi melahirkan insan yang celik ilmu memandangkan Negara kita
kini dilimpahi dengan sumber teknologi yang pesat.

Pelajar sering menonton atau membaca kartun yang mereka minati. Namun,
kebanyakan mereka tidak pernah terfikir untuk mengetahui proses di belakang tabir
untuk menghasilkan siri kartun yang ditonton.

Sehubungan dengan itu, Unit Pusat Sumber telah merancang untuk
menganjurkan satu program yang berkaitan dengan penghasilan kartun yang sihat.
Rasanya murid pasti akan lebih teruja apabila mengetahui sendiri siapa penulis dan
pelukis kartun yang boleh menghasilkan watak kartun yang menjadi ikutan dan gilaan
alam remaja ini. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan
pengetahuan kepada pelajar tentang bagaimana sesuatu komik itu dihasilkan serta
mengetahui lebih lanjut proses-proses yang terlibat. Di samping itu, program ini akan
membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Kebetulan, komik
yang dihasilkan oleh penulis dan pelukis yang dipanggil ini mendapat pengiktirafan dari
Kementerian Pelajaran Malaysia. Komik mereka dipenuhi dengan maklumat-maklumat
yang berguna dan pengunaan bahasa yang digunakan memang memenuhi standard
bahasa melayu yang betul.
Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan ialah sesi suaikenal, bengkel
melukis kartun, sesi soal jawab dan sesi bergambar serta sesi tandatangan.
Adalah menjadi harapan agar semua pengawas PSS dan guru memperoleh
manfaat daripada program ini dan dapat diakplikasikan dalam kehidupan seharian.
2.0 OBJEKTIF

2.1 Mengetahui kerjaya penulisan dan lukisan dengan lebih mendalam lagi.
2.2 Mengetahui proses-proses yang diperlukan dalam penghasilan komik.
2.3 Mewujudkan dan meningkatkan hubungan yang erat murid, guru dan orang
luar secara tidak langsung.
2.4 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan
keberkesanan program.

3.0 TARIKH PROGRAM / AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan : 19 21 Mac 2013
Tempat : Perpustakaan SK Kompleks KLIA
Masa : 8.00 pagi 12.30 tengahari


4.0 ATURCARA PROGRAM
7.30 pagi Murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan
7.45 pagi




5.0 JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN
MENGIKUT AGIHAN KAWASAN
BIL. KAWASAN
KETUA DAN KUMPULAN YANG
TERLIBAT
1.
Pembersihan lantai
1. Cikgu Zaleha Bibi Mohamed
2. Cikgu Mazidah Ghaffar
3. Pengawas PSS tahun 4
(perempuan)
2. Mengelap tingkap
1. Cikgu Salmiah Marzuki
2. Cikgu Mas Ayu Sebirin
3. Pengawas PSS tahun 5 (lelaki)
3.
Membuang sampah
mengemas stor
perpustakaan
1. Cikgu Ummu Syafiqah Azmi
2. Cikgu Mikael Hamdan
3. Pengawas PSS tahun 4 (lelaki)
4.
Melukis dan mengecat
mural
1. Cikgu Norhanimah Mahadi
2. Cikgu Qasih Aireen Muadzam
3. Pengawas PSS Tahun 6 (lelaki)
5. Memproses buku
1. Ustazah Sayyidah Annuar
2. Cikgu Tajul Ariffin Musa
3. Pengawas PSS Tahun 6
(perempuan)

6.0 TENTATIF PROGRAM
MASA AKTIVITI
08.00 pagi Taklimat agihan tugas
08.15 pagi Gotongroyong bermula
10.00 pagi Rehat
10.30 pagi Sambung semula gotong royong
12.15 tgh Majlis bersurai

6.0 SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATAN
Sumbangan diperolehi daripada:
a) PIBG = RM200.00
b) Tabung PSS = RM100.00
c) Sumbangan Guru = RM250.00
Jumlah Keseluruhan = RM550.00

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Peralatan Harga
1 Cat Berwarna( mural )
Harga Seunit (1 x RM30.00)
Bil tin cat yang diperlukan= 10 unit
10 unit x RM30.00 = RM 300.00
2 Berus Cat
Harga Seunit (1 x RM5.00)
Bil berus yang diperlukan= 10unit
10 unit x RM5.00 = RM 50.00
3 Plastik Beg Sampah
Harga Seunit (1 x RM2.00)
Bil beg yang diperlukan=10 unit
10 unit x RM2.00 = RM 20.00
4 Span
Harga Seunit (1 x RM2.50)
Bil berus yang diperlukan=10 unit
10 unit x RM2.50 = RM 25.00
5 Sabun Pencuci
Harga Seunit (1 x RM10.00)
Bil yang diperlukan=1 unit
1 unit x RM10.00 = RM 10.00
6 Penyapu
Harga seunit ( 1x RM8.00 )
Bil yang diperlukan = 6 unit
6 unit x RM8.00 = RM 48.00
9. Pengaup sampah
Harga seunit ( 1 x RM8.00 )
Bil yang diperlukan = 6 unit
6 unit x RM8.00 = RM 48.00

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM501.00

JAWATANKUASA AKTIVITI
Penaung : En Abdul Latif b Mohd Yusof
Penasihat : Pn Zainab bt Bahauddin
Pengerusi : Pn Roslena Ibrahim
Penyelaras PSS : Pn Norhanimah bt Mahadi
Bendahari : Pn Zaleha Bibi bt Mohamed
Peralatan : En Tajul Ariffin b Musa


Disediakan oleh


(NORHANIMAH BT MAHADI)
Penyelaras Pusat Sumber,
SK Kompleks KLIA,
Nilai, Negeri Sembilan

Anda mungkin juga menyukai